Friday, May 20, 2011

iNGiN BuaT PeNGoRBaNaN, TaPi..

Ingin buat pengorbanan untuk kebaikan diri, tapi...

Syaitan berpangkat Prebet datang lalu berbisik kepadaku,
Syaitan : Tak payahla...
Aku       : Nak jugak... 

Lalu datang syaitan berpangkat Lans Koperal dan berbisik kepadaku,
Syaitan : Tak payah la.. Takde sape kisah pun.. Dan takde sape paksa pun..
Aku       : Tak kira, nak jugak...

Kemudian datang syaitan berpangkat Koperal dan berbisik kepadaku,
Syaitan : Tak payah la.. Lain kali ada masa lagi.. Banyak masa lagi kan..
Aku       : Tak kira.. Muktamad.. Nak jugak..

Lepas tu, datang pulak syaitan berpangkat Sarjan lalu berbisik kepadaku,
Syaitan : Ok ok, fine... boleh buat baik.. minggu depan erk..
Aku       : Nak jugak.. Nak jugak.. Nak jugak..

Buat masa sekarang ni, yang terakhir sekali, telah datang syaitan berpangkat Leftenan Muda lalu berbisik kepadaku..
Syaitan : Ok ok, minggu depan erk.. Minggu ni balik kampung dulu.. Dah lama tak balik kan.. Muda-muda tengah sihat ni, elok la balik kampung..
Aku      : Erm.. Erm.. Tapi nak jugak... Minggu ni jugak..

Ini kalau datang pangkat Leftenan, Kapten atau Mejar ni, masak aku .. Doa-doakan aku erk..

p/s:  
1)Kalau datang yang pangkat lagi tinggi, apalah agaknya yang diorang akan bisikkan erk?? Hurm...
2)Membongak yo kojo syaitan ni kan..
3)Tak pe ke tulis entri macam ni.. Ini kalau syaitan baca, mau jugak diorang terus hantar yang pangkat Jeneral... Erkkk.... Larikk..

18 comments:

sape ea? said...

moral of the story...si ayah rindukan isteri dan anaknya dan sebagai anak dan menantu,dia mahu pulang.hehehe.betul tak?

umu6point said...

Assalamualaikum..
emm..semoga Allah kuatkan hati tuan.. walau super duper senior "syaiton nirrojim" sekali pun yang datang menghasut, jika masih kuat iman di dada, akan tetap di tepis juga dengan jayanya hasutan2 tersebut..hohoo

selamat menepis :)

liyana said...

nice entry..
syaitan selalu mengajak ke arah kejahatan kan..
kuatkan iman...
bg dieorg lari..huhu

RuMaH TuA said...

Allahu Akhbar..

Tapi kadang2kan xsempat kapten nak mai, da folo leftenan muda... (^-^)y

Insyaallah, Allah sebaik2 pemberi bantuan...

Afida Anuar said...

fuad, kasi penampar sedas dua kat setan2 tu..kasi depa sedaq diri..kekekeke

Mutiara Bernilai said...

salam fuad,
hu, jum sama-sama buat deklarasi perang sama syaithan!

hu. moga kuat! oh, buat mutiara juga.

~PENCHENTA~ said...

Semoga. Amiin.

Tapi cerita tergantung lahh. :)

Unknown said...

ustaz saya penah cakap..
2 perkara je kt boleh tiru syaitan

- tidak mudah putus asa
- smpai ke akhir ceramah...ustaz xckp pn ape(katanya nt ade smbungan)

huhuhu..sabo aje la.

godaan nk blik kg ke ni???
hehehe

Mataku said...

kije setan tuk sesatkan anak adam mmg takkan habis sampai kiamat...

Norsha said...

Fuad,
ish....dashyatlah pangkat2 syaitan ni, kalau ajak perang agak2 sapa menang ?

Adibah Ishak said...

uih lariiii dari syaitan.. tp xnak lari dari entri yg menyedarkan mcm nie..terima kasih :)

Ismi Ijmi said...

Titisan hujan; ustaz tu nk buka kitab blk kot,heh.
Alahai abg fuad, lahaulawalaquwwata illa billah. Nak kata diri mampu mlawan bisikan2 ni,haih. Rasanya kapten syaitan lom pnah jumpa sy lg.

