Friday, November 25, 2011

oH MaMa, SaYa MaHu KaHWiN!!


Seseorang yang masih belajar di universiti tetapi sudah mahu berkahwin.. Istilah lain, kahwin muda.. Saya lihat ramai yang punya pandangan berbeza..

Satu golongan berkata:
1) Kewangan tak kukuh.. Kalau termengandung macamana?? Nak susahkan mak ayah??
2) Rezeki adalah hak Allah.. Tapi kita tak boleh la letakkan 100% kepadaNya..
3) Jangan tergedik-gedik nak kawin awal esok tergedik-gedik nak cerai awal.
4) Asal nak elak zina, kahwin. Asal nak elak zina, kahwin..
5) Jika dicanang-canangkan "jangan takut kawin awal", maka perlu juga dicanang-canangkan "takutlah cerai awal".
6) Kalau tak cukup duit lagi macamana?? Nak buat kenduri kahwin lagi..
7) Hingus pun meleleh lagi.. Fikiran pun tak matang lagi.. Dah menggedik nak kahwin awal..
8) Awat, ingat kahwin ni senang ka?

Satu golongan menjawab:
1) Yakin pada Allah swt.. Dia pemberi rezeki.. Tak salah kalau ahli keluarga mahu membantu..
2) Bersangka baiklah pada bantuan dan pertolongan Allah swt..
3) Kahwin lambat pun ada yang bercerai awal..
4) Tidak dinafikan banyak lagi cara untuk elak zina, tapi kahwin juga adalah diantara caranya...
5) Harus dicanang juga bahawa ganjaran pahala untuk setiap amalan kebaikan orang yang berkahwin adalah berganda..
6) Nikah gantung itu lebih baik dari dosa yang bergantungan banyaknya.. Islam itu mudah, jangan disusahkan..
7) Matang itu subjektif. Tidak semestinya masih belajar, tidak matang..
8) Kalau kahwin lambat, adakah ia akan menjadi senang??

Saya cuma mahu berkata:
-Jika anda yakin dengan janji dan pertolongan Allah swt, berkahwinlah awal.. Jika masih belum yakin, jangan kahwin awal..
-Saya belum pernah melihat orang yang berkahwin awal, mati kebuluran..
-Kehidupan dalam kesusahan adalah mirip kepada kehidupan Nabi saw...
-TEPUK DADA, TANYA IMAN... (",)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24: 32)

p/s: anda rasa, anda sokong yang mana?? (",)

33 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

sekadar nak menyampuk

perkahwinan itu adalah peluang drpd Allah utk kita tambahkan pahala berganda-ganda

masak utk suami dapat pahala, pegang tgn suami, main mata suami dpt pahala, ni antara perkara simple belum lagi cerita bab besar seperti memberi suami zuriat dll

suami pun belanja isteri makan sesekali, bagi nafkah zahir dan batin, didik isteri pasal Islam besar sangat pahalanya. berganda-ganda sangat

apabila pasangan suami isteri tu sentiasa mengejar pahala bersama, sentiasa mencipta pahala bersama, insyaallah ada keberkatan dalam alam rumah tangga tersebut

apabila masing2 cuba menambah koleksi pahala, insyaallah masalah hubungan berentakan akan berada di tahap minima

dan kebarangkalian statistik penceraian berlaku juga minima kerana masing-masing tahu matlamat perkahwinan adalah peluang daripada Allah utk tambahkan pahala berganda

mmg benar, syaitan bernama Dasim akan sentiasa hasut supaya pasangan bercerai dan bergaduh, tapi ada banyak cara utk usir syaitan tersebut, ada byk doa yang boleh diamalkan,

dengan syarat, apa sahaja yg kita buat, sekiranya matlamat kita adalah kerana agama Islam, insyaallah segala yg susah akan jadi mudah atas izin Allah

sesi muhasabah diri sendiri jugak ni :-)

selamat thn baru

mhafiz_ydin said...

aku sokong kawin awal walaupun aku masih tak kawin2.. haha =)

Afida Anuar said...

jdoh tak kunjung tiba awal-awal dulu, kalau dak ingat nak kawin awal gak..hehe;)

Norsha said...

kalau rasa dh sedia, kawin jelah w/pun kewangan belum kukuh, ekonomi belum mantap, lepas kawin adalah rezeki Allah bagi nanti, InsyaAllah....

