Saturday, July 30, 2011

TRaNS-GeNDeR

Bila membincangkan isu trans-gender terutama dalam kes-kes yang berat yakni yang telah melakukan pembedahan, saya selalu bertanya..  

Perlukah kita mencaci-maki dan menghina mereka? Adakah kita langsung tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan??

Pada saya, hikmah itu adalah lebih baik.. Barang mungkin mereka akan menjadi lebih baik dari kita di suatu hari nanti.. Wallahua'lam..
_____________________________________

Terkadang-kadang kita menyangka kita telah kalah, tapi sebenarnya kita adalah pemenang.. Walaupun kita tidak mengharapkan kemenangan, tetapi Maha Suci Allah yang tetap memberikan kemenangan.. Bersangka baiklah kepada Allah dan bersabarlah dengan kekalahan..

Mudah-mudahan juga kita sentiasa beringat agar berpada-padalah dalam memenangkan diri.. Ambil kiralah perasaan, hak mahupun pandangan orang lain.. Jika tidak,  takut-takut ia akan disusuli dengan kekalahan yang akan menyebabkan kemenangan itu dilupakan..

When you got something, you might lost something..
_____________________________________

Wahai manusia, telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Mohon maaf dari saya atas segala kekhilafan serta ketelanjuran kata.. Moga kita semua beroleh kebaikan yang banyak di sepanjang bulan Ramadhan ini.. InsyaAllah..

Wednesday, July 27, 2011

CoNTeST aKu BeRPuiSi - MaNuSia & DuNia

Klik gambar untuk turut serta.. (",)


Cikgu Humairi ajak berkarya..
Maka saya sahut dengan hati terbuka..
Walau tidaklah sepandai mana..
Sekadar ingin memeriahkan acara..

Manusia..
Engkau kata engkau adalah hamba..
Tapi lagakmu seperti raja..
Tidak mahu mendengar kata Pencipta..

Manusia..
Engkau kata dunia ini sementara..
Tapi ia bagimu lebih utama..
Akhirat dikesampingan sahaja..

Manusia..
Engkau kata mahu ke syurga..
Tapi amalmu jauh berbeza..
Seolah-olah menempah tiket neraka..

Dunia..
Sungguh engkau mempersona..
Dibantu syaitan yang durjana..
Menipu insan bernama manusia..

Dunia..
Memilikimu bererti bangga diri..
Kehilanganmu bererti susah hati..
Sungguh bererti di mata sebahagian insani..

Dunia..
Keranamu ramai yang kepenatan..
Ramai yang tidak keruan..
Ramai yang hilang pedoman..

Dunia..
Firaun telah engkau tewaskan..
Qarun telah selamat ditelan..
Apa lagi yang engkau mahukan??

Manusia dan dunia..
Seorang pelupa dan seorang penipu..
Bagai isi dengan kuku..
Nampak serasi bila bersatu..

Sama-sama kita ambil pengajaran..
Moga beroleh kejayaan yang berkekalan..
Ramadhan hampir menjelang..
Buatmu teman selamat berjuang..

p/s:
Maka dengan ini sy tag insan-insan yang indah bahasanya..

Friday, July 22, 2011

LuPa PuLaK DaH..

Tiba-tiba ada macam-macam perkara yang aku nak cerita.. (",)

Cerita satu: 
Aku selalu lupa akan perkara yang sangat rutin. Antaranya:
Selepas gosok baju, aku selalu lupa samada aku dah tutup suis atau belum..
Selepas parkir kereta, aku selalu lupa samada aku dah kunci kereta atau belum..
Selepas mandi dan ambik wudhuk, aku selalu lupa samada aku dah ambik wudhuk atau belum..
Selepas kahwin, aku selalu lupa samada aku dah kahwin atau belum.. (yg ni tipu je..) (",)

Aku cuma berharap, aku tak lupa diri.. Sungguh dunia ini nampak indah dan sering menyebabkan manusia lupa diri..

Cerita dua:
Ramadhan dah dekat.. Terasa dah bahang Ramadhan.. Bulan penuh keberkatan.. Bulan yang menyebabkan sebahagian manusia semakin dekat kepada Allah..

Sama-sama azam untuk buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni.. Anggap je lah bahawa inilah Ramadhan terakhir buat diri kita..

Cerita tiga:
Tengok musabaqah Al-Quran kat PWTC.. Penuh iktibar dan pengajaran bila dengar orang lain membaca Al-Quran sambil kita juga membaca terjemahannya.. Antaranya:

Akan ada dakwa-dakwi antara syaitan dan manusia yang menemaninya ke dalam neraka.. Sehingga syaitan berkata.. "Wahai Tuhan kami! Aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” 

Ketika neraka sudah pun penuh dan dalam keadaan yang mana manusia berhimpit-himpit maka Allah swt akan bertanya..
(Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada jahannam : "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab : "Masih ada tambahan?" 

