Tuesday, September 27, 2011

TuKaNG CuCi Je Pun..

Hotel Haqqul Yakin telah memperoleh anugerah hotel terbaik dunia.. 

Alangkah bahagianya KALAU mendapat pujian sebegini..

VIP: Kamu kerja di mana?
Tukang cuci: Hotel Haqqul Yakin.
VIP: Apa pekerjaan kamu? Saya tidak mengenali kamu.. Cuma yang saya pasti, kamu bukanlah Pengarah mahupun Pemegang Saham..
Tukang cuci: Saya hanyalah tukang cuci yang membuat sedikit usaha membersihkan hotel..
VIP: Tahniah!! Hebat jugak kamu..
_______________________________________

Satu golongan manusia ingin memasuki syurga tanpa hisab..

Dan pastinya LEBIH bahagia KALAU mendapat pujian sebegini..

Malaikat: Kamu mahu ke mana??
Penghuni syurga: Mahu ke syurga..
Malaikat: Siapa kamu?? Aku tidak mengenali kamu.. Kamu bukan Nabi dan bukan juga Rasul..
Penghuni syurga: Kami hanyalah ummat akhir zaman yang telah belajar-belajar mencontohi kehidupan Nabi saw..
Malaikat: Tahniah!! Hebat jugak kamu..

Begitulah kita... Begitu jauh taraf mahupun pengorbanan kita jika dibandingkan dengan pengorbanan para Rasul, Sahabat mahupun Tabi'in.. 

Tapi orang kata, kalaupun tak dapat setaraf dengan mereka, dapat digolongkan bersama mereka sebagai penghuni syurga pun jadilah...

Dah bagi betis, nak peha Tak dapat peha, betis pun jadilah...

Semua azam, insyaAllah... 

p/s:
-Dah nak habis dah bulan Syawal rupanya.. Rasanya macam baru seminggu sambut raya.. Ke raya sehari je erk??
 

-Dek kerana terasa sekejapnya raya, tak berkesempatan untuk jumpa semua kawan-kawan.. Baru berkira-kira nak bagi duit raya kepada yang berkelayakan.. Terpaksalah simpan duit raya ni untuk tahun depan kan.. (",)
-Banyak sungguh rumah terbuka.. Habis lari diet kalau macam ni..

25 comments:

Afida Anuar said...

Azam...insyaAllah.


PS: duit raya tu sekadar tunjuk je la eh fuad:p

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan ini, hakikatnya adalah menjejaki jalan kembali kepada Allah.

s a r said...

assalamualaikum encik.

sangat betul. AZAM kne kuat nak dapat apa yang kita nak. ~ohh..nak jugak macam touch n' go akhirat ni. ganbatte! ~diri sendiri :D

p/s-encik, saya ada dengar kan.. ada orang dapat hidayah tapi tiada keizinan dari DIa... hmm..

Norsha said...

moga2 Allah pilih kita utk bersama mereka yang telah berjaya ......ameen

p/s: apa ni, tunjuk2 duitlak, byk tu...bak sinilah...:D

Sarah Syazwani said...

duit raya tu nk bg pd akak pun buleh..hehe

~PENCHENTA~ said...

Suka post ni! Sangat memotivasi. :)

nam said...

assalamualaikum wbt..

tuan fuad.. nampaknye duit raya tue lagi menarik perhatian.. hehe.. (",)

tukang cuci ker.. tukang sapu sampah ker.. bukan tue penilaiannya... betul x tuan?? :)

fuad ansari said...

kak afida:
sebenarnya sy nak kasik duit raya tu kat akak.. tapi apakan daya.. putrajaya dan bangi adalah jauh.. (",)

tuan razak:
wsalam wbt..

jalannya satu.. cuma terkadang2 ramai yang tersalah jalan.. mahu ke perlis, tapi ambil jalan ke johor.. (",)

s a r:
apakah yang dimaksudkan dengan dapat hidayah tapi tiada keizinan dari Dia??

Bukankah untuk mendapat hidayah itu juga adalah dengan izin dariNya?? hehe..

fuad ansari said...

cikgu norsha:
segan nak bagi kat cikgu.. duit cikgu lagi byk kot... mungkin lebih afdhal kalau sy yang terima duit raya dari cikgu.. (",)

kak sarah:
itulah tu.. ingat nak bagi kat akak je.. kebetulan jumaat ni pun nak kena gi terengganu.. tapi apakan daya, jumaat ni, raya dah tamat.. (",)

tyah:
post ini sgt bermotivasi jika dibaca oleh insan2 yg bermotivasi tinggi macam tyah.. (",)

nam:
wsalam wbt..
itulah tu.. nama pun duit.. jangan kata menarik perhatian.. ramai yang hilang pedoman dek kerananya.. (",)

tukang cuci ke, tukang sapu ke.. yang penting hati mau baik.. (",)

musa said...

