Monday, August 8, 2011

DiSKauN..


Kisahnya bermula di sini..


Cikgu Noraini: Kamu semua azam khatam quran berapa kali sepanjang Ramadhan ni??
Senyum soya : Saya azam untuk khatam 10 kali, cikgu..
Mutiara: Saya mintak diskaun 60% la, cikgu.. Mungkin 4 kali khatam, cikgu..
S A R: Saya nak diskaun 70%, cikgu.. 3 kali la kot...
Sakinah: Depa dah diskaun.. Saya lagi la.. Mungkin saya cuba khatam sekali, cikgu..
Aizureen: Saya pun nak gak la.. Kalau khatam sekali tapi tadarus ramai-ramai, kira aci tak cikgu??
Afida: Kalau depa semua sibuk nak baca, meh saya tolong dengar apa yang depa baca.. Dapat pahala gak kan cikgu..
Cikgu Noraini: Cikgu pun bercadang nak mintak mak ayah kamu diskaunkan sikit duit raya kamu tahun ni...

Pelajar-pelajar: Jangan la macam tu, cikgu.. Bab duit raya mana leh diskaun..


----------------------------------------------------------

Sepanjang Ramadhan ni, bila bicara tentang khatam quran..

Tak dapat tiga hari sekali khatam..
 
Seminggu sekali khatam pun jadilah...

Tak dapat seminggu sekali khatam (sebulan=4kali khatam)..
Sebulan tiga kali khatam pun jadilah..

Tak dapat sebulan tiga kali khatam..

Sebulan sekali khatam pun jadilah..
 

Tak dapat sebulan sekali khatam.. 
Bertadarus quran kat masjid sehari satu juzuk pun jadilah..
 

Tak dapat bertadarus quran kat masjid sehari satu juzuk..
Baca quran hari-hari walaupun tak sempat nak khatam pun jadilah..


Tak dapat baca quran hari-hari pun..
Dengar orang lain baca quran hari-hari pun jadilah...

Kata orang, BETTER than NEVER kan...


p/s: 
-ini dah 90% diskaun.. kalau nak diskaun lagi, boleh tutup kedai dibuatnya.. (",)
-mintak maaf la.. tiba-tiba tajuk bertukar.. (",)

36 comments:

senyumSOYA said...

betul2 ^^~

Mutiara Bernilai said...

salam,

ustaz Fuad,
saya nak tumpang tanya,
Jika setiap hari kita mendengar bacaan al quran (satu hari, satu juzuk), pahalanya sama kah mcm khatam baca satu quran? ada hadith kan?

s a r said...

assalamualaikum encek fuad.

banyak sangat discount ni encek fuad. :D

nursakinah said...

mutiara bernilai : pahala hak Allah.. yg penting dengar, fahami, hayati & cuba amalkan isi kandungan Al-Quran.. semoga Allah merahmati.. (^^,)

Afida Anuar said...

Cuma sayang, bila ada orang tengah mengaji Al-Quran...dia pula sibuk bercerita hal baju raya:(

Mutiara Bernilai said...

jazakallah nursakinah :)

Aween Md Zahir said...

banyak kebaikannya mendengar/membaca AL-Quran sepanjang Ramadhan neyh kan..
kalo ade jugak yg tak reti nk manfaatkan masa neyh,,tak tau laa..

Norsha said...

erm....kalau orang lain bacapun kita taknak dengar, tak tahulah nak kata apa........

Kamarol Azli Bahari said...

Membaca quran ada ganjarannya di sisi Allah S.W.T..apa yg paling penting memahami dan mengamalkan isi kandungan dalam Quran..

Unknown said...

btol2...
pg td bertadarus dgn anak2 murid

fuad ansari said...

senyum soya:
mungkin akan tersenyum2 kalau dapat minum air soya waktu berbuka nanti.. (",)

mutiara:
wsalam wbt..

jgn la panggil ustaz.. takde tauliah ustaz pun... (",)

alhamdulillah.. ustazah nursakinah dah tolong jawabkan..

atas kelemahan saya, belum pernah dengar lagi hadis sebegitu..

kalau saya, tak rela membiarkan diri ini hanya mendengar bacaan orang lain.. pasti akan timbul keinginan utk turut serta membacanya.. lebih kepuasan kalau khatam dengan bacaan sendiri..

fuad ansari said...

s a r:
itu lah tu.. kalau taknak beli jugak, tak tau lah tu.. dah hampir muflis tauke kedai kalau bagi diskaun macam ni.. (",)

nursakinah:
benar.. apa jugak yg kita buat, yang penting adalah utk mencari redha Allah.. redha Allah balasannya syurga.. (",)

kak afida:
itu lah tu.. walhal puasanya takde la penuh pun.. sibuk nak beli baju raya.. mengalahkan orang yang berpuasa penuh.. (gurau2 je..) (",)

fuad ansari said...

aizureen:
rugi sgt2 kalau tak manfaatkan masa sepanjang ramadhan ni.. ni jelah bulan yg dilipatgandakan pahala amalan.. apek kedai kata, "Ini bulan, kalau Lu mintak diskaun, Lu rugi.. "(",)

cikgu norsha:
mungkin orang tu cacat pendengaran kot.. hehe.. mana lah tau kan.. (",)

fuad ansari said...

nashir:
bila faham maksud, kesannya lebih mendalam.. bagus jugak kalau baca sambil lihat terjemahan.. (",)

titisan hujan:
well done, cikgu TH.. seronok dan mencabar kalau berada di tempat TH.. mengajar anak2 murid bakal ahli syurga.. (",)

CS said...

salam
sy dh dpt "bonus"...aci tak nk minta diskaun nnt???

