Tuesday, July 19, 2011

RoHiNGYa



Minggu ini aku berkursus dan masih lagi berkursus di Kuala Lumpur.. Sedang aku duduk berseorangan untuk makan di sebuah restoran, maka telah datang seorang budak perempuan kepadaku..

Budak perempuan: Assalamu'alaikum.. abang.. Mintak derma.. Nak makan.. Dah dua hari tak makan..

Aku: Meh dok sini, abang belanja makan.. kata nak makan kan.. (kat dompet tgh takde duit kecik ni.. budak-budak mana pandai pegang duit besar.. (",))

Budak perempuan: (menggelengkan kepala)

Aku: Tadi kata nak makan.. Meh la dok sini, abang belanja makan..

Budak perempuan: (menggelengkan kepala)

Aku: Nama adik, ape?

Budak perempuan: Aina

Aku: Asal mana?

Budak perempuan: Tak tau.. (tapi budak tu bukan macam orang Malaysia la.. Mungkin macam pelarian Rohingya .. aku rasa la..)

Aku: Oklah.. takpelah.. Meh dok sini, abang belanja makan..

Budak perempuan: (beredar dengan sangkaan yang baik).. (",)


Haishh.. macam-macam.. rasa bersalah gak aku tak bagi apa-apa.. (fuad.. fuad.. apa nak jadi laa)

20 comments:

s a r said...

assalamualaikum encek. :)

encek, saya rasa encek buat tindakan yang betul. time study dulu, saya pun diajarkan jangan mudah untuk memberi kepada yang meminta seperti adik tu.

tindakan yang sama juga dilakukan oleh lecturer saya dulu. sama apa yang dia buat macam encek buat.

hm, sebenarnya entry saya tu nak cerita panjang pasal orang minta sedekah yang macam ni. Macam kes lecturer saya tu, budak tu siap bagi no telefon orang yang suruh dia buat kerja tu bila lecturer saya mintak.

nampak sangat yang kebanyakan anak2 kecil yang jadi minta sedekah ni sebenarnya kerja untuk orang lain. kerja sebab nak dapat duit. especially pada mereka yang susah. kesian sebenarnya tengok dorang ni. hmm..

~eh maaf. terover pulak. :D

Kakzakie Purvit said...

Dah ramai dah budak sebegini dijadikan mangsa. Kalau nak tahu sebelum pasar buka lagi ada satu van akan hantar mereka. Satu kawasan biasanya dia letak 2-3 org. Malam van datang lagi ambil mereka... Kesian kan...

Kamarol Azli Bahari said...

salam fuad...

tindakan yang betul la tu..tp kalau bagi sedekah pun xpe,sebab niat kita ikhlas nk bersedekah..

*Pernah nampak sendiri mereka ni dihantar dan dijemput oleh kereta.Dekat senawang. Dekat masjid ampangan peminta sedekah ni siap bergaduh bertampar,punca nye..makcik tua ni minta sedekah,ada budak baru dtg duduk berhampiran..maka jemaah memberi lebih kpd yg budak td tu.bila ramai yg dah pulang,habis ditamparnya budak.Kasihan...

Cik SHiNJU said...

Assalam...

Elok la ajak makan,sbb kalau bg duit pun belum entu dapa kat budak tu nt..
Tp selalunya dorg takut kalau kita ajak makan kan,takut 'boss' marah...

nur aisya humaira said...

Dlu, mse aisya study kt pineng lgi ramai...

hari2 jumpe..mcm ni laa, klu kte bgi air kotak ke makanan ke, tak nak...die kte nk duit, siap bgitau lgi nk berape...:)

shahirahkhairudin said...

me kat penang jugak. memang ramai.

tapi kan, saya pernah dengar orang kata, kalau kita ada, beri saja. beri tanpa ada rasa syak. lagi pun, mungkin itu dah rezeki dia.

ada jugak pendapat yang saya dengar, jangan simply2 bagi sebab takut nanti dibawa ke jalan yang salah misalan sindiket ke.

Kakcik Seroja said...

Budah tu ternyata bukan perlukan makanan - ada mata lain yang sedang memerhatikan... :(

Ziarah76 said...

mungkin sindiket mmpergunakan kanak-kanak.

Afida Anuar said...

Betul tu fuad, akak rasa, ada mata yang memerhati. kalau betul2 dia tak makan, mesti time fuad ajak dia, dia dah terima dah kan?

Abu Zarim Mohamad said...

masyaAllah,,,sebelum ni pon,kalo ada yg mintak,sstngah org main kasi je,,,hurm,,betol gak ek,boleh ajak mkan ke,bg makanan or minuman ke,lg efektif,,,insyaAllah,,,mudah2an Allah pelihara kite dan mereka semua,,,

Norsha said...

mangsa sindiket kot...

