1) Dimanakah rasional, penceraian akibat masalah ekonomi??
Adakah dengan bercerai, jalan keluar untuk meningkatkan ekonomi? Kalaulah kita punya cara untuk meningkatkan ekonomi selepas penceraian, tidak perlu tunggu penceraian, laksanakanlah secepat mungkin..
2) Dimanakah rasional, poligami dibolehkan?
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisa' ayat 3)
Boleh ke berlaku adil??
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara
isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak
melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau
(berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan
isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika
kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri
(daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (An-Nisa’ ayat 129)
Boleh dikatakan, keringanan terhadap TAKUT tidak berlaku adil, maka berkahwinlah seorang sahaja sepertimana keringanan terhadap orang yang uzur di bulan Ramadhan, bolehlah tidak berpuasa..
Boleh dikatakan, jika poligami tidak dibolehkan, nescaya Allah swt akan berfirman, "kamu sekali-kali tidak mampu berlaku adil, maka berkahwinlah seorang sahaja.."
Boleh dikatakan, kita tidak mampu berlaku adil secara keseluruhannya lebih-lebih lagi jika melibatkan hati dan perasaan.. Tetapi, berlakulah adil pada tahap terbaik terhadap perkara-perkara yang mampu untuk dilakukan seperti penggiliran yang adil.
3) Dimanakah rasional, berpoligami harus meminta izin isteri pertama??
Perempuan yang mendengar suaminya ingin berpoligami sahaja sudah menyebabkan mereka hilang rasional.. (gurau2) (",)
4) Dimanakah rasional, perkahwinan untuk memuaskan nafsu semata??
Kita harus lebih rasional bahawa perkahwinan adalah amanah dan tanggungjawab.. Lama mana sangat nak puaskan nafsu semata.. (Saya rasa, lelaki harus lebih rasional dalam perkara ni.. ) (",)
p/s:
-entri ini bukan bermaksud saya hendak berpoligami.. tetapi sekadar mahu ia dibincangkan dengan telus tanpa dipengaruhi oleh emosi..
-kesimpulan yang dapat dibuat, poligami bukanlah satu kelebihan yang harus diambil kesempatan oleh lelaki.. ia adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB..
-sedikit konfius dan nak tanya, boleh ke manusia memilih jodoh sendiri?? atau ia nampak seakan memilih tetapi hakikatnya tidak??
*kalau banyak masa, boleh baca yang ini..
21 comments:
Apa yg telah tersirat dlm al-quran pasti ada hikmahnya. Bayangkan kalau tidak boleh berpoligami berapa ramai perempuan jadi simpanan... sedangkan telah dihalalkan pun masih mencari yg haram apa lagi kalau tidak ada.
Lelaki pula kena ukur dimana kemampuan diri? Bukan duit, ye sebab sekarang terlalu raaaamai yg punya duit berbukit-bukit tapi kemampuan berlaku adil - tepuk dada tanya iman...
Perempuan pula kena belajar jgn 'tamak'...(mesti ada yg marah kakak ni en fuad)..
Poligami adalah jalan keluar kepada kekusutan yg tiada cara lain utk dirungkai.
Kerana tidak berada didalam kelompok tu, maaflah tak dapat nak komen2. Cuma pendapat perbadi kak ani, kalau seorang suami nak kawin tanpa asalan kukuh bererti cinta dan sayang pada isteri yg sedia ada dah hilang. Bukankah cinta dan sayang mengatasi segala?.
As salam Fuad,
Kalau abg atan nak berpoligami... Insya'ALLAH akak akan izinkan tp takut akak makin byk buat dosa... Pasti segala-galanya serba tak kena... :( Tak cukup tabah rasanya...
Tak berani nak komen byk2 sb poligami dibenarkan oleh ALLAH, jika kita menentang maknanya kita derhaka padaNYA...
Abg atan kirim salam... Kami tergelak-gelak ms flashback sapa Fuad ni... Kirim salam dgn Faizal ye... Dia dulu satu sekolah men & rendah dgn akak :))
good topic fuad...;)
I believe all of us should see where is the rationalism when u decided to get married. Saya xckp kawen itu slh, no..kahwin itu sunnah n ia amat dituntut.;)
However, I feel sorry bila kahwin ini seolah2 dijadikan sbg pokok bg menghalalkan segala2nya..ya, nikah itu menghalalkan segala perbuatan kpd seorang isteri tp malangnya ramai lelaki menyalahgunakan tanggungjawab itu.
