Monday, April 4, 2011

aLaHai... iNDaHNYa JaWaPaN..

Alahai, indahnya jawapan..

Seorang lelaki berumur 28 tahun ingin menikahi seorang gadis berumur 20.. Maka kata gadis tersebut, "Saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri juga seorang ibu, tetapi sahabat saya berumur 28tahun yang lebih baik akhlaknya, lebih bersedia menggalas tanggungjawab tersebut, maka nikahilah dia kerana usianya lebih mendesak untuk dia bernikah.."

Seorang lelaki mempunyai 2 pilihan calon isteri.. Calon pertama, cantik dan mempunyai semangat dakwah yang baik.. Calon kedua kurang cantik, tetapi semangat dakwahnya amat baik.. Maka dia telah memilih calon yang kedua.. Bila ditanya mengapa, maka katanya, "Aku lebih rela mengurangkan  markah pada kecantikan agar aku boleh mendapatkan markah yang lebih untuk semangat dakwah.."

Teringat kata-kata ustaz:

Bila kita berbicara tentang soal kahwin, bila bercakap tentang cari menantu, kena fikir betul-betul. Kahwin itu bukan nafsu semata-mata WALAUPUN disebalik hikmah perkahwinan itu ialah memenuhi fitrah naluri nafsu manusia. Hakikatnya, kahwin adalah IBADAH

Kahwin adalah sebahagian ciri-ciri kita sebagai seorang hamba, maka kita kena kahwin. Sebab apa?? Sebab kita akan memikirkan bukan setakat nafsu, tapi kita memikirkan tentang zuriat. Perkahwinan adalah proses melahirkan dan membimbing zuriat yang bermatlamat syurga dan juga zuriat yang bergelar KHALIFAH. Kerana Allah swt jadikan Adam bukan dengan gelaran manusia. Inni ja'ilun fil ardi, khalifah.. 
Allah swt tidak mengatakan, "Aku ingin menjadikan di muka bumi, manusia" tetapi Allah swt mengatakan "Aku ingin menjadikan di muka bumi, KHALIFAH.."

Wallahua'lam...  

22 comments:

dream_catcher said...

Alahai jugeee.. carikkan aku satu yang begituuu :P

umu6point said...

emmm.......nak alahai juga laaaa...huhuu.. napa la x terfikir macam tu time suami datang merisik...hohoho > aisshh..gegurau je. mana leh lepaskan jodoh yang baik. kan? kan?

Norsha said...

teringat pada 'seseorang' yang sedang mencari suri di hati, moga dia bertemu pilihan yang dicari pabila pulang dr jalan Allah nanti..:D

Bijen M. said...

Member gua (insyaAllah satu jemaah) habaq Allah bagi kita 7 calon jodoh.
Dalam 7 tu ada sangat baik, baik, kurang baik dan lain-lain.
Ikut kita nak pilih mana satu.
Okebai!

From SP with <3

نور توفيقا said...

Hurm...

*Thinking.. Thinking*

Ibnu Mutalib said...

nak cite juga boleh ke~~~

ada satu ketika di bumi Allah, seorang karkun yang baik amal agamanya, (memang jaga nisab dan amal2 maqami tahap A+++) meminang seorang perempuan yang baik juga agamanya, tapi perempuan ni adalah pengikut tareqat. dikatakan si perempuan ni taula sikit2 pasal tabligh.

then masa meminang tu, si lelaki nyatakan la hajatnya. si perempuan jawab;

"jika dalam hati tuan dah ada cinta Allah,maka apa lagi guna cinta manusia"

so,pastu si lelaki ni pasrah jelah.

sian2.. ni cerita orang.tak tahu asal usul.
(bercerita tanpa kebenaran tuan blog)

aliaazuan said...

Salam..
Hmm.tgh dok pikir siang mlm gak ni, cmne nk jd isteri trbaik kat suami..
:)

fuad ansari said...

Hid:
Nanti aku carikkan yang jenis 'makan dalam talam', nak?? (",) Kalaupun bukan aku yang carikkan, para isteri di ruangan komen ni, boleh tolong carikkan.. (",)

Puan Umu:
Mungkin ini lah yang dikatakan ikram muslimin tahap yang tinggi.. (",). Puan Umu dengan Ustaz Ishak macam isi dengan kuku,sukar untuk dipisahkan.. Mana mungkin otak sanggup nak fikir macam tu.. Otak lebih cenderung berfikir untuk bagaimana usaha masturat akan jadi lebih maju.. (",)..

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Saya suka tindakan orang tersebut bilamana dia menceritakan perihal 'mencari suri di hati' kepada orang2 yang soleh yg boleh memberi nasihat2 yang baik kepadanya dalam proses pencarian tersebut..

