Di suatu pagi yang hening, di hari pertama Ramadhan..
Cikgu Noraini: Kamu sahur apa pagi tadi Afida?
Afida: Roti canai, cikgu..
Cikgu Noraini: Sempat pulak kamu nak tebar roti canai pagi-pagi ye..
Afida: Bukan saya yang buat, cikgu.. Mamak yang tolong buatkan.. Saya sahur kat kedai mamak pukul 2.00pagi tadi..
Cikgu Noraini: Tu bukan sahur.. Tu 'supper' namanya.. Waktu sahur tu adalah sekira-kira dalam tempoh bacaan 50 ayat Al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh.. Kalau Subuh pukul 5.30pagi, bersahur pukul 5.00pagi tu kira cantik sangat la tu.. Makna kata, waktu sahur tu, sama cantik dengan kamu..
Afida menganguk tanda faham sambil tertunduk malu... (",)
Cikgu Noraini: Kamu bersahur apa pagi tadi Nazihah? Monyok je nampak gayanya.. Dah macam ayam berak kapur dah cikgu tengok muka kamu tu..
Nazihah: Saya sempat sahur sebiji kuih yang dibeli semalam dan minum air je cikgu..
Cikgu Noraini: Takpe.. Takpe.. Yang penting sahur.. Dalam sahur ada Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun.. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N. Kalau sempat makan sebiji kurma dan minum segelas air pun takpe.. Yang penting keberkatannya tu..
Hidayah: Saya tak bersahur pun, cikgu..
Cikgu Noraini: Kamu kenapa tak sahur? Kamu tak boleh berpuasa ke?
Hidayah: Saya bukan taknak sahur.. Tapi sama je kalau saya sahur atau tak.. Tak sahur pun saya larat gak untuk puasa..
Cikgu Noraini: Tak sama sebenarnya..
Titisan Hujan: Takde Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun, cikgu...
Cikgu Noraini: Pandai pulak kamu mengeja ye.. Tapi, betul dah la tu..
Cikgu Noraini: Cikgu nak tanya kamu semua.. Apa yang kamu semua dapat sepanjang bulan Ramadhan??
Mutiara: Dapat kuruskan badan, cikgu..
Fuad Akmal: Berniaga kat bazar Ramadhan, dapat untung banyak, cikgu..
Saiful: Dapat jimatkan duit, cikgu..
S A R: Badan rasa lebih sihat, cikgu..
Tahieyah: Dapat beli baju raya, cikgu..
Abu Zarim: Dapat makan best-best masa berbuka, cikgu..
Kueh: Dapat beli dan makan macam-macam kuih, cikgu..
Cikgu Noraini: Semua tu adalah sampingan sahaja.. Yang penting adalah dapat meningkatkan ketakwaan kamu kepada Allah swt.. Ironinya, ia juga adalah satu amalan yang dapat menyatukan hati ummat Islam seluruh dunia kerana seluruh ummat Islam sedang melakukan amalan yang sama iaitu berpuasa..
p/s: Watak-watak diatas adalah rekaan semata-mata.. Tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. (",)
28 comments:
amboi amboi amboi! :)
Afida, Mutiara dan SAR macam adik-adik kakak tu En. Fuad ooiii... Tapi kakak confirm adik-adik kakak yg namanya sama baik-baik belaka....Heheheh... jgn marah:)
eh?
~ahah.
assalamualaikum encek :)
memang sihat cikgu. but back to our niat kan cikgu kan kan kan..
:D
Sama2 tingkatkan iman & amal..
Insyaallah.
"Selamat Beramal"
salam ramadhan..mmg tu la dialog pepagi kat kelas skrg ni...hihihihi...mcm2 jawapan..
Alhamdulillah...nice entry.. buka mata hati kita untuk tingktkan amal ibadah kte di bulan yang penuh barakah nie..Insya-Allah ..=)
ish, ish...bagusnya anak2 murid cikgu noraini tu, baik-baik belaka....heee
ish, ish...bagusnya anak2 murid cikgu noraini tu, baik-baik belaka....heee
TH suka bln ramadhan sbb ade terawih
selamat bersahur dan berpuasa...serta mendapat keberkatan..
Assalamualaikum :)
betul tu,,sekarang ramai org ber'sahur' sekitar pkul 2 pagi..pagi buta kata org..depa ckp senang 'sahur' awl neyh,,nnt tak perlu nk bangun lagi da,,so depa mkn siap2..
sahur la sgt..huhu
alhamdulillah..masih mampu bangun sahur.baru lah dpt K.E.B.E.R.K.A.T.A.N,,hehe
He he..fuad..fuad...
Kedai mamak pun akak tak pernah pergi atau makan, sementelah lagi nak bersahur kat kedai mamak.. opsss, tu bukan Afida Anuar kan? kan? kekekekek..
ps: nice approach btw;)
Betul Cekgu! Boleh beli baju raya! Hihi.
