Friday, November 30, 2012

aNTaRa SeLuaR PeNDeK & PuRDaH..

Lama tak menulis.. Ramli agak sibuk sebenarnya.. Ramli kini berada di Langkawi selama sebulan atas urusan kerja.. Ketika sedang berjalan melihat kehidupan manusia yang pelbagai ragam, kawan Ramli bertanya..


Sarip: Ramli, kau rasa kan, kenapa kebanyakan orang arab yang jalan-jalan kat Langkawi ni, isteri dia berpurdah, tapi suami dia pakai seluar pendek je? kan macam tak kena dan tak serasi je tu..

Anda rasa, apakah jawapan yg patut Ramli berikan??

A) Mungkin mereka tetap serasi kerana bagi sebilangan wanita mereka, berpurdah hanyalah budaya.. Tidak melambangkan siapakah mereka sebenarnya.. Ketika isteri adalah cerminan bagi suami.. Bagaimana suaminya, mungkin begitulah isterinya.. 

B) Kadang-kadang kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran je.. Walaupun yang lelaki berseluar pendek. mungkin amalan-amalan agamanya yang lain, masih dalam keadaan yang baik.. 

C) Suami yang kurang soleh adalah ujian untuk isteri yang solehah..

D) Entahlah..

E) Ke anda ada jawapan lain?

Friday, October 26, 2012

KeWuJuDaN SeKoLaH TaHFiZ: Di MaNa SiLaPNYa?

Kisahnya bermula di sini...

Ramli berehat sebentar di kawasan Rehat dan Rawat ketika manusia berbondong-bondong untuk pulang beraya di kampung. Tiba-tiba, di hadapan Ramli seorang pelajar perempuan sekolah rendah mula menangis sendirian.. 

Ramli: Kenapa dik? Ada apa-apa masalah ke?
Adik: Saya kutip derma untuk sekolah tahfiz.. Tapi kebanyakan orang pun larikan diri dari saya.. Apa hina sangat ke kerja yang saya buat ni?

Taknak adik tersebut sedih-sedih sangat, Ramli pun keluarkan dompet, sambil menukar topik perbualan...

Ramli: Adik jual apa tu? Macam menarik je.. Meh bagi abang tengok.. Boleh jugak abang beli..
Adik: Ni ada minuman tenaga, madu dan surah yassin yang sesuai utk hiasan kereta.. Membeli sambil menderma..
Ramli: Kasik abang minuman tenaga tu ye... Jangan nangis-nangis lagi ye...

Selesai urusan pembelian, kelihatan anak muda tersebut sedikit ceria dan meneruskan jualannya kepada orang lain...

Jadi, dimanakah silapnya? 

Cuma bagi saya, silapnya bila kita menyuruh pelajar-pelajar tahfiz yang mencari dana unuk menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz... Biarlah kita yang dewasa yang menguruskannya.. 

Atau mungkin kita perlu meneliti terlebih dahulu segala kos perbelanjaan sebelum membina sebuah sekolah tahfiz? (secara jujurnya, saya sendiri tidak ada kekuatan untuk membina sekolah tahfiz jika tiada sumber kewangan yang kukuh)

Atau mungkin sudah tiba masanya kita perlukan bantuan dari pihak kerajaan dalam menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz sebagaimana  bantuan yang diberikan kepada sekolah kebangsaan?

Atau mungkinkah kewujudan sekolah tahfiz merupakan ujian untuk kita semua samada kita mahu membantu atau sekadar memandang sepi kehadiran mereka?

p/s: salam hari raya eiduladha... moga lebih banyak perkara yang sanggup kita korbankan untuk agama Allah swt.. Apalah ertinya agama tanpa pengorbanan kan.. (",)

Thursday, October 18, 2012

TiPS MeMBeRi HuTaNG..


Andaikata ada insan ingin meminjam wang daripada anda... Apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan?

Mendengar kisah-kisah kehidupan manusia, menyebabkan aku terfikir akan beberapa perkara:

1) Berilah jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.. Makna kata, duit yang diberi pinjam tidak mengganggu perjalanan kehidupan anda..(kalau takde duit, cakap je takde.. sebagai contoh, tak perlu anda memberi terlebih dahulu duit yang anda simpan untuk ansuran bulanan kereta anda, dengan HARAPAN si peminjam akan membayar kembali dalam masa terdekat.. orang kata, mmg harapan tipis la..) (",) 

2) Jangan memberi pinjam dengan niat untuk menuntut kembali. (nak bayar, bayar.. tak nak bayar, aku halalkan.. cenggitu la lebih kurang)

3) Berilah pinjam dengan niat membantu dan semata-mata kerana Allah swt.. 

Anda rasa macamana? Ke ada perkara-perkara lain yang harus dipertimbangkan.. (",)

Friday, October 12, 2012

CaRa uNTuK BeRHeNTi MeRoKoK..


Seseorang bertanya, bagaimanakah cara yang paling mujarab untuk berhenti merokok??

Jawapannya ialah..

Bilamana hendak merokok, mulakanlah dengan Bismillah.. Dalamilah maksud kalimah tersebut, insyaAllah mudah-mudahan akan terbantutlah niat anda untuk merokok.. 

Senang bukan.. (",)

p/s: sekadar untuk melepaskan rindu menulis blog... almaklumlah, baru balik dari pertapaan.. (",)


Tuesday, August 7, 2012

NiKMaTNYa MiNuM KeTiKa SeDaNG BeRPuaSa..

Malam Sabtu itu, isteri Ramli kurang sihat dan Ramli sekadar berbuka ala kadar.. Pagi Sabtunya pula, Ramli bersahur juga ala kadar.. Seperti orang bujang sahaja rasanya.. Kata orang, hendak merasai bagaimanakah berbuka dan bersahurnya orang yang susah..  

Usai solat Subuh, Ramli mengemas rumah.. Mengemas dan terus mengemas seakan-seakan esok adalah hari raya... Selesai mengemas, Ramli terasa terlalu letih.. Tekaknya kering.. Mungkin terlalu bekerja keras ditambah lagi hanya berbuka dan bersahur dengan sesuatu yang ala kadar..

Ramli merebahkan sebentar badannya di atas tilam... 

Kemudian, Ramli menuju dapur.. Terus minum seteguk air.. Alahai, nikmatnya.. Baru satu teguk. tiba-tiba Ramli teringat bahawa dia sedang berpuasa... Terus Ramli batalkan niat untuk membuat tegukan yang berikutnya.. Dalam hati Ramli berkata, takpelah, terlupa.. Dimaafkan.. Untung jugak dapat minum seteguk.. Nikmat Allah.. (",)

Tapi kan.. Rupanya.... Ramli hanya bermimpi.. Ketika Ramli merebahkan badan itulah, Ramli bermimpi terminum air..  Ramli lihat jam, baru setengah jam dia tertidur.. Namun ajaibnya, badannya sudah kembali bertenaga.. Tekaknya sudah tidak kering.. Bolehlah dikatakan bahawa ia seperti mimpi yang telah menjadi kenyataan... Alhamdulillah.... (",)

---------------------------------

Teka-teki Ramadhan:

Usai Kuliah Subuh Ustaz Harun Din, pagi Ramadhan itu,   Mardhiah siswazah universiti yang sedang bercuti, menunggu ayahnya di kereta..

Mardhiah: Lamanya Mardhiah tunggu ayah.. Ayah buat apa..
Ayah Mardhiah: Ayah beratur untuk bersalaman dengan ustaz..
Mardhiah: Ye lah kan, ayah bolehlah pergi salam.. Mardhiah mana boleh bersalaman dengan ustaz tu..
Ayah Mardhiah: Haa, ayah ada teka-teki, apakah cara yang Mardhiah boleh lakukan, agar Mardhiah boleh bersalaman dengan ustaz tu???

p/s: ce jawab.. ce jawab.. (",) 

Tuesday, July 24, 2012

aPaBiLa MaSJiD KuRaNG MeSRa..

Di sebuah masjid, di bumi Malaysia..

