Wednesday, May 4, 2011

iSu: HiJRaH DaN iSLaM Di SiNGaPuRa..

Satu ketika, bilamana ancaman dilihat semakin dahsyat sehingga adanya rancangan untuk membunuh Nabi saw pada tahun ke-13 kenabian , maka berlakulah peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah..

Dari strategi dakwah ini dan bantuan yang diberikan oleh penduduk Madinah bersandarkan kepada keizinan Allah swt, maka lahirlah sebuah negara Islam di Kota Madinah yang dipimpin oleh Baginda Nabi saw.. Islam kemudiannya menjadi semakin kuat sehinggalah ketika pemerintahan Saidina Umar r.a, dikatakan 2/3 dunia berada di bawah penguasaan Islam...

Dalam konteks hari ini, mari kita lihat apa yang terjadi di Singapura..

Hari ini, Singapura dilihat seolah-olah sedang dilanggar "todak" untuk kali yang kedua...  

Azan tidak lagi dibenarkan menggunakan pembesar suara.. 
Sekolah agama dan pelajar lulusan agama dianaktirikan.. 
Fasih berbahasa Mandarin seolah-olah menjadi suatu kewajipan untuk memohon pekerjaan.. 
Sukar dilihat kelibat orang Islam dalam tompok pemerintahan.. 
Sukar juga untuk melihat orang-orang Islam menjawat jawatan penting sektor awam..

Sehingga, ada yang menggelarkan mereka sebagai "forgotten muslim peoples". 

Ada dikalangan mereka pula dikatakan meninggalkan Singapura dan menetap di negara lain seperti Australia..

Eh eh, macam meninggalkan medan perjuangan atau medan peperangan je.. Tak pe ke??

Maka para ulamak ada membahaskan perkara ini dan berpendapat bahawa keluar dari sesuatu tempat yang kelihatan Islam tidak lagi mampu hidup subur adalah dibenarkan berdasarkan peristiwa hijrah Nabi saw...

Akhirul kalam..
Usahlah kita bercakaran.. 
Bersatulah atas nama Islam.. 
Ambillah pengajaran.. 
Bantulah saudara-saudara kita yang sedang menghadapi penindasan.. 
Bersyukurlah atas nikmat-nikmat yang diberikan..
Lihatlah kepada mereka-mereka yang sedang menghadapi penderitaan ketika kita beroleh nikmat kesejahteraan...
Moga kita diganjarkan kebaikan di dunia mahupun pada kehidupan yang berkekalan.. 

p/s: Rupa-rupanya hijrah Nabi saw dari Makkah dan Madinah itu berlaku pada 12 Rabiul Awwal dan bukannya pada 1 Muharram.. Antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan Muharram sebagai permulaan kalendar Islam dan bukannya bulan Rabiul Awwal ialah kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan Muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan Zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Oleh kerana bulan pertama yang muncul setelah Zulhijjah ialah Muharram, maka adalah sesuai jika Muharram dijadikan sebagai bulan pertama bagi kalendar ummat Islam.

Wallahua'lam.. 

Sekadar pandangan dari insan yang lemah.. Salah silap harap dimaafkan..

33 comments:

~PENCHENTA~ said...

Allah. Tak tahu pulak Singapura dah jadi macam tu. Takut lah nak p sana. :|

Unknown said...

makin menjadi2 rupanya skg kt sn...

couverv said...

oh tarikhnya adakah main point, peristiwa tersebut adalah utama. Ketirisan elitis di negara kita sendiri juga harus kita ambil berat, mungkin satu hari nanti adiputra akan menjadi milik UK, France .

Afida Anuar said...

Benar fuad...

kawan-kawan akak yang bekerja di sana pun mengatakan yang sama.. even di pejabat-pejabat pun surau tidak disediakan. Kalau mahu solat, pandai-pandai la solat di tangga, atau di bilik gym jika ada...

Norsha said...

salam fuad,
disebalik itu semua, usaha dakwah mereka tetap berjalan, selalu juga ada jemaah masuk ke republik tersebut...

one thing yg kita kena contohi, negara mereka sangat bersih, even nak buang sampah merata-rata, takde yg berani kerana undang2 mereka praktikal...

disekolah mmg takde subjek agama, pandai2lah parents nak g antar sek agama lepas waktu sek tapi ramai juga dh ada kesedaran sekarang ni...

sesekali bila balik sana, seronok jugak (mak akak org sana), terpesona dgn kemodenannya tapi takkan sama dgn Malaysia....

fuad ansari said...