Mutiara Bernilai said...

salam fuad,
saya selalu bertemu dengan orang2 yang sama, wajah yang sama, bekeliaran di pelbagai tempat,

kadang memberi, kadang tidak kerana di sergah di beri amaran oleh orang2 di sekitar..

begini, saya adalah seorang manusia yg mudah rasa kasihan dan simpati, tengah2 bukak dompet nak bagi pada 4 orang kanak2 ala mamak @rohingya ni,, tiba2 ade dua orang makcik marah saya,, kata mereka, " Jangan ajar budak2 ni mintak sedekah!blablabalabal"

marah betul mereka, serius saya jadi cuak semacam dan terus lari,,adik2 tu pun lari., hu~

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik.

pengalaman menarik =)

masa jln hari tu pun..sampai dikejar2 oleh budak2 tu..huhu

elok sajalah kita bagi,yg penting niat tu ikhlaskn..yg lain serahkan pada yang maha Mengetahui =)

ahmad humairi said...

Jemput sertai kontes aku berpuisi di " Blog Mohamadazahan "

Saya tag cikgu!

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt..
ic.. tu lah tu.. nampak gak budak tu macam takut2 bila sy ajak makan.. seakan2 diperhatikan oleh seseorang..

kakzakie:
dah takde akal sgt lah kot sampai gunakan budak2 untuk kepentingan diri.. apalah dosa budak2 tu kan.. bukankah lebih baik yang dewasa itu berusaha pada jalan yg lebih baik dan memberi perlindunga kepada yang masih kecil..

nashir:
wsalam wbt.. ish2.. dahsyat tul.. macam tu pun ada ye.. makcik tua tu nak kena ditampar balik secara ramai2 kot.. (",)

cik shinju:
a'ah kan.. dah kata lapar.. meh la makan.. lagi mahal kot makanan yang dapat dimakan.. kalau bagi duit, takut perut orang lain lak yang kenyang..

fuad ansari said...

aisya:
amboi, demand pulak ye.. kalau siap bagitau nak berapa, mungkin kita boleh kata, "mintak kat Allah".. (",)

shahirah:
konsep mintak sedekah ni bg saya, jgn meminta2 kat manusia.. dok kat satu sudut, menyanyi ke, jual tisu ke apa ke.. ada rezeki, ada.. takde rezeki pun, takpe.. sy lagi suka memberi kepada yg tidak meminta..

kakcik:
macam2kan..

kalau kat makkah, siap ada yg menipu buat2 macam tangan kudung.. alahai..

ziarah76:
kanak2 jugak yg jadi mangsa.. kalau sy, tak tenteram nak hidup dengan dosa mempergunakan kanak2 untuk kepentingan diri..

fuad ansari said...

kak afida:
itulah tu.. orang suruh tgk quran.. tgk kaabah.. tgk muka mak ayah.. dapat pahala.. ini dok perhati budak2 tu jugak yg dipilih.. takut2 mata2 yg memerhati tu nanti menjadi sebahagian mata2 yg dibakar oleh api neraka.. na'uzubillah..

abu zarim:
mmg elok ajak makan je.. leh gak beramah mesra.. kot2 leh dijadikan anak angkat.. (",)

cikgu norsha:
nanti sy nak ambik masa perhatikan kemana budak2 tu pergi dan siapa sindiketnya, leh x??.. hehe..

fuad ansari said...

mutiara bernilai:
wsalam wbt..
budak2 ni kena ajar mintak pada Allah la kot..

mintak kat manusia:
sekali mintak, ok..
dua kali mintak, ok..
tiga kali mintak, naik geram gak..

mintak kat Allah:
sekali, dua, tiga, empat, lima dan juta2 kali mintak pun takpe.. Allah tak marah.. dan Allah lagi suka.. (",)

nazihah:
wsalam wbt..
a'ah.. kalau nak bagi, bagi dengan niat yg ikhlas.. moga Allah terima.. ye lah kan, mana nak ada masa sgt nak gi check budak2 tu digunakan sindiket atau tak..(",)

cikgu humairi:
insyaAllah.. jika ada kelapangan..
puisi cikgu hebat sgt la.. rasa tak mampu pulak sy nak masuk kontes tu.. (",)

couverv said...

entah, selalu dah benda camni, mintak duit nak makan, the point is, maybe ada org lain jadikan diorang ni doll untuk kutip duit.

fuad ansari said...

couverv:
itu lah tu.. nak makan dibagi makan, taknak pulak...

cuba cakap nak duit utk bayar yuran sekolah ke.. ada juga kebarangkalian utk dapat duit.. (",)

tuan saiful islam:
dahsyat jugak cita2 tu.. tapi tak mustahil.. insyaAllah.. mudah2an..

mungkin boleh cakap kat budak tu, cuba solat hajat.. mintak duit pada Allah.. baru ada ciri2 seorang mujahid yg sentiasa mengharapkan keredhaan dan kesukaan Allah..(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...