Friday, July 1, 2011

iRoNiNYa..

Ramai orang memperkatakan tentang Israk wa Mikraj..

Ironinya..

1) Israk wa Mikraj berlaku di antara tahun ke-11 dan ke-12 kenabian iaitu di pertengahan tempoh Nabi saw menjadi Rasul selama 23 tahun..

2) Ia berlaku selepas Nabi saw diuji dengan ujian yg berat iaitu penolakan dakwah dan layanan buruk oleh penduduk Taif.. Sesudah segala kesulitan dan kesukaran itu, Allah swt telah memberikan  sesuatu yang menggembirakan iaitu solat.. Diingatkan, solat adalah ganjaran dan bukannya bebanan.. Dengan solat, kita boleh terus mengadu dan memohon pertolongan daripada Allah swt..

3) Saidatina Khadijah r.a wafat sebelum berlakunya peristiwa Israk wa Mikraj yakni sebelum datangnya kefardhuan solat.. Namun, walaupun hidup tanpa menunaikan kefardhuan solat, pengorbanan dan kebaikannya sudah mencukupi untuk beliau beroleh salam dari Allah swt dan dikhabarkan akan ganjaran syurga di dunia lagi.

4) As-Siddiq  adalah gelaran yg sangat sesuai untuk Saidina Abu Bakar ra kerana beliau membenarkan setiap apa yang Nabi saw perkatakan tatkala orang lain dalam keadaan yang ragu-ragu untuk membenarkan peristiwa Israk wa Mikraj.

5) Tersangatlah mudah untuk Allah swt menciptakan kenderaan yang tersangat laju iaitu seekor Buraq yang mampu membawa Nabi saw dari Masjidilharam di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin, dimikrajkan ke langit kemudian kembali ke Makkah hanya dalam tempoh satu malam..

6) Walaupun solat dikurangkan kepada 5 waktu dari asalnya 50 waktu, tetapi ganjarannya tetap 50 di mana setiap waktu digandakan 10.. 

p/s: 
-jangan tinggalkan solat.. risau-risau, tidak diterima amalan kebaikan kamu yg lain kerana rosaknya solat kamu.. hidup tanpa solat adalah serabut, byk masalah dan memeningkan..
-wahai diri, bangunlah utk solat malam kerana ia adalah amalan penghampiran kepada Allah..
-maaf.. entri ni kelihatan agak serius.. hidup kadang2 kena serius.. (",)

10 comments:

nursakinah said...

-manusia tidak boleh memberi kebahagiaan. semua akan meninggalkan dan ditinggalkan kita..
-solat sebagai ganjaran. setuju betul.. (^^)d

IBNU ARAHMAN said...

btul tu solat adalah tiang, pkara yg utama dlm agama. org yg robohkan agama bkan lah org2 kafir tp adalah org yg tnggalkan solat. MA`A ZALLAH...

Afida Anuar said...

Ironinya, banyak keruntuhan akhlak, jenayah, dan macam-macam lagi perkara buruk yang dilakukan oleh orang islam.. adalah disebabkan mereka tidak solat.

s a r said...

assalamualaikum.

hm, ironinya masih ada 'manusia senget akal'(langitilahi.com). ~maaf, saya suka ayat ni. :D

setuju, rosak solat, rosak segala kebaikan yang kita lakukan.

liyana said...

hmm..btull.
bru dgr pengisian pasal israk mikraj td..

nurkass said...

sesungguhnya solat itu tiang agama..thanks for sharing..

ps: tanpa tiang,robohlah rumah kan..:)

Norsha said...

Solat....umpama kepala kepada badan !

sea_lavender said...

stuju3 sgt dgn entry nie..cramah sye israk mikraj ari tu waktu join pn sme~tekan kan peri pentingnya solat dalam kehidupan kte...ketenangan mustahil hampir kte jika kte sendiri tk berusaha dktkan pd Dia Yang Maha Pemberi...

Marina Ali said...

Salam Tuan Fuad,semua bercakap ttg kptgan solat ek,akakpun nak tumpang jugak,solat yang sempurna menjadikan amalan kita yang lain juga sempurna,tapi kalau solat dengan kelalaian tidak tawajuh pada Allah, maka amalan kita yang lain tidak ade kesempurnaan jugak,solat akan megutuk dan menghina kita kembali,MasyaAllah moga Allah beri pada kita HAKIKAT SOLAT KHUSYUK N KHUDUK sepertimana solat Rasullah SAW dan para sahabat.Allahumaa Amin!

fuad ansari said...

sakinah siddiq:
maka carilah harta iman dan amal.. nescaya ia akan terus bersama kita..

ibnu arrahman:
benar tuan.. ironinya kita selalu memandang ringan perkara solat..

kak afida:
ironinya, banyak masalah akan dapat diselasaikan jika kita bersolat..

s a r:
kereta rosak ok lagi, jgn solat yg rosak.. (",)

liyana:
israk wa mikraj.. peristiwa besar dalam kalendar ummat islam.. harus diperhalusi dan diambil iktibar..

kak nurkass:
Allah jugak yg hebat kerana menciptakan langit tanpa tiang.. (",)

cikgu norsha:
takde kepala boleh membawa maut.. (",)

syazwani:
bila tidak hampir kepada Pencipta, maka tiada ketenangan.. bila tiada ketenangan, maka manusia akan cuba mencari ketenangan pada jalan yg salah seperti di kelab2 malam.. hurm...

kak marina:
Wsalam wbt.. Benar2.. solat yang mempunyai hakikat, tawajuh dan kesempurnaan dapat mencengah kita dari perkara-perkara yang mungkar dalam kehidupan seharian kita... Allahumma amiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...