Tan Tin Tun
Sebagai menjawab pantun dari Kak Zakie sebenarnya ni:
Rumah dipacak telah roboh
Mana tidak tiada tiang
Amboi cikgu cantik sungguh
Mengapa tidak masuk gelanggang
Mana tidak tiada tiang
Amboi cikgu cantik sungguh
Mengapa tidak masuk gelanggang
Jawapan saya:
Kalau lelaki dah sampai jodoh
Jangan lupa masuk meminang
Kalau Kak Zakie sudah bersungguh
Anak muda masuk gelanggang
Maka, si anak muda pun masuk gelanggang.. Lagipun si anak muda ini memang suka berpantun..
Pantun yang dijual:
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Anak muda membeli:
Jika anda mengambil kuah
Silalah cedok berhati-hati
Jika ada gading bertuah
Simpanlah tanduk di dalam peti
Pantun yang dijual:
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Anak muda membeli:
Kalaupun emas harga meningkat
Jangan dilupa intan permata
Kalaupun kemas perahu diikat
Jangan dilupa kuasa Pencipta
Pantun yang dijual:
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Anak muda membeli:
Beralih angin ke Indragiri
Desa sendiri tiada tempat
Bukan tak ingin dibuat isteri
Empunya diri dah ada empat
29 comments:
tu dia..langkah telah dibuka..pantun yg last tu mmg dahsyat..hehe
terima kasih orang muda .. pakcik rasa besar hati bila awak bersedia masuk gelanggan. syabas.
pantun terakhir tu buat pakcik tersenyum sorang2 di petang ini. hilang sekejap rasa sakit pinggang.
Lar, ni hasil dari kak zakie ke?...eh tapi serius la..ada bakat fuad..keep it up!..
ps: eh eh..dah cukup 4? biar benar fuad ni..kekekeke
ni pantun tuk fuad;
ikan tenggiri si ikan sepat
dimasak gulai anak di waktu pagi
kalau diri dah cukup empat
mengapa diusung yang lain lagi ?
p/s: rajin betul fuad buat N3 tiap2 hari ye :)
Hahaha...pantun last tu mmg x bleh blah! :P
yg last tu fuyoo..haha
sepatutnya pantun last tu-->
Beralih angin ke Indragiri
Desa sendiri tiada tempat
Bukan tak ingin dibuat isteri
Empunya diri dah ada tempat.
baru ngamkn hehe =)
Assalamulaikum cikgu,
Luntur baju tak usah bertekak
baru hujan belum banjir
Amboi cikgu suka kakak
apalagi pantun terakhir
Sakit terpijak duri di ranting
cuba mengelak namun tak sempat
Satu pun belum disunting
mana pula datangnya empat
Hahaha..... best kakak suka:)
Rangkap yang matap, tahniah.
Anda hebat.
T.Kasih folo
Bola baling bola polo,
Terima kasih kerana follow.
Rintik kasar hujan lebat,
Pantun saudara memang hebat.
Kelam malam dipasang pelita,
Pecah sepi bisingnya angsa,
Pesan-memesan sesama kita,
Pelihara pantun pusaka bangsa.
assalam...pantun ni buat sy tersenyum di pg2hari
Assalamualaikum Cikgu,
Bertambah meriahlah kontes pantun Tuan Hj al-Lavendari.
Terima kasih sudi menjadi kawan blogger saja, saya pun dah folow cikgu.
kak nurkass:
mmg dahsyat..(",)
pak ngah:
kegembiraan adalah terapi yg baik untuk mengubat kesakitan.. (",)
p/s: selagi belum tamat masanya, boleh buat pembetulan tak? hehe..
kak afida:
takdelah..gurau2 je.. ada 3 lagi kosong.. (",)
cikgu norsha:
makan buah di desa mentari..
orang kempunan dia tak bagi
bila sudah tak sedar diri..
empat cawangan tak cukup lagi..
p/s:kebetulan byk masa lapang sebab attend seminar.. sambil mendengar sambil mengarang.. hehe..