Pakcik Ali yang baru berjinak-jinak ke masjid kelihatan mendatangi masjid dengan baju t-shirt biasa dan seluar slack tanpa mengenakan kopiah..

Pakcik Abu: Ali, cubalah datang masjid pakai baju melayu, pakai kain pelekat dengan kopiah, kan elok sikit..
Pakcik Ali: hmm....
(Beberapa hari kemudian, Pakcik Ali tidak lagi kelihatan datang ke masjid.. Sekarang, salah siapa??)

______________________________

Di sebuah surau, di tempat orang.. 

Ada sekumpulan belia.. Mereka selalu datang ke surau.. Tapi Ramli kesian.. Mereka tidak diberi peluang untuk menjadi bilal apatah lagi menjadi imam.. Walhal Ramli rasa, suara dan bacaan mereka lebih baik dan bertenaga.. 

Jika esok-esok, di surau pakcik, yang ada hanyalah golongan yang sebaya dengan pakcik, saya tahu mana silapnya.. 
______________________________

Johan membawa isteri dan anaknya bertarawikh di sebuah masjid, di dalam sebuah kampung.. 

Pakcik Man: Budak kecik tak boleh bawak datang masjid.. Budak-budak lelaki sekalipun, kalau tak sunat, jangan bawak datang masjid.. Nanti kalau dia kacau orang lain solat, sorang batal solat, satu saf boleh batal.. bla bla bla bla bla.....
Johan: (Senyap.. Mungkin itulah perbuatan yang paling hikmah yang Johan boleh buat.. Sebab jika Johan terus berkata-kata pada ketika itu, takut2 lain jadinya..)
Pakcik Man: Kamu dok kat lorong mana?
Johan: Kat lorong 3..
Pakcik Man: Rumah yang mana?
Johan: Saya menantu Ustaz Kassim.. 
Pakcik Man: (Terus diam..) 
Johan: (Beredar dengan sangkaan yang baik..)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. 

Sunday, July 15, 2012

Di HaRi LaHiRKu...

Hari itu hari Jumaat.. Hari ketiga aku demam.. Ketika yang lain sedang sibuk melakukan persiapan untuk kenduri doa selamat dan tahlil arwah bapa mertuaku, aku hanya mampu berbaring keseorangan di dalam bilik.. Kedengaran laptop dipasangkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.. "Wahh, sungguh menikam di kalbu.. Seperti berada di wad ICU," bisik hatiku.. 

Sejurus selepas itu, tidak semena-mena aku berasa sungguh tidak larat.. Dadaku sesak.. Ketika itu, aku tidak punya kudrat untuk memanggil sesiapa.. Mulalah aku terbayang, inilah saatnya aku akan pergi meninggalkan dunia ini.. Mungkinkah kenduri doa selamat dan tahlil arwah itu juga nanti adalah untukku?? Oh, tidak.. Aku masih muda.. Bagaimana dengan nasib isteriku nanti?? Tiba-tiba seakan ada suara berkata, "Kenapa perlu engkau risau tentang isterimu?? Isterimu seorang wanita yang sangat tabah dan berdikari..". "Betul jugak," kata hatiku..

Aku cuba mencari alasan lain....Bagaimana dengan anakku?? Dia kan masih kecil?? Tiba-tiba suara itu datang lagi sambil berkata, "Bukankah anakmu lebih berkelakuan baik bila bersama isterimu dan lebih banyak mengada-ngada bila bersamamu?" Arghh sudah... Aku sudah tidak punya alasan... 

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan yang timbul selepas itu.. Namun, kesemuanya terjawab dengan baik sehingga aku benar-benar bersangka dunia bukan lagi tempat untukku...   

Aku hanya pasrah menantikan saat itu.. Andaikata aku punya masa untuk melakukan solat sunat untuk kali yang terakhir, aku sendiri tidak pasti samada aku mampu melakukannya atau tidak kerana aku tersangat-sangat tidak punya kudrat untuk bangun dan meminta pertolongan.. Seakan sukar untuk dipercaya, saat itu aku langsung tidak punya kudrat untuk mengangkat tanganku.. Mulutku seakan terkunci.. Dada dan kepalaku tersangat sakit.. Aku hanya bersangka, mungkin inilah kesakitan orang yang hampir kepada kematian.. Dan aku cuma berharap, moga dengan kesakitan itu, Allah swt mengampuni dosa-dosaku.. 

Aku pasrah dan terus pasrah.. Hampir setengah jam aku melalui saat itu.. 

Namun, sebaik sahaja isteriku menjengukku di bilik, tidak semena-mena kudrat dan tenagaku kembali pulih.. Aku sudah mampu berbicara.. Dan aku hanya mampu beristighfar berulang kali.. Rupa-rupanya, Allah swt sekadar memberikan aku sedikit kesempatan buat merasai saat itu..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.. Aku masih punya kesempatan dan waktu untuk beramal dan melakukan lebih persiapan untuk kehidupan akhirat yang pasti akan datang padaku... 

Dan nampaknya, aku juga masih diberi kesempatan untuk menulis di hari lahirku.. 

Tuesday, July 3, 2012

ReaLiTi KeHiDuPaN Di KuaLa LuMPuR..

Walaupun Ramli agak sibuk mempersiapkan diri untuk program bakat bolasepak"Misi Mencari Ramli", Ramli sempat juga mencuri sedikit masa untuk berborak-borak dengan kawan lamanya, Faris..  

Ramli: Faris, lama tak jumpa.. Ko dah kahwin ke?

Faris: Ishh, aku kalau kawin, mesti ajak ko punya..

Ramli: Apa yang ko tunggu lagi tu.. Hensem dah hensem dah, nak kata tak baik, lagi baik dari aku, nak kata tak bekerjaya, dah jadi pegawai kerajaan dah..

Faris: Disebabkan aku bercadang nak jadi suami, ayah, anak dan menantu yang baik, jadi aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.. Aku cepat kesian kalau isteri aku bekerja.. Jadi bila aku buat kira-kira, masih tak cukup lagi pendapatan aku sebanyak RM2800.00 sebulan sebagai pegawai kerajaan yang hidup di Kuala Lumpur untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku..

Ramli: Ko biar betul.. Takkan tak cukup kot.. Punya banyak gaji macam tu tak cukup lagi?

Faris: Kalau aku kerja kat kampung mungkin cukup, masalahnya sekarang aku kerja kat KL..  Aku dah kira-kira dah.. Memang tak cukup.. Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang.. 

Ramli: Haa, itulah keajaiban perkahwinan.. Oklah, cuba ko buat kira-kira.. Tang mana yang tak cukupnya tu.. 

Faris: Meh bagi aku kertas dan pen.. Tolak tepi cerita kos sara hidup 5-10 tahun yang lepas.. Ini cerita tahun ni untuk golongan macam aku yang duduk kat kl ni..

Faris pun mula menconteng di atas lembaran kertas... Lebih kurang beginilah contengannya:

Gaji bulanan: RM 2800.00
Bagi kat mak ayah: -RM 300.00
Bayaran bulanan kereta (Proton Persona): -RM 700.00
Bayar bil: -RM 150.00
Perbelanjaan untuk minyak dan tol, untuk sebulan: -RM 250.00
Perbelanjaan dapur atau makan untuk sebulan: -RM 300.00
Bayaran balik pinjaman PTPTN: -RM 200.00
Kos sewa rumah jika hidup bujang di Kuala Lumpur: -RM 200.00
Simpanan tetap: -RM 200.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Maka, baki yang tinggal (simpanan utk kenduri kahwin): RM 400

Bila dah kawin (ada sorang anak):
Baki bawa ke depan: RM 400.00
Tambahan duit sewa rumah jika hidup berkeluarga, sebulan: -RM 600.00
Sebagai menantu yang baik, bagi kat makayah mertua: -RM 300.00
Kos perjalanan ulangalik balik kampung, kurang2 sebulan sekali: -RM 300.00
Kos untuk lampin pakai buang dan susu, sebulan: -RM 400.00
Perbelanjaan pelbagai (baju anak isteri  dan lain-lain): -RM 200.00
Nafkah kepada isteri aku: -RM 200.00
Maka, baki yang tinggal: -RM 1600.00

Faris: Jadi, sebab ni lah aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku untuk berkahwin.. Takpe kan...
Ramli: Hurmm....

