Tuesday, July 12, 2011

BuaT KaLiaN Di AKHiR ZaMaN

Selama aku berjalan dan melihat kehidupan.. 
Aku sedari hidup ini perlu difikir-fikirkan...
Ambil iktibar dan juga pedoman..

Aku biasa melihat yang kaya itu hidup dalam kemewahan..
Tapi aku bangga melihat yang kaya itu hidup dalam kesederhanaan..

Aku biasa melihat manusia itu melepaskan kemarahan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu memilih kesabaran..

Aku biasa melihat manusia itu tinggi kelulusan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu menghafal Al-Quran..

Aku biasa melihat manusia itu mencari-cari keburukan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu sedaya-upaya mencari-cari kebaikan..

Aku biasa melihat manusia itu bersusah-payah mencari kekayaan..
Tapi aku bangga melihat manusia itu bersusah-payah mencari keredhaan Tuhan..
 
Syukur padamu ya Allah atas segala kesempatan.. 
Selagi hayat dikandung badan.. 
Sama-sama kita usahakan.. 
Syurga yang berkekalan...

Al-Waaqiah penuh pengajaran...
Buat insan-insan yang mahu menggunakan akal fikiran..

[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata.
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya).
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta  gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih.
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya.
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa.
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.
[30]Dan naungan yang tetap terbentang.
[31]Dan air yang sentiasa mengalir.
[32]Serta buah-buahan yang banyak.
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya.
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

24 comments:

kakibiskut said...

pandai sauadara berpuisi... nice.

Unknown said...

mashaLLah...puisi yg menyentuh hati...

~PENCHENTA~ said...

:')

Unknown said...

sangat jauh suadara fuad berjalan melihat dan mentafsir

~kueh~ said...

salam alaik~~
entri yang bermakna^^
syukran atas peringatan..

^fikir sambil zikir^

Afida Anuar said...

Reka sendiri eh Fuad bait2 di atas...manthopp...akak kagum, sungguh!

PS: Tok guru ajar, baca Al-Waqiah setiap hari, insyaAllah murah rezeki.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sumpah Tuhan pada masa, manusia selalu rugi.

intanrh said...

salam ziarah, nice blog content :)

Kakzakie Purvit said...

Walau selalu melihat yg di atas kena juga lihat dibawah kerana laluan kaki sentiasa terletak dibawah agar tidak tersandung...

Alwaqiah.... cantik utk dihayati...

Nazihah@Jiha said...

salam alaik.

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

byk kelebihan surah itu kn =)

perjalanan hidup mengajar erti kehidupan =)

Norsha said...

biasa melihat insan yang susah
dan berbangga kerana mereka sgt tabah

Ziarah76 said...

pandai rupanya berpuisi...

en_me said...

insaff kanns.. uhuhu

Queenie said...

Assalamualaikum...

subhanallah...
sejuk hati baca entri ini...
terimakasih...

Al-Mufakkir Hamidi said...

Salam...

semoga kita menjiwai, dan berusaha kepadanya.

Allahu akbar!

Pencacai Alim said...

mereka mahukan yg kanan tapi mengundi lebih ke arah yg kiri..itu sifat manusia

fuad ansari said...

alifzikri:
xpandai mana pun sebenarnya.. (",)

tuan fuad akmal:
moga bila tersentuh hati, maka akan datang amal2 yg membolehkan kita dapat menyentuh syurga.. (",)

tyah:
kenapa tu?? (",)

titisan hujan:
luas dunia ini.. sehingga perjalanan akan meletihkan..
ironinya, syurga yg paling kecil, 10 kali luasnya dunia...

~kueh~:
sambil2 makan kueh pun boleh zikir jugak.. (",)

kak afida:
sekadar luahan hati setelah lama menjalani kehidupan.. erm.. erm... macam akak jugak.. sy 'sweet 17' pada hari ni.. hehehehe...

a'ah, betul tu.. moga sama2 dapat istiqomah baca setiap hari..

fuad ansari said...

cikgu humairi:
Wa'alaikumussalam wbt..
a'ah kan.. kalau dihitung2, byk betul masa yg kita bazirkan..

sis intan:
'alaikumussalam wbt.. syukran sudi ziarah..nice visitors.. (",)

kak zakie:
a'ah kan.. mudah2an tak tersungkur.. kalaupun tersungkur, mudah2an dapat bangun dengan segera dan menamatkan kehidupan dgn cemerlang....

nazihah:
wsalam wbt..thanks.. nice sharing..

yup, moga sama2 dapat belajar erti kehidupan dan mengamalkan kehidupan berlandaskan quran dan hadis..

cikgu norsha:
a'ah byk jugak yg kita dapat banggakan sebenarnya kan..

sbg tambahan: (",)
sy biasa melihat anak muda mati di jalanan..
tp sy bangga melihat anak muda mati di jalan ketakwaan..

sy biasa melihat anak muda memilih keseronokan..
tp sy bangga melihat anak muda memilih masjid sebagai teman..

fuad ansari said...

ziarah76:
sungguh kepandaian itu datang dari Pencipta.. main taip je sebenarnya.. tak rancang pun nak tulis puisi..(",)

en_me:
pasti tuan lebih byk berjalan.. dan pasti lebih byk perkara yg tuan dapat perhatikan berbanding saya.. (",)

Queenie:
wsalam wbt.. syukran atas kunjungan.. moga beroleh kebaikan.. (",)

Al-Fakir Hamidi:
Wsalam wbt..
mudah2an diberi kekuatan.. insyaAllah..

Pencacai alim@tuan yg mulia:
a'ah kan.. pelik bin ajaib gak tu.. selain menara condong, piramid dll, ini pun boleh dikategorikan sebagai benda2 ajaib di dunia.. (",)

CS said...

suka membaca kata-kata indah penuh makna...moga dapat dihadam dan dicerna oleh minda InsyaAllah.

musa said...

Seindah mana pun puisi tak akan menyamai keindahan Alquran.
Tahniah N3 yang baik, mencantumkan Alquran dan puisi

RuMaH TuA said...

Bermakna.
Insyaallah.

Anonymous said...

smoga mdpat mnfaat drp surah ni.amiin~

fuad ansari said...

cikgu sue:
mudahan2 kata2 yg indah penuh makna disusuli dengan amalan yg diterima..

hid:
(",).. nape senyum2?? dah nampak jodoh ke?? (",)

hj. musa:
benar2.. kata2 dari alquran jauh lebih indah dan bermakna..

a'tiqa:
mudah2an.. insyaAllah..

^baju kurung^:
moga mendapat manfaat.. pahala kebaikan..buat bekalan di hari kemudian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...