Thursday, April 21, 2011

CiNTa ALLaH DaN RaSuL..

Sama-sama kita periksa hati ye....


Ketika suami hendak pergi ke masjid..
Isteri :Abang, abang solat la kat rumah.. Solat jemaah sama-sama ye...
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)

Ketika suami hendak keluar jemaah..
Isteri : Abang, abang tak payah la keluar jemaah.. Kita gi bercuti makan angin nak tak?
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)

Ketika merancang untuk mengerjakan umrah..
Isteri : Abang, kita tukar rancangan la.. Umrah kita pergi lain kali.. Apa kata kita pergi Bandung kali ni..
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai isteri melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)

Ketika azan berkumandang..
Isteri : Abang, dah masuk waktu solat dah.. Abang tak pergi solat kat masjid ke?
Suami: Jap, jap.. Nak update blog jap..
(Nampak.. Nampak.. Mencintai blog melebihi cinta Allah dan Rasul.. Tak baik tu.. Tak baik..)

Katakanlah: "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah ayat 24) 

Saidina Umar Al-Khattab r.a diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.
Kata-kata Umar ra ini disambut oleh Rasulullah saw dengan tegas: “Tiada sesiapa pun yang benar-benar menjadi mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.
Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. 
Lalu Rasulullah saw bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam bish shawab.. 

40 comments:

Ibnu Mutalib said...

hehehe
lom dapat lagi ujian camni

fuad ansari said...

Izmer:
Peringatan sebelum datangnya ujian sebegini.. (",)

Saya merasakan isteri tuan izmer adalah isteri yang membantu dan menggalakkan suaminya terutamanya dalam perkara-perkara agama..
InsyaAllah..

p/s: Lambat tuan izmer tido.. Jagan lupa solat malam nangis2 doa kepada Allah agar diberikan isteri yang solehah ye.. Kat alam blogger ni nampak macam ramai yang single.. boleh la pilih sorang..hehe..

نور توفيقة ادريس said...

Eh. mana dapat gambar candid saya tengah check jantung patient tu? Ish ish..

:))

Abg Fuad, you must be a good father, a wonderful husband.

Afida Anuar said...

harap2, jika umur panjang, ada jdoh nanti, akak tak buat macam tu kat suami...errr

aiko kato said...

nice post~
bak kata ustaz ari tuh..manusia mmg ssh nak tgl dunia..;)

I'm goin to perform my umrah this comin sunday...doakan saya ya..;)

ALIAAZUAN said...

Salam.
Maaf laaa.. akak jual minyak angin pulak kat blog akak tu. Tp ok gak, utk makluman jejaka2 yg beriman yg msih single je..insyaAllah.
Moga diri ini sntiasa dpt taat pd printah Allah & RasulNya. amin...

Norsha said...

salam fuad,
tu lah suami isteri ni kena saling ingat mengingatkan, barulah tak lupa,
suamipun kenalah tegas bertempat, isteri pulak lembut dlm memikat....pikat apa? pikat hati suami utk terus ikut cara nabi....isteri kena pandai jadi pakar motivasi, baru r/tangga ada seri (sorry fuad, terlebih pulak komen ni)

fuad ansari said...

PQA:
Tu lah tu..Sanggup saya naik tongkang gi sana semata2 nak ambik gambar candid doktor pqa tgk check hati..Ni penat pun x abis lagi.. Lepas ni check hati saya pulak ye.. Banyak sangat ghoirullah dalam hati ni.. (",)

But for sure, Nabi saw is a great father, a wonderful husband..

Kita sama2 berusaha mencontohi Nabi saw ye..(",)

fuad ansari said...

Kak Afida:
Alahai, untungnya bakal suami akak.. (",)..
Semoga Allah terima dan pandang niat yang baik tu..

Kalau bicara soal jodoh, sy teringat persoalan ni, "Sanggupkah kita berkahwin dengan diri kita sendiri??"

Makna kata, kalau kita jadi orang lain, bila kita jumpa diri kita yang sebenar, sanggupkah kita kahwin dengan diri kita??

Inilah caranya untuk kita perbaiki diri.. Kalau kita sendiri rasa tak sanggup, agak sukar orang lain untuk rasa sanggup.. Tapi bila kita rasa sanggup, insyaAllah orang lain juga akan ada kesanggupan.. Wallahua'lam..

fuad ansari said...

Nurul Fatihah:
Yup.. tul tu.. kerana dunia yang berada di depan mata dan akhirat itu belum kelihatan..

Maka, inilah pentingnya iman dalam mengharungi tipu daya dunia agar kita beroleh kebahagian yang hakiki pada kehidupan akhirat..(",)

Selamat menunaikan umrah ye.. Don't be afraid.. Everything will be ok.. Should be excited.. (",)

fuad ansari said...