Tuesday, June 26, 2012

iKLaN JaWaTaN KoSoNG..

Mungkin semua sedia maklum, masalah pengangguran agak meruncing di negara kita.. Kadang-kadang kita rasa, punya susah-payah kita belajar dulu-dulu, ingat segala macam teori, guna kalkulator saintifik, buat persamaan itu dan ini, alih-alih berniaga pasar malam je..(yang selalunya hanya memerlukan kemahiran 3M.. tapi takpe, untungnya jauh lebih banyak dari kerja makan gaji)... Cuma, nak berniaga kat pasar malam pun, tak semua orang punya modal untuk memulakan perniagaan.. Masih ramai lagi yang menganggur.. 

Tapi takpe, sebagai mengubat kekecewaan, ni ada satu iklan jawatan kosong untuk semua..


Klik pada gambar untuk tumbesaran..

Sebelum terlupa.. Ustaz ada pesan: 
Agama tanpa mesyuarah itu, nafsu, 
Agama tanpa pengorbanan itu, palsu..

Sekian.. (",)

Friday, June 15, 2012

HuMaN RiGHT: iS iT aLRiGHT?

Bila bicara tentang 'Human Right' atau Hak Asasi Kemanusiaan..

Anita: Jom kita pergi solat jumaat, orang perempuan akan jadi imam, kita jadilah makmum..
Rosnah: Ish, pelik je.. Mana boleh perempuan jadi imam solat jumaat.. 
Anita: Jangan risau, inilah yang dikatakan 'human right'..

Anita: Jom kita ikut kempen tu... Perempuan mahu hak yang sama dengan lelaki.. Perempuan mahu hak untuk dibenarkan tidak berbaju ketika di tempat awam..
Rosnah: Ish, mana boleh.. Kena tangkap nanti..
Anita: Takpe, jangan risau.. Inilah 'human right' yang sedang diperjuangkan.. 

Cuba bayangkan kalau perkara ni berlaku di padang mahsyar: (bayangkan je.. bukan betul-betul)

Rosnah: Boleh ke kita masuk syurga.. Ke masuk neraka.. 
Anita: Jangan risau, mesti masuk syurga.. Kita boleh tuntut 'human right'.. 
Rosnah: Dah.. Dah.. Jangan nak 'human right' sangat.. Yang aku nampak, neraka adalah 'right place' untuk kita sekarang ni... 

Tak ke naya namanya tu.. hmmm..... (",)

p/s: 
-itu baru atas nama 'human right', kalau atas nama 'art', macam-macam lagi perkara pelik yang telah berlaku... aduyai.. 
-satu tugas yg berat kepada ibubapa untuk mendidik anak-anak kepada jalan agama dalam keadaan masyarakat terkesan dengan konsep 'dunia tanpa sempadan'... T_T.. seorang abang pernah bagitau, it's about quality, not quantity..
-di arab saudi, ada tuntutan agar wanita dibenarkan mengambil lesen memandu supaya akhirnya nanti bolehlah mereka memandu sendirian.. sukar sy menyokong mana-mana pihak kerana budaya di negara sana adalah berbeza sama sekali.. (orang kat sana kalau memandu, lain macam ganasnya.. diorang kalau kereta kemek2 pun, rileks je.. ) ermm... anda rasa macamana? (",)

Sunday, June 3, 2012

aNTaRa MiNaT DaN KeLuLuSaN..

Di sebuah kedai serbaneka 24 jam, di kaunter pembayaran:
Jurujual melayu: Abang beli arak ni untuk siapa?
Lelaki melayu: Untuk kawan..
Jurujual melayu: Kami tak jual kat orang Islam.. Kalau nak jugak, kena mintak kawan beli sendiri.. 

Arak ni hukumnya jelas.. Tiada tolak ansur.. Semestinya, jangankan tolong beli, tolong jual pun sebolehnya jangan.. 

Tapi apa2 pun, doakan yang terbaik.. Mungkin hari ini kita lihat seseorang jauh dari agama.. Satu hari tidak mustahil, orang tu jadi muslim yg hebat.. 

Aku pernah jumpa samseng sekolah yg dulunya digeruni rakan sebaya, hari ni dia lebih baik dari aku.. 
Aku pernah jumpa seorang maknyah yang dulunya hidup di lorong2 gelap, hari ini dia lebih baik dari aku..
_________________________________

Belasan tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki menduduki peperiksaan UPSR.. 

Selepas UPSR, dia mendaftarkan diri di tingkatan satu.. Dia mendaftar di aliran biasa dan bukan di aliran agama.. Sesiapa yang mendaftar awal, dapatlah berada di aliran agama yang agak terhad.. Dia cuma menurut walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat belajar Bahasa Arab seperti rakan-rakannya di aliran agama..

Menelusuri menengah rendah, budak lelaki itu mula meminati subjek agama.. Subjek agama seakan mudah dihadam.. Subjek agama untuk PMR mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Namun rupanya, dek kerana tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa PMR, dia tidak dapat berada di tingkatan 4  sekolah agama..

Subjek agama untuk SPM juga mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Usai SPM, dia ingin meneruskan pengajian dalam bidang agama.. Namun, sekali lagi subjek Bahasa Arab menjadi asbab untuk budak lelaki itu tidak dapat berada dalam bidang agama semasa di menara gading.. Dia cuma mampu berada dalam bidang sains..

Mujur, dapat juga budak lelaki itu belajar Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di menara gading.. Namun ia juga belum mencukupi.. Dan kini, dia terus menghadapi kesukaran untuk menjelmakan minatnya itu kepada segulung kelulusan dalam bidang agama.. 

Dulu, budak lelaki itu agak ralat kerana ia seakan-akan bermula dari rentetan tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan 1 yang mana ketika itu dia hanyalah seorang budak mentah yang masih belum mampu menilai potensi dan kecenderungan diri..

Namun kini, budak lelaki itu menenangkan hatinya dengan berkata, pasti ada hikmah di sebalik perancangan Allah swt.. Wamakaru WamakarAllah wAllahu Khoirul Makirin...   

p/s:  Bila sudah ramai yang bertanya kenapa budak lelaki itu tidak mencuba program imam muda, dia hanya menjawab, dia cuma ada minat dalam agama, dan belajar agama secara tidak formal, tetapi bukanlah pelajar berkelulusan agama.. (",)

Monday, May 28, 2012

RaSiONaL DaLam PeRKaHWiNaN??

1) Dimanakah rasional, penceraian akibat masalah ekonomi??
Adakah dengan bercerai, jalan keluar untuk meningkatkan ekonomi? Kalaulah kita punya cara untuk meningkatkan ekonomi selepas penceraian, tidak perlu tunggu penceraian, laksanakanlah secepat mungkin.. 

2) Dimanakah rasional, poligami dibolehkan?
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisa' ayat 3)
 
Boleh ke berlaku adil??
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa’ ayat 129)

Boleh dikatakan, keringanan terhadap TAKUT tidak berlaku adil, maka berkahwinlah seorang sahaja sepertimana keringanan terhadap orang yang uzur di bulan Ramadhan, bolehlah tidak berpuasa.. 

Boleh dikatakan, jika poligami tidak dibolehkan, nescaya Allah swt akan berfirman, "kamu sekali-kali tidak mampu berlaku adil, maka berkahwinlah seorang sahaja.."

Boleh dikatakan, kita tidak mampu berlaku adil secara keseluruhannya lebih-lebih lagi jika melibatkan hati dan perasaan.. Tetapi, berlakulah adil pada tahap terbaik terhadap perkara-perkara yang mampu untuk dilakukan seperti penggiliran yang adil.