Cikgu Ma said...

dah sedia..tapi tak da rezeki lagi =)

peRmaTa_ aGamA said...

j0doh dan pertemuan dtangan Allah..
kta hnya merancang dan Allah yg akan menentukan..

~ sharing is caring..(^_~) ~

~PENCHENTA~ said...

Jeles betul dengar part ganjaran berganda tu! Haih. Bila lah nak dapat. Carikan lah Encik Fuad. Kat UKM ada tak? Hahah.

nur aisya humaira said...

jodoh ajal n rezeki rahsia ALLAH..cepat lambat, ALLAH yang tentukan...:)

nak kawin awal jugak, usia makin meningkat..~~

liyana said...

mcm best khwin awal..elak mksiat..
tp takut usia muda org kte drh muda....nnti cpt jer berkecai umah tngga tu..
2 2 kne amik peranan msg2 brula bahagia

Kakzakie Purvit said...

Pada kakaklah yg penting pegangan agama kena kukuh. Usia nombor 2. Kalau iman kukuh yg muda pun alam rumahtangga akan cantik dikemudi berbanding yg dah jadi'datuk' pun kalau iman goyah runtuh juga rumah yg dibina...

Hidup kena berlandaskan agama pasti segalanya akan mudah/cantik jadinya

s a r said...

assalamualaikum encik :)

hee. tersangatlah betul. belum ada yang kahwin awal mati kebuluran. tapi ada ja yang dah lama kahwin tak cukup makan. :)

Rashid said...

ermm .. indahnya membina masjid .. dan semakin indah bila masjid itu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Ikhlas padaNya.

نور توفيقة ادريس said...

:')

Allah always, always , always ada 'hadiah' best yang baaaanyak untuk orang yang yakin betul2 dengan Dia. Either Dia bagi di dunia, atau Dia simpan nak bagi dekat akhirat nanti. Insya Allah..

Anonymous said...

lagi teruk bila da kawin, mengabaikan tanggungjawap. anak berkepuk2 pon buat tak tahu je. yg dia taw joli, joli joli joli. cet.

ewanthology said...

kalau dah sampai jodoh dan sanggup susah dan senang bersama.. kahwin je la.

kerana kahwin diawal usia memang byk dugaannya.

As said...

Semua jawapan pada padangan apa yang kita nak lontarkan, semua ada pada Islam. Banyak saranan dan anjuran yang boleh kutip dan amalkan.

Btw, kisah ni mengundang memori lama. Zaman Tahun 1 kat universiti under subjek Islamic Worldview *Semua orang wajib ambil* Kami ambil early marriage sebagai topik kajian dan pencerahan. Heh.

p/s: sebenarnya takda istilah kahwin awal :)

nam said...

Dah ramai kwn2 sekolah nam mulakan langkah berkahwin thun nie dlm usia 22 thun..

Ada yg dh bawak anak pun.. Tgk cam best.. Tp x tau dah sedia ker belum hadapi situasi tue... Kdg2 rase dah sedia, kdg2 rasa belum sedia.. Hehe...

Mindaberbisa said...

Satu perkahwinan adalah lombokan pahala dan hidayah dariNYA.

Ismi Ijmi said...

dalam fadhilat Al-quran , ada hadith yang sebut, bila ibu-bapa ajar anak mengaji Al-Quran, Allah akan bagi peningkatan darjat, mahkota yang bersinar lebih dari matahari.

then ada jemaah sahut, masyaALlah, besar fadhilat baca quran!

sorang lagi jawab,
eh, apa lak? besarnya fadhilat kahwin!

hehe

Hidayatullah said...

sy nk kawin..tp x kuar 4bln lg.. so sy x jd kawin.. ha3

L said...

hehhe... nk3 kawen.. ngeh3..

jom baca..

http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

fuad ansari said...

wanita bertudung hijau:
setuju, setuju dan setuju... (",)

itu bukan sampukan, itu tazkirah yang baik.. (",)

tuan hafiz:
sokongan dengan kata2 sahaja pun sudah mencukupi.. (",)

kak afida:
mungkin jodoh naik unta.. lambat sikit sampai.. cuba akak suh dia naik en hitam, mungkin cepat sikit.. (",)

cikgu norsha:
samada yakin tak yakin je kan..

berdasarkan pengalaman yg ada, sgt benar bahawa rezeki bertambah bila dah kahwin..

cikgu ma:
bagusla kalau dah sedia..