Dan nanti pakcik Fuad pun boleh bagi duit rayaaa. :))
hehs~btl2...agak terasa sbb sy mmg tidak suka bersahur..hee~
nice post fuad...;)
bgus nya cikgu nih... :)
salam alaik Fuad,
eheh..kite ni dah cukup kurus (alhamdulillah).. :)
betul tu, kadang2 ramai yang x nampak hikmah sebenar puasa dan bersahur,
terima kasih ya! :)
Assalamualaikum..
moga dapat tingkatkan iman :)
terima kasih akh Fuad~~
K.E.B.E.R.K.A.T.A.N saya ingat ni hee~~
salam. abg fuad,lama dop jupe.heh.
Assalamualaikum.
Masa belajar dulu-dulu, selalu makan sekenyang sebelum tidor, dengan niat tak nak bangun bersahur.
Tetapi sekarang bersahur seperti yang dianjurkan. 45 minit atau setengah jam sebelum subuh.
Selamat berpuasa.
TQ
Allah~~~
kreatif sungguh ostad fuad mereka 'watak' dalam lakonan tersebut..:)
tapi memang betul lah...kdg2 kueh yg slalu kita beli pon teringin waktu berbuka...heee
moga ramadhan kali ni penuh makna~~
InsyaAllah^^,
haha..
apapun alasannya
kita mnuju mtlamat yg sama
suke (^_^)v
hidayah:
tak betul eh.. hehe.. (",)
kakzakie:
adik2 akak tu mmg baik2 orangnya.. ramai orang kata mereka baik.. (",)
s a r:
alhamdulillah, sihat pun...
yup, back to our niat.. lillahi ta'ala.. (",)
a'tiqa:
insyaAllah..
doakan sy ye ustazah..
cikgu sue:
mesti jawapan depa semua tu dalam poket cikgu je kan... (",)
tu belum lagi bagi alasan kalau tak siap kerja sekolah.. lagi la cikgu dapat agak jawapan apa yg depa nak bagi.. (",)
syazwani:
jgn lupa sahur erk.. (",)
cikgu norsha:
tgk la cikgu nya siapa.. anak murid pun dah baik, cikgu yg mendidik, lagi la baik.. (",)
TH:
bukan sahaja ada tarawikh, lailatulqadar pun ada... (",)
cikgu humairi:
itu lah tu.. tinggi nilai keberkatan tu... sebagaimana bernilainya umur yg berkat berbanding umur yg panjang tetapi tidak berkat.. (",)
aizureen:
kalau sahur pukul 2, lebih baik sahur masa berbuka puasa malam sebelum tu je..(",)
kak afida:
rugi akak tak pernah makan kat kedai mamak.. air peluh mereka yg menitis masuk ke dalam makanan seumpama garam bukit yg berkuali tinggi tau.. (heheh.. gurau2 je..)
tu afida lain.. afida anuar baik.. pukul 2 pagi tu, afida anuar tgh tahajjud.. (",)
tyah:
puasa tak penuh, takleh dapat duit raya.. (",)
fatihah:
lepas ni jgn lupa bersahur erk.. yg penting ingat kaf-ba-ro-kaf-alif-ta-nun... (",)
sis intan:
cikgu tu mmg bagus.. (",)
mutiara:
wsalam wbt..
nasib la dah cukup kurus kan... kurang sikit nak terasa hati.. (",)
untung ada murid seperti tu....
nazihah:
wsalam wbt..
mungkin dek kerana entri ni, beberapa hari yg lepas, sy sempat sahur dengan beberapa biji kurma n air kosong je... tp mmg betul la... ada keberkatannya tu... takde pulak rasa lapar..rasa bertenaga je.. (",)
izmer:
itulah tu... lama tak nampak... tapi takpelah.. menghilang atas maksud agama, byk manfaatnya.. (",)
admin p@p:
wsalam wbt...
makan la sekenyang mana pun time berbuka, tak sama rasanya dengan makan sedikit waktu sahur kan.. walaupun makan sedikit waktu bersahur, tapi rasa lebih segar dan bertenaga menghadapi puasa..
yup.. elok sgt tu klau bersahur 30-45 minit sblm subuh..
kueh:
mesti awk pandai buat macam2 kuih kan.. (",)
baju kurung:
yup, matlamatnya mendapat keredhaan Allah.. redha Allah balasannya syurga..(",)
azie:
(",).. selamat berpuasa.. lama tak dengar cerita.. (",)
tuan saiful:
hehe.. tu lah tu.. punyalah byk orang malaysia makan kalau berbuka.. dah macam tak makan seminggu dah gamaknya.. (",)
tuan fuad akmal:
untung juga dapat cikgu yg macam tu.. (",)
Post a Comment