Kak Aliaazuan:
Salam..
Tapi tu la.. lambat pulak akak jual minyak angin.. Saya dah kawin baru akak nak jual minyak angin.. Minyak angin tu untuk orang single je ke?? Minyak angin untuk orang yang dah kahwin ada x?? hehe.. gurau je..jangan marah.. (sat lagi akak bagi minyak tanah, tau la nasib saya..) (",)

Moga akak sentiasa dpt taat pd perintah Allah & RasulNya dan menjadi sayap kiri kepada perjuangan suami.. (",)

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam cikgu..

Seelaamaat paagii ciiiikguu... (",)

Suka kata2 cikgu: "suami pun kenalah tegas bertempat, isteri pulak lembut dlm memikat....pikat apa? pikat hati suami utk terus ikut cara nabi....isteri kena pandai jadi pakar motivasi, baru r/tangga ada seri"..

Kena banyak belajar dari cikgu ni.. (",)

umu6point said...

err...semua situasi atas tu bukan berkenaan diri tuan kan? kan? hohoho...

Semoga sayap kiri tuan semakin hari semakin kuat menerjah angin mujahadah.. supaya dapat terbang tinggi bersama tuan dan meluncur laju menyambut takaza agama yang mendatang.. doakan saya juga ye :)

fuad ansari said...

Puan Umu:
Cerita di atas tidak ada kena mengena samada yang masih bernafas mahupun yang telah kehilangan nafas..

Nak buat situasi utk puan umu leh x? (",)

Ketika suami hendak keluar jemaah..
Isteri : Abang, sayang dah siapkan beg utk abg keluar jemaah.. Abg nak keluar 3 hari ye?? Tapi kalau ada takaza lain, abang sambut la ye.. Pakaian dalam beg tu, adalah mencukupi utk abg keluar 4 bulan..
Suami: Ok..
(Nampak.. Nampak.. Isteri sebagai sayap kiri suami.. Allah suka.. Rasul pun suka.. ) (",)

zAi said...

pengalaman ke nie?hehe

fuad ansari said...

zAi:
Xderla.. Bukan pengalaman.. Hanya rekaan untuk peringatan diri.. (",)

Kalau pengalaman sendiri, mungkin situasinya jadi begini:

Ketika merancang untuk mengerjakan umrah..
Isteri : Abang,kita terus dok makkah je lah.. Kita berniaga or jadi cleaner kat sana pun dah kira ok dah.. Dapat solat kat masjidilharam hari-hari..
Suami: Erkkkk...(xtau nak kata apa)
(Nampak.. Nampak.. Mau pengsan saya mendengar jawapannya..)

Anak Pendang Sekeluarga said...

pergh,saya gerun bila pikiaq pasai nie...hhahhhaa
walaumcm mana pun,kene tempuh jugak...hahahhaa

Titisan Hujan said...

hope bl dh jd isteri nanti..xmo lah jd cmni ^^,

ALIAAZUAN said...

Salam.
Tuan, rasanya minyak petrol pun ada stok gak ni.

:-D

mhafiz_ydin said...

Suami : Abang nak kawin lagi satu
Isteri : Oh.. bagus. Silakan..

(Nampak.. Nampak.. Keluarga yang bahagia)

Huhu.. :)

fuad ansari said...

APS@Tuan Fuad Akmal:
Jangan takut.. Jangan gentar.. Hidup perlu diteruskan berlandaskan keyakinan bahawa Allah swt ada bersama kita... Dalam apa jua keadaan, susah dan senang, bantuan dan pertolongan, maka mohonlah kepada Allah swt..

Kalau bakal isteri tuan yg ada fikir agama, insyaAllah ujian2 sebegini tidak akan dihadapi.. Tuan pun boleh pilih sorang.. Ramai yang single kat sini.. (",)

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Harap2 begitulah.. InsyaAllah, bila berkeluarga berlandaskan kepada ketaatan kepada Allah dan Rasul, maka akan dihujani oleh barakah dan rahmah..

Kalau cuaca hujan pulak, adalah satu ujian kepada kaum lelaki samada untuk ke masjid atau tidak.. Hakikatnya, ia adalah ujian daripada Allah untuk melihat hamba2Nya yang mana yang lebih takwanya kepada Allah swt..

fuad ansari said...

Kak Aliaazuan:
Salam..

Alhamdulillah syukur.. Minyak kereta saya pun mmg tengah kering sekarang ni.. :D..

Nampak.. Nampak.. Tanda Allah kasih kepada hambaNya, Allah swt akan mudahkan hambaNya dalam urusan dunia.. (",)

fuad ansari said...

Tuan Hafiz:
Alahai, indahnya jawapan.. (",)

Bahagia para suami kalau macam tu..

Saya rasa saya pernah hadapi situasi ni:

Isteri : Kalau abang nak kawin lagi satu, abang bagitau saya ye.. Saya nak tolong carikkan..
Suami : Ermm........ Ok..

(Nampak.. Nampak.. Nampak pelik kan kalau isteri memberi sokongan..)

p/s: tapi saya kena pastikan saya berkemampuan zahir dan batin dulu untuk dapatkan jawapan yang macam tu.. (",)

Ibnu Mutalib said...

lawwak la abg fuad ni.siyes lawak,.
menulis dgn nada tersendiri.
setiap bloggers ada kelainan masing2 nak sampaikan nilai2 agama.
Cikgu Norsha, kak Umu dan Ustazz Ishak, Bijen.

respek lah!


btw,sok cek mailbox(bukan emel box)
harap2 la dah sampai.

