Monday, April 18, 2011

TeRiMa KaSiH iBu..

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw dan berkata, "Ya Rasulullah, siapakah wanita yang berhak aku dampingi? Kata Rasulullah saw, "Ibumu."
Orang itu bertanya lagi, "Selepas itu?" Jawab Rasulullah saw, "Ibumu."
Orang itu bertanya lagi, "Selepas itu?" Jawab Rasulullah saw, "Ibumu."  
Orang itu bertanya lagi, "Selepas itu?" Jawab Rasulullah saw, "Bapamu." (Al-Bukhari dan Muslim)
 
Aku masih ingat tatkala aku pulang ke rumah dari perantauan tanpa memberitahunya terlebih dahulu.. Aku lihat makanan yang ada di rumah tidaklah banyak.. Cukup untuk dimakan oleh ibuku seorang yang belum makan pada ketika itu.. Tapi ibuku memberikan kesemua makanan itu kepadaku.. Aku makan sedikit dan bakinya aku lihat, ibuku yang menghabiskannya.. Ternyata ibuku sedang lapar tetapi masih memberikan makanan itu kepadaku.. Terima kasih, IBU..
 
Aku masih ingat tatkala aku sedang mengharungi perit getir kehidupan, ibuku seolah-olah dapat membaca kesusahanku.. Tatkala aku kesempitan wang, diambilnya wang dari dompetnya, lalu diberikan kepadaku.. Tatkala aku memberikan wang kepadanya, dipulangkannya kembali kepadaku.. Walhal aku juga mengetahui tidaklah banyak mana wang yang ada padanya.. Terima kasih, IBU..
 
Aku masih ingat tatkala aku mengkhabarkan untuk pulang ke rumah, ibuku sanggup menunggu kepulanganku sehingga lewat malam walaupun aku mengetahui ibu tidak pernah tidur selewat itu.. Tatkala aku ingin merantau, aku lihat ibu sanggup berjaga, menunggu untuk mengucapkan selamat jalan kepadaku.. Terima kasih, IBU..
 
Aku masih ingat tatkala ibu kurang sihat, bilamana ibuku melawat rumah bujangku, ibu masih tetap ingin menolong menguruskan kerja-kerja rumahku.. Terima kasih IBU..
 
Terima kasih, IBU.. Terima kasih atas segalanya..
 
Aku juga masih ingat ketika mana ibuku sakit teruk, aku merayu dan bermohon kepada Allah agar dipanjangkan usianya, kerana aku tahu betapa aku sukar hidup tanpa insan yang bergelar IBU..
 
Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan aku seorang IBU..
 
Hargailah IBUmu selagi mana mereka masih hidup.. Sesungguhnya aku merasakan bakal-bakal ahli syurga itu adalah dikalangan insan-insan yang kasih dan sayang kepada ibunya.. Benarlah kata Rasulullah saw, "Jagalah ibumu, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kakinya."
 
p/s: Adakah menyambut HARI IBU dibolehkan??  -bacalah sendiri ye, dan sama-sama kita fikir-fikirkan-

Wallahua'lam..

16 comments:

Norsha said...

salam fuad,
touchinglh baca entri ni, tiba2 rasa rindu kat ibu, fuad ni mesti anak kesyangan mak, budak baiklah katakan ,yer dak ?
sampai bila2 pun kita tak akan dpt nak balas sepenuhnya jasa ibu yg dah bertarung nyawa melahirkan kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Tinggi sungguh pgorbanan mereka, moga Allah tinggikan darjat ibu kita di syurga kelak...

Ibnu Mutalib said...

Errr,
addeeeih tringat mak (cheh).
kalau tak tepon mak lebih seminggu, misti die kol blk sambil sound2 sikit.
bak kata org sound tandda sayang...

Marina Ali said...

Salam tuan Fuad,sayunya...tiba2 teringat kat mak akak n mak mentua...dua2 ibu tunggal...bila anak2 berkerja jauh disebabkan kerjaya dan tugas yg diamanahkan,mak sorang2 je dirumah moga Allah sentiasa melindungi mak2 kita dalam apa jua keadaan ye.amin!

shahirahkhairudin said...

:)

saya sayang Ibu saya. sangat-sangat sayang.

hinggakan kalau boleh biarlah saya yang pergi dulu sebab saya tak akan sanggup hidup tanpa Ibu. moga2 umur Ibu saya panjang. Ameen ya Rabb..

ALIAAZUAN said...

Salam.

MasyaAllah..mlm ni musti kena talipon mak, insyaAllah.(sepatutnya nak call mlm td..)

dream_catcher said...

Like :)

~PENCHENTA~ said...

Baru balik dari rumah ptg tadi. Tapi lepas baca post ni, rindu lagi. Aaa...