Menurut kuliah tafsir oleh Ustaz Shamsuri yang pernah aku dengar satu ketika dahulu, "Maka pada ketika itu manusia di neraka akan dipijak-pijak dan dijijak-jijak kerana ingin menampung tambahan ahli neraka WALAUPUN pada ketika itu neraka telah pun penuh.."

Sama-sama ambil iktibar dan datang kepada amal yang soleh supaya kita TIDAK SEKALI-KALI akan dicampakkan ke dalam neraka..

Tuesday, July 19, 2011

RoHiNGYa



Minggu ini aku berkursus dan masih lagi berkursus di Kuala Lumpur.. Sedang aku duduk berseorangan untuk makan di sebuah restoran, maka telah datang seorang budak perempuan kepadaku..

Budak perempuan: Assalamu'alaikum.. abang.. Mintak derma.. Nak makan.. Dah dua hari tak makan..

Aku: Meh dok sini, abang belanja makan.. kata nak makan kan.. (kat dompet tgh takde duit kecik ni.. budak-budak mana pandai pegang duit besar.. (",))

Budak perempuan: (menggelengkan kepala)

Aku: Tadi kata nak makan.. Meh la dok sini, abang belanja makan..

Budak perempuan: (menggelengkan kepala)

Aku: Nama adik, ape?

Budak perempuan: Aina

Aku: Asal mana?

Budak perempuan: Tak tau.. (tapi budak tu bukan macam orang Malaysia la.. Mungkin macam pelarian Rohingya .. aku rasa la..)

Aku: Oklah.. takpelah.. Meh dok sini, abang belanja makan..

Budak perempuan: (beredar dengan sangkaan yang baik).. (",)


Haishh.. macam-macam.. rasa bersalah gak aku tak bagi apa-apa.. (fuad.. fuad.. apa nak jadi laa)

Sunday, July 17, 2011

DI HaRi LaHiRKu..

Di hari lahirku..
Aku bersyukur padaMu..
Atas kesempatan waktu..
Menuju kepadaMu yang satu..

Syukran atas hadiah pemberian..
Keypad tidak perlu lagi ditekan..
Cukup dengan sentuhan..
Nikmat apa lagi yang telah aku dustakan???

Wahai badan sedarlah diri..
Kematian itu pasti..
Kehidupan dunia penuh berduri..
Cekalkan jiwa tabahkan hati..

Moga dikau beroleh syurga..
Dikelilingi bidadari yang mempersona..
Melihat wajah Maha Pencipta....
Kekal abadi selama-lamanya..

Tuesday, July 12, 2011

BuaT KaLiaN Di AKHiR ZaMaN

Selama aku berjalan dan melihat kehidupan.. 
Aku sedari hidup ini perlu difikir-fikirkan...
Ambil iktibar dan juga pedoman..

Aku biasa melihat yang kaya itu hidup dalam kemewahan..
Tapi aku bangga melihat yang kaya itu hidup dalam kesederhanaan..

Aku biasa melihat manusia itu melepaskan kemarahan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu memilih kesabaran..

Aku biasa melihat manusia itu tinggi kelulusan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu menghafal Al-Quran..

Aku biasa melihat manusia itu mencari-cari keburukan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu sedaya-upaya mencari-cari kebaikan..

Aku biasa melihat manusia itu bersusah-payah mencari kekayaan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu bersusah-payah mencari keredhaan Tuhan..
 
Syukur padamu ya Allah atas segala kesempatan.. 
Selagi hayat dikandung badan.. 
Sama-sama kita usahakan.. 
Syurga yang berkekalan...

Al-Waaqiah penuh pengajaran...
Buat insan-insan yang mahu menggunakan akal fikiran..

[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata.
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya).
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta  gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih.
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya.
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa.
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.
[30]Dan naungan yang tetap terbentang.
[31]Dan air yang sentiasa mengalir.
[32]Serta buah-buahan yang banyak.
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya.
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Thursday, July 7, 2011

aNaK MuDa MaSuK GeLaNGGaNG.