Tyah:
Takutlah kamu hanya kepada azab Allah swt..

Kalau dalam kitab fadhail amal ada sebut..
Takutlah kamu dalam perkara solat.. Takutlah kamu dalam perkara solat.. Takutlah kamu dalam perkara solat.. (",)

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Sian gak kat depa.. Bila pemimpin bukan dikalangan orang yang adil..

Sama-sama doa utk kesejahteraan seluruh ummat..


p/s: maa ismuki?? (",)

fuad ansari said...

couverv:
Ketirisan elitis <-- tinggi bahasa tuan..

Erm.. mahu tak mahu kena pertahankan apa yang kita ada sekarang ni.. Jangan sampai satu hari nanti kita terbuang di negara sendiri..

fuad ansari said...

Kak Afida:
Tiba2 baru saya nak rasa bersyukur berada di bumi Malaysia...

Moga Allah swt terima mujahadah dan susah payah mereka untuk datang kepada agama..

InsyaAllah ada kemanisan dan darjat yang lebih tinggi buat insan2 yang bermujahadah dan bersusah payah dalam mencari keredhaan Allah swt..

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam cikgu..

Erm.. Ini yang seronoknya bila berblog..dapat terima pelbagai pandangan dan percambahan pendapat dari pelbagai pihak termasuklah mereka2 yang lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara.. (",)

Betul tak apa yang saya katakan tu cikgu?? Adakah perkara2 tu benar2 berlaku di Singapura?? Saya cuma mendengar dan membaca je.. Tak pernah pun pergi Singapura.. (",)

p/s: cikgu kalau balik kampung kat Singapura, bertutur dalam BM or BI erk??

Norsha said...

salam fuad,
betul je apa yg fuad tulis tu, sepupu pernah cite kalau nk keja bagus, result kena score, bi kena mantap,kalu tahu bertutur mandarin mmg advantagelah....kesian sbnarnya tgk melayu kat sana....mmg mereka dilupakan...

kat sana dh takde kg, sume dah tukar jadi bandar moden, kalu adapun mmg ditinggalkan utk jadi warisan...balik ke sana, blh ckp dua2 bahasa tapi bm diorang ada slang tersendiri, suka tgk2 bdk2 kecik dah speaking kat sana, kagum dibuatnya....

one thing,....masjid mereka cukup terjaga, bersih, cantik ,lengkap dgn kemudahan sistem siaraya mmg canggih...fuuh...takleh lawanlah

pengangkutan awampun tiptop....tak terlawan dek kita tapi bersyukurlah kita jadi rakyat Malaysia...

dari segi kemodenan, mereka jauh mengalahkan kita...
hujan emas di negeri org, hujan batu negeri sendiri ....baik lagi tempat sendiri

Norsha said...

isk...bila dh sembang hal ni, rasa rindulak nak balik sana, last balik dis 2009...fuad ni pandai je tarik perhatian orangla....jom jom bawak husna p jln2 sana...tgk zoo depa, mesti kagum punya....

Unknown said...

sy lebeih suka bincng isu ini dari sudut keagaamaan,bukan di dlm lingkaran politik yg menjelekkan..

sebenarnya,gambran sebegitu tidak la,begitu,sy pernah beberapa kali,ke singapura,mereka begitu menghormati muslim di sana,cuma ,masalahnya,ada sesetengah muslim,buat onar,then terpalit pd muslim lain.

Norsha said...

salam,
ya benar, disebalik itu semua, byk kebaikan yg ada pada mereka, tidak dalam semua hal mereka dilupakan. contoh : ibu tunggal di sana lebih mudah dapat bantuan dan ramai sekali orang yg akan hulurkan pertolongan...

usaha agamapun sedang berkembang pesat disana....

Ummu Fatimah said...

salam, ramai karkun spore dh berhijrah ke johor sbb nk hntr anak2 ke madrasah di sini. khabarnya di spore ada juga sek agama / tahfiz dgn syarat pelajar2nya kena score akademik juga. jika tidak sek tersebut diancam utk ditutup. wallahualam..

Anonymous said...

kenapa politik d anggap jelek dan menjijikkan, bukankah politik juga sebahagian dr agama ? maaf bertanya...

Wafi said...

ada dengar cerita sgpore jadi tempat transit jemaah?