3) Dimanakah rasional, berpoligami harus meminta izin isteri pertama??
Perempuan yang mendengar suaminya ingin berpoligami sahaja sudah menyebabkan mereka hilang rasional.. (gurau2) (",)

4) Dimanakah rasional, perkahwinan untuk memuaskan nafsu semata??
Kita harus lebih rasional bahawa perkahwinan adalah amanah dan tanggungjawab.. Lama mana sangat nak puaskan nafsu semata.. (Saya rasa, lelaki harus lebih rasional dalam perkara ni.. ) (",)

p/s:
-entri ini bukan bermaksud saya hendak berpoligami.. tetapi sekadar mahu ia dibincangkan dengan telus tanpa dipengaruhi oleh emosi..
-kesimpulan yang dapat dibuat, poligami bukanlah satu kelebihan yang harus diambil kesempatan oleh lelaki.. ia adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB..
-sedikit konfius dan nak tanya, boleh ke manusia memilih jodoh sendiri?? atau ia nampak seakan memilih tetapi hakikatnya tidak??

*kalau banyak masa, boleh baca yang ini..

Monday, May 21, 2012

PeReMPuaN LeBiH RaMai??

Amni: Ayah, kenapa perempuan ramai di universiti? Orang kata, lelaki ramai kat pusat serenti je, betul ke?

Ramli: Ayah rasa, perempuan memang lebih ramai dari lelaki... Dari kisah quran dan hadis, dapat diketahui bahawa lebih ramai perempuan di neraka berbanding lelaki... Dapat juga diketahui bahawa di syurga, setiap seorang lelaki akan dikahwinkan dengan 2 orang perempuan di kalangan ahli syurga... Bukankah nisbah tu menunjukkan perempuan lebih ramai dari lelaki disebabkan pada kehidupan akhirat tidaklah ada tempat lain melainkan syurga dan neraka...

Amni: A'ah la.. Amni pun ada dengar macam tu jugak.. Ayah, macam mana nak masuk syurga?

Ramli: Sejauh mana seseorang berjaya bawa agama Islam dalam kehidupan dia.. Kalaulah ukuran kejayaan pada harta kekayaan, pasti dan pasti Nabi Muhammad saw adalah orang yang paling berhak hidup dalam kekayaan.. Tidaklah dunia ini diciptakan jika tidak kerana Allah swt ingin menciptakan Muhammad saw..

Persoalannya, kalaulah iman yang ada pada kita hari ini tidak mampu membuatkan kita taat perintah Allah swt, apakah dengan iman yang sama kita mampu masuk syurga Allah?
Dan kalaulah dengan iman yang ada pada kita hari ini tidak mampu untuk kita menjauhi maksiat, apakah dengan iman yang sama kita mampu terlepas dari neraka Allah?

p/s:
Dalam entri F.A.Q..
Nur Farina Abdullah said...
suami saya kata: kenapa org yg tinggil ilmu agama spt nik aziz dan harun din tak bernikah lebih dari sorg? saya jawab: NTAH! suami kata sebab mereka betul2 memahami apa isi al quran, khatam dan dah masuk dlm kepala tafsir al quran dan mmg tahu sgt2 apa yg di maksudkan kalau mampu utk adil kawin lah 4 tp kalau tak mampu memadailah seorang... jd justru itu kebanyakan org yg benar2 mendalami agama jarang yg bernikah lebih....

Ramli said:
Apa2 pun, sesungguhnya Nabi Muhammad saw adalah orang yang paling memahami al-quran.. Pasti ada hikmah mengapa Allah swt perintahkan Nabi Muhammad saw untuk berkahwin lebih dari seorang.



Tuesday, May 15, 2012

SuDaH TuKaR Ka...

Dalam meniti arus kehidupan, Ramli sering berjumpa rakan-rakan yang pelbagai.. Ada golongan yang biasa-biasa.. Tapi ada juga golongan yang mana kata-kata mereka membuatkan Ramli berfikir sejenak...

Ramli: Remuk teruk kereta depan kita ni..
Kawan: A'ah la.. Dah macam kena langgar lori gamaknya..

Ramli: Remuk teruk kereta depan kita ni..
Kawan: A'ah la.. Tapi ok lagi kalau kereta yang remuk.. Kalau iman yang remuk, buruk padahnya..
______________________________

Ramli: Untung ke bisnes hari ni?
Kawan: Ada la untung seribu-dua.. 

Ramli: Untung ke bisnes hari ni?
Kawan: 2 rakaat solat sunat selepas solat fardhu lebih untung dari keuntungan aku hari ni.. (",)
______________________________

Ramli: Rasa demam pulak hari ni...
Kawan: Mungkin sebab kau main hujan kot semalam..
Ramli: Mungkin jugak..

Ramli: Rasa demam pulak hari ni...
Kawan: Mungkin Allah swt nak hapuskan dosa kot..
Ramli: Ye tak ye jugak.. Astaghfirullahal 'azim... 
______________________________

Ramli: Motor aku baru hilang la..
Kawan: Sabar ye.. Banyakkan bersabar..

Ramli: Motor aku baru hilang la..
Kawan: MasyaAllah tuan.. Sesungguhnya pandangan Allah sangat dekat dengan tuan pada ketika ni.. Kalau tuan berdoa, insyaAllah mudah termakbul.. 
______________________________

Timah: Kerja ape sekarang?
Joyah: Mengasuh budak-budak.. 
Timah: Aiii, belajar tinggi-tinggi, mengasuh budak-budak je kerjanya?
Joyah: Nak buat macam mana, ijazah LANGSUNG takde kuasa nak bagi aku keje hebat-hebat.. 
Senah: Mengasuh budak-budak je pun, kerja hebat jugak la..
__________________________

Ramli: Anney, kirija ada ok?
Salman Khan: Ok la... Gaji pun ada ok.. Tiap-tiap tahun pun gaji ada naik..
Ramli: Satu tahun, berapa banyak bos kasi naik gaji?
Salman Khan: Satu ringgit...

Saturday, May 5, 2012

iBuMu SiHaT??

takpe kan?? ke dengar kata, ia perayaan agama lain??
Dua minggu kebelakangan ni, ada kata-kata indah dari mimbar Jumaat..

Jom preview.. (",)

Minggu lepas:
Bijak bukan ukurannya segulung ijazah..
Bijak bukan ukurannya kereta yang mewah..
Bijak ukurannya melakukan persiapan untuk kehidupan akhirah..

Kamu bergelar tuan pengarah..
Kamu bergelar seorang pensyarah..
Tapi tiada ertinya jika solat kamu tak endah..

Minggu ni:
Bilakah kali terakhir kamu menjenguk ibumu?
Apakah kiriman wang mencukupi sebagai membayar titisan air mata rindu?
Walhal bukan itu yang ibumu mahu..
Jenguk dan berbuat baiklah kepada ibumu selagi kamu punya waktu.. 

p/s:
-khutbah harus bersifat keinsafan dan membangun iman.. jika tidak, elok dibiarlah pentas lain yang membicarakan...
-teringat yang Ramli pernah buat teks khutbah aidiladha sendiri sebab teks sedia ada macam boring je.. orang muda nak dengar perkara yang hebat, bukan yang remeh-temeh..(",)
-orang alim pesan, SETIAP HARI kena jaga 6T, insyaAllah selamat hidup..
1. takbiratul 'ula (solat awal waktu)..
2. tasbihat (zikir)..
3. tilawatul quran..
4. tahajjud..
5. tundukkan pandangan..
6. taklim wa taklum (belajar dan mengajar/ santapan rohani)..

*kalau salah tolong betulkan.. (betul tak tuan bijen?? )(",)

Wednesday, May 2, 2012

TiDaK HaiRaN BeRSiH MeNDaPaT SaMBuTaN..


