Friday, September 2, 2011

PeSaNaN EiDuL FiTRi..

 

SeLaMaT HaRi RaYa...
MoHoN MaaF aNDai..
TeRSiLaP KaTa..
TeRLaNJuR BiCaRa..
TeRKaSaR BaHaSa..

Ada ustaz pesan:
1) Tempoh takbir raya untuk eidul fitri adalah bermula pada malam hari raya sehinggalah imam memberi salam ketika solat sunat hari raya.. Berlainan dengan takbir raya untuk eidul adha iaitu dibolehkan pada hari-hari tasyrik...

2) Raya nanti, jagalah pergaulan... Seboleh-bolehnya bersalamlah dengan yang mahram sahaja.. Adalah lebih baik memegang bara api yang panas daripada menyentuh wanita yang bukan mahram.

3) Berpuasalah enam di bulan Syawal.. Barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan diikuti puasa enam di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa penuh setahun.. (setiap hari digandakan 10, maka 36 hari puasa x 10 = 360) 

p/s: Dulu masa kecik-kecik, datang beraya dengan mak ayah lebih banyak dapat duit raya daripada datang beraya dengan kawan-kawan.. Kadang-kadang jumlah duit raya untuk 10 rumah yang dikunjungi dengan kawan-kawan adalah bersamaan dengan hanya 2 rumah yang dikunjungi bersama mak ayah... Lebih berbaloi datang beraya dengan mak ayah kan.. (",)

27 comments:

ahmad humairi said...

Ikutle mak ayah beraya....apa salahnya tak pat dwet raya pon....

CS said...

Alolo tomeinya husna...hmmm msti dpt byk dpt duit raya...~~~ if dtg umah auntie sue, nnt auntie sue bg duit raya..p lagi ajak la abi ngan ummi~~

Adibah Ishak said...

comel nye budak kecik tuu.. salam lebaran, maaf zahir batin :)

s a r said...

salam lebaran encik fuad. :D

bab salam tu kan, hmm, semalam ada cousin (lelaki) saya kecewa bila saya tak sambut salam dia. ~uhu.

dulu ye. dapat jugak. now, jangan harap la. dulu, jarang pegi raya dengan kawan2 eheh.

Etong said...

selamat hari raya jugaa :) terima kasih atas nasihat2 yerr hehehee

CikGu Ma said...

hari raya peluang nak eratkan lagi ukhwah saudara, memohon maaf..tapi masih ada yang mencari2 kesalahan orang, bukan untuk memaafkan...

abah khalisha said...

teringat beraya dengan mak abah collect duit raya.hehehe
Pesanan Buat Superman Raya

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya moga berbahagia hendaknya..

menusuk hati said...

selamat raya abg FA..nasihat mu kami pegang.hehe..

musa said...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMOGA BEROLEH KESELAMATAN DAN KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT DARI MUSA SEKELUARGA

~PENCHENTA~ said...

beraya dengan mak pak memang best. pasal diorang yang bagi paaaaaaaling banyak duit raya. keh3.

Selamat Hari Raya pak cik! :)

Afida Anuar said...

eh betul2...kadang2 bila beraya dengan mak ayah, yang dah bekerja pun masih dapat duit raya..hehe..

PS: Tahun ni akak dapat duit raya rm10.. alasan depa bagi kat akak, pasai akak tak kawin lagi...;)

selamat hari raya fuad, zaujah dan husna...comelnya Husna berbusana muslimah di hari raya..

azharjaafar said...

selamat hari raya dari azharjaafar & family..

Anak Pendang Sekeluarga said...

eid mubaarak.....dari sy....fuad akmal...dan org kawsan pendang...

Ismi Ijmi said...

yang p/s tu setuju hehe.tambah2 raya kt rumah sedara mara.

selamat hari raya husna cumil sekeluarga

Norsha said...

Selamat hari raya husna......byk ke dpt duit raya thn ni?

mhafiz_ydin said...