:(

umu6point said...

Assalaumualaikum tuan..
ishh..sob..sob.. ni yang paling lemah ni. Sampai dah belajar di U pun, bila lec tanya tentang ibu.. rasa nak nangis jee.. siap bergenang air mata. sensitif betul!

Iye...Walaupun Allahyarhamah ibu dah lama kembali kepada Penciptanya sejak saya berumur 6 tahun.. iskk..isskk :'((

Semoga ibu tenang di sana sementara menantikan pertemuan kami di syurga Allah swt kelak. Allahumma amin.

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm,kasih ibu membawa ke syurga....

rujuk kisah maulana umar palampuri rah,bagaimana hasil fikir ibunya,menyebabkan beliau menjadi alim ulama besar...

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam..
pssst, adik-beradik saya pun cakap mcm tu gak..(",)
Mungkin saya lebih suka dengar cakap mak..saya suka konsep "dengar cakap ibubapa selagi mana tidak bertentangan dengan agama".. saya tgk mmg banyak kebaikan..orang kata "ada khir".. Berada dalam jemaah juga mengajar saya untuk banyakkan ikram kepada ibubapa..

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Telefon jangan x telefon.. Selalu telefon gf je, kena la telefon mak pulak.. hehe.. gurau je.. tuan izmer manalah ada gf, ye dok?? (",)..

Bagusnya telefon mak ayah ni, lepas telefon kita akan bertambah semangat nak belajar..(",)

Kak Marina:
Salam.. Akak cakap macam tu,baru saya teringat.. saya bukan ada sorang je mak.. tapi saya ada 3 orang mak..mak kandung+ mak mertua+mak angkat.. (",)

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya mak mertua dan mak angkat yang sangat2 baik..

Yang ni rahsia tau.. jgan bagitau orang lain.. (",).. Saya merasakan, keputusan saya untuk berkahwin juga dipengaruhi oleh sebab bahawa saya akan memperoleh mak mertua saya yang sangat baik.. (",)

fuad ansari said...

Shahirah:
Baguslah tu sayang ibu.. Insan yang berhak untuk disayangi.. (",)

Terkadang2 jugak saya berfikir begitu.. "biarlah saya yang pergi dulu sebab saya rasa saya sukar untuk hidup tanpa insan yang bergelar ibu"

Kak Aliaazuan:
Salam.. Gi telefon cepat ye.. (",)
Mak ayah ni sebenarnya bukan nak sangat duit kita, tapi mereka lebih menginginkan kasih sayang dan keprihatinan kita terhadap mereka..

"Bertanya khabar sebentar itu lebih tinggi nilainya dari duit berjuta..".. (",)

fuad ansari said...

Hid:
So far, ko sorang je yang like.. Lain semua bermuram durja..(",).. Aku rasa sbb ko masih dapat tinggal sebumbung dengan mak.. Dapat merasa tidur bawah ketiak mak ari2..hehe.. gurau je.. (",)

Kak Tahieyah:
Alaa, ciannya dia.. Xpe2.. Ridu itu nikmat..

Alhamdulillah masih ada rasa rindu bila berjauhan.. At least, kita akan lebih menghargai detik2 bersama ibu kita.. (",)

fuad ansari said...

Puam Umu;
Wa'alaikumussalam wbt..
Amiin Aminn Allahumma Amiin..

Mesti mak puan umu seronok dan gembira kerana anak2nya kini sudah besar, dan telah menjadi mujahid dan mujahidah agama..Yang telah bertebaran seluruh alam atas maksud agama..

Mesti mak puan umu juga akan gembira kalau kubur anak2nya juga bertaburan di serata dunia..(",)

APS@Tuan Fuad Akmal:
Ternyata ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan generasi bertakwa..

Kerana itu, pilihlah ibu2 yang baik untuk bakal anak2mu.. (",)

نور توفيقة ادريس said...

Dekat sini ada doctors seniors panggil saya "Baby" and "Honey Bunny".. And the nurses of my favorite are nurses yang dah berumur..

Working with them, learning, spending time with them, dah somehow ganti belaian mak..

Nak balik M'sia...

*Rindu Mak.......*

fuad ansari said...

PQA:
Yup tul tu.. same goes to me.. suka bekerja dengan orang yang berumur.. mereka lebih matang dan memahami orang muda.. so, xde la nak terasa hati sangat..nampak keikhlasan dalam kerja mereka..

Kalau bekerja dengan orang muda, sebahagian mereka terlalu ikut emosi.. dok sibuk nak menjatuhkan orang lain.. hehe..

Tu la, lain kali praktikal kat M'sia.. Leh jumpa mak selalu.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...