cik shinju:
bukan tak boleh blah.. orang macam tu, nak kena belah.. (",)
liyana:
hehe.. ada ke orang yg macam tu erk.. sy rasa kalau dah ada empat, tak cukup masa dah nak cari yg lain.. (",)
nazihah:
a'ah betul gak tu.. sy dah betulkan dah.. terima kasih..
p/s: boleh gak bagi cadangan utk yg lain2 tu.. sy tak pandai sgt pun.. saja suka2.. (",)
kak zakie:
wa'alaikumussalam wbt.. saya bukan cikgu sebenarnya.. saya pelajar.. (",)
kalau nak mahir seni ukiran..
carilah kaliber dan pengalaman..
pantun terakhir sekadar hiburan..
jadikan iktibar jadikan pedoman..
satu dua tiga dan empat..
budak lelaki tolong kirakan..
satu dah ada tak cukup empat..
tolong kak zakie tolong carikan..
hehe.. gurau2 je.. (",)
cikgu humairi:
baru belajar-belajar.. tak pandai mana pun.. terima kasih atas kunjungan.. (",)
Mommy Fara:
kalau mata tak cukup cekap
jangan ditulis semacam kuman
pantun saya sekadar pelengkap
memeriahkan majlis orang pengalaman
pokok selasih buah berangan
terima kasih atas kunjungan
hidayu:
mulakan harimu dengan senyuman.. (",)
puan hanim:
wa'alaikumussalam wbt..
terima kasih sudi ziarah..
sekadar memeriahkan majlis sebenarnya..
terasa diri sangatlah kerdil jika dibandingkan dengan orang-orang yg berpengalaman.. (",)
waaa.. pantun ni pun hebat jugak!
semoga berjaya..
waa..hebat
suka juga saya nie untuk pantun2 nie...
salam ziarah..
steady orang muda
berpantun..warisan
bangsa turun temurun
:)
Ikan Karuk ikan Sapat,
Pantun Fuad memang Hebat.
ha3.
saya hanya berkata
"x reti pantun lah pulak"..hoho
asada:
mudah2an kita semua berjaya..
dunia dan akhirat.. (",)
titisan hujan:
mendapat idea ketika hujan menitis ke bumi.. (",)
APS:
Jom orang muda..
Masuk gelanggang..
zulkbo:
wsalam wbt.. syukran atas kunjungan..
orang muda kena steady..
walaupun dalam hati macam tak berapa konfiden nak buat pantun yang akan dibaca oleh orang2 lama.. (",)
bani:
Ikan karuk ikan sepat..
Tuan nampak hebat..
Cepat-cepat..
Masih sempat.. (",)
shairazi:
cuba try masuk gelanggang..
lama-lama nanti pandai lah tu.. (",)
cikgu norsha:
lupa nak cakap sebelum ni...
tapi tetap jugak nak cakap..
harap-harapla cikgu baca komen ni.. (",)
jom cikgu masuk berbalas pantun..
sy yakin setakat berpantun, mmg permainan cikgu.. (",)
assalamualaikum...
a'ah...kebetulan sama tajuk...(",)
gudluck2...best pantun awk...
assalamualaikum...
a'ah...kebetulan sama tajuk...(",)
gudluck2...best pantun awk...
si kotak hati:
wsalam wbt..
thanks... semoga awk juga beroleh kejayaan.. (",)
hmm..best2la.lg2 yg last tu
anak bini pergi kedai,
kalo bab pantun ni, mmg takpandai..
kuang3
^baju kurung^:
yang last tu utk dapatkan markah lebih.. hehehe.. gurau2 je.. (",)
ha.. tu pandai tu..
rasa tak kena je jawapannya, saya mencari jawapan jujur yang sepatutnya dari lelaki muda dan tengok senarai nama blog tuan di blog komensen. agak hampa kerana tuan pandai berpantun tetapi jawapan untuk pantun komensen amat tersasar jauh dari sepatutnya.
Post a Comment