Dah besor2 ni makin skek lak dapat duit raya..

fuad ansari said...

cikgu humairi:
itulah tu.. yg penting, dapat jumpa sanak sedara dan saudara seislam kan.. ironinya, beraya juga mengajar erti bersyukur terutama ketika beraya di rumah orang yg diuji kesusahan dunia..

cikgu sue:
umah cikgu kat mane?? nak datang ni.. hehe..

husna kata, kalau dapat dari auntie sue, mungkin duit raya akan menjadi banyak..

p/s: gurau2 je.. (",)

adibah:
slmt hari raya... mohon maaf jugak kalau ada salah silap ye.. budak2 kecik mmg sumer pun dapat istilah "comel"(",)

fuad ansari said...

s a r:
salam lebaran...
takpe... hakikatnya, dia tak kecewa.. cuma syaitan yg kecewa.. (",)

maksudnya, sekarang sudah sampai masanya untuk s a r yg kena bg duit raya.. (",)

etong:
mudah2an dapat amal ye.. (",)

slmt hari raya.. time muda2 kalau jalan beraya mmg seronok kan.. (",)

cikmu ma:
kalau keburukan yg dicari, keburukan lah yg akan diperolehi..

kalau kebaikan yg dicari, kebaikan lah yg akan diperolehi..

mungkin, mencari yg buruk tu lebih seronok kot (dibantu dengan bisikan2 syaitan, mana nyer tak rasa seronok kan.. ) (",)

fuad ansari said...

abah khalisha:
tu dulu... sekarang, tolong collect duit raya utk anak kan?? (",)

tuan razak:
terima kasih..
selamat hari raya gak..
mohon maaf andai ada salah silap..
mesti seronok tuan razak dapat beraya dengan anak cucu kan.. (",)

tuan saiful:
slmt hari raya.. di hari raya ni, dapatlah kiranya tuan melepaskan rindu bertemu isteri tersayang kan.. sekali sekala bertemu, mmg lain rasanya.. (",)

fuad ansari said...

cikgu musa:
terima kasih...
slmt hari raya jugak dari kami sekeluarga yg di kejauhan ni...

terima kasih atas doanya... sangat bernilai doa2 yg macam tu..

tyah:
kalau beraya dengan tyah pun best gak.. leh dapat duit raya dari tyah kan.. ehehe..

slmt hari raya cikgu.. (",)

kak afida:
mesti akak malu2 nak terima kan.. then, mesti akak berazam utk kawin cepat kan agar tak terima lagi tahun depan.. (",)

pandai jugak trick depa tu kan.. saya pun nak bagi jugak la duit raya kat akak..(",)

fuad ansari said...

tuan azhar:
slmt hari raya, tuan..
moga ceria2 bersama isteri n anak2..

seronok tgk anak2 tuan yg dah besar2 dan soleh/solehah pulak tu.. (",)

tuan fuad akmal:
terima kasih.. kim salam kat orang pendang.. bila sebut je pendang, mesti sy teringat kat tuan.. (",)

tuan izmer:
barang mungkin tuan masih layak utk dapat duit raya kot.. nikmatilah saat2 terakhir dapat duit raya sebelum sampai masa tuan pulak yg kena bagi duit raya..(",)

fuad ansari said...

cikgu norsha:
boleh tahan la... makna kata, kalau husna nak buat tambang untuk gi umah cikgu kat kuantan tu, lepas la.. (",).. tapi apakan daya, husna tak pandai pegang duit.. dah saya kena tolong pegangkan.. (",)

tuan hafiz:
tu ok lagi.. tak lama lagi, bukan sahaja tak dapat, malah kena memberi pulak tu... (",)

aqishah said...

selamat hari raya...

zaman kecik kumpul duit raya dah berlalu.. :P

fuad ansari said...

aqishah:
bila zaman kumpul duit raya dah berlalu, itu tandanya kita kena beringat2 bahawa kita sudah semakin hampir kepada kematian... (",)

slmt hari raya... maaf zahir dan batin..

kokser kokdam said...

rayo lagi ko tu..?

=D

fuad ansari said...

ustaz fahmi:
mestila raya lagi.. (",)

kalau raya, setahun pun takpe..
tapi kalau puasa, sebulan je pun dah mengeluh.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...