Thursday, April 28, 2011

SiRaH NaBi: SaTu PaNDaNGaN

Satu ketika, ketika tahun ke-10 kenabian, wafatlah dua insan yang begitu penting dalam hidup Nabi saw iaitu isteri baginda, Siti Khadijah r.a dan bapa saudara baginda, Abu Talib..  Maka, perginya dua orang insan yang selama ini menyokong kuat pergerakan dakwah Baginda Nabi saw sehingga tahun itu dinamakan tahun perkabungan dan kesedihan.. Selepas itu, ancaman terhadap Nabi saw dilihat semakin dahsyat dengan pelbagai perkara buruk diperlakukan terhadap Nabi saw oleh kafir Quraisy pada ketika itu..

Ahli sirah menafsirkan bahawa inilah cara Allah swt untuk mentarbiyah Baginda Nabi saw.. Allah swt ingin menyatakan bahawa Islam itu tertegak bukan disebabkan manusia.. Tetapi Islam itu akan tetap tertegak dan perlu terus digerakkan walaupun tanpa kehadiran dua insan tersebut..

Andai hari ini kita mengatakan, Islam di Malaysia ataupun di tempat kita tertegak dengan kehadiran ustaz-ustaz mahupun insan-insan tertentu dan Islam akan menjadi lemah jika ketiadaan mereka, maka lihatlah kembali kepada sirah Nabi saw.. Hakikatnya, Islam akan tetap tertegak walaupun tanpa kehadiran kita.. Usahlah kita mendabik dada dan lihatlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah swt..

Bukan bermaksud untuk kita tidak perlu turut serta dalam menyebar dan menegakkan Islam, tetapi haruslah bersandarkan kepada keyakinan bahawa, "Kita hanyalah insan yang lemah yang sangat perlu kepada taufik dan hidayah Allah swt.. Kita hanya menjalankan tugas kita sebagai khalifah, selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.."

Tidak mustahil andai hari ini kita melakukan kerja-kerja dakwah di Malaysia, Allah swt menurunkan hidayahNya kepada orang-orang di China mahupun di negara-negara yang lain..  Dan tidak mustahil juga andai hari ini kita mengajak insan-insan yang tertentu kepada agama Allah, insan-insan yang tidak pernah kita ajak pula yang datang kepada agama Allah swt..  Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi dan segala yang ada diantaranya..

Begitu juga kita hari ini, dalam konteks mendidik anak-anak, maka akan sampai satu masa kita perlu melepaskan anak-anak kita untuk mereka menimba ilmu dan membina kehidupan mereka.. Maka, pada ketika itu, sebagai ibubapa datanglah kita sekalian kepada tawajuh dan yakin terhadap Allah swt..

Wallahua'lam.. 

Hanya sekadar pandangan yang lemah.. Mohon maaf atas silap dan salah..

12 comments:

Ismi Ijmi said...

Benar Tuan

~PENCHENTA~ said...

Husna p skolah baik2 okayy. Belajar bagi pandai. :P

Ishk. Mesti susahkan nak melepaskan anak? Ishk.

Afida Anuar said...

Setuju Fuad...berusaha, berdakwah, bertawakkal..lepas tu serah kat Dia.. sebab Dia yang bagi taufik dan hidayah semua.. yang penting kita jangan sekali-kali lelah...

ohh akak ni mmg la pandai tulis je Fuad... nak ajak orang pi solat awal waktu pun... terhegeh2...lemah!

ukhti,mardhiah said...

salam abi husna,
mard xsempat baca lagi ni,
mard nk balik kampung dah, tinggal.
kirim salam dgn kakak n husna comot!
manalah taw, x berkesempatan nak mintak ampun cek na na na na na ganu kite!
taa.

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Sesungguhnya janji Allah itu benar, Muhammad saw itu benar, alam kubur itu benar, padang mahsyar itu benar, timbangan mizan itu benar, titian sirat itu benar, syurga dan neraka itu benar..

Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.. (",)

fuad ansari said...

Tyah:
Mana nye x susah.. Selalu balik ofis semangat nak balik rumah.. Sekarang ni rasa macam nak tido kat ofis je.. (",)

Kak Afida:
Orang kata, bila kita dakwahkan kebaikan hari2, maka insyaAllah satu hari nanti kita akan ada kekuatan untuk amalkan kebaikan tersebut..

Kadang2 x payah ajak pun.. akak buat je dulu..istiqomah.. doa banyak2.. then akan smp satu masa diorang mula bertanya dan akhirnya diorang akan ikut akak sama2 solat awal waktu.. (",)

fuad ansari said...

Mard:
Salam..
Selamat pulang ke kampung halaman erk..Hati-hati di perjalanan..

p/s: pulang ke kampung halaman dengan niat dakwah n nak ikram mak ayah ye.. hehe.. (",)

Norsha said...

salam fuad,
benarlah, hanya dgn izin dan kekuasaan Allah, segalanya terjadi, bukan dgn kuasa kita....tapi masalahnya kita ni mudah benor susah hati terutamanya bila melibatkan hal anak2....moga Allah pelihara anak2 kita dgn sebaik2 peliharaanNya....

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam cikgu.. A'ah betul dah tu.. Lagi2 kalau para ibu.. Lagi rasa lebih sukar untuk lepaskan anak2 kan.. Nak tak nak kena kuatkan hati dan letakkan lebih yakin dan tawajjuh kepada Allah..

Kadang2 kita rasa kitalah yg besarkan anak2.. Tapi hakikatnya adalah Allah swt.. Sebagaimana seseorang yg menanam pokok.. hari2 dia siram pokok tu.. dia rasa macam dia yg besarkan pokok tu.. hakikatnya pokok itu besar dengan izin dan kehendak Allah.. Kita hanya berusaha.. Selebihnya Allah yang tentukan.. kan kan kan.. (",)

couverv said...

Assalam, ha nice bro, dakwah2 nih. Harap dapat kongsi sesuatu.

http://couverv.blogspot.com/2011/03/hina-dosa-dan-kesalahan-orang-lain.html

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Bagaimanalah agaknya perasaan nabi mengahadapi saat-saat kehilangan dua insan yang paling banyak membantunya dalam penyebaran Islam..

Yang sama-sama menanggung penindasan musyrikin Quraisy, yang sama-sama tiga tahun menanggung kelaparan di Lembah Abi Talib, yang sama-sama menderita demi menegakkan Islam. Allahu Allah..

fuad ansari said...

Couverv:
Wa'alaikumussalam wbt..
Dakwah ni walaupun ia dipenuhi dengan ujian dan susah payah, tapi ia tetap 'nice'.. (",)

InsyaAllah...moga perkongsian ilmu memberi manfaat yg besar..

Ustaz Ishak Zaini:
Tak dapat nak bayangkan betapa sukarnya ujian yang dihadapi Nabi saw ketika berlakunya penindasan di Lembah Abi Talib.

Akhirnya, surat perjanjian yang disimpan begitu rapi di dalam kaabah, dimakan anai2 yang kemudiannya membawa kepada berakhirnya penindasan tersebut selepas 3 tahun 3 bulan.. Betapa adanya bantuan Allah swt di situ..

Maha Suci Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...