Tuesday, April 12, 2011

SaKiT iTu iNDaH..

Menziarahi orang sakit membuatkan aku tersedar dari lena.. Manakan tidak, setakat ini, aku belum pernah diuji dengan sakit yang teruk sehingga memaksa aku terlantar  sakit di hospital.. (tidak dapat aku bayangkan betapa boringnya kehidupan  seharian ketika berada di hospital..barang mungkin kehadiran jururawat sedikit mengubat keboringan di hospital.. jangan marah erk.. gurau2 je.. masa kalau yang diisi dengan amal-amal agama, mana leh ada istilah boring.. (",) ). Tapi bila mendengar cerita dari orang-orang yang diuji sakit yang teruk, betapa aku melihat begitu banyak hikmah di sebalik ujian sakit yang Allah swt berikan...

Sakit membuatkan seseorang yang jauh dari Allah, kembali dekat kepada Allah..
Sakit membuatkan seseorang yang sibuk dengan dunia, kembali mempunyai banyak masa untuk perkara akhirat..
Sakit membuatkan seseorang yang lalai dari membaca Quran setiap hari, kembali giat membaca Quran..  
Sakit membuatkan seseorang yang leka dari tanggungjawab sebagai seorang muslim, kembali datang kepada amal-amal agama..
Sakit membuatkan seseorang yang pengharapannya pada makhluk, kembali datang kepada pengharapan pada Allah swt..

Seorang ustaz pernah memberitahu kepadaku.. Bilamana Allah swt uji seseorang dengan kesakitan, maka 3 perkara kamu perlu ingat..

Pertama, sakit itu akan sembuh bilamana sampai pada sekian-sekian masa yang telah ditetapkan oleh Allah..
Kedua, sakit itu akan sembuh bilamana kita telah berjumpa dengan sekian-sekian ramai orang untuk berubat sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah..
Ketiga, sakit itu akan sembuh bilamana kita telah sampai kepada sekian-sekian banyak usaha untuk berubat sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah..

Maka bersabarlah dengan kesakitan..

Tidaklah manusia itu akan berdoa, "Ya Allah, berilah aku ubat.". Tetapi manusia akan berdoa,  "Ya Allah, berilah aku kesihatan". Kerana ubat belum tentu memberi kesihatan. Kesihatan itu datang dari Allah. 

Betapa malang bagi orang-orang yang ditimpa kesakitan tetapi masih juga tidak menghampirkan diri kepada Allah..
Betapa malang bagi orang-orang yang ditimpa kesakitan tetapi masih juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim..
Betapa malang bagi orang-orang yang ditimpa kesakitan tetapi masih juga sibuk dengan dunia..
Betapa malang bagi orang-orang yang ditimpa kesakitan tetapi masih juga pengharapannya pada makhluk..

Allah swt  telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan, "kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?" (Al-Ankabut, ayat 2)

Semoga kita dikalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat kesihatan dan menggunakan nikmat kesihatan pada jalan yang diredhai olehNya..

Amiin Amiin Allahumma Amiin..  (",)

p/s: Kan best kalau dok hospital, ada "laptop with networking". Leh gak sekali-sekala  mengisi masa lapang dengan membaca artikel2 yang bermanfaat di internet.. x pun main game minesweeper ke... hehe.. gurau je.. (",)





25 comments:

Anonymous said...

Suatu ketika Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat dan tidak tertahan, maka Nabi Musa a.s. pun mengadu kepada Allah swt. Allah swt mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya mengunyah sejenis daun. Nabi Musa a.s. menuruti apa yang diwahyukan oleh Allah swt itu. Tidak lama selepas itu sakit giginya sembuh.

Di waktu lain Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi semula lantas Nabi Musa a.s. mengambil daun yang sama dan mengunyah daun tersebut seperti sebelumnya. Anehnya kali ini sakit gigi Nabi Musa a.s. tidak sembuh seperti sebelumnya. Nabi Musa a.s. melakukannya berulang kali namun sakitnya tidak juga berkurangan. Maka Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah swt apa yang dialaminya itu.

Allah swt memberi jawapan kepada Nabi Musa a.s.: "Wahai Musa, ketika kali pertama engkau sakit gigi dulu, engkau mengadu kepada Aku, lalu Aku sembuhkan kerana sesungguhnya Akulah yang mendatangkan penyakit dan Aku juga menyediakan ubatnya dan aku juga yang menyembuhkan. Apabila sakit gigi engkau itu berulang lagi, engkau terus saja mengunyah daun tersebut sebagai ubat tetapi engkau tidak mengadu kepada Aku seperti kali pertama engkau sakit gigi dulu."

kerry said...

anonymous,ada rujukan tak?

abg fuad: emmmm, sejak praktikal di hospital macam2 dah jumpa.terutama kes patient di ICU, eksiden...memang sian

mhafiz_ydin said...

Ikhtiar dan doa..

Penyakit datang daripada Allah..
Pemyembuhan datang daripada Allah..

