Monday, January 23, 2012

PeNGaLaMaN MeMBeLi RuMaH


Hari itu Ramli jalan-jalan cari rumah.. Ramli jumpa dengan jurujual rumah di sebuah kawasan bandar baru.. Besar betul bandar baru tu.. Banyak rumah yang hendak dijual..

Jurujual: Bos, mau beli rumah ka?
Ramli: A'ah, ada kosong lagi ke?
Jurujual: Ada, saya kasi tunjuk sama u aa... Ini rumah paling murah.. RM250,000.. Tapi dekat sikit sama pencawang.. U tambah 4 ribu, saya kasi u, rumah sebelah bukit.. Depan jalan besar, tambah 8 ribu.. Depan taman permainan, ini confirm u suka punya.. Tambah 20 ribu..
Ramli: Mahal jugak tu tauke..
Jurujual: Kalau itu macam, saya kasik u ini rumah.. murah dan aman tenteram.. 
Ramli: Ini rumah, kawasan mana tauke..
Jurujual: Ini rumah, sebelah kubur... Tiap-tiap kali u tengok kubur, u akan ingat mati dan banyak buat baik.. Orang pun, jarang lalu lalang dekat sini, amacam ok?
Ramli: Patutnya rumah ni la yang paling mahal, tauke.. Ermm, ok jugak ni.. Saya pun belum pernah dengar hantu makan orang..

p/s: 
Kubur adalah rumah yang berikutnya untuk kita semua..

Rumah kat atas tu RM1.3 juta.. Kalau Ramli beli jugak, boleh jadi, kais tanah makan tanah, kais dinding makan dinding.. 

Kalau orang datang rumah Ramli dan tanya, 'Kenapa dengan dinding rumah kau ni, Ramli". 
Ramli leh jawab, "Hari-hari aku kikis buat makanan..."
(",)

37 comments:

Cikgu Ma said...

boleh tak nak berjiran dengan ramli?ada rumah kosong lagi??

tehr said...

aku beli rumah kat kampung je
tak la sampai berjuta

sea_lavender said...

ikhtibar sbnrnya ni~
tak pyh memilih sgt rumah ..
ingt kematian yg pasti rumah didiami sebelum hari kebangkitan =_='

umu6point said...

hmm..bagus juga tips membeli rumah tu. dekat dengan kubur, dah tentu dekat dengan masjid kan? jadinya, InsyaAllah lah orang lelaki dalam rumah nanti mampu nak jaga solat berjemaah..hmm.. akan di ketengahkan nanti time mesyuarat membeli rumah..hehe

s a r said...

assalamualaikum encik. muhdfuad.

erm ada sorang nenek pernah kata dengan saya. kenapa perlu rumah sebesar alam andai isinya tak pun sebanyak mana. lama2 rumah tu jugak yang menimbus kita. takdapat nak dibawa ke mana.

p/s- semua orang inginkan keselesaan kan. tapi rasanya ramli lebih bijak memilih. tak perlu dinding rumahnya nanti jadi senipis kertas sebab asek kena buat gulai je. :)

mhafiz_ydin said...

Rumah bungalow, rumah panjang, rumah pangsa, apartment, kondo, teres.. apa2 pun tak kisah. Yg penting amalan rumah. :)

RuMaH TuA said...

Yang penting amalan rumah. (setuju) ^^, Rumah harga berapa pun yang pntg sedia untuk terima j. masturat...

"Kalau d Rumah Tua nak kikis ap?"

نور توفيقة ادريس said...

Nanti nak buat rumah dekat dengan masjid..

Rasa best sangat rumah Rasulullah n isteri2 "melekat" dengan masjid..

Comel je kisah Aisyah sikat rambut Rasulullah elok2 depan pintu rumah dyorang which is also pintu masuk masjid:')

~PENCHENTA~ said...

Hah! 1.3juta? Tu rumah tepi TTC kan? Gila ah! Haha. Tgk rumah dekat Mutiara bangi pun dah nak termuntah. Sokmo besar. Tapi ada masjid baru buat kat situ kan? Alhamdulillah. Masjid pun nampak lagi besar dari rumah, baguslah. Haha.

Rumah mana Rameli beli? Tak pernah pun nampak kubur kat bangi. Ha! Ha!

Bijen M. said...

Maulana Yusuf kata biarlah rumah kecik, buruk tak macam istana pun.
Kalau hidup amalan, bom atom jatuh pun tak meletup.