 
Tan Tin Tun


Sebagai menjawab pantun dari Kak Zakie sebenarnya ni:
Rumah dipacak telah roboh
Mana tidak tiada tiang
Amboi cikgu cantik sungguh
Mengapa tidak masuk gelanggang

Jawapan saya:
Kalau lelaki dah sampai jodoh
Jangan lupa masuk meminang
Kalau Kak Zakie sudah bersungguh
Anak muda masuk gelanggang

Maka, si anak muda pun masuk gelanggang.. Lagipun si anak muda ini memang suka berpantun..

Pantun yang dijual:
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Anak muda membeli:
Jika anda mengambil kuah
Silalah cedok berhati-hati
Jika ada gading bertuah
Simpanlah tanduk di dalam peti

Pantun yang dijual:
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Anak muda membeli: 
Kalaupun emas harga meningkat
Jangan dilupa intan permata
Kalaupun kemas perahu diikat
Jangan dilupa kuasa Pencipta

Pantun yang dijual:
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Anak muda membeli:  
Beralih angin ke Indragiri
Desa sendiri tiada tempat
Bukan tak ingin dibuat isteri
Empunya diri dah ada empat  

Wednesday, July 6, 2011

SiaPa YaNG SaKiT SeBeNaRNYa??

Aku dan rakan-rakan telah berkelana untuk beriktikaf di sebuah masjid.

Kedatangan kami disambut oleh seorang pemuda bersama adiknya.. Si abang yang begitu mengambil berat dalam membantu jemaah, sering ditemani si adik yang mengidap penyakit 'syndrome down'.. Terkadang-kadang si abang dapat bersama kami terkadang-kadang tidak kerana harus memenuhi tuntutan kerja.. Namun, si adik tetap bersama kami.. Sungguh tidak kekok si adik berada bersama jemaah walaupun tanpa ditemani abangnya.. Mungkin sudah menjadi kebiasaan si adik ikut serta bersama jemaah yang beriktikaf di masjid berkenaan.

Si adik yg mengidap penyakit 'syndrome down' adalah pelat jika berkata-kata.  Namun ada satu perkataan yang sangat jelas kalau dia berkata-kata iaitu perkataan Allah.. Bila ditanya siapa yang memberi rezeki, maka lantas dijawabnya, ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Bila ditanya siapa yang menghidupkan, siapa yang mematikan, siapa yang menciptakan dunia, siapa yang menjadikan siang dan malam, semuanya dijawab dengan perkataan ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Itulah jawapan kegemarannya.. Maka kami juga hanya menanyakan soalan dengan jawapan yang sama..

Satu ketika dia meminta izin untuk pulang ke rumah sebentar.. Rupa-rupanya dia pergi mengambil serban abangnya. Mungkin dia terkesan melihat kebanyakan kami yang memakai serban. Lantas dia berikan kain serban itu kepadaku, disuruhnya aku melilitkan kain serban itu di kepalanya.. Usai dipakaikan serban, dia kelihatan tersangat-sangat gembira.. Selang beberapa jam, disuruhnya aku membetulkan serbannya kembali.. Begitulah keadaannya.. Begitu teruja dia memakai serban.. 

Semasa solat berjemaah pula, ketika imam belum menghabiskan bacaan Al-Fatihah, dia sudah meng'amiin'kan.. Bersungguh-sungguh dia meng'amiin'kan bacaan imam.. Mujur tidak terbatal solat kami ketika kali pertama mendengarnya.. Selepas solat jemaah, ketika yang lain bersolat sunat, dia juga akan bersolat sunat.. Aku yang memerhatikannya bersolat sunat, hanya tersenyum kecil.

Selepas Isyak, dia masih bersama kami untuk beriktikaf di masjid dan telah ditemani abangnya. Sebelum tidur, ada dikalangan kami yang duduk berzikir dan membaca quran. Lantas diambilnya tasbih yang berada di masjid tersebut, dan menyuruhku mengajarnya berzikir... Aku mengajarnya pelbagai kalimat zikir tetapi hanya perkataan Allah sahaja yang dia mampu tangkap dan lafazkan.. Takpelah, itu pun susah memadai.. Aku pun menyuruhnya duduk di satu penjuru dan berzikir dgn perkataan Allah sahaja. Jarinya begitu laju  menggerakkan tasbih beserta kepalanya yg juga terangguk-angguk laju.. Boleh dikatakan, kalah tok bomoh yang sedang membaca mentera.. Mencuit hati juga bila melihatnya..

Begitulah kisahnya.. Fizikal sahaja nampak sakit, tapi amalnya sihat. AKU?? Fizikal sahaja nampak sihat, tapi amalku kelihatan sakit... Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan diri ini sedikit tamparan agar tersedar dari lamunan duniawi..

p/s:
-siapa yang sakit sebenarnya?? baru aku sedar, adik itu tidak sakit.. aku yang sakit sebenarnya..