Sesungguhnya mengambil keputusan seorang diri itu bercampur dengan hawa nafsu, sedangkan bermesyuarah dengan orang lain akan menyelamatkan dari itu, dan ia pun terhindar dari hawa nafsu.. (",)

fuad ansari said...

Tuan Bijen:

Jadi, apakah nasib enam calon yang lain tatkala hanya seorang dari tujuh yang dipilih?? Perlukah kita memilihnya di lain kali?? (hehe.. gurau je..)

Selamat berjuang Tuan Bijen di jalan Allah..


PQA:

Apa yang Pqa sedang fikirkan?? Dah start fikir tentang jodoh ke?? Ke sedang berfikir untuk melepaskan insan2 yang datang merisik kepada wanita2 yang lebih mendesak untuk berkahwin??

Alahai, indahnya jawapan..(",)

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Xpe, silakan bercerita.. semua orang ada hak untuk bercerita di sini..

"jika dalam hati tuan dah ada cinta Allah,maka apa lagi guna cinta manusia" <--- alahai tajamnya jawapan.. (",)

Nabi saw yang diketahui sebagai seorang insan yang sangat mencintai Allah swt bersabda,
"Ketahuilah demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepadaNya.. Tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat malam dan aku tidur, dan aku menikah dengan wanita. Maka barangsiapa membenci sunnahku, ia bukan dari golonganku.." (HR Bukhari dan Muslim)

fuad ansari said...

Aliaazuan:

Salam..
InsyaAllah, saya rasa akak adalah isteri yang berlaku baik terhadap suami dan isteri yang terbaik buat suami.. Untung suami akak.. (",)

نور توفيقا said...

Eh.. Tak de lah.. Yes, as a grown up girl, mesti la saya dah ada fikir pasal jodoh.. Tapi saya rasa orang yang tanya saya pasal jodoh saya lagi baaaanyak dari saya sendiri fikir pasal jodoh. Lawak sikit..

Actually, what I'm thinking is the fact perempuan yang awak cerita tu dengan cepat dan sangat yakin lepaskan lelaki yang khitbah dia.. Maksud saya, tinggi dan kuatnya fahaman dia.. Iman dia.. Kalau saya, mesti saya istikharah dulu dan tanya family, or close people.. Hurm.. Kadang2 dah buat macam tu pun, bila diuji, boleh pulak ada doubt. Lemahnya iman:(

fuad ansari said...

PQA:
Mungkin dek kerana tinggi dan kuatnya iman dia, dia mampu kata mcm tu..

Tak hairan kalau kita dengar cerita (lebih kurang ceritanya, x berapa nak ingat),ada orang yang selalu makan tepung goreng je.. bila ditanya mengapa, orang tu jawab, "Aku mendapati aku ada lebih banyak masa untuk berzikir kepada Allah dengan makan tepung goreng berbanding jika aku makan daging."

Hatta perbuatan Saidina Abu Bakar mengorbankan seluruh hartanya untuk agama, dan bila orang lain tanya apa yang dia tinggalkan utk keluarganya, maka Abu Bakar ra jawab, "Aku tinggalkan Allah dan Rasul"..

Kan tu semua jawapan2 yang diluar kemampuan iman kita setakat ni, ye dok?..

Moga kita diberi kekuatan iman sepertimana iman para sahabat r.anhum..

ukhti,mardhiah said...

"jodoh"
"mati"
(",)

fuad ansari said...

Mard:
Kesimpulannya, jodoh dan mati, kedua2nya telah ditentukan oleh Allah swt.. (",)

aiko kato said...

if only ada lelaki yg mcm tuh..it is hard to find one u know...;)

fuad ansari said...

aiko kato:
one in a million.. biar sukar dicari, agar lebih dihargai.. (",)

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

insyaAllah, moga baitulmuslim yg di bina benar2 mencapai matlamat IBADAH kpdNYA..

^__^

fuad ansari said...

Mutiara Bernilai:
(",).. Awat tu senyum2..

Moga baitul muslim yg di bina bak mutiara yang bernilai.. (",)

Ummu Sulaim said...

Assalamualaikum.Wahai khalifah,teguhkanlah imanmu, tabahkan hatimu , kuatkanlah semangatmu kerana engkau adalah seorang Khalifah! Ikhlas, tawadhuk dalam setiap gerak geri, perbuatan dan percakapan.

Dirikanlah baitul muslim moga ada barakah didalamnya,insyaAllah =))

fuad ansari said...

ummu sulaim:
wsalam wbt..
syukran atas kata2 semangat..

bertambah semangat ramli nak kawin.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...