RHI said...

memang mahal pun rumah tu..Alhamdulillah kalau masih ada tempat tinggalkan? tak kisahlah kat mana

al-lavendari said...

tak salah beli rumah besar kalau mampu dan dari punca yang halal. kalau kita kaya raya, tapi masih duduk rumah setinggah, orang kata kita kufur nikmat pulak.

APAN said...

haha...pandai lak jurujual tu pikir pasal mati ye.ingat ke apek dah tadi...
bes giler rasa dpt beli rumah muda2 gini.kena usaha lebih lagi la nmpknya :)

ramli gak sedap, ada dah rumah

Ismi Ijmi said...

1.3 juta.. heh.
kat Kubang Kerian satu tapaka tanah dah setengah juta, kes ada HUSM.
kalau nak naik rumah lagi, buat gulai batu-bata lah nampaknya..:-)

Nazihah@Jiha said...

agak2 ar beli rumah heh~
yg penting dapat berteduh anak beranak kn :)

nam said...

assalamualaikum wbt..

bestnya ramli.. nak beli umah..
nam baru2 ni pun ada tgk2 nak beli umah.. skim rumah pertamaku.. hehe..

rumah kat kubur ok jugak. hari-hari bila keluar akan ingat mati.. insyaAllah.. bukan setakat ingat, tapi kena buat amal.. baru balance.. (membebel pulak nam ni)

Kakzakie Purvit said...

Rumah ini persinggahan sementara saja... ikut style kakak janji selesa tak kena hujan/panas, boleh tidur lena, makan selesa, beramal-ibadat khyusuk seadanya syukurlah...

Beli mahal-mahal tapi kalau nak makan kena kikis dinding buat apa.

Mindaberbisa said...

Cina pun tahu ingatkan pasal "mati".

couverv said...

impian nak beli rumah 2-3 juta tu ada gak, try la jadi broker tanah, entrepeneur ke

~kueh~ said...

assalamualaikum,
ehm, rumah tepi kubur tu ada kubur cina ke pkuburan Islam??kalau pkuburan Islam xsalah nk wat umah kat c2. bercahaya selalu rumah tu (",)he2.

insaf2. kalau sebanyak manapon harta kita, kalau x berada di jalan Allah, tidak berguna jugak. t kat kubur xblh nak tanam skali ngan harta coz xmuat ^^,

"kais tanah makan tanah, kais dinding makan dinding" --> pepatah baru bg tahun ni..

Kamarol Azli Bahari said...

Rumah oh rumah...
xkira besar ke kecil..yang penting rumah itu 'bercahaya'

Pencacai Alim said...

terpana jap kna camtu..hehehe

Norsha said...

tak kisahlah ramli, rumah camanapun,
yang penting beli ikut kemampuan dan
yang lebih penting lagi, hidupkanlah amalan2 masjid dalam rumah tu....

Liyana Zahim said...

Hahha.. Makan dinding.. Sian ramli.. Kalo tak mampu beli saje kemah.. Buleh kais kemah lak.. Abis kemah beli kanopi lak.. Hahahahah..

amm_xgen said...

best gak kalau duk umah sebelah kubur nie, sebab time raya comform selamat dari rompakan kalau nak balik kg lama2.

erysweetie said...

ngehngeh.. kais tanah makan tanah, kais dinding makan dinding =p

aliza said...

entri yg penuh makna tersirat, korang berlumba2 dan bermegah2 dengan rumah juta2, akhirnya rumah korang tanah juga...

As said...

Salu lalu nampak rumah atas ni, memang agak admire lah.

Tapi habis takat tu jelah.
Duk baiti jannati pangkat pondok ni pun da rasa happy overloaded da, kalah duk dalam rumah besar macam istana. :)

fuad ansari said...

cikgu ma:
ada.. ada.. mesti ada... lebarnya tiga kali... panjangnya 7 kaki.. dalam pun tujuh kaki.. (",)

mr tehr:
kat kampung jugak yang murah dan mendamaikan..

syazwani:
itulah tu.. lagipun orang kata, biar rumah sepinggan, poket banglo..

puan umu:
alaa, kalau jauh dengan masjid, banyak sikit langkahnya ke masjid... banyak sikit pahalanya.. (",)

sar:
wsalam wbt..
kebiasaannya.. rumah besar, orangnya sikit sebab anak tak ramai..yang rumah kecik pulak, orangnya ramai..

