Saturday, December 31, 2011

PeRKaTaaN MeLaYu YaNG SuSaH NaK SeBuT..

Samada kita perasan atau tidak, ada beberapa perkataan yang kita susah nak sebut..
  
1) Pemandu di hadapan memandu sangat perlahan:
Golongan pertama: Lembab macam kura-kura betul la kereta depan ni..
Golongan kedua:: Dia ni tau bawak kereta ke tak ni..
Susah nak sebut: Mungkin dia ni baru belajar bawak kereta kot..

2) Ada orang yang memandu sangat laju:
Golongan pertama: Kalau eksiden kat depan tu, memang tak tolong dah..
Golongan kedua: Mentang-mentang enjin power..
Susah nak sebut: Mungkin orang tu dalam kecemasan kot..

3) Melihat wanita yang berpakai seksi:
Golonga pertama: Macam tempah tiket neraka dah gayanya..
Golongan kedua: Mungkin harga kain mahal sekarang ni... Tapi tak jugak, semakin sedikit kain, semakin mahal..
Susah nak sebut: Semoga dia beroleh hidayah dari Allah swt..

4) Melihat lelaki meninggalkan Solat Jumaat:
Golongan pertama:: Nama je Islam, tapi tak solat..
Golongan kedua: Macamana la hidup dia ni nak tenang kalau tak solat..
Susah nak sebut: Salah saya la sebab tak sungguh-sungguh buat usaha agama sehingga ummat semakin jauh dari agama.. 

5) Melihat isteri pemimpin membuka aurat:
Golongan pertama: Isteri sendiri tak boleh nak urus, inikan pulak nak urus negara..
Golongan kedua: Takde harapan negara ni membangun sebagai negara Islam kalau pemimpin macam ni..
Susah nak sebut:  (isi tempat kosong)

p/s: sape jawapan terbaik, nanti saya bagi hadiah.. 

erm.. nak bagi hadiah ape ye??
oh, baru saya teringat...
saya ada terbaca kat sini, hadiah yang terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.. 
takpun, nanti saya hadiahkan al-fatihah je lah...   ok kan... (",).. 

28 comments:

blog-tips-kurus said...

kalau doakan orang tanpa orang tu ketahui, sangat makbul tau! tlg doakan saye ye. tq. :-)

Aween Md Zahir said...

susah nk sebut : moga isteri pemimpin itu buat majlis ilmu lebih byk dan bergaul dgn isteri2 pemimpin yg boleh berkongsi ilmu dgnnya :)

susah nk sebut : oh ! final exam tahun depan, lambat lagi..hehe

Afida Anuar said...

5) Melihat isteri pemimpin membuka aurat:

Golongan pertama: Isteri sendiri tak boleh nak urus, inikan pulak nak urus negara..

Golongan kedua: Takde harapan negara ni membangun sebagai negara Islam kalau pemimpin macam ni..

Susah nak sebut: (Ya Allah, kau tunjukkan rahmat dan kasih sayangmu pada Kak Ros(tiada kaitan antara hidup dan mati..hehe), tunjukkanlah dia jalan yang benar lagi lurus. Moga2 dia beroleh hidayah untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa...Ameen,insyaAllah)

:)

Cikgu Ma said...

susah sangat nak sebut saya sayang awak...sebab tak da "cayang" =)

***ikan dicuri oleh Ramli

As said...

Aaa memula teringin nak geletek je perut kucing tu yang sangat menggeramkan. :D

Erm memula ingatkan susah nak sebut sebab dia tongue twister. Lalalala.

If rasa nak melontarkan kata-kata yang tak best, adalah sebaiknya diam sahaja rasanya. Paling banyak contoh dia bila drive kot kat Msia ni. :)

Moga Allah kurniakan kita lisan yang bicaranya baik-baik, tidak mengecilkan hati sesiapa, tidak membuat si pendengar rasa sakit.

Sekarang ni kisah lisan bukan sahaja di mulut, tapi dengan dunia cyber ni, kisah lisan termasuk apa yang ditaip jugak rasanya. Rasanya, ye dak? :)

Egg Head said...

Melihat istri pemimpin membuka aurat

susah nak sebut:moga pemimpin kita dapat tambah istri lagi satu...huhuhu

Sha said...

ssh nk sebut: semoga suaminya diampunkan Allah kerana tak mendidik isterinya untuk menutup aurat, dan sedar seterusnya menyedarkan dan mendidik isterinya dalam penutupan aurat yang sempurna... *erk ayat tunggang langgang*


jwpn ini mgkn bkn jwpn terbaek..tapii sy tetap jgk nk doa dr bro fuad..hehe doa yg baek2 yer untuk sy..tq~ :))

ukhti,mardhiah said...

susah nak sebut: P.M manusia biasa juga,dia dah didik tu, sedangkn nabi Lut pun,xdpt bwk isteri dia taat Allah. Allah y pilih nak bagi hidayat kat org ni....

tehr said...

Susah nak sebut: (susah... susah...)

memang susah

al-lavendari said...

kalau melihat isteri pemimpin membuka aurat, kita kata ..

"semoga Allah mengampunkan dan memberi petunjuk kepada dia"

Norsha said...

melihat isteri pemimpin membuka aurat...

susah nak sebut; rasa2nya kalau semua rakyatnya (kaum hawa)tutup aurat, isteri pemimpin tu pun lama2 dapat hidayat...doa je lah kat dia ye...

btw...gambar kucing tu comella..