Liyana Zahim said...

Lau 30 puluh tu mmg tak dptla.. Heee...

~kueh~ said...

jom! tingkatkan amalan tadarus^^,
huu~~

ehem...
jgn terlalu mengejar khatam Quran, hingga lupa nak menghayati ayat2 al-Quran..
em, peringatan wat diri kueh jua:)

moga Allah kasih~~~

~kueh~ said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

cikgu sue:
cikgu sue dapat bonus ape??

ada ke yg nak mintak diskaun kalau bab-bab bonus ni... kata orang, rezeki jgn ditolak.. (",)

liyana:
takpe.. dimaafkan.. wanita mmg ada alasan tersendiri yg boleh dimaafkan..(",)

~kueh~:
kalau bicara bab tadarus ramai2, saya nampak bagusnya amalan ni adalah dapat perbaiki kualiti bacaan... mmg jauh berbeza kualiti bacaan bila mula2 bertadarus, dan setelah lama bertadarus.. insyaAllah..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Benar apa yang dibicarakan, berbuatlah amal sekadar yang termampu atas diri kalian. Istiqamah atas amal yang sedikit itulah paling Allah sukai..

fathyn husna said...

bulan ni ade bonus..
berlipat2 kali ganda lagi.. ;)

nam said...

assalamualaikum wbt...

masa ni la jangan mintak diskaun.. kene rebut bonus-bonus yang Allah SWT berikan.. klu diskaun atas takdir dari Allah SWT, memang tak boleh elak.. semoga kita semua mujahadah..

selamat berpuasa dan selamat khatam semua.. (n_n)

RuMaH TuA said...

nikmat pun boleh terdizkaun macam ni... (^-^)

"Selamat beramal"

Nazihah@Jiha said...

insyaAllah boleh khatam..ramadhan ni hee~~

yg penting faham dan amalkan isi kandungan dalam Quran tu (=

liyana said...

nice..insyaALLAH

Bijen M. said...

Dapat keluar time bulan Ramadhan kan best.
Dapat jaga amal.
Iman pun naik.
Fuhh ruginya tak keluar.

fuad ansari said...

tuan razak:
wsalam wbt..
benar tuan.. yg penting istiqomah.. dengan istiqomah juga akan datangnya ikhlas..

husna:
bonus bulan ramadhan ni lebih baik dari bonus setengah bulan gaji kakitangan awam.. (",)

nam:
Wsalam wbt..
biarlah bulan ni jadi bulan yg mampu menampung segala kekurangan amal kita pada bulan2 yg lain.. jadi, mmg tak sesuai sgt nak mintak diskaun pada bulan ni.. (",)

fuad ansari said...

ustazah a'tiqa:
iyelah ustazah.. tak patut rasanya nak mintak diskaun atas nikmat..

mungkin kita rasa bebanan kot, tu yg beriya nak mintak diskaun.. cuba rasa ia satu nikmat, mesti tak terlintas nak mintak diskaun kan..

terima kasih kerana mengingatkan bahawa ia sebenarnya adalah nikmat dan bukan bebanan.. (",)

nazihah:
semoga berjaya.. (",)

mmg menginsafkan kalau baca quran sambil fahamkan makna..

fuad ansari said...

liyana:

insyaAllah, moga beroleh kekuatan untuk khatam quran masa bulan ramadhan ni..

doakan utk sy jugak ye...

tuan bijen:
berlipat2 ganda pahala ganjaran bila keluar jemaah masa ramadhan.. lagipun, lebih seronok dan fokus dalam beramal..

dulu2, pernah terjadi masa keluar jemaah di bulan ramadhan, bila teringin nak makan tembikai masa berbuka, Allah datangkan tembikai.. teringin nak makan tomyam masa berbuka, Allah datangkan tomyam.. makan sambil meningkatnya iman.. (",)

Adibah Ishak said...

betul tu.. like :) agak lambat, tapi just ucap je lah :P selamat menyambut ramadhan yg mulia lg penuh keberkatan..

Unknown said...

aduhai,sy masih terkongkang kanting di sini...ramadhan kian berlalu...

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak kena bagi target baru rajin. Kita kena sendiri buat targetlah... Kalau di Mekah target mesti tercapai sebab 100% tak ada buat kerana lain. Satu hari pun boleh khatam 30 juzuk kan. Tapi kalau di M'sia nie dgn tugasan nak habis 3 juzuk sehari kalau hari kerja payahnya.....

fuad ansari said...

adibah:
biar lambat asal selamat.. (",). selamat menyambut ramadhan jugak.. rasa macam nak ucap selamat menyambut hari raya, tapi macam tak sesuai pulak.. (raya lambat lagi kan..) (",)

tuan fuad akmal:
jangan biarkan dirimu diselubungi kontang dan kanting.. (",)

walaupun syawal lambat lagi, persediaan di luar sana untuk menghadapinya menyebabkan ianya kelihatan begitu hampir.. (",)

kak zakie:
orang kata, target biar tinggi.. kalau target khatam 3 kali dalam sebulan ni, insyaAllah at least akan dapat sekali atau dua.. kalau target khatam sekali, takut tak tercapai je.. (",)

kokser kokdam said...

kalo org islam xnak baca quran, nk bg kat sape lg bace quran..?

slalu hantam bebudak gune dialog neh.. hehe

fuad ansari said...

ustaz fahmi:
nampak bagus hentaman tu.. (",)

ironinya, ada orang bukan islam yg lebih mahir bab ilmu alquran dari orang islam itu sendiri..

moga mereka beroleh hidayah..

fathyn husna said...

akhi fuad : tula yg husna mksudkan.. bonus dr ALLAH :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...