Kamu sibuk membina bangunan..
Bukan sibuk membangun iman..
Rakyat hidup dengan hiburan..
Bila timbul ketidakpuashatian..
Tahajjud bukan lagi keutamaan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Ikan kecil jadi buruan..
Jerung besar hanya dibiarkan..
Ribuan ringgit jadi siasatan..
Jutaan ringgit diam-diamkan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Harga rumah tiada kawalan..
Tiada pula sebarang tindakan..
Tuan pengarah tolong belikan..
Tolong bagi kami sewakan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Harga minyak dibanding-bandingkan..
Dengan negara yang tiada kaitan..
Pilihanraya jadi persoalan..
Undi pos tampak meragukan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Walaupun ada ketidakadilan..
Mujurlah dunia hanya persinggahan..
Maka aku hanya diamkan..
Harap di akhirat beroleh kejayaan..

Nukilan hati:
Ajis@Mei 2012

p/s: Ramli hanya baca je.. (",)

Wednesday, April 25, 2012

MuSYKiL..

Sambungan cerita entri sebelum ni...

Ramli: Apa yang musykil sangat tu?
Amni: Musykil, betul ke perempuan ada kemahiran habiskan duit?
Ramli: Ayah gurau-gurau je la.. Tapi kan.. Kadang2 ada betulnya.. Dengan kemahiran tu lah, Amni nampak bergaya sikit gi kenduri kawin ni.. Kalau harapkan ayah, jangankan aksesori, bedak pun belum tentu ayah pakaikan..
Amni: Fuhh, lega Amni sebab ada ibu lagi.. Erm.. Tapi ada lagi yang Amni musykil..
Ramli: Apa dia?
Amni: Kalau lelaki yang kawin ramai tu, untuk keseimbangan ekosistem jugak ke??
Ramli: Apalah nilainya keseimbangan jika syurga bukan lagi tujuan.. Kadang-kadang ia boleh jadi seimbang dalam huru-hara perperangan..
Amni: Ish, takut jugak Amni kalau jadi mangsa perperangan.. Ayah... Ayah rasa.. Pekerjaan manakah yang lebih terpuji buat seorang isteri? Cikgu, doktor ataupun surirumah?
Ramli: Ataupun...
Amni: Eeee ayah ni.. Main2 pulak.. Ermm... Kalau Amni jadi penyanyi, ayah rasa bangga tak?
Ramli: Mungkin rasa hairan kot..
______________________

Melihat gambar-gambar lama..
Bersama rakan-rakan sebaya..
Seakan sukar untuk dipercaya..
Pantas betul putaran masa..

Ketika itu aku masih muda..
Saat ini aku sudahpun tua.. 
Seakan sukar untuk dipercaya..
Pantas betul putaran masa..

Pasti akan tiba..
Saat dijemput olehNya..
Moga saat itu aku percaya..
Moga saat itu aku bersedia..

Tuesday, April 17, 2012

aNTaRa SeMaLaM DaN HaRi iNi..

Semalam rakanmu itu sihat dan hari ini dia telah sakit..
Semalam rakanmu itu masih hidup dan hari ini dia telah tiada..

Maka, apalah yang hendak dihairankan..
Jika semalam rakanmu itu rajin menulis blog dan hari ini dia sudah tiada kesempatan... (",)
__________________
Seorang pesakit tidak membantah akan ubat yang diberi oleh seorang doktor..
Kerana dia bukanlah seorang doktor..

Maka,
Tidaklah perlu kita membantah perintah dari Allah swt.. Kerana hakikatnya kita bukanlah Tuhan..
_________________
Seekor kucing yang tidak mampu berenang, makanannya adalah ikan yang berada di laut..
Seekor cicak yang tidak mampu terbang, makanannya adalah serangga yang beterbangan..

Maka,
Tidak perlulah kita meragui rezeki dariNya sehingga kita sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya..
________________
Amni: Ayah, kenapa lelaki kena kawin dengan perempuan?
Ramli: Kalau lelaki kawin dengan lelaki, maka akan berlakulah ketidakseimbangan ekosistem..
Amni: Maksud ayah?
Ramli: Kalau lelaki pandai carik duit, perempuan ada kemahiran untuk habiskan duit.. Kalau lelaki kawin dengan lelaki, siapa yang nak habiskan duit tu nanti..
Amni: Pengajarannya, lelaki kenalah kawin dengan perempuan ye, ayah.. Barulah ekosistem seimbang..
Ramli: Pandai anak ayah.. Tapi kalau dalam peperiksaan tanya pasal ketidakseimbangan ekosistem, jangan bagi contoh yang ni tau.. Boleh gagal nanti.. 
Amni: Gagal?? Hish, muyskil kabir jugak ni.. 

Wednesday, April 4, 2012

DiMaNaKaH BeRMuLaNYa MuSLiM TiDaK BeRSoLaT?

Amni: Ayah, kenapa ada orang Islam yang tak bersolat?
Ramli: Tak solat ni macam makan gula-gula.. Sekali makan, rasa macam sedap.. Makan lagi, rasa macam sedap jugak.. Makan lagi dan lagi, pun rasa macam sedap.. Tapi, kalau dah jadi tabiat, lama-lama gigi pun rosak.. Masa tu, kalau muka Amni cantik macam mana pun, tapi gigi dah takde, kuranglah cantiknya.. 
Amni: Memandai je ayahnya.. Amni pulak yang kena...
Ramli: Ayah gurau-gurau je lah.. (",)
_________________________________________

Ada orang, pergi hospital, sakit..
Balik hospital, sihat.. (insyaAllah)

Aku, pegi hospital, sihat..
Balik hospital, sakit.. (moga Allah swt ampunkan dosa)

Ternyata, yang bagi sihat mahupun sakit, adalah Allah swt.. (",)

p/s: sudah hari keenam aku demam sejak pulang dari hospital.. macam ada yang tak kena je.. nak gi periksa darah kejap.. mohon maaf ye andai ada salah dan silap.. (",)

Friday, March 30, 2012

CeRiTa DaRi PuLau..

Hari tu Ramli ke Langkawi.. Lama jugak sehingga terputus taraf musafir sebaik tiba di sana.. Di dalam kapal terbang, seorang isteri berborak dengan suaminya:

Isteri: Boleh tahan jugak pakaian pramugari kat sini kan..
Suami: Kalau nak tengok pakaian pramugari kat sini lebih sopan, naik kapal terbang masa pergi haji.. 
Isteri: Laa, macam tu pulak ceritanya.. Berubah-ubah pulak ikut keadaan ye..
Suami: Kata orang, jangan biarkan keadaan yang mengubah kita.. Biar kita berusaha untuk mengubah keadaan..

p/s: 
-persoalannya:
*siapa yang harus dipersalahkan, majikan atau pekerja??
*atau orang kita sudah tidak mampu untuk memilih kerja??
-harap-harap takde orang yang kempunan nak makan cokelat.. (",)

_________________________________________

Pulang bercuti dari Langkawi, Ramli bercuti pula di wad pediatrik hospital.. 

Di suatu petang, seorang ibu menemani anaknya yang dimasukkan ke dalam wad. Sedang jururawat menyediakan beberapa alatan untuk dipasang ke badan anak kecil tersebut, datang seorang lelaki mengagihkan makanan untuk pesakit hospital.

Ibu: Nurse, kalau makan kat sini, kena bayar ke?
Jururawat: (terkedu, terdiam sekejap) Erm, makanan tu memang dah pakej dengan bilik, kak. Akak makan je lah dulu.. Soal bayaran, nanti kita akan cuba bantu mana yang patut..

p/s: 
- tak sangka akan ada orang tanya soalan macam tu.. 

Tuesday, March 20, 2012

PiLiHaN: Di TaNGaN SiaPa?


Di suatu kawasan perumahan..
Amni: Ayah, kat tempat pembuangam sampah tu, diorang tulis apa kat papan tanda tu?
Ramli: Diorang tulis, Majlis Perbandaran tidak menerima sampah pukal seperti perabot dan barang elektrik yang telah rosak.
Amni: Habis tu, kalau perabot dan barang elektrik dah rosak teruk, nak lupuskan macamana?
Ramli: Entahlah.. Kadang-kadang tak semua pernyataan ada penyelesaian.. 
_________________________________

Di suatu malam, Ramli bertemu dengan tiga orang warga Bangladesh.. 
Ramli: Saya ada bawa baju-baju yang dah tak pakai, u orang mau tak? (sebenarnya, baju-baju yang jarang dipakai oleh pemilik baju yang telah meninggalkan dunia yang sementara..)
Warga Bangladesh: Boleh juga..