Unknown said...

salam..

jawapannya no 5

mudah2an Allah bukakan pintu hati si isteri (kak Ros bukan nama sebenarnya heheh)dan Allah beri dia hidayah..aminnnn.

Unknown said...

Salam,
Bagus enri ini .... LF nak sebut byk perkara di sini tapi msalahnya susah LF nak sebut ..

EJA said...

mungkin pemimpin sibuk, semoga isteri nya mendapat hidayah dan petunjuk dari allah..

salam ukhwah jemput ziarah, follow dan berikan pendapat sedikit disini..syuqran jazilan

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/01/aku-dan-kamu-ibarat-pensil-dan-pemadam.html

~PENCHENTA~ said...

Susah nak sebut: Semoga suami dia dapat selalu turun majlis ilmu dari sibuk duk tuang manifesto. Hah!

Eh. Kalau nak bagi hadiah pun tak perlu ada sebab kan?

Moh jelah doa untuk semua.
Tapi saya nak lebih!

Doakan Dia permudahkan nak jawab exam ni. ;)

Sarah Syazwani said...

semoga diberi hidayah..aminn

ewanthology said...

kesimpulannya : berbaik sangka

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm,..

susah sebut: Allah nak bagi dia lagi peluang kecapi hidup :D

terima kasih encik atas doa.
sama2 lah kita. kekadang yang tak buat semua benda tu pun terlajak jugak kan.. :)

p/s- no,2. biasanya kalau nampak kereta laju, mulut saya ni cepat benar berkata : agaknya ada orang nak bersalin. :D

Mindaberbisa said...

Berprasangka baik sesama makhluk :)

fuad ansari said...

blog-tips-kurus:
nanti sy doakan awk kurus.. (",)

aween:
oh!! final exam tahun ni.. yes.. selamat ambik exam.. (",)

kak afida:
oh kak ros.. sy kenal... kak afida punya akak kesayangan kan.. (",)

cikgu ma:
ada2 kan lah.. (",)

**mujur Ramli terselamat.. (",)

kak as:
yup.. sometimes silence is better than speech.. (",)

tuan jabbar:
idea yg bernas.. boleh diperpanjangkan lagi kepada yang terlibat.. (",)

sya:
sy doakan agar sya dapat ambik ubat walaupun dengan tutup mata.. (",)

mard:
yup.. betul jugak tu..

mr. tehr:
kan sy dah kata, mmg susah.. (",)

pakngah:
amiiiiinn.. (",)

cikgu norsha:
kita sama2 doakan.. (",)

nyanyisunyi:
nama sebenarnya, ape? (",)

uncle LF:
wsalam wbt..
takpe.. sy faham masalah tersebut... (",)

fuad ansari said...

eja:
insyaAllah, akan berkunjung..

tyah:
itulah tyah tak tau.. tuang manifesto lagi best dari tuang air kopi..

nak doa lebih ye..
moga bibah dapat kawin dengan hamdan.. ke camne? (",)

kak sarah:
amiin.. mudah2an..

tuan iwan:
kesimpulan tuan juga kelihatan baik..

sha ar:
saya kalau tgk kereta laju, sy sebut.. mungkin sha yg nak bersalin.. (",)

kak syikin:
benar.... sy juga sedang bersangka baik yang akak akan sentiasa doakan kebaikan utk saya.. (",)

APAN said...

da nama mulut...biasa main lps je.jadi gitu la.tu pasal payah nak sebut tuh.haha...

mls nak jawab.aku xnak hadiah...harapkan doa ko tu je bro :)

nurkaloi said...

susah nak sebut : mungkin itu amanat dari seseorang untuk dye :P chooii

Liyana Zahim said...

Smoge istri pmimpin dok snyp2 kt umah buat kuih lepat pisang dri dok sibuk hal negara pdhl habok pon tarak.. Pehtu dok umah berhiasla utk suami shj.. Nk bukak orat ke bukak hape ke sukatilah..

P/S: Kalo ssh nk sebot mgkin tak pjg cani ayt die.. Ni kategori harus disebut.. Wakakaka..

Menusuk Hati said...

selagi nafas dia belum berhenti sepenuhnya,selagi itu dia ada peluang untuk darjatnya di akhirat sejuta kali lebih tinggi daripada orang yang berkumpul secara aman di jalan TAR

fuad ansari said...

apan:
kalau cakap pasal orang, memang sedap rasanya.. (",)

kaloi:
ada pulak orang nak bagi amanat lagu tu.. (",)

liyana:
dah kena tambah lagi satu column utk harus disebut pulak dah gamaknya.. (",)

tuan saiful:
yup.. kadang2 kita tak tau pengakhiran hidup seseorang tu macamana kan.. ada orang terjatuh pada awalnya, tapi bangkit menamatkan perlumbaan dengan cemerlang.. (",)

Azren Putra said...

5) Melihat isteri pemimpin membuka aurat:
Golongan pertama: Isteri sendiri tak boleh nak urus, inikan pulak nak urus negara..
Golongan kedua: Takde harapan negara ni membangun sebagai negara Islam kalau pemimpin macam ni..
Susah nak sebut: SALAH AKU JUGA SEBAB TAK CUBA TEGUR SECARA PERIBADI, WALAUPUN SEKADAR MENGUTUS SURAT

fuad ansari said...

kim putra:
tetiba teringat pernah terbaca surat dari seorang pelajar lelaki kepada isteri PM... ternyata pelajar tu sudah senang utk menyebut.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...