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Tak tahu nak comment apa..
Sebak baca.
Reminds me of what happened to Turkey in the era of Mustafa Kamal Artartuk:(

Let's pray and work together so Islam can shine thoroughly, strongly, bigger and bigger!!!

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam cikgu..

Kalau hujan emas kat negeri orang, kutip la emas tu bawak balik negara sendiri.. hehe.. gurau je.. (",)

Teringin pulak nak bawak family gi zoo kat singapura (kena buat passport lak erk utk anak).. nanti la tunggu anak besar sikit.. bila dia tau menilai yang mana harimau yang mana kucing.. kalau x, anak saya ingat harimau n kucing tu sama je.. mau jugak anak saya gi main2 dengan harimau tu.. (sbb ari tu bila pegi zoo negara, anak saya macam kurang berperasaan je..)(",)

fuad ansari said...

APS@Tuan Fuad Akmal:
Ic.. Dari sudut kemasyarakatan mmg kelihatan baik cuma dari sudut dasar pemerintahan mereka seperti dianaktirikan..

Teringat kata2 ustaz:
Inilah yang dinamakan sifat kemanusiaan..

Atas sifat kemanusiaan inilah sebahahagian orang bukan islam tetap menghormati dan memberi bantuan kepada orang islam..

Sebagai contoh, penindasan yahudi terhadap warga palestin, maka dapat dilihat di negara-negara tertentu, orang-orang bukan islam menjadi barisan hadapan ketika melakukan tunjuk perasaan membantah tindakan yahudi tersebut..

Mereka dilihat lebih bersungguh-sungguh walaupun mereka menganut agama yang lain..

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Salam cikgu..
Kesian pulak memikirkan nasib2 ibu tunggal di Malaysia.. Mereka macam kurang diberi perhatian dan bantuan.. bantuan zakat juga kelihatan terlalu banyak prosedur dan agak menyukarkan..

Pernah juga mendengar laporan mengatakan beratus juta wang zakat yang dikutip setiap tahun, gagal diagihkan sepenuhnya kepada penerima yang layak kerana kelemahan pengurusan zakat di negara ini.. Wallahua'lam..

fuad ansari said...

Ummu Fatimah:
Salam ya ummu fatimah..

Apa yang akan terjadi adalah ibubapa merasa takut untuk menghantar anak2 mereka ke sekolah2 agama..

Mereka tak kata mereka nak tutup terus sekolah agama.. Cumanya, cara mereka melayan kehadiran sekolah agama dan syarat2 yang dikenakan akan menyebabkan sekolah agama dipandang sepi dan hilang fungsi..

fuad ansari said...

Anonymous:
Politik itu secara dasarkan kelihatan baik..
Tetapi manusia yang menjadikannya kelihatan tidak baik..

Sebagai contoh ada wanita yang menjauhkan diri dari lelaki dan tidak mahu berkahwin kerana pada pandangannya lelaki itu jahat.. Walaupun sebenarnya tidak semua lelaki itu jahat dan perkahwinan itu juga menyempurnakan separuh dari agama..

Barang mungkin ada sebab2 tertentu seseorang itu menjauhkan diri dari sesuatu perkara..

Mereka tidak menolak, tetapi mungkin sekadar menjauhkan diri kerana merasakan diri mereka tidak punya kekuatan untuk mengharungi suasana politik pada masa kini..

Moga2 orang yang mempunyai kekuatan dapat memulihkan kembali suasana politik yang sedia ada..

Sekadar pandangan..maaf ye kalau ada salah silap.. (",)

fuad ansari said...

Wafi:
Tak pernah dengar pulak...
Tapi kalau betul, elok la...

Mudah2an bila banyak jemaah transit di sana, lebih cepat Islam berkembang dan menjadi semakin kuat sebagaimana kehadiran Saidina Hamzah ra dan Saidina Umar ra telah menguatkan Islam pada zaman Nabi saw.. InsyaAllah...

Mudah2an dengan kekuatan itu nanti, suara2 orang Islam akan diambil kira dalam membentuk dasar pemerintahan mereka... Amiin...

fuad ansari said...

Pqa:
Lama x nampak doktor pqa.. sibuk erk doktor..(",)

Saya pulak teringat apa yang terjadi kepada jenazah Mustafa Kamal Artartuk yang tak diterima bumi.. Takut pulak kalau memikirkannya..Apa2 pun, moga kita dapat ambil iktibar dan pengajaran..

