1) Ahmad mempunyai dua pilihan iaitu Aminah dan Hajar sebagai calon isteri. Ahmad akhirnya memilih Aminah. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Jodoh telah ditentukan oleh Allah swt..
b) Manusia berhak memilih jodoh mereka..
c) Manusia memilih jodoh mereka tetapi hakikatnya ia merupakan ketentuan Allah swt..
d) Manusia tidak mampu memilih jodoh mereka bahkan ia ditentukan oleh Allah swt..
e) Rugilah Ahmad kerana tidak memilih kedua-duanya..
2) Johari memilih untuk membunuh diri akibat tekanan hidup. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Ajal maut telah ditentukan oleh Allah swt..
b) Johari telah menentukan waktu ajalnya sendiri berbanding waktu ajal yang telah ditetapkan oleh Allah swt..
c) Johari kelihatan telah memilih waktu ajalnya tetapi hakikatnya ia telah ditentukan oleh Allah swt..
d) Johari tidak mampu memilih waktu ajalnya bahkan ia berlaku dengan ketentuan Allah swt..
e) Johari membuat pilihan yang salah..
3) Kassim seorang yang miskin. Dia bekerja keras untuk hidup dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya, tetapi dia masih tetap miskin seperti dahulu. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Kaya atau miskin seseorang adalah ketentuan Allah swt..
b) Kaya atau miskin seseorang berkadar langsung dengan usaha seseorang itu..
c) Kassim kelihatan telah berusaha untuk menjadi kaya tetapi hakikatnya kaya atau miskin telah ditentukan oleh Allah swt..
d) Usaha Kassim tidak mampu mengubah dirinya menjadi kaya bahkan kaya atau miskin itu berlaku dengan ketentuan Allah swt..
e) Pekerjaan Kassim bukanlah jenis pekerjaan orang-orang yang kaya..
28 comments:
assalamualaikum encik.
(picit kepala tetiba baca soalan2 nih. ;D)
eh, baru perasan takda pilihan jawapan 'penyataan semua adalah betul' hee.
1. c
2. E
3. B - erm, Allah takkan mengubah nasib kaumnya melainkan dirinya sendiri kan... :)
jawapannya:jodoh,ajal maut,rezki dan pertemuaan,Allah s.w.t telah tetapkan 50 ribu tahun sebelum Allah s.w.t ciptakan langit dan bumi.Kini tinta telah kering dan buku pun telah ditutup....tapi malang satu perkara Allah Taala tidak tetapkan iaitu iman....jadi insyallah..kita semua kena usaha atas iman...insyallah...
Salam!
Jawapan 1 - Semoga jodoh berkekalan.
Jawapan 2 - Al-Fatihah.
Jawapan 3 - La, kan ade BR1M? Kassim tak mohon ke?
Utk thn 2012, watak Ramli dimatikan ke?
=p
'hakikat'...
1. A
2. A
3. B
jawapn saya
1) e
2) innalillah..
3) semua di atas.
kalo salah jawapan saya, sila sebat ramli..sebab saya tiru jawapan dia..=)
gurukah aku???
1. E
2. C
3. E
kan best soalan agama masa spm dulu gini heh~ smooth jak menjawab ;p
jap nak hentam.
C, E, soalan 3 tu kalau dlm exam saya akan tinggal kosong. boleh? hihi.
a'ah la.. mane ramli?
Akak jawab semua A!;)
suka soalan aneka pilihan macam ni
dah tentu semua aku boleh tanda jawapan
hehe
betul salah nanti2 la kira
yang semoleknya berusaha, bertawakkal dan bersyukur
alamak boleh jadi penggubal soalan spm kerts 3 lae... ada ke kertas 3??? amali koot...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Wah, soalan bocor! haha
Asudah! soalan darjah berapa ni?? hehe....
jawapan saya....
f) hanya ALLAH je yang tahu.....