Ramli membuka beg dengan harapan memberi mereka peluang untuk memilih baju yang berkenan di hati..
Belum sempat Ramli menunjukkan kesemua baju, masing-masing telah mengaut baju-baju tersebut seorang sedikit..

Oh, Ramli terlupa.. 

Nampaknya, tak semua orang ingin membuat pilihan kerana tak semua orang biasa membuat pilihan..

p/s: 
-dalam pada mereka tidak mampu untuk terlalu memilih terhadap keperluan dunia, sekurang-kurangnya mereka mampu memilih masjid sebagai sahabat karib mereka.. alhamdulillah..
-saya rasa, memilih pemimpin menerusi sistem syura, banyak baiknya.. 
-sempat juga berjumpa dengan blogger tuan bijen yang hensem bergaya hari tu.. alhamdulillah.. (pertama kali jumpa rakan blogger)
- maaf, kesibukan sedikit membataskan ruang waktu bersama blog..
- akan berangkat ke Langkawi, insyaAllah.. ada apa-apa pesanan? (",) 

Wednesday, March 7, 2012

aNDa BiJaK? BuKTiKaN.. (",)

Bayangkan anda seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam penjara oleh seorang raja yang zalim..
Anda akan diseksa dengan begitu kejam di dalam penjara..
Anda tersangat perlu melepaskan diri..
Tetapi, untuk melepaskan diri, raja tersebut meletakkan satu syarat iaitu anda perlu melakukan salah satu dari perbuatan berikut:
a) Minum arak.
b) Membunuh seorang saudara Islam anda.
c) Bersetubuh dengan seorang gadis yang anda tidak kenali yang juga merupakan saudara Islam anda.

Antara a,b dan c, yang mana anda akan pilih??

p/s: sebarang komen akan disimpan terlebih dahulu agar aktiviti plagiat jawapan tidak dapat dijalankan.. (",)

___________________________

Jalan-jalan ingin membeli tilam.. Mahal nampaknya harga tilam... Tilam yang selesa, ribu-raban harganya.. Mau rabak poket dibuatnya..

Ramli: Cuba Amni rasa tilam tu, best tak?
Amni: Erm... Best memang best.. Tapi...
Ramli: Tapi ape?
Amni: Kalau dengan tilam ni, susah nak bangun  tahajjud, tak best jugak..
Ramli: Erkkk....!!

p/s: anda ada cadangan berkenaan pembelian tilam tak? (",) 

Saturday, March 3, 2012

CuTi HaRi JuMaaT: DiMaNa BaiKNYa?

Ramli: Ko gi mana tadi Sarip?
Sarip: Aku gi surau jap..
Ramli: Solat dhuha erk?
Sarip: A'ah..
Ramli: Patut la aku tgk semakin murah dan berkat rezeki ko.. Makan pakai anak bini semua cukup.. Rumah pun dah ada.. Alhamdulillah..
Sarip: Alhamdulillah..Tapi kan, orang kata, jodoh tu pun sebahagian dari rezeki jugak.. Betul ke? 
Ramli: Berbaur ada hati nampak..
________________________________


Amni: Ayah, kenapa ye, ada negeri mula cuti hari Jumaat dan ada yang mula cuti hari Sabtu..
Ramli: Secara umumnya, hari Jumaat adalah hari kebesaran ummat Islam, hari Sabtu adalah hari kebesaran Yahudi dan hari Ahad adalah hari kebesaran orang Kristian.. Ada sebahagian negeri mengambil cuti pada hari Jumaat sebagai meraikan hari kebesaran ummat Islam..
Amni: Ooo, patutlah...
Ramli: Ayah tengok, bila cuti hari Jumaat, makmum lebih segar untuk dengar khutbah Jumaat.. Kalau tak cuti, memang tidak syak lagi bahawa khutbah Jumaat adalah majlis sakinah iaitu majlis ketenangan sehingga ramai yang mampu tidur walaupun ketika sedang dengar khutbah.. Lagi satu, jika hari Jumaat cuti, yang datang solat Jumaat pun akan berpakaian lebih baik dan mereka juga akan sempat untuk mandi sunat Jumaat. 
Amni: Mesti tidur tu berkualiti sebab tidur di majlis yang tenang.
Ramli: Yup, tidak syak lagi.. Silap-silap, lepas je habis khutbah, terus segar-bugar seolah-olah telah tidur semalaman. 
Amni: Sampai macam tu sekali ye..
Ramli: Tapi jangan diamalkan, tak baik.. Kurang pahala.. 


(",)

Thursday, March 1, 2012

SaLaH TaNGGaPaN TeRHaDaP HuDuD..

Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:

Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'... 
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Samada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah.. 
_______________________________


Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.
Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..
Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak".  Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya.. 
Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.
Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan.. 
Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia.

Wednesday, February 22, 2012

aNTaRa SeRiNGGiT & 10 RiNGGiT..

Sedang menunggu azan, Amni berbicara:

Amni: Ayah, dahsyatlah pakcik tu, pergi surau pun naik kereta ferrari..
Ramli: Tak dahsyat sangat.. Dahsyat lagi pakcik yang jalan kaki tu, takde ferrari pun boleh pergi surau.. 
Amni: Maksud ayah??
Ramli: Contohnya, Amni ada seringgit, ayah ada 10 ringgit.. Dua-dua nak masuk zoo.. Ayah kena bayar pakai duit 10ringgit, baru dapat masuk zoo.. Amni bayar pakai duit seringgit, pun dapat masuk zoo jugak.. Sumbernya sedikit, tetapi dapat mencapai maksud yang sama, maka Amnilah yang lebih untung..
Amni: Ooo, baru Amni faham.. Salah ke naik ferrari pergi surau, ayah??
Ramli: Tak salah... Untunglah pakcik tu, ada ferrari tapi tak lupa nak pergi surau..  
_______________________

Lepas isyak ada majlis bacaan hadis.. Amni berbicara lagi:

Amni: Ayah, ayah.. Kenapa ye, dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi yang kafir.. Amni tak sempat nak dengar betul-betul tadi.. 
Ramli: Itulah, Amni sibuk main kan... Jawapannya.. Kerana nikmat syurga terlalu membahagiakan sehingga dunia kelihatan seperti penjara bagi orang mukmin.. Dan seksaan neraka terlalu pedih sehingga dunia kelihatan seperti syurga untuk orang kafir...
Amni: Oooo... baru Amni faham..

p/s: 
Soalan:
Kalaulah setiap ahli jemaah masjid, pergi ke masjid dengan menaiki kereta mewah seperti ferrari dan mercedes, apakah anda merasakan bahawa ini akan menimbulkan kegerunan kepada orang kafir??
(sedang pasang niat nak bagi sedikit hadiah untuk jawapan terbaik, insyaAllah.. Sekali-sekala mahu memberi, sebagai meraikan durian yang runtuh..) (",)

Saturday, February 18, 2012

SeMaNGaT YaNG HiLaNG..