Kat dunia ni kita boleh buat macam2 sampai rasa diri hebat, tapi bila saat kita mati maka tiada yang hebat melainkan Allah yang Maha Hebat..

Unknown said...

sy memberi pandangan dgn merujuk kepada kata2 guru sya,iaitu kiyai Khuzairon ,seorg ulama terkemuka di Tomboro,kata beliau,
muslim di seluruh dunia di tindas,
like palestin,turkey,albania,bosnia,
cuba awak perhatikan sejarah negara terbabit..kerana??
pernah saudara kita yg baru peluk islam,keluar 4 bulan di india,di jemput hadrat ji,bayan di markaz nizhamuddin..
saya amat tertarik kupasan beliau,kenapa org kafir mengancam muslim..
maka sy beri satu lagi contoh,kisah perbandingan diantara serigala dan kambing..yg mana serigala begitu takut pd kambing sampai memohon supaya diberikan tanduk seperti kambing,padahal,dirinya adalah srigala..
begitu la nasib muslim di seluruh dunia...
maaf komen panjang..

musa said...

saya pernah keluaq 40 hari Singapura tahun 1988 eaya amer jemaah, waktu itu kami dapat lagi iktikaf dalam masjid selama 3 hari setiap masjig, yabg sedihbya amat kurang org mengimarah masjid, kami ziarah rumah tanpa dalil, cuma berdasarkan ada tulisan Bismillah di pintu rumah sahaja, orang melayu ada dah jadi kristian, yg aktif kemasjid hanya orang lkut dakwah saja, ada di antara mereka yang kerja 3 shif sehari ada juga karkun yang terlibat, kehidupan di sini semua org sibuk cari keperluan dunia, untuk usaha agama mmg sedikit bilangannya, org bukan islam mmg mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita, banyak org isdlam hanya tinggal nama sahaja, amalan sudah tiada, yg datang masjid pula org tua yg anggap mereka sahaja yg betul, mengenai azan galam masjig dulu tahun 1982 saya khuruj di Bangkok Thailand, azan juga dalam masjid tetapi sekarang berkat korbanan org Thailand, amalan agama menjadi umumiat dan org kafir pun faham, jadi insyallah kalau saya dan semua orang islam bangun buat korbanan atas agama, bantuan allah akan datang apda umat ini

nur aisya humaira said...

teruk da sane..camne org muslim survive kt sane ye??:(

Adibah Ishak said...

baru tawuu singapura mcm tuu..huu..

fuad ansari said...

APS@Tuan Fuad Akmal:
"serigala begitu takut pd kambing sampai memohon supaya diberikan tanduk seperti kambing, padahal, dirinya adalah serigala.." <--menarik analogi tu.. penuh tersurat juga tersirat...

Punya seronoknya dalam menjadi orang Islam ni adalah:

Hidup dalam menegakkan kalimah Allah, beroleh kejayaan..
Mati dalam menegakkan kalimah Allah juga beroleh kejayaan..

No wonder, ada sahabat ra yang bila saat hampir mati boleh kata, "aku telah berjaya, aku telah berjaya.."

fuad ansari said...

Cikgu Musa:
SubhanAllah.. saya belum lahir lagi masa tu....

Saya kalau keluar jemaah, seronok keluar dengan orang yang banyak pengalaman.. Banyak cerita2 menarik dapat dikongsi..

Kadang2 bila saya lihat keadaan orang lain, betapa saya rasa bersyukur dikurniakan nikmat iman dan amal..

Tak dapat nak bayangkan macamana lah jahatnya saya kalau x diberi nikmat iman dan amal..

fuad ansari said...

Nur Aisya Humaira: (sedap nama)

Tu la.. ada yang mampu survive, mampu la..
Ada yang x mampu, diorang pindah ke negara lain..

Terpulang kat masing2 dalam merencana kehidupan agar tetap berada pada jalan yang lurus..

Itu belum lagi kalau memikirkan nasib orang islam di Palestin.. lagi sedih kan.. ada tu, nak gi sekolah pun fikir byk kali sbb banyak sgt sekatan keselamatan yang terpaksa dilalui..

fuad ansari said...

Adibah Ishak:
Barang mungkin nasib mereka malang di dunia sahaja, tetapi berjaya di akhirat...

Kita ni, takut dek kerana terlalu selesa di dunia sehingga lupa diri, akhirnya menerima nasib yang malang pula di akhirat.. na'uzubillah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...