Berckp dr pengalaman sy, sy pelik..apa rasional nya seorang lelaki itu berkahwin tetapi masih lg pursue wanita lain di luar sana??utk apa??kenapa perlu berkahwin jika anda masih tdk boleh utk setia?/hurrmm....
poligami??sesuatu yg sy hv no comment...ia dobolehkan ttp if I were in that position, I dun think I am strong enuf to survive a poligami. seperti kakak di atas ckp, blm cukup kuat utk redha dgn poligami. pasrah itu yes..;)buat tambah dosa jer nanti..:)
assalamualaikum encik fuad.
~ehehe. tak boleh tak gelak baca jawapan no 3. :D
ehem. POLIGAMI. ~ bak kata encik jawapan yg no 3 tu. kalau sebut tentang poligami je perempuan jadi nanar dan mungkin juga hilang kawalan diri. :D
bak kata kawan saya pulak. boleh aja nak poligami. tapi HATI make sure BETUL la. Kalau ada sorang dah buat hal, inikan pula mahu 2 3 dan seterusnya. kan jadi sia2 amalan kalau apa yang dibuat sebenarnya tak selaras dengan apa yang digariskan.
bak kata dia jugak, TUJUAN PERKAHWINAN BIARLAH BETUL. bak kata dr muhaya pulak; A LOT OF WEDDING PLANNER BUT NO MARRIAGE PLANNING.
;)
semua komen menunjukkan masing2 ahu tentang pengertian poligami..
akak memang kurang membaca, tapi pada akak kurang lelaki yg 'mampu' dan kurang perempuan yang 'tahu' pengertian dan tujuan poligami...
Tuan yang mulia.
Baru-baru ini saya mendengar kuliah.
Ustaz itu mengatakan perintah asal berkahwin adalah dua, tiga dan empat.
Tetapi jika tidak adil, satu saja.
Yang cuba diterapkan di sini adalah, asalnya dua, tiga dan empat dahulu.
Kemudian baru satu.
Faham tak ni tuan?
Ha ha ha ha!
kalau mampu..silakan
Definisi mampu tu...terlalu umum dan bersimpang siur utk dirungkaikan.
=D
Sy manusia biasa. Sy tak sempurna. Klu suami saya mahu berpoligami, saya minta undur diri. Bukan sbb sy pentingkan diri sendiri. Tapi sy takut berkongsi dosa.
Cerai itu halal tetapi dibenci Allah. Tapi andai kekal bersatu itu mendatangkan dosa dan mudarat, jln terakhir yg perlu dilakukan?.....
Wallahualam.
sokong pok amai-amai.. saya pon tak mahu akhirat terjejas gara2 cemburu yg keterlaluan.. hihi..
jika fikirkan 'amanah' tu, mesti takut nak berpoligami.. ^_^
Setuju sangat ayat ni:
" poligami bukanlah satu kelebihan yang harus diambil kesempatan oleh lelaki.. ia adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB"
Tepuk dada tanya selera...
Setuju sangat ayat ni:
" poligami bukanlah satu kelebihan yang harus diambil kesempatan oleh lelaki.. ia adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB"
Tepuk dada tanya selera...
salleh yaakob gak terbaik...bukan 2, bukan 3 tp 4. penerimaan kaum wanita dlm isu ni dan sikap lelaki selepas berpoligami yg selalu dibangkitkan. padahal mende boleh setel kot (komen org xde xperience)
kak zakie:
isi alquran itu tersusun dengan bait2 yg begitu rapi dan mengkagumkan..
takde sape yg marah.. sume sayang kat kak zakie.. (",)
puan ani:
mungkin si suami ingin mengagih2kan cinta dan sayang tersebut.. (",)
kak marya:
wsalam wbt...
