Tuesday, August 31, 2010

TaKWa..

Takwa ialah takut kepada Allah...

*Salam mencari Lailatulqadar.. Malam yang lebih baik dari seribu bulan..
*Bulan Ramadhan adalah medan terbaik meningkatkan ketakwaan sebagai bekalan untuk bulan2 yang berikutnya..
*Andai kita gagal meningkatkan ketakwaan di bulan Ramadhan, petanda kita sukar menuju kepada ketakwaan pada bulan2 yang berikutnya..

Mudah-mudahan menjadi peringatan..

Friday, August 20, 2010

aPaKaH iTu KeJaYaaN Di DuNia?


Kebanyakan manusia menafsirkan kejayaan dunia sebagai mempunyai kelulusan yang tinggi, pekerjaan yang hebat, rumah yang besar, kereta yang mewah dan lain-lain yang bersifat materialistik..

Tetapi orang-orang alim menafsirkan bahawa kejayaan dunia yang sebenar adalah beroleh keredhaan Allah.. Dan ada juga yang menafsirkan bahawa kejayaan yang sebenar adalah sejauh mana manusia itu taat perintah Allah mengikut cara Nabi Muhammad saw..

Wallahua'lam..

Wednesday, August 18, 2010

FaCT oF LiFe..

Baca 'paper', ada je berita kematian.. Dan tak mustahil satu hari kematian kita pun dijadikan berita.. Coz this is the fact of life.. Kullu nafsin zaa iqotul maut..

Ada orang berjaya pada kehidupan dunia, tetapi gagal pada kehidupan akhirat..
Ada orang gagal pada kehidupan dunia, tetapi berjaya pada kehidupan akhirat..
Ada orang berjaya pada kehidupan dunia, dan berjaya juga pada kehidupan akhirat..

Sekarang kita boleh buat pilihan dan berusaha untuk kejayaan kita..

**tapi ingat!! kejayaan tanpa PENGORBANAN adalah sesuatu yg agak mustahil..

Monday, August 9, 2010

MeNYaMBuT RaMaDHaN..


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, yang banyak menganugerahkan rahmat di bulan suci Ramadhan sebagai bulan yang paling mulia dari bulan-bulan yang lain. Salawat serta salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW beserta keluarga dan sahabatnya serta seluruh kaum Muslimin yang mengikutinya. Amma ba'du.

Wahai kaum Muslimin.

Bertakwalah kepada Allah, mohon taufik kepada-Nya, agar mencapai cita-cita baik dan ampunan dari segala dosa.

Wahai hamba Allah.

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, sumber segala rahmat dan kebaikan. Bulan Ramadhan bagaikan untaian kalung berlian yang menghias leher setiap bulan. Sebab pada bulan ini, Allah memberi keberkatan dan maghfirah kepada hamba-hamba-Nya. Dalam bulan ini malaikat turun untuk ikut memanjatkan doa dan pujian agar mereka beroleh ampunan dan keredhaan-Nya.

Wahai kaum Muslimin.

Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan wajib hukumnya berdasarkan nas kitabullah dan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah SAW menganjurkan agar berpuasa di bulan ini dan melakukan qiamulail (mendirikan solat pada malam hari untuk beribadah). Beliau menjelaskan apa yang harus dilakukan pada bulan ini, apa yang disunnahkan dan apa yang diharamkan berdasarkan petunjuk Allah SWT. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang agung dan penuh keberkatan. Pada bulan ini semua pintu kebaikan dibuka luas. Manusia mudah memperoleh kebaikan dunia, kenikmatan akhirat dan keberkatan Ramadhan. Nama mereka tercatit dalam buku orang-orang yang diberkati, yakni orang yang mendapatkan redha dan ampunanNya. Oleh itu, mereka tidak pernah merasa risau atau susah.

Wahai hamba Allah.

Sesungguhnya Islam telah menganjurkan kaum Muslimin semua untuk berlumba-lumba meraih kebaikan di setiap waktu, khususnya di bulan Ramadhan. Oleh itu, memberikan kasih sayang, keadilan, berlemah-lembut dan mengeratkan persaudaraan sangat dianjurkan oleh syari'at. Pada bulan itu semua amal dilipat gandakan pahalanya melebihi bulan-bulan lainnya. Oleh kerana itu, wahai kaum muslimin, berlumba-lumbalah sekuat tenaga untuk melakukan kebajikan, kerana sesungguhnya Allah swt sangat menyintai orang-orang yang penuh rasa kasih sayang di antara hamba-hamba-Nya. Yakni, mereka yang berlumba melakukan amal kebaikan kerana mengharap pahala dan redha dari sisi-Nya.
Sesungguhnya, bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada saudara-saudara yang miskin, mendidik kita agar ikut merasakan dan menghayati apa yang dirasakan oleh kaum yang lemah. Yakni, mereka yang tidak memiliki keperluan yang mencukupi dalam kehidupan dunia mereka.

Kaum muslimin yang bebahagia.

Jadilah kalian orang yang gemar melakukan perbuatan-perbuatan mulia dan bersedekah, semoga Allah menggantikan apa yang kalian infakkan berupa kebajikan. Orang yang berpuasa, ketika merasa lapar dan dahaga, akan terasa olehnya betapa berat penderitaan yang dirasakan oleh kaum fakir miskin sepanjang siang dan malam hari dalam kelaparan dan kekurangan. Dengan demikian, tumbuhkanlah rasa kasih sayang kamu kepada mereka, sehingga terbentuknya satu masyarakat yang tumbuh di dalamnya rasa kasih sayang sesama mereka, saling menyintai dan penuh kasih keakraban.
Sesungguhnya, dalam puasa Ramadhan itu terkandung etika, akhlak dan faedah yang membuatkan manusia sentiasa ingin melakukan kebaikan dan berpegangan pada akhlak para Nabi. Seseorang yang sedang berpuasa diharuskan berpegangan pada akhlak luhur dan pekerti mulia semampu mungkin. Untuk itu, ia dituntut agar memelihara dirinya dari semua perbuatan hina dan keji.

Wahai hamba Allah.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya puasa itu bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum. Tetapi, puasa merupakan salah satu syiar syari'at Islam yang dalam pengamalnya menunjukkan ketaatan seorang hamba kepada perintah-perintah-Nya dan merupakan petanda kebaikan tingkah laku seorang hamba serta tanggungjawabnya dalam memelihara perintah-perintah syari'at yang mulia.

Allah SWT telah berfirman yang ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Q. S. Al-Baqarah: 183).

Maasyiral Muslimin rahimakumullah!

Dari paparan ringkas di atas, dapat kita ambil kesimpulan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang didalamnya terdapat penuh barakah, oleh kerana itu sangatlah beruntung bagi orang-orang yang mempercayainya dan berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah dan kebaikan-kebaikan lainya.
Allah SWT telah mewajibkan kepada orang-orang yang beriman (yang telah memenuhi syarat) untuk berpuasa di bulan suci itu, maka marilah kita bersama menyambut datangnya bulan penuh berkah ini, semoga amalan-amalan kebaikan dan ibadah kita diterima oleh Allah SWT serta diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, amiin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...