Thursday, January 19, 2012

KeBiaSaaN BuKaN KeMeSTiaN..

Ramli: Bukan main mesra lagi Sudin tu..
Ajis: Iyelah, bukan main lagi berkepitnya tu.. 

Beberapa minggu kemudian, Sudin berkahwin.. 

Ramli: Aik, dah tak berkepit dah aku tengok Sudin tu..
Ajis: Diorang dah puas berkepit kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
__________________________

Ramli: Amacam majlis tunang ko, Ajis..
Ajis: Ok, selamat..

Tak lama lepas tu, putus tunang..

Ajis: Jemput datang kenduri kawin aku bulan depan..
Ramli: Dengan siapa?
Ajis: Adalah.. dengan orang lain..
Ramli: Tak bertunang dulu ke?
Ajis: Tak..
Ramli: Kau dah puas bertunang kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
_________________________

Ramli borak-borak sama Sarip.. Tua sikit je dari Ramli tapi anak sudah 4.. 

Ramli: Abang dulu kawin umur berapa, ramai dah anak.. Besar-besar pulak tu..
Sarip: Umur 21 dah kawin.. Masa tu kerja kilang je tapi gatal nak kahwin.. 
Ramli: Isteri abang kerja ke?
Sarip:  Tak..
Ramli: Cukup ke belanja makan semua..
Sarip: Alhamdulillah, apa yang abang makan, itu yang isteri dan anak-anak makan.. Apa yang abang pakai, itu yang mereka pakai.. Isteri pulak jenis tak meminta-minta.. Takde la kata nak mintak gelang emas ke baju baru ke.. Apa yang abang bagi, itu yang dia ambik.. Kalau abang ada lebih, bolehlah bagi lebih.. Kalau tak, dia tak bising.. 
Ramli: (senyap tak kata apa-apa.. sedang belajar dan memahami erti kehidupan.. patut la Ramli tengok anak dia pakai kopiah yang asalnya besar tapi dijahit menjadi kecik.. sekurang-kurangnya Ramli harus bersyukur dengan kehidupannya sekarang..)

p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni..

22 comments:

faraherda.razalan said...

...agak2, si Ramli nie boleh dikategorikan sbg org yg suka mengumpat dan suka menyindir tak? Heheheheh....

Kebiasaannya begitulah tapi bukan kemestian, kan?

Walau mcm ne pun, Ramli kena ucapkan terima kasih kpd Sarip sbb Sarip berjaya bt Ramli bermuhasabah diri tentang erti bersyukur dgn kehidupan yang dia ada skg...

=p

sea_lavender said...

cerita menarik ~ buka mata sikit dgn zman skg yg suka mengambil mudah dlm pe2 pn~huhu~~

Afida Anuar said...

apa jua, semuanya soal keberkatan dan keredhaan. Sedikit tapi mencukupi. Banyak tapi tak cukup..

sebelum kahwin bukan main mcm dah kawin, tapi kenapa lepas kawin macam sorang di berjalan ke utara, sorang berjalan ke selatan.. maknanya, ada la tu yang Allah tak redha iyer dak?

Ismi Ijmi said...

Ramli: Ajis, bila ko nak kawen.
Ajis: Emmm, muda lagi, malas fikir kawin2 ni..

Ajis berlalu dengan muka selamba.

Fuad yang setia mendengar perbualan dua orang ini lantas mendekati Ramli dan membisik;

Fuad: Ramli, dia dah betunang dah 3 minggu lepas.

Hehe.Tunang takleh heboh...

Norsha said...

org kata biasanya kalau pasangan dh kawin, dalam kereta mesti senyap tapi tak semestinya yang riuh bersembang dlm kete tu belum kawin, betulke cam tu ramli ?

~PENCHENTA~ said...

Oh. Baru baca tadi. Rumah Rasulullah dan Aisyah cuma sebesar 6-7 hasta. Dan pernah 40malam berturut tiada lampu mahupun pelita. Dan tiga hari berturut2 tidak makan. Dan peruntukan makanan untuk isteri Rasulullah untuk setahun tak pernah sampai setahun, pasal banyaknya depa duk bagi sedeqah kat orang lain.