Monday, July 4, 2011

JaNGaN MeMiNTa-MiNTa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.  

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.  Airmata saja  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.  

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.  Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.   

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.  
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"  

Dia terkejut dan wajahnya berubah.  "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." jawabnya.  

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"   

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."  

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

sumber: e-mel

p/s: 
-sharing is caring kan.. (",)
-memang benar.. jgn meminta2 pada orang.. Nabi saw lebih suka orang yg berusaha dari orang yang meminta2.. 
-meminta2 tidak akan menghapuskan kemiskinan, setuju?? 

Saturday, July 2, 2011

YaNG PeLiK, YaNG JeLiK..

Hari berganti hari... Sedar-sedar aku sudah menginjak dewasa.. Sedari kecil, telah ada beberapa perkara yang berlegar-legar di benak fikiran ini.. Sehingga ia membuatkan aku tertanya-tanya, apakah jawapan yang sebenarnya.. Kenapa, kenapa dan kenapa ia jadi begini.... Ntahlah, mungkin anda tahu jawapannya...

1) Kenapa kita selalu berusaha untuk buat masjid yang besar dan cantik, tapi kita jarang berusaha untuk ajak orang ke masjid??

2) Kenapa kita marah orang memperlekehkan agama kita, tapi kita sendiri meruntuhkan agama? Bukankah meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama??

3) Kenapa kita berebut-rebut menjadi pemimpin sehingga menjatuhkan orang lain walhal tugas pemimpin merupakan amanah yang berat dan akan dipersoalkan di hari hisab nanti??

4) Kenapa negara pengeluar minyak, harga minyak tetap tinggi??

5) Kenapa orang yang sudah kaya pula yang diberi pelbagai elaun dan kemudahan?? Bukankah ia lebih sesuai diberikan kepada orang miskin??

6) Kenapa perkara agama kita serahkan kepada orang yang tidak arif mengenainya untuk membuat keputusan?? Bukankah nanti akibatnya keputusan-keputusan berkaitan agama hanya berlandaskan akal fikiran semata-mata dan tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadith?
 

Erm...... Pelik sikit dunia ni sebenarnya kan..

Friday, July 1, 2011

iRoNiNYa..

Ramai orang memperkatakan tentang Israk wa Mikraj..

Ironinya..

1) Israk wa Mikraj berlaku di antara tahun ke-11 dan ke-12 kenabian iaitu di pertengahan tempoh Nabi saw menjadi Rasul selama 23 tahun..

2) Ia berlaku selepas Nabi saw diuji dengan ujian yg berat iaitu penolakan dakwah dan layanan buruk oleh penduduk Taif.. Sesudah segala kesulitan dan kesukaran itu, Allah swt telah memberikan  sesuatu yang menggembirakan iaitu solat.. Diingatkan, solat adalah ganjaran dan bukannya bebanan.. Dengan solat, kita boleh terus mengadu dan memohon pertolongan daripada Allah swt..

3) Saidatina Khadijah r.a wafat sebelum berlakunya peristiwa Israk wa Mikraj yakni sebelum datangnya kefardhuan solat.. Namun, walaupun hidup tanpa menunaikan kefardhuan solat, pengorbanan dan kebaikannya sudah mencukupi untuk beliau beroleh salam dari Allah swt dan dikhabarkan akan ganjaran syurga di dunia lagi.

4) As-Siddiq  adalah gelaran yg sangat sesuai untuk Saidina Abu Bakar ra kerana beliau membenarkan setiap apa yang Nabi saw perkatakan tatkala orang lain dalam keadaan yang ragu-ragu untuk membenarkan peristiwa Israk wa Mikraj.

5) Tersangatlah mudah untuk Allah swt menciptakan kenderaan yang tersangat laju iaitu seekor Buraq yang mampu membawa Nabi saw dari Masjidilharam di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin, dimikrajkan ke langit kemudian kembali ke Makkah hanya dalam tempoh satu malam..

6) Walaupun solat dikurangkan kepada 5 waktu dari asalnya 50 waktu, tetapi ganjarannya tetap 50 di mana setiap waktu digandakan 10.. 

p/s: 
-jangan tinggalkan solat.. risau-risau, tidak diterima amalan kebaikan kamu yg lain kerana rosaknya solat kamu.. hidup tanpa solat adalah serabut, byk masalah dan memeningkan..
-wahai diri, bangunlah utk solat malam kerana ia adalah amalan penghampiran kepada Allah..
-maaf.. entri ni kelihatan agak serius.. hidup kadang2 kena serius.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...