Insyaallah sama-sam buat korbanan

Unknown said...

mudah2an kita tergolong yg dipilih ke syurga Allah..dan mendapat Syafaat Nabi SAW

APAN said...

berusaha je la dulu utk jadi mcm pe yg diajar...

syawal da nak hbis dah ni... :)

Sha said...

moga2 kita d tempat kan d syurga kelak bersme2 dgn golongan yg mulia trsbt..amiin~

p/s: baru duet tuh bro..bg sy barang sekeping dua..ape salahnye..ye x?? ekekek

ewanthology said...

buatlah perkara bermanfaat walaupun sekecil kecil dan seremeh remeh perkara... mungkin redha Allah ada disitu

CS said...

siapa pun kita...di sisinya kita serupa...jagalah hati..jagalah amal..InsyaAllah~

s a r said...

hehe, dah agak dah encik akan cakap macam tu. memang betul pun apa yang encik fuad kata :)

maksud saya cmni. sorang tu dapat hidayah memang dengan izinNya. tak dapat keizinan yang saya maksudkan adalah bila orang yang nak berubah tu tak dapat berubah dengan erti kata yang sebenar. stil bolak balik.

cth: sorang tu dah dapat hidayah, dan cuba untuk berubah tapi stil juga susah nak berubah.

p/s- erm, ada terdengar someone yang kata benda ni. :)

s a r said...

:)

betul kata encik itu. yang itu yang saya faham juga sebenarnya. tiap hidayah hanya dengan keizinan dariNya.

beberapa hari lalu saya dengar someone said macam tu. takda keizinanNya kat situ bermaksud cth macam sorang tu dapat hidayah dan ingin berubah. tetapi dalam dia nak berubah dia tak dapat berubah dengan erti kata yang sebenar. maknanya tiada keizinan lagi untuk berubah even sorang tu dah dapat hidayah.

hmm, tu je la. saya kurang arif bab2 ilmu camni. betulkan if saya salah :)

Ismi Ijmi said...

Seorang wali pernah berkata:

"debu2 yang melekat di kaki2 kuda sahabat lebih mulia dari aku"...

tak ingat, sama ada Umar Abd Aziz atau Sufyan Thauri.

walapaun dia seorang mulia, tapi baginya debu sahabat lebih mulia,.. pun kalau begitu jadilah,

debu2 orang keluar jalan Allah (sahabat) takkan disentuh api neraka. tapi kita hari ni , mufti pun xde hak nak kata dia ahli syurga kan?..

bahagianya sahabat. jadi khadam sahabat(yg beriman) pun dah oke dah

fuad ansari said...

tuan musa:
nak rumah besar pun kena korban duit, masa dan tenaga..
inikan pulak nak syurga.. lagi2lah kena korban kan..

nyanyisunyi:
amiin.... untuk bebenar sape yg beroleh syafaat Nabi saw..

apan:
itulah tu.. dah nak abis dah pun.. rasa cam tak puas pulak beraya.. hehe..

fuad ansari said...

sha:
meh la datang beraya kat rumah.. jgn kata sekeping dua.. 3-4 keping pun boleh.. (",)

delarocha:
kadang2 kita tak tahu amaln mana yg ALlah akan terima dan tempatkan kita di syurga..

sepertimana masuknya syurga seorang pelacur dek kerana memberi minum kepada seekor anjing...

cikgu sue:
insyaAllah.. mudah2an manusia tak lupa diri..

penting betul hati ni kan.. sgt mempengaruhi amal perbuatan manusia..

fuad ansari said...

s a r:
mungkin sudah dapat taufik (jalan) tapi belum dapat hidayah (kebaikan).. (",).. sebab tu kita selalu dengar orang cakap taufik dan hidayah.. (",)

mungkin sebab bila dah dapat jalan, syaitan main peranan dengan dok cucuk2 supaya menangguh2 utk datang kepada kebaikan..

takutnya, tangguh punya tangguh, kematian pun menjemput.. na'uzubillah...

tuan izmer:
itulah tu.. sikit sgt pengorbanan kita dibandingkan dengan sahabat ra.. Moga Allah swt tetap pandang dan terima...

Kakzakie Purvit said...

Kalau ada duit lebih lagi, raya haji november ini bolehlah bagi kakak ye.:)

Mencari yg terbaik sebenarnya mudah kalau ikut garis panduan sunnah dan kitab allah...

Etong said...

insyaAllah..moga2 kita tergolong.. :)

fuad ansari said...

kak zakie:
raya haji saya bagi daging je la.. baru significant sikit.. (",)

fuad ansari said...

etong:
insyaAllah.. mudah-mudahan... (",).. sama2 doa dan usaha.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...