Oh!

s a r said...

assalamualaikum encik fuad. :)

erm, nampaknya kesenangan dan kekayaan bukanlah menjamin kebahagiaan. kan bagusnya nikmat syukurkan. rasa cukup je selalu wpun pada mata orang lain serba kekurangan.

p/s- uncle goo dah pulangkan balik blog encik semula. alhamdulillah. cuma tajuk entry sperti dialih bahasa. semalam dah panik dah ada blog2 lain pun kene delete trmasuk blog encik. uhu :D

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...dah ok dah ni... blog1 dan blog2...

yeayyy boleh la akak baca cite ramli lagi lepas ni;)

Cikgu Ma said...

blog dah boleh buka ni... =)

errm, ramli keje apa?hehe

Nida said...

Salam..

Bila ada yang melanggar kebiasaan, mesti ada sahaja yang akan berbunyi nanti "kenapa? sebab apa? bagaimana?".. mulut manusia susah nak ditutup

RHI said...

kehidupan rumahtangga kena saling memahami..dan bersyukur dengan apa yang ada

Mindaberbisa said...

Keberkatan. Alhamdulillah.blog sudah kembali ke asal. Syukur.

Unknown said...

itu pasal TH buat mjlis tunang kecik2 je.antara famliy TH nga bakal tunang je...



*dalam ni dh xjadi rahsiakan..uhuk2..

AHLIA NAIEM said...

salam..

cuba sedaya mungkin dlm kehidupan ini hidup sederhana seperti Rasulullah dan sahabat..

APAN said...

sarip jugak yg menang...realitinya pun gitu la kan.tpi x ramai yg berani buat :)

Hidayatullah said...

pergh.. cite anak sarip last skali tu touching abes.. kopiah besar dijahit menjadi kecik.huhu

RuMaH TuA said...

Berusaha memahami apa itu keberkatan...

Rafi Harumin said...

Catatan yang menarik dan memberi.

Terima kasih.

fuad ansari said...

Fara:
Sebenarnya, Ramli bukan macam tu.. Cuma, Ramli cuba2 untuk ambil watak orang lain.. (",)

Syazwani:
buka mata dan hati.. (",)

kak afida:
itulah tu.. mungkin jugak kerana sebelum kawin dah puas menikmati nikmat selepas kawin.. (",)

tuan izmer:
betul jugak tu.. takyah heboh2, wat rileks je.. (",)

Eh eh, Fuad tu menyelit pulak kat situ.. ",)

Cikgu Norsha:
Kalau cikgu norsha yang dalam kerata, memang riuh..

jadi teori yg mengatakan yg riuh dalam kereta tu belum berkahwin telah pun disangkal oleh cikgu.. (",)

tyah:
ironinya, tak pernah lagi dengar isteri Nabi saw merungut rumah yg sekecil itu dengan byk perkara yg kurang... mungkin itulah natijahnya bila hati tidak ada keduniaan.. (",)

s a r:
wsalam wbt..
sebab tu tak hairan kalau ada orang yang dah senang dan kaya pun, bunuh diri kan.. (",)

mujur uncle goo baik hati pulangkan balik.. baru tau, ramai jugak yg menghadapi perkara yg sama.. (",)

kak afida:
lepas ni tukar watak.. takmau lagi ramli... watak baru nama dia afida.. boleh tak?(",)

cikgu ma:
ramli tu kadang2 jadi seniman, kadang2 jadi pendekar, kadang2 jadi bujang lapok je.. (",)

kak nida:
wsalam wbt..
mulut kalau susah sgt nak tutup, petuanya sediakan cili satu balang.. (",)

fuad ansari said...

kak yatie awang:
kebiasaannya para isteri yg punya keinginan untuk ada rumah yg lebih besar, betul ke? (",)

kak syikin:
ingatkan dah takde harapan dah.. ada rupanya..

TH:
ramli kata, jgn tunang lama2 sgt ye.. dia dah tak sabar nak makan nasi minyak.. (macamlah ada orang nak jemput ramli tu kan..)(",)

ahlia naiem:
wsalam wbt..
saya pun kena cuba jugak nampaknya.. (",)

apan:
sarip, samsung kampung dusun.. mestilah dia yg menang..

hidayatullah:
tuan pun boleh tiru2.. (",)

rumah tua:
cuma ramli dapat simpulkan bahawa keberkatan itu adalah bila yg sikit sudah mencukupi.. (",)

ashrafi:
sama2.. menarik dan memberi?? puas jugak nak menghadam ayat ni.. (",)

Mindaberbisa said...

Positif menjadi positif. Encik Fuad dah dapatkannya bukan? suka singgah dan baca karya di sini. :)

fuad ansari said...

kak syikin:
(",).. terima kasih kerana sudi singgah.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...