(pepandai je menambah jawapan!) hihi...^_*
arrrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhh
baling dadu jap
hahahah
jawapan bergantung kepada tahap iman seseorang :-)
nak ambik pensel pastu nak kaler kt sume yang bertanda A B C D
Tak ada pun jawapan yang saya berkenan nak pilih..
*sorry fuad, clinically, we have answers subjectively. Hehe*
Everything is written by Allah already, what and when. Wasilah dan asbab ditentukan kita, directly or indirectly..
Banyakkan usaha n doa semoga things always go in ways Allah love..
Kalau kakak masuk periksa tentu gagal sebab kakak rasa semua list betul belaka. Apa-apa pun segalanya telah tertulis di loh mahfuz... tapi keimanan yg kental membuat manusia punya akal yg panjang...
Hrp maaf, sy lmh soklan objektif.. Hehhehe.. :D
erk..bleh tiru x? ngeee ;p
...okay, masa dah tamat. Letakkan pensel,cikgu akan kutip kertas jawapan kamu untuk ditandakan.
Siapa yang dapat markah paling
tinggi, cikgu akan beri hadiah,
tapi siapa yang jawab salah cikgu
denda baca quran 3 mukasurat, setuju
tak....?
Kalau tak lulus ujian ni maknanya tak llus ujian imanlah ye?
Haiyok!
Takut nak jawab.
sha ar:
wsalam wbt...
ada jugak orang yg lahir atas duit.. takyah usaha dah kaya.. (",)
tuan jabbar:
benar tuan, benar.. insyaAllah, azam... (",)
fara:
wsalam wbt...
ramli sedang muhasabah diri.. (",)
iqa:
yup, hakikat tu point paling penting.. (",)
kak syikin:
hampir tepat.. (",)
cikgu ma:
anda meniru.. takde markah di situ.. anda dihukum gantung sekolah.. (",)
tuan izmer:
jawapan pertama anda mmg banyak markah.. (",)
jiha:
itulah, diorang taknak suruh saya buat soalan.. (",)
cik gee:
tiga soalan pun nak tinggalkan kosong.. macamana nak lulus.. (",)
ramli tgh solat taubat.. (",)
kak afida:
ada harapan dapat gred A.. (",)
mr tehr:
takut2 takleh nak kira markah je kalau semua salah.. (",)
kak aimaniman:
penggubal soalan? marah jabatan pelajaran kalau sy buat soalan lagu ni.. (",)
noorieda:
wsalam wbt..
ini soalan darjah satu.. (",)
bagus jawapan tu.. ringkas dan tepat.. (",)
nurkaloi:
soalan senang je lah..
baling dadu lagi susah dari jawab soalan ni..
tuan iwan:
dan semua orang harus ada keimanan dan keyakinan yg betul.. (",)
TH:
ish.. jangan membazir karbon pensel tu.. (",)
pqa:
good answer, pqa..
lupa nak bincang dengan pqa masa buat soalan ni.. (",)
kak zakie:
petua nak jawab soalan ni adalah, cuba akak rasa semua jawapan tu betul2.. mana2 yg lebih manis, mungkin itulah jawapannya.. (",)
liyana:
sy tau, kalau soalan esei, anda boleh score lebih.. (",)
cik shinju:
boleh... tapi lepas tu kena repeat paper.. (",)
cikgu norsha:
setuju.. (",)
kalau denda jenis macam ni, mungkin sistem pendidikan negara akan bertambah maju.. (",)
tuan saiful:
dah lama tak pegang pen merah.. dapat pegang, best gak ni.. (",)
tuan bijen:
jgn risau.. insyaAllah, tuan punya iman di tahap yg baik.. (",)
nak jawab jgk..
1) c
2) e
3) d
yana-feehily:
lain orang lain jawapannya erk... sehingga membuatkan sy (yg tak berapa nak pandai ni) rasa seperti mahu menyemak semula skema jawapan asal.. (",)
kepada semua:
kalau ikut skema jawapan asal, semua jawapan adalah c...(",)
kelihatan, rumah tua@iqa dengan jawapan yg paling tepat..
(",)
Post a Comment