Allah nak bagi pahala.. akak pulak takut2 terbuat dosa.. hehehe..
takpe ujian tu hanya untuk insan2 yg mampu menempuhnya.. tidaklah tertimpa ujian melainkan kita mampu menempuhnya.. (",)
apalah yg akak n abg atan gelak2kan tu.. a'ah, faizal abg saya la tu.. masa sy tulis komen ni, dia baru je lepas nikah malam nanti.. minggu depan kenduri kat belah kami.. 9hb jun.. jemput datang.. (",)
wa'alaikumussalam wbt... (",)
tihah:
salah guna kuasa namanya tu..
erm.. mmg hobi depa kot.. (",)
tapi takpe.. insyaAllah insan yg baik macam tihah, akan dapat suami yg baik jugak.. (",)
sar:
wsalam wbt...
tu lah tu.. bila syaratnya agak kurang rasional, tu yg ramai sanggup kawin lari kot.. (",)
bila sorang buat hal, yg lelaki rasa, sikit sangat hal ni.. jadi kawin lagi lah.. kasik tambah lagi hal.. (gurau2.. ) (",)
kak aimaniman:
akak doakanlah, dengan kita membincangkan perkara ni, semakin ramai lelaki sedar kemampuan dan semakin ramai wanita tahu pengertian.. (",)
tuan bijen:
sohih!! (",)
perintah asalnya begitu.. dan jika TAKUT tidak berlaku adil barulah diberi keringanan utk kawin satu..
tuan ada rasa takut yg cenggitu tak?? (",)
tuan iwan:
kadang2 bukan soal mampu.. soal berani atau tak je.. hehe.. (",)
farra:
jgnlah sampai undur diri.. undur kereta sudahlah.. (",)
mungkin antara hikmah poligami adalah supaya lebih ramai wanita dapat berkahwin.. tapi bila nak kawin yg kedua, yg pertama undur diri, tak jadi gak gini.. hehe..
cik gee:
jgn biarkan cemburu keterlaluan.. tapi, biarkanlah cemburu itu sepintas lalu.. kan lebih baik.. (",)
ckin kembaq:
kadang2, cinta bukan sahaja membutakan.. tapi menyebabkan hilang pertimbangan utk berfikir panjang.. (",)
kak nida:
nampak macam best je kan kawin ni.. tapi di sebaliknya, sendiri kena ingatlah kan..
mujurkan ia tuntutan dalam Islam.. kalau tak, mungkin lebih ramai yg suka membujang bila difikir2kan beratnya tanggungjawab..
apan:
sebagaimana islam di zaman kini, ada baiknya melihat kebaikan islam dari melihat keburukan orang islam itu sendiri..
maka ada baiknya melihat kebaikan poligami dari melihat keburukan orang yg mengamalkan poligami..
tapi, tu lah.. bukan senang nak melihat kebaikan poligami..
bila nak ada experience?? boleh dah tu.. (",)
salam akhi fuad, is setuju... poligami adalah satu amanah.. amanah dan tanggungjawab yang sangat berat... jika tidak mampu untuk adil.. cukuplah seorang (^___^)
Nikah gudang pahala. Nikah 4 tambah dengan kualiti, dapat tambah taman syurga banyak-banyak.
Assalam tuan,
Topik yang menarik, disini saya ingin berkongsi sebuah buku bertajuk Sebarkan Cinta-Mu oleh Fatimah Syarha. Alhamdulillah banyak info-info yang menarik mengenai poligami yang sangat mendalam (contoh apabila hukum poligami adalah harus bukan sunah)serta hak-hak wanita yang Islam beri untuk melindungi wanita apabila berpoligami (contoh hak untuk tidak diduakan). Pada hemat saya jika seseorang itu ingin berpoligami dengan sebab mengikut sunah Rasulullah, dia sepatutnya bertanya pada diri sendiri adakah dia benar-benar mengikut sunah apabila Rasulullah itu sendiri berpoligami setelah bermonogami selama 25 tahun. Apepun poligami hanyalah rukhsah untuk kes-kes tertentu, keringanan yang sangat berat tanggungannya.
Tak emosi.
Moga Allah kasih.
✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽:
ada sorang pakcik bagitau, macamana kita nak tau kita mampu berlaku adil atau tak?
dia kata lagi, kena cuba dulu, baru tahu.. (gurau2..) (",)
kak syikin:
jarang nak jumpa wanita yg bagi semangat utk kawin 4.. hehe.. untunglah!! (",)
adila_alim:
wsalam wbt..
buku tentang poligami, tapi dikarang oleh wanita, ermmmmmm habislah lelaki.... (",)
cuma sy rasa kalaupun ada yg mampu bermonogami selama 25tahun, tapi selepas itu mahu berpoligami, belum tentu semua akan setuju... (",)
iqa:
penting menjaga emosi.. kalau tak, buruk padahnya.. (",)
Post a Comment