~PENCHENTA~ said...

:)

Keh3. Kadang2 ada benda yang terlepas pandang.

Eh. Kalau tak dapat takbir ula sebab tolong mak boleh dak?

Kira lebihkan mak ke? Ishk. Ishk.

Marina Ali said...

Salam Tuan Fuad meriah betul ye dengan entrynya....issh2 kalau saya tak tega rasenya nak cakap macam tu kat suami hehehe :)....sebab Allah dah tahu saye akan bagi sokongan yang padu lagi dan lagi pada my hubby Hj.Salehuddin...sentiasa siap sedia bila2 masa...insyaAllah doakan saya sekeluarga ye Tuan Fuad!

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Menulis perlu dilakukan dengan nada sendiri.. Kerana ianya jauh lebih mudah dari meniru2 nada orang lain.. (",)

Saya sampaikan mengikut apa yg saya mampu.. Andai suatu hari nanti tuan melihat blog ini bersawang, maka ia bermakna saya sudah tidak mampu lagi..

Terima kasih tuan.. JazakAllahu Khoiron Kathiro.. Ukhwah yang dihubungkan atas dasar agama ternyata sangat indah.. (",)

fuad ansari said...

Tahieyah:
Tu kira lebihkan mak la tu dari cinta Allah dan Rasul.. (",)

InsyaAllah, mak kita akan faham kalau kita kata kita nak gi solat kejap.. Even mak kita pun akan rasa gembira kerana mempunyai anak yang taat pada Allah dan Rasul..
Orang kata, sejuk perut ibu mengandung..
(Nampak.. Nampak..Untung para ibu dapat merasa nikmat sejuk perut..) (",)

fuad ansari said...

Kak Marina:
Salam...
Saya sendiri pun x akan percaya kalau akak cakap macam tu.. Kalau akak cakap jugak pun, saya tetap akan beranggapan bahawa akak sedang mengigau atau bercakap dalam keadaan separuh sedar.. (",)

Teruskan bagi sokongan akak ye sehingga nafas terakhir.. Moga Allah terima dan balas dengan nikmat kebahagiaan di kehidupan yang berkekalan..

BaiTiL a'tiQa said...

Salam.
Tersenyum apabila baca n3 nie...
Sama - sama tingkatkan ilmu, perbaiki amalan & mantapkan iman...

fuad ansari said...

Baitil a'tiqa:
Salam..

Awat tu senyum2.. X cukup serius ke entri ni.. hehe...

Tapi takpe, senyum tu sedekah..
(Nampak nampak.. Indah Islam ni kan.. Kalau takde harta dan duit pun, masih boleh bersedekah) (",)

Norsha said...

fuad,
wah ramai betul komen entri ni, byk peminat ni

tu lah, bila cite bab keluarga bahagia ni, ramai berminat...ha....nampak tak, nampak tak....bila keluarga bahagia, hati gembira, nak buat usaha agama pun tak dak hal bila-bila masa je

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:

Alangkah baiknya jika saya berjumpa peminat2 seperti ini ketika saya di alam bujang.. hehe.. jgn amik serius erk.. gurau je.. (kerana hakikatnya mereka hanya minat memberi komen.. bukan minat kat saya tau..marah depa nanti..) (",)

Yup tul tu, penting keluarga bahagia atas landasan agama (mampukah kita bahagia tanpa landasan agama???).. kerana dari keluarga sebegini akan lahir insan2 cemerlang yang akan memperjuangkan agama..

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Apabila Allah dan rasul lebih kamu cintai dari segalanya, bersiap sedialah untuk menghadapi kesusahan yang akan datang seperti air yang mengalir..

fuad ansari said...

Ustaz Ishak:
Wa'alaikumussalam wbt..

Sohih ya Ustaz...

Ujian demi ujian pasti akan datang.. Kejayaan menghadapi ujian dengan cemerlang akan menjadi bukti terhadap kecintaan kita kepada Allah dan Rasul melebihi kecintaan kita terhadap perkara2 yang lain..

(Kata2 orang yang byk berkorban ni sering menusuk di hati...Sungguh ajaib..) (",)

zAi said...

hehhee..
pndai anda berlakon

mcm mne ahlia tuan? jadi x ikot g taiping?

fuad ansari said...

zAi:
Zai jadi pergi x?

InsyaAllah, doa2kan ye.. Jangan risau, dia memang kat taiping.. (",)

zAi said...

saya ni moga Allah pilih..

keputusan kt tangan Allah.. hehe..

tapi kawan-kawan saya ader yg g.. nnti saya mntk diorg kontek ahlia tuan yer

fuad ansari said...

zAi:
Moga Allah pilih zai...

K.. Nanti calling2 la ahlia sy ye..

Inilah yang dinamakan menggunakan teknologi untuk kebaikan agama.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...