Wednesday, July 27, 2011

CoNTeST aKu BeRPuiSi - MaNuSia & DuNia

Klik gambar untuk turut serta.. (",)


Cikgu Humairi ajak berkarya..
Maka saya sahut dengan hati terbuka..
Walau tidaklah sepandai mana..
Sekadar ingin memeriahkan acara..

Manusia..
Engkau kata engkau adalah hamba..
Tapi lagakmu seperti raja..
Tidak mahu mendengar kata Pencipta..

Manusia..
Engkau kata dunia ini sementara..
Tapi ia bagimu lebih utama..
Akhirat dikesampingan sahaja..

Manusia..
Engkau kata mahu ke syurga..
Tapi amalmu jauh berbeza..
Seolah-olah menempah tiket neraka..

Dunia..
Sungguh engkau mempersona..
Dibantu syaitan yang durjana..
Menipu insan bernama manusia..

Dunia..
Memilikimu bererti bangga diri..
Kehilanganmu bererti susah hati..
Sungguh bererti di mata sebahagian insani..

Dunia..
Keranamu ramai yang kepenatan..
Ramai yang tidak keruan..
Ramai yang hilang pedoman..

Dunia..
Firaun telah engkau tewaskan..
Qarun telah selamat ditelan..
Apa lagi yang engkau mahukan??

Manusia dan dunia..
Seorang pelupa dan seorang penipu..
Bagai isi dengan kuku..
Nampak serasi bila bersatu..

Sama-sama kita ambil pengajaran..
Moga beroleh kejayaan yang berkekalan..
Ramadhan hampir menjelang..
Buatmu teman selamat berjuang..

p/s:
Maka dengan ini sy tag insan-insan yang indah bahasanya..

19 comments:

s a r said...

kann dah keluar... :D
alhamdulillah.

salam.

*touching sebentar.
realiti sekarang. hm. takut hanya meniti bibir. di hati? hmm. hanya Dia je yang tau.

takut if kita mempersendat kamar neraka yang dah sedia sendat. alahai.. tak mo jugak tiket2 free. takmo takmo.

ayat 'ramai tak keruan' tentang dunia paling..alahaii... hmm.
astaghfirullahal'azim

p/s- gud luck encek.
salam ramadhan juga. :)

Afida Anuar said...

Itu lah manusia...itulah dunia... kagum jap akak baca;).. ni contest ke saje2? kalau contest akak doakan fuad sukses!..insyaAllah..

lar, tak caya ke? akak ni kuli cap ayam je..klu stabil pun tak beerti honda civic. Masih belum mampu la dik..hehe:)

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah akhirnya tercipta juga. Indahkan... kakak suka dengan bait-baitnya. Cantik, syabas!!...

Yildirim Fateh said...

syaitan
ikutlah aku,
jalan yang sangat indah,
ttapi indah yang membahayakan KAMU,
hahaha

Sha said...

bahasa yg cntk..
seronok membaca nye..
ada kebenaran dlm kata2..

contest ea..gud lux..smge brjaye~

p/s: lepas nih, bley la bersyair pulak..huhu

Mohamadazhan.com said...

salam ziarah ke sini sahabat, terima kasih atas kesudian menyertai contest aku berpuisi =)

puisi yang indah dan penuh mesej yang tersirat. Moga kita lahir dalam jiwa yang tunduk patuh kepada Maha Pencipta =)

Norsha said...

salam fuad,
time kaseh sudi letak nama cikgu kat atas tu....btw, bagus puisinya, good luck bapa husna...

liyana said...

nice..ade input from that puisi..
make me thinks..
thanks

ahmad humairi said...

Terima kasih memenuhi jemputan saya. Moga kontes bertambah meria.

Bait-bait yang mantap.
Good luck.

.......dunia penuh tipu daya,
sijujur menjadi mangsa,
pandai menipu lekas berharta

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah, puisinya membangkitkan insaf dalam hati,,

terima kasih, hati terasa terisi,

erk, name mutiara terselit ye,,insyaAllah, akan mencuba, tapi x pandai sgt puisi2 ni,,

Nazihah@Jiha said...

(Manusia dan dunia..
Seorang pelupa dan seorang penipu)..=_=' suka dgn ayat ni...

terbaiklah akh..pantun pandai..ni puisi pun mantap ^_^~ alhamdulillah.

fuad ansari said...

s a r:
moga ramadhan yg datang jadi detik permulaan kepada yg lebih baik.. sgt tak sanggup nak sendatkan neraka..

kak afida:
bila manusia lupa akan maksud hidup, maka dunia menjadi sukar dan huru-hara.. sama2 kita ingat kembali maksud hidup..

kuli pun ada cap ke... sardin kalau cap ayam, mahal jika dibandingkan dengan cap yg lain.. hehe...

kakzakie:
tak mampu nak tandingi bait2 kak zakie.. bait2 orang lama dan orang muda jauh bezanya.. kena byk blaja dari kak zakie nampaknya.. (",)

fuad ansari said...

shairazi:
syaitan(iblis) dahulu mmg telah menikmati keindahan itu.. cuma akhirnya sifat angkuh telah menyebabkan kemurkaan Allah..

bahaya rupanya sifat angkuh dan ego ni kan..

sha:
jom la masuk.. (",)

tak pandai pun sebenarnya.. saja memeriahkan acara.. nak bersyair, lagi la tak pandai.. (",)

azhan:
wsalam wbt..
mohon maaf andai puisi ini jauh dari standard yg ditetapkan..

terima kasih kerana membuka ruang kepada orang lain utk berkarya..

terima kasih juga kerana telah menjalan satu usaha dalam memartabatkan warisan bangsa...

fuad ansari said...

cikgu norsha:
wsalam wbt.. cikgu yg sebenarnya lebih berkelayakan utk masuk contest ni.. sy cuma nak naikkan semangat cikgu je.. (",)

selamat menyambut ramadhan, cikgu.. (",)

liyana:
saya rasa orang muda seperti liyana pun kena masuk contest ni... jomla... (",)

iqrak bismi rabbikalladzi kholaq...
bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.. (",)

cikgu humairi:
terima kasih atas dorongan...

benar cikgu... terkadang2 kita menjadi lurus bendul.. (",)

berharta dengan menipu, tidaklah ada gunanya... hanya akan menambah beban dan masalah di kehidupan mendatang..

fuad ansari said...

mutiara bernilai:
anda tak perlu belajar untuk jadi pandai berpuisi.. anda mmg semulajadi pandai.. (",)

take ur time n gud luck.. (",)

nazihah:
ukhti pun pandai gak.. jom la masuk contest..

dah ramai yg kena tipu dengan dunia pun, manusia (diri sendiri) masih tidak ambil pengajaran lagi.. macam mana tu? hurm....

Unknown said...

dahsyat juga brother kita,
anyway,semoga berjaya...

p/s:bila nk ajar saya bermadah2...nie...mcm best je...kui33

fuad ansari said...

Tuan Fuad Akmal:
bukan tak nak ajar.. tak pandai nak ajar..sy pun baru belajar2.. (",)

Tuan cubalah masuk.. belum cuba belum tahu.. dah cuba, takut saya pulak yang kena buat contest yang baru... (",)

Pujangga Sinis said...

well said..

http://arepchepha.com/2011/08/03/usah-menipu/

fuad ansari said...

arepchepha:
(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...