Wednesday, May 25, 2011

HiKMaH..

Di kehidupan akhirat, kita hanya ada dua tempat:

1) Syurga
2) Neraka

Maka, di dunia juga kita hanya ada dua jalan:

1) Jalan menuju syurgaNya
2) Jalan menuju nerakaNya

Hidup ummat akhir zaman secara puratanya tidaklah lama.. Diriwayatkan, Rasulullah saw wafat pada umur 63 tahun.. Abu Bakar ra juga wafat pada umur 63 tahun.. Umar ra wafat pada umur 64 tahun.. Usman ra wafat pada umur 82 tahun.. Manakala Ali ra wafat pada umur 64 tahun.. 

Maka,  buatlah pilihan yang bijak.. (",)


Dulu kamu di jalan yang lama.. 
Kemudian kamu memilih jalan yang baru.. 
Dan, kamu membuat kenyataan mengkritik jalan kamu yang dulu (sehingga ia menyinggung perasaan rakan-rakan kamu yang masih berada di jalan yang lama itu..)
Alangkah baiknya jika kamu berjalan di jalan yang baru sambil berdoa agar rakan-rakan kamu juga beroleh hidayah..

Ingat!! 
Islam itu indah.. 
Tulang belakangnya dakwah..
Dakwah itu perlukan hikmah..
Datanglah kamu kepada Allah..
Moga Allah sebarkan hidayah.. (",)

p/s: punyalah lama hidup, baru hari ni tau diri ini ada kembar.. hehehe..

16 comments:

Mutiara Bernilai said...

insyaAllah..
sama2 mujahadah..

sungguh, jalan ke syurga penuh ujian..

liyana said...

nice entry...
syurga itu indh..
sbb itulah ujian tu payah..

kembar?

GamUHU said...

nice entry.

Afida Anuar said...

InsyaAllah fuad..

Rasulullah saw 63, Abu Bakar ra pun 63. Usman ra 83. Kita tak mustahil besok... Allahualam..

PS: kembar? kembar in terms of nama? or..rupa?errr..konpius

Titisan Hujan said...

dunia yg gelap diluar yg diwarnai keindahan di dalam.

akhirat yg bercahaya didalam dipandang gelap oleh hati2 yg tertutup

kembar??
ce citer ckit..nk tau nie ^^,

nurkass said...

semoga kita diberi petunjuk olehnya..

erkk..kembar tang mana..siapa dia..awat tak paham nih..!

fuad ansari said...

Mutiara Bernilai:
Benar.. Untuk mendapatkan sesuatu yang indah pasti perlukan susah dan payah..

Liyana:
Tak mampu nak bayangkan keindahan syurga..

Pasal kembar tu.. gurau2 je.. hanya kembar pada nama.. (",)

GamUHU:
Mintak gam sikit boleh?? hehe..

Kak Afida:
Nabi saw bersabda mafhumnya, bila aku mengangkat cawan, aku tidak yakin yang aku mampu hidup lama sehingga aku boleh meletakkan cawan ini kembali..

Sungguh kematian boleh datang dalam sekelip mata..

saya kembar in terms of nama je..hehe.. (",)
kalau kembar in terms of rupa, mungkin akak dan noor kumalasari bolehlah dikatakan kembar.. (",)

Titisan Hujan:
Saya rasa, dunia gelap didalam tetapi hanya indah di luar..
Syurga yang indah di luar dan dalam dipandang gelap oleh hati2 yg tertutup.. (",)

Kak Nurkass:
InsyaAllah, mudah2an..
Perkara dunia tak faham sangat tak pe.. Yang lebih penting adalah faham agama..(",)

Ismi Ijmi said...

Mawi baru declare ke,heh

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Mawi tidak bersalah..
Tiada siapa yang bersalah..
Hanya untuk peringatan diri.. (",)

shahirahkhairudin said...

:)

segan nak komen fuad..
moga-moga azam aku nanti tercapai.. moga-moga hidayah dan rahmat Allah kemas memeluk hidup saya..

fuad ansari said...

Shahirah:
Apa yang nak disegankan..

Mudah-mudahan.. insyaAllah..

p/s: ingatkan suruh En. Rahmat atau Puan Hidayah yang peluk tadi.. Rupa2nya rahmat dan hidayah Allah.. (",)

cik dila said...

hidayah Allah itu ada di mana2..ia tidak pernah jauh melainkan kita yg jauh darinya..(tiba2 teringat kata seseorang..)

btw..nice posting..

nur aisya humaira said...

Assalam fuad..:)

beruntungnya org yg mendapat hidayah,tapi org macam sye2 ni..masih lgi di takok lame..huhu

Norsha said...

fuad,
dakwah dan hidayah....sungguh indah !

ahLia teeeetttttt..... said...

nak lalu jalan ke syurga .. tapi selalu jer tergelincir =(

fuad ansari said...

Cik Dila:
Melarikan diri dari hidayah Allah adalah sangat merugikan.. (",)

Aisya:
Salam..
Aisya..
Orang yang badannya cergas..
Mindanya cerdas..
Akan jadikan hari ini..
Lebih baik dari hari semalam..
Dan hari esok..
Lebih baik dari hari ini..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. (",)

Cikgu Norsha:
Dakwah dan hidayah tidak dapat dipisahkan.. (",)

Zai:
Hati-hati.. Jalan licin.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...