Seorang Atheis terkapai-kapai di tengah lautan.. Selepas semalaman, dia diselamatkan.. Lepas pada tu, orang bertanya:

Ajis: Apa perasaan tuan semasa berada di tengah lautan tu??
Atheis: Saya hanya berharap, Tuhan akan selamatkan saya...

p/s: nampak, manusia sukar untuk lari dari fitrah kehidupan..
______________________

Malam tadi Ramli pergi surau.. Solat jemaah macam biasa.. Lepas bagi salam, wirid dulu... Tawajjuh Ramli baca wirid.. Tak pandang keliling dah.. Lepas tu, imam baca doa.. Ramli pun ameenkan... Tiba-tiba, macam ada orang bersandar kat belakang badan Ramli.. Lepas tu gesel-geselkan badannya... Ish, sape pulak ni.... Gila ke ape kat surau buat benda macam tu.. Ramli tenang.. Biarkan ia berlaku.. Tapi lama pulak orang ni dok menggesel.. Ramli agak cuak... Nak toleh belakang pun rasa macam tak sanggup... Sekali, bila toleh....  Ish, tak sanggup Ramli nak cerita...

p/s: 
-semangat untuk berblogging yang hilang... nak kena cari air penawar ni.. 
-amanah saham rakyat 1malaysia, ramai yang masih tertanya-tanya status halalnya..
-masih terngiang-ngiang kata-kata, "dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali dan daripada tanah kita dibangkitkan kembali..."
-rupa-rupanya Ramli terlupa yang dia bawak anaknya ke surau.. Anak Ramli yang dok gesel-gesel tu... Ramli Ramli.. 

Monday, February 13, 2012

aNTaRa iSYRaK DaN DHuHa..

Ajis baru kawin pada hari cuti kelahiran Nabi saw.. Ramli datang jumpa Ajis..

Ramli: Tahniah Ajis.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat anak yang ramai..
Ajis: Terima kasih.. Tapi aku lebih suka ucapan yang lebih tepat..
Ramli: Maksud kau?
Ajis: Apalah gunanya umur yang panjang, jika dipenuhi dengan kelalaian mahupun hanya terlantar sakit tanpa ketaatan kepadaNya.. Apalah gunanya rezeki yang banyak jika tidak pernah rasa cukup... Apalah gunanya anak yang ramai tetapi tidak ada kualiti.. 
Ramli: Betul jugak tu.. Oklah, aku tukar.. Semoga diberkati umur, diberkati rezeki dan beroleh anak yang soleh dan solehah..
Ajis: Haa, yang ni baru aku suka...


p/s:
- Sibuk sikit kebelakangan ni.. Baru selesai menguruskan jenazah keluarga terdekat.. Alhamdulillah, banyak ilmu, keinsafan dan pengalaman yang diperolehi.. Perginya seorang insan yang begitu sabar dan pemurah dalam kehidupan.. Kelihatan seperti arwah akan datang kepada kehidupan akhirat dengan bebanan yang ringan.
-Rupanya mengikut kalendar hijrah, umur kita akan menjadi lebih tua setahun..
-Selama ini tertanya-tanya tentang waktu yang tepat untuk solat sunat isyrak dan dhuha.. Pertanyaan dengan seorang ustaz mengatakan sunat isyrak adalah 15 minit selepas syuruk dan dalam tempah masa 13 minit sebelum masuk waktu sunat dhuha.. Maksudnya, jika syuruk pukul 7.00pagi, sunat isyrak pukul 7.15pagi dan sunat dhuha pukul 7.28pagi.. Anda setuju?? Ada sesiapa boleh kongsikan perbezaan fadhilat antara kedua-dua solat ini? Ke sama je erk?
-Kelebihan Kedai Rakyat 1Malaysia di Serdang adalah anda berkemungkinan beroleh pengalaman bersolat di atas pentas.. Cubalah.. (",) 

Tuesday, February 7, 2012

KiSaH BeLaLaNG SaMBuT MauLuD NaBi..

Malam tu, Ramli pergi ceramah Maulidur Rasul..

Dalam ceramah tu, Ustaz ada bagitau: 
Apakah itu kepimpinan cara Nabi saw?? Boleh dikatakan, motto terhadap kepimpinan cara Nabi saw adalah "pemimpin juga sebahagian dari rakyat"... Ketika mana Nabi saw sampai di kota Madinah, Baginda turut sama mengeluarkan keringat membina Masjid Nabawi...  Ketika perang Khandak, pakaian Baginda dipenuhi dengan kekotoran dan debu kerana Baginda turut sama membina parit bagi memerangi tentera musuh.. Ketika orang lain mengikat perut dengan satu biji batu, Nabi saw mengikat perutnya dengan dua biji batu.. Maka, inilah kepimpinan cara Nabi saw.. Kalau beginilah asas kepimpinan, jelas bahawa bukan senang untuk jadi pemimpin..

Lepas ceramah, Belalang (yang mengalami sedikit masalah kesihatan), datang kat Ramli:
Belalang: Abang, saya jadi imam ye..
Ramli: Jadilah, tapi cuba tanya pakcik tu dulu.. (selalunya, Ramli suruh baca Al-Fatihah dulu, maka memang tak lepaslah.. )

Belalang: Pakcik, saya jadi imam ye..
Pakcik imam 1: Boleh, jadilah.. 

Alamak, pakcik tu bagi pulak.. Ramli dah gatal kepala walaupun tak gatal sebenarnya..

Terus Belalang berdiri di sejadah imam, sambil terpinga-pinga memandang ke belakang.. Yang peliknya, makmum semua sporting.. Seakan semuanya sudah sedia maklum dengan masalah kesihatan Belalang.. Semua macam biasa bersiap-sedia di dalam saf.. Sudin dan Ajis pulak sakit-sakit perut tahan gelak.. "Susah nak jumpa budak macam ni.. Lain macam berani dia.. Ini kalau dia angkat takbir, haru biru jugak dibuatnya..", bicara hati Ramli.. 

Lama sangat terpinga-pinga, Belalang pun kata,
Belalang: Erm... Erm.. Abang je lah yang jadi imam..
Ramli: Haaa itula.. Ingat senang ke nak jadi imam..

p/s:
-Salam Maulidurrasul..
-Orang kita selalu guna simpulan bahasa, ikat perut.. Nabi saw, betul-betul ikat perut dengan batu.. Amacam, mau cuba?? (",)

Wednesday, February 1, 2012

SoaLaN KLiSe..

Hari tu Ramli jumpa Sarip, dia tanya,
Sarip: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti mendaki gunung dengan membawa bebanan yang berat, bla bla bla bla.. 

Hari tu Ramli jumpa Sudin, dia tanya,
Sudin: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti orang buta yang meraba-raba makanan lalu memakannya, bla bla bla bla bla...

Hari tu Ramli jumpa Ajis, dia tanya,
Ajis: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti pelajar sekolah rendah yang terus lompat masuk universiti, bla bla bla bla...

Lepas tu, Ramli jumpa Pendekar Mustar..Ramli taknak tanya soalan yang sama dah..
Ramli: Wak, apa beza orang yang baru kawin dengan orang yang dah lama kawin?
Pendekar Mustar: Cuba kamu rasa telinga wak..
Ramli: Tebal jugak telinga wak ni..
Pendekar Mustar: Maksudnya, semakin lama kawin, semakin kamu matang bahkan semakin tahan dengan leteran..
Ramli: Itulah wak, saya suruh kawin dengan orang bisu, wak taknak..
Pendekar Mustar: Masalahnya.. Masa wak kawin, kamu pun belum lahir lagi..

Perkahwinan itu fitrah kehidupan..
Lari dari tanggungjawab yakni mengambil keputusan untuk tidak berkahwin, bukanlah tindakan yang baik..
Sebenarnya, untuk memberitahu tentang keseronokan perkahwinan adalah agak sukar.. Sepertimana orang bertanya, durian tu rasa dia macamana ye?? (nak senang jawab, kopek durian, bagi dia rasa.. ) (",)

p/s:
Anda rasa, kawin tu best tak?? (untuk yang dah kawin)
Anda agak-agak, kawin tu best tak?? (untuk yang bujang)

Sunday, January 29, 2012

MaCaMaNa NaK JaDi BaiK?? (part 2)

Dalam kubur pun ada tv flat screen.. Rumah Ramli belum tentu ada lagi..
Dulu-dulu, Ajis pernah tak siapkan kerja sekolah.. Ajis pernah kena denda tulis ayat berulang kali..Ajis kena tulis ayat "saya janji saya akan jadi pelajar yang rajin" sebanyak 500 kali.. 