agaknya kalau satu hari nanti ada orang kata, "jom kawin, esok", mungkin cikgu ma mampu mengatakan 'jom' dengan penuh keyakinan.. (",)

fuad ansari said...

permata_agama:
ketika jodoh sudah sampai, pasti kita tidak mampu mengelak.. (",)

tyah:
jangankan kat ukm, kat dalam ruangan komen ni pun ada.. tu pengomen kedua masih ada kekosongan(",)

p/s: pengomen no 19 n 20 pun kosong jugak... (",)

aisya:
Dapat kawin di awal 30an mahupun di awal 40an pun dikira kawin awal jugak.. (",)

liyana:
kalau macam tu, selepas kempen derma darah, mungkin kita boleh cuba pindahkan darah tua ke tubuh orang muda... mungkin berkesan.. (",)

kak zakie:
ramai yg sibuk nak pegang tangan dari pegang agama.. tu yg tak berapa nak menjadi tu kot.. (",)

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt...
yang dah lama kawin, simpan stok makanan di dalam perut yang sudah semakin ke hadapan.. (",)

tuan rashid:
masjid yang ini kelihatan lebih disukai dari masjid yg sebenar.. (",)

pqa:
pqa tgh tunggu 'hadiah' utk dilahirkan, kan.. (",)

hadiah kalau diberi kat akhirat, mesti lebih berharga kan.. (",)

cik gee:
ingatkan duit je yang berkepuk2.. rupanya anak pun berkepuk2..

yinnade sakiyama yinggaporey cetttt.. (",)

tuan iwan:
takut masa bercinta je beriya cakap sanggup susah senang bersama..

cuba kawin dulu tgk macamana sanggup tak sanggup bagai dikata.. (",)

tidak dinafikan, kahwin lambat pun byk dugaannya.. (",)

fuad ansari said...

as:
betul jugak tu... mungkin istilah jodoh awal lebih tepat.. ke camne??(",)

Islam is the way of life..(",)

kak linda:
belum cuba belum tahu.. (",)

ramai jugak yg rasa tak berapa nak sedia, tetapi tetap tempuhi alam perkahwinan.. jodoh kalau dah sampai, mmg susah nak elak..

kak syikin:
rasanya, ramai yg tak ingat pasal lombokan pahala ni.. depa ingat kena gi lombok indonesia.. (",)

tuan izmer:
(",)

ramai yg tak perasan maksud tersirat dalam hadis tu.. sy pun baru perasan.. (",)

hidayatullah:
kalau dapat keluar 4 bulan selepas kawin, mungkin lebih dahsyat.. (",)

p/s: kalau kawin masa keluar 4bln pun ok jugak.. leh bawak kajol balik malaysia.. (",)

L:
sape taknak kawin, rugi ooo.. (",)

faraherda.razalan said...

...adakah entri ini bersempena awak bakal mendirikan rumahtangga?

=D

fuad ansari said...

Fara:
Alangkah indahnya pertanyaan itu.. (",).. Doa2kan ye.. huhu.. (",)

RuMaH TuA said...

Komen paling lewat.

Perkataan 'muda' sungguh subjektif.
Bole jadi 17 muda dan bole jadi 27 itu muda. Isk3

"Allah sebaik2 pemberi"

Mindaberbisa said...

:) Mungkin ada kebaikan mereka ke sana daripada hidup di Malaysia. siapa tahu?

fuad ansari said...

ustazah iqa:
kadang2 umur 40tahun pun orang panggil muda lagi
(sebab nama kat i/c ialah muda) (",)

p/s: sgt memahami pelajar2 yg lewat komen.. erm.. baru abis exam ke?

kak syikin:
ye lah kan...
semoga mereka damai dan beroleh kebaikan di sana.. (",)

akak tak nak gi sana? (",)

AkuMuzikFilem said...

saya nikah seminggu sebelum final exam. rilek je

masterkucha said...

kalau jodoh datang awal saya terima tapi lebih utamakan ibu bapa...kalu mereka setuju sy 100 kali lagi setuju...hahaha (mood: gatal)

fuad ansari said...

akumuzikfilem:
itulah pentingnya ketenangan dalam kehidupan.. tahniah.. (",)

ia bermakna, anda pelajar yg cemerlang..(",)

cik oren:
bila mak ayah kata setuju je, terus cik oren kata, "ok, jom bersiap.. kita ada masa setengah jam lagi sebelum majlis pernikahan.." (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...