Bila sakit, baru rasa nikmatnya kesihatan.

Syukur, Alhamdulillah..

Afida Anuar said...

Kerry, saya pernah terbaca cerita anonymous tu.. Allahualam, tak ingat baca kat mana..rujukan pun tak ingat...

Saya pernah menjalani pembedahan, buang ketumbuhan. Merasa jugak la tidur kat hospital, masuk bilik bedah, ulang alik hospital untuk checkup, MC panjang..... Alhamdulillah, bila duk kenang-kenang waktu sakit dulu... sememangnya banyak sangat hikmah dan indah (",)

Jangan mengeluh dengan kesakitan, sebaliknya bersyukurlah sesungguhnya sakit itu tanda kasih sayang Dia, buat kita. Mungkin juga sebab nak kifarah dosa-dosa kita...

Allahualam..

Ibnu Mutalib said...

kan dl;m kitab ikramukl muslimin byk cerita pasal org sakit.

ukhti,mardhiah said...

makan la vitamin .mard suuuuuka vitamin c. kulit cantik.

aliaazuan said...

salam..
Allah bgtau: وَإذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنَ
Maulana saad ada ckp, brapa ramai org yg skit skrg tak tggl ubat?
Yg penting kena bljr yakin lah ye, Allah yg menyembuhkan, bkn ubat yg smbuhkan.

Tringat masa sibuk keje spnuh masa dulu, asyik sakit & masuk wad aje kejenye. Rupanya skrg byk hikmhnya bila dh byk brada di dlm rmh.. alhamdulillah, susah nak dpt sakit skrg..Allah maha mengetahui.

umu6point said...

Assalamualaikum..

err..bila dah sakit..baru terhegeh-hegeh untuk menambahkan kekerapan bersedeqah..huhuu > x tunjuk siapa2... diri sendiri lerr..

bila sakit.. terus teringat saat2 indah ketika sihat. lepas tu baru terhegeh-hegeh nak buat sujud syukur...huhuuu > diri sendiri gak niee..

Bila dah sembuh.. err...terlupa pulak saat2 di uji dengan kesakitan yang lalu > ini paling menyedihkan.. :(

Norsha said...

salam fuad,
tepat sekali, bila kita sakit sebenarnya kita akan usaha utk lebih rapat dgn Allah sbb hanya Allah yg blh beri kesembuhan kpd kita...
kalau sakit yg kritikal, biasanya emosi agak terganggu, masa nilah ahli keluarga & kwn2 kena support sbb org kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...jgn perlekahkan mereka kerana kita tidak berada di tempat mereka...

نور توفيقة ادريس said...

Assalam.

Would like to take a chance to make a notice here. Tak pe tak..

Latest research in 2010, almost 90% patient being hospitalized in Malaysia tak solat..

Tolong ingatkan2 family, relative, kawan2 kita yang sakit, solat lah semampu yang boleh.. Alhamdulillah, ingat Allah bila sakit. Tapi laaagi baik dan dapat elak dosa dan azab bila kita solat..

Kalau tak faham cara solat in certain conditions or illness, boleh tanya doctors or nurses dekat hospital..

Ummat Muhammad boleh:)

fuad ansari said...

Anonymous:
Terima kasih atas perkongsian.. (",)

2 orang sakit yang sama, makan ubat yang sama, boleh jadi seorang sembuh dan seorang tak sembuh..Kerana sakit dan sembuh datang dari Allah swt.. (",)

Kerry:
Bekerja di hospital membuatkan kita akan sentiasa bersyukur atas nikmat kesihatan.

Ia juga mengingatkan kita untuk menggunakan masa yang ada sebaik mungkin yakni ketika diberi kesihatan sebelum datangnya sakit..

Dulu suka tgk 'emergency' kat tv.. Insaf gak kalau tgk orang yang ditimpa musibah.. (",)

fuad ansari said...

Hafiz:
Betul3..

Sebagai contoh, kalau masa ada kaki tapi tak pergi masjid, cuba masa takde kaki, mau jugak menyesal sebab x sempat nak gunakan nikmat kaki sebaik mungkin..

Sama2 azam gunakan nikmat kesihatan dengan sebaik mungkin..

Kak Afida:
Kalau sepanjang hidup tak pernah sakit2, merisaukan gak kan.. takut dosa2 kita tak diampunkan di dunia, tetapi di balas pada kehidupan akhirat.. (",)

p/s:camne akak rasa bila dok hospital..everything ok?? sempat ngorat doktor x.. hehehe..

fuad ansari said...

Izmer:
Tu lah tu, kena rajin2kan diri baca kitab..

Saya kalau baca kisah2 dalam kitab fadhilat sedekah, kadang2 rasa nak nangis pun ada.. betapa para sahabat r.anhum sangat mencintai kehidupan akhirat dan tidaklah kehidupan dunia ada di dalam hati mereka.. Terasa sangat sukar nak jadi macam mereka..