mesti tak sanggup sar nak datang umah ramli sebab ramli hidang gulai dinding.. (",)

hafiz:
betul3.. (",)
seperti kata orang, some people can buy house, but not home.. (",)

ustazah iqa:
ramli kena azam utk terima jemaah masturat..(",)

kat rumah tua, kikis ilmu la, apa lagi.. (",)

pqa:
kalau rumah dekat masjid.. harap2 boleh selalu takbiratul 'ula bersama imam.. (",)

tyah:
mana nak mampu beli rumah kat bangi.. kenala beli yang luar bangi.. (",)

ada je kubur kat bangi.. kat teras jernang n kat sungai tangkas.. tapi kawasan bangi lama la kot.. bukan bandar baru.. (",)

fuad ansari said...

tuan bijen:
silap2 bom pun boleh dijadikan mainan budak2.. (",)

kak yatie awang:
itulah tu, dah ada tempat berteduh pun , dah kira ok dah.. janji poket ada duit.. dari beli rumah besar, tapi poket kosong.. (",)

pakngah:
duduk rumah setingga, tiba2 depan rumah ada mercedes 4 bijik.. (",)

apan:
alaa, apa nak risau.. kubur pun sejenis rumah jugak.. dah konfirm2 dapat masuk kubur punya.. (",)

tuan izmer:
masa nak bina HUSM, tuan tanah tu takde labur apa2 pun..tiba2 memandai pulak nak naikkan harga tanah sesuka hati.. (",)

kalau gulai batu bata, simpan sebulan pun tak basi.. (",)

jiha:
itulah tu.. tak tau ke yang tak lama lagi kena masuk rumah kubur.. (",)

nam:
wsalam wbt..
tak nak tgk2 rumah kubur untuk dibeli ke? eh lupa,rumah kubur takyah beli.. (",)

betul3.. ingat mati DAN buat persediaan utk mati.. (",)

kak zakie:
itulah.. ramli pun tak sanggup nak hidangkan gulai dinding kalau kak zakie datang umah nanti.. mau jugak, asal datang rumah ramli je, bawak bekal.. (",)

fuad ansari said...

kak syikin:
cina pun pandai dakwah jugak.. cina muallaf.. (",)

couverv:
risau jugak nak beli rumah 2-3 juta.. besar sgt.. takut ada berita, anak hilang dalam rumah.. (",)

ku faseha:
wsalam wbt..
perkuburan islam.. kalau kubur cina, tak sanggup.. (",)

lagi satu, takut jugak, tak sempat nak rasa nikmat rumah besar, dah kena masuk rumah kubur.. (",)

kamarol:
pasang banyak lampu pun, belum tentu "bercahaya" kan.. (",)

pencacai alim:
baru tau langit tinggi ke rendah.. baru tau kubur dalam ke tidak.. (",)

cikgu norsha:
betul jugak tu..

baru namanya rumahku syurgaku kan..

liyana:
best jugak beli khemah.. ari ni orang tanya, rumah kat mana, ramli leh jawab, rumah kat pahang.. esok orang tanya, ramli leh jawab, rumah kat perlis.. (",)

amm_xgen:
lagi satu, kalau bukan time raya, leh main2 dan bergurau senda dengan hantu.. (",)

erysweetie:
itu mujur boleh mengais.. (",)

kak aimaniman:
dari rumah berdiding batu, ke rumah berdinding tanah.. (",)

as:
tu lah tu, rumah besar belum tentu memberikan kegembiraan.. (",)

Ckin Kembaq said...

bila semakin kaya, semakin tak puas.
bila sederhana, insyaAllah akan merasa cukup...

p/s : bagus gak Ramli pilih rumah sebelah kubur, nak buat jahat pun tak boleh dah.. ^_^

faraherda.razalan said...

Nsb bek kikis dinding, klu kikis pasak? Mau roboh!

fuad ansari said...

ckin:
dah kaya, nak kaya lagi.. takde pulak orang yg kaya, amik keputusan utk banyakkan berehat di rumah dari terus menerus mengumpulkan harta... pelik jugak dunia ni kan..

fara:
tengoklah camne, kalau diding dah takde, kikis pasak pulak la.. dah roboh, senang cerita.. (",)

Aween Md Zahir said...

mak ckp nnt nk buat umah kt kpg kt jitra. tanah arwah nenek yg ayah beli dulu. dekat dengan mesjid & kubur. mak ckp biar kita sentiasa beringat yg ajal itu dekat dgn kita.

kakibiskut said...

argh,.. pedih jugak kene pancung tu..hehe

fuad ansari said...

aween:
untunglah.. (",).. ada tanah senang.. bila2 nak buat rumah pun boleh.. (",)

kakibiskut:
silap2 pancungan tu boleh mengakibatkan kematian.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...