Syaitan takut ngan daie Allah, sbb dua2 ada psamaan. Salesman syrkt A x g jumpa salesman syrkt B utk promote brg jualan.

musa said...

syaitan nak goda kita dengan dua perkataan saja, loghat kedah "SAT LAGI" atau "tunggu dulu ", dengan 2 perkataan ini,seorang boleh terlepas takbiratulula, terlepas solat jemaah, terlepas solat terus, terlepas keluaq 3 hari, lewat buat ghast, pendek kata syaitan tak suruh kita tinggal amalan tapi memadai dengan "sat lagi" macam-macam kita akan rugi

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Sebab tu kena ikut Rasululullah.. Amal 3 surah Qul.. Amongst those is An Nas..

Supaya tak was2 buat kebaikan.. Dan supaya bila dah decide, kita tak undur belakang lagi..

Insya Allah:)

Unknown said...

syaitan itu keje depa,
mcm mana pulok manausia bertopengkan syaitan???
apa dia keje???hahhha

fuad ansari said...

Cahaya Kezuhudan:
Itu adalah keinginan hati sebenarnya.. Moral of the story yang lebih tepat adalah, jangan terkesan dengan bisikan syaiton.. (",)

Puan Umu:
Wa'alaikumussalam..
Mujur 'syaitonir rojim' yang datang biasa2 je.. Maka, alhamdulillah berjaya ditepis..

p/s: syaiton ni dah kena rejam pun, x sedar diri lagi...(",)

Liyana:
Kalau dapat menjadi Saidina Umar r.anhu kan bagus.. Melihat kelibatnya pun, syaiton sudah lari bertempiaran..

Baitil A'tiqa:
Sepakat dan berusaha keras sungguh mereka dalam pekerjaan menyesatkan anak Adam.. Kita sama-sama pakat kerja sebagai saudagar INTAN nak tak?
"INTAN surullaha yansurkum wa yusabbit aqdaa makum..
Jika kamu membantu agama Allah , maka Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu.. (Surah Muhammad ayat 7)" (",)

Kak Afida:
Kalau saya bagi penampar, mungkin mereka tak terkesan..
Tapi kalau akak yang bagi penampar, saya rasa mau jugak mereka pengsan tak sedarkan diri.. Jadi saya serahkan kat akak la tugas tu..ok?? hehe..(",)

Mutiara Bernilai:
Salam.. Elok jugak tu.. Terus dan terus berperang.. Kita hanya ada dua pilihan.. Samada agama tersebar ataupun kita syahid di jalan Allah.. (",)

Tyah:
Cerita memang tergantung sebab pengorbanan pun sedang dilakukan..
Harap-harap dapat ending yang macamni:-
Akhirnya semua bisikan berjaya ditepis dan pengorbanan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.. (",)

Titisan Hujan:
Mungkin yang kedua, saling bekerjasama... Sungguh mereka begitu sepakat dalam pekerjaan mereka.. (",)

MindaMalay:
Benar tuan.. 24 jam tanpa henti sehingga hari kiamat.. Dahsyat betul mereka buat kerja..

Cikgu Norsha:
Kalau cikgu kat barisan hadapan, saya ingat kita boleh menang.. (",)

Adibah Ishak:
Persoalannya, berjayakah kita melarikan diri dari syaiton? Biar mereka yang melarikan diri dari kita..(",)

Izmer:
A'ah la seakan2 sama pekerjaan syaiton dengan daie Allah.. Kedua-duanya kerja adalah mengajak manusia.. Cumanya syaitan ajak manusia kepada yang mungkar manakala daie Allah mengajak manusia kepada kebaikan.. (",)

Haji Musa:
Setuju sangat.. Pandai sungguh depa dalam bab-bab menghasut ni ye.. Seolah-olahnya, mereka tak bagi arak, cuma mereka bagi air kopi yang diletak racun.. (",)

Pqa:
Salam..
Sesungguhnya dalam sunnah itu ada kejayaan..

Terima kasih..Ilmu yang baru.. InsyaAllah azam untuk amal.. Makanya, kalau ada rasa was-was untuk amal kebaikan, cepat-cepat baca 3 Qul..kan kan.. (",)

Tuan Fuad Akmal:
Kalau manusia bertopengkan syaiton, barang mungkin pekerjaan mereka juga sama seperti syaiton.. (",)

ahLia shahril said...

hehhee..

klakor jgk..

lari dari syaitan.. bc doa byk2

fuad ansari said...

Zai:
Betul2..nak lari kena baca doa banyak2..sebab kalau lari marathon, syaitan selamba je kejar.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...