Mard:
Patut la kulit mard cantik.. (",)..

Dulu pernah gak beli pil multivitamin.. Tapi saya mendapati, saya x rajin la nak disiplinkan diri makan pil2 vitamin ni setiap hari.. makan sehari2 pun saya kurang disiplin.. Inikan pulak nak makan pil.. hehehe..

fuad ansari said...

Kak Aliaazuan:
Salam..

Ic.. akak sekarang keje separuh masa ke?

Orang kata sebelum jumpa doktor sekalipun, solat hajat dulu.. Supaya timbul yakin dalam hati, yang bagi sembuh adalah Allah..

p/s:maaf panggil dengan nama Kak Aliaazuan..nama akak ape erk?

Puan Umu:
Wa'alaikumussalam wbt..

Manusia mudah lupa.. (",)

Bila sakit bertambah kekerapan bersedekah, kira ok lagi tu..Kira ada upaya lagi la tu.. Kalau dibandingkan dengan orang yang sedang menghadapi sakit yang teruk, mereka x mampu dan x larat pun nak pergi bersedekah..

Bila sakit, terus teringat saat2 indah ketika sihat erk.. Memang sah menunjukkan bahawa "Sakit Itu Indah" .. (",)

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam..
Yup, betul tu.. Tak patut kita memperlekehkan orang yang sedang sakit.. Barang mungkin orang yang sakit, sedang diampunkan oleh Allah akan dosa-dosa mereka.. Menziarahi orang sakit sepatutnya memberi lebih keinsafan kepada orang sihat yang datang melawat..

PQA:
Salam..

Xpe.. Dibenarkan.. U're almost welcome to make a notice here.

"Latest research in 2010, almost 90% patient being hospitalized in Malaysia tak solat.. " <-- Salah saya lah tu x buat usaha agama sunguh2..

Kalau sakit x mampu nak datangkan manusia kepada Allah, apalah lagi yang manusia mahukan sehingga membolehkan mereka datang kepada Allah??

Apakah manusia berkira2 untuk melihat kehidupan selepas mati sebelum datang kepada kebaikan?? Hurm..

Diorang x jumpa lagi Dokter Muda Nur Taufiqah, kalau jumpa, tau la nasib depa kena tazkirah.. Tu kalau depa tgk doktor pakai niqab, mau jugak depa insaf..(",)

aliaazuan said...

Salam.

Ops,lupa nk hbq, dulu keje utk kprluan dunia. Skrg buat keje dkwh spenuh masa, insyaAllah..

Nama?
Alhamdulillah ada, mak/ayah dah letak dh masa lahir dulu.. nnti sat nak pi tengok kat i/c.
:-)

Shadow Of Life said...

"Semoga kita dikalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat kesihatan dan menggunakan nikmat kesihatan pada jalan yang diredhai olehNya.."

*insyaAllah...Amin...(",) ~

Afida Anuar said...

Alhamdulillah.. duk hospital best gak rasanya....terutama bab makanan dia.. he he..

aduhaii...semua doktor perempuan la dik.... nak ngorat macam mana? heh!

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara.Sekian,Terima Kasih.

fuad ansari said...

Kak Afida:
Mungkin doktor lelaki segan nak jumpa akak kot.. (",)

APS @ Tuan Fuad Akmal:
Salam..Terima kasih atas jemputan.. InsyaAllah, doakan tuan.. Agar diberi kelapangan dan kesempatan..
Semoga Allah kekalkan tuan pada jalan2 kebaikan.. (",)

fuad ansari said...

Kak Aliaazuan:
Salam..
Alhamdulillah, Allah mudahkan..
Tanda Allah sayang akak..

Sangat beruntung kerana Allah pilih akak untuk buat kerja yang mulia sepenuh masa..

Amboi, siap ni pi check ic dulu.. (",)

Azie:
"Semoga kita dikalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat kesihatan dan menggunakan nikmat kesihatan untuk membina baitul muslim yang diredhai.. "

Amiin.. (",)

~PENCHENTA~ said...

T___T Selalu je dapat 100sec main minesweeper tu. Cuma tak tunjuk. Nanti habis lah lelaki semua kalah. "lelaki mmg lebih cekap actually"..


:P

fuad ansari said...

Norlia:
Nasib la x tunjuk..
Jangan tunjuk tau..
Kesian kat kaum lelaki..

Bagi la kami menang erk.. (",)

~PENCHENTA~ said...

T__T Yelah. Yelah. Mujur wanita adalah golongan yang sabar.

Norlia tu nama mak saya lah pakcik.

fuad ansari said...

Kak Tahieyah@Tyah:

Hehehe.. silap pulak.. sorry.. (",)

Mungkin kerana sifat sabar itulah menyebabkan wanita mampu bertahan hampir 9 bulan mengandungkan anak.. (",)

Terima kasih kerana bersabar ye kak.. Lagi pun, orang yang lebih tua memang kena bersikap lebih sabar terhadap orang yang lebih muda.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...