Petang tu Ramli pergi padang bola.. Tiba-tiba Ajis datang..
Ramli: Lambat ko Ajis hari ni? Selalu ko paling awal..
Ajis: Aku siapkan kerja sekolah dulu.. Naik kematu tangan aku kena denda pagi tadi.. Tak sanggup dah aku kena denda lagi.. 
Ramli: Kesiannn........ Tapi ok la, sekurang-kurangnya ko dah jadi rajin..
________________________

Ramli selalu bawak anaknya Amni membeli-belah di pasaraya.. Bila sampai di zon minuman berperisa coklat, Ramli tanya kat Amni..
Ramli: Amni nak mana satu, veeco ke meelo?
Amni: Nak meelo sebab boleh jadi sihat dan kuat..
Ramli: InsyaAllah.. Hakikatnya, siapa yang bagi sihat dan kuat?
Amni: Allah!!
Ramli: Pandai anak ayah..
_____________________

Hari tu Ajis borak-borak dengan Ramli:
Ajis: Ramli, macamana nak jadi baik?
Ramli: Asal ko nak buat jahat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak mendengki je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak lambat-lambatkan solat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur"..
Ajis: Lain macam nasihat ko Ramli..
Ramli: Cuba la dulu.. Belum cuba belum tahu.. Kalau ko dah cuba, silap-silap, nak beli rumah besar pun ko dah kurang bernafsu..
Ajis: Pulak...

p/s:
-Part 1 kat sini.. 
-"Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkanlah akhlakku."
-Ketiga-tiga cerita di atas sebenarnya saling berkait..  
-Dah lama tak beli meelo.. Dah ada minuman berperisa coklat yang sekilo baru 10ringgit.. Okla tu... Janji ada rasa meelo sudahlah.. (",)
-Korang ada petua nak jadi baik tak? (",)

Monday, January 23, 2012

PeNGaLaMaN MeMBeLi RuMaH


Hari itu Ramli jalan-jalan cari rumah.. Ramli jumpa dengan jurujual rumah di sebuah kawasan bandar baru.. Besar betul bandar baru tu.. Banyak rumah yang hendak dijual..

Jurujual: Bos, mau beli rumah ka?
Ramli: A'ah, ada kosong lagi ke?
Jurujual: Ada, saya kasi tunjuk sama u aa... Ini rumah paling murah.. RM250,000.. Tapi dekat sikit sama pencawang.. U tambah 4 ribu, saya kasi u, rumah sebelah bukit.. Depan jalan besar, tambah 8 ribu.. Depan taman permainan, ini confirm u suka punya.. Tambah 20 ribu..
Ramli: Mahal jugak tu tauke..
Jurujual: Kalau itu macam, saya kasik u ini rumah.. murah dan aman tenteram.. 
Ramli: Ini rumah, kawasan mana tauke..
Jurujual: Ini rumah, sebelah kubur... Tiap-tiap kali u tengok kubur, u akan ingat mati dan banyak buat baik.. Orang pun, jarang lalu lalang dekat sini, amacam ok?
Ramli: Patutnya rumah ni la yang paling mahal, tauke.. Ermm, ok jugak ni.. Saya pun belum pernah dengar hantu makan orang..

p/s: 
Kubur adalah rumah yang berikutnya untuk kita semua..

Rumah kat atas tu RM1.3 juta.. Kalau Ramli beli jugak, boleh jadi, kais tanah makan tanah, kais dinding makan dinding.. 

Kalau orang datang rumah Ramli dan tanya, 'Kenapa dengan dinding rumah kau ni, Ramli". 
Ramli leh jawab, "Hari-hari aku kikis buat makanan..."
(",)

Thursday, January 19, 2012

KeBiaSaaN BuKaN KeMeSTiaN..

Ramli: Bukan main mesra lagi Sudin tu..
Ajis: Iyelah, bukan main lagi berkepitnya tu.. 

Beberapa minggu kemudian, Sudin berkahwin.. 

Ramli: Aik, dah tak berkepit dah aku tengok Sudin tu..
Ajis: Diorang dah puas berkepit kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
__________________________

Ramli: Amacam majlis tunang ko, Ajis..
Ajis: Ok, selamat..

Tak lama lepas tu, putus tunang..

Ajis: Jemput datang kenduri kawin aku bulan depan..
Ramli: Dengan siapa?
Ajis: Adalah.. dengan orang lain..
Ramli: Tak bertunang dulu ke?
Ajis: Tak..
Ramli: Kau dah puas bertunang kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
_________________________

Ramli borak-borak sama Sarip.. Tua sikit je dari Ramli tapi anak sudah 4.. 

Ramli: Abang dulu kawin umur berapa, ramai dah anak.. Besar-besar pulak tu..
Sarip: Umur 21 dah kawin.. Masa tu kerja kilang je tapi gatal nak kahwin.. 
Ramli: Isteri abang kerja ke?
Sarip:  Tak..
Ramli: Cukup ke belanja makan semua..
Sarip: Alhamdulillah, apa yang abang makan, itu yang isteri dan anak-anak makan.. Apa yang abang pakai, itu yang mereka pakai.. Isteri pulak jenis tak meminta-minta.. Takde la kata nak mintak gelang emas ke baju baru ke.. Apa yang abang bagi, itu yang dia ambik.. Kalau abang ada lebih, bolehlah bagi lebih.. Kalau tak, dia tak bising.. 
Ramli: (senyap tak kata apa-apa.. sedang belajar dan memahami erti kehidupan.. patut la Ramli tengok anak dia pakai kopiah yang asalnya besar tapi dijahit menjadi kecik.. sekurang-kurangnya Ramli harus bersyukur dengan kehidupannya sekarang..)

p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni..

Friday, January 13, 2012

KeNaPa JaNDa?

Sekembalinya dari peperangan Zat al-Riqa',
Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Jabir, "Wahai Jabir, adakah kamu sudah kahwin atau belum?" 
Jawabnya Jabir, "Sudah wahai Rasulullah" 
Rasulullah bertanya lagi "Adakah isteri kamu anak dara atau pernah kahwin (janda)?" 
Jabir jawab: "Tidak, dia pernah kahwin (janda)". 
Lalu Rasulullah berkata: "Alangkah baiknya mengahwini anak dara yang boleh bergurau dengan kamu dan kamu boleh bergurau dengannya". 
Jabir terus berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya bapa saya telah mati dalam peperangan uhud dan ditinggalkan tujuh anak perempuan, jadi saya telah berkahwin dengan seorang perempuan yang boleh menguruskan hal mereka serta dapat menanamkan perasaan persefahaman antara mereka". 
Jawab Rasulullah s.a.w: "Tindakanmu adalah betul dan tepat, insyaAllah".


(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain lain)
_____________________________

Ramli: Wahai Ajis, adakah engkau telah berkahwin?
Ajis: Sudah..
Ramli: Dengan anak dara atau janda?
Ajis: Dengan janda..
Ramli: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ajis: Kerana dia adalah jiran ibuku.. Memandangkan ibuku sedang sakit, sekurang-kurangnya bila aku balik ke kampungnya, aku juga akan dapat melawat ibuku..
_____________________

Ajis: Wahai Ramli, yang engkau pulak, adakah engkau telah berkahwin?
Ramli: Sudah, dengan seorang janda..
Ajis: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ramli: Aku lihat dia masih bergetah lagi..
Ajis: Eh eh, ke situ pulak.. Ada-ada saja la jawapan engkau ini Ramli..
Ramli: Aku gurau.. Aku lihat dia punya semangat agama yang baik.. Jadi aku harap, dia dapat membantuku dalam perkara agamaku.. 

p/s: 
-kadang-kadang, sesuatu perkahwinan itu harus berdasarkan satu matlamat yang jelas  kerana perkahwinan bukan sekadar nafsu semata-mata.. bukan sekadar i lap u, u lap me.. bukan sekadar senyumanmu menusuk kalbuku.. eh silap.. bukan kalbu.. tapi qolbu.. (kalbu=anjing, qolbu=jantung)
-entri ini adalah contoh semata-mata sebagai memberi komen untuk entri yang ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...