Monday, September 12, 2011

KeNaPa PeRLu MaSuK uNiVeRSiTi??

Sessi pembelajaran di menara gading bagi pelajar-pelajar baru, baru sahaja bermula.. Semangat pelajar-pelajar baru masih membara.. Ditambah-tambah lagi dengan kedatangan bulan Syawal.. Berseri-seri nampaknya muka para pelajar sepertimana kuih seri muka.. Di sebuah kelas yang rata-ratanya pelajar perempuan yang kemungkinan besar akan duduk di dapur rumah sahaja selepas tamat pembelajaran, seorang pensyarah melakukan sessi suai kenal...

Prof Emeritus Dato' Dr. Humairi: Ramai sungguh pelajar perempuan nampaknya.. Saya nak tanya, kamu-kamu yang perempuan ni, apa tujuan kamu belajar tinggi-tinggi?? Bukankah apabila berkahwin, tugas mencari nafkah itu diletakkan di atas bahu para suami??

Afida: Saya belum tentu berkahwin lagi, Prof.. Adalah lebih baik saya mengambil langkah selamat dengan menuntut ilmu dan mudah-mudahan dapat kerja yang elok.. Dapat jugak lah meneruskan kehidupan ni dengan selesa, insyaAllah..

S A R: Susah jugak nak cari lelaki yang bertanggungjawab, Prof..   Jadi backup plan saya adalah dengan mempunyai kerjaya sendiri.. Lagipun bak kata cikgu saya, lelaki baik ni limited edition, Prof..

Hidayu: Hidup kat bandar mana nak cukup kalau suami sorang je yang bekerja.. Lain la kalau dapat kawin dengan Prof..  

Mardhiah: Entah lah.. Saje sekadar menimba pengalaman dan mencari ilmu.. Sebagai bekalan mengharungi alam rumahtangga dan sebagai modal untuk mengajar bakal anak-anak saya nanti.. 

p/s: 
-lagi sekali, nama-nama diatas adalah rekaan semata-mata.. serius, tidak ada kena-mengena samada yang hidup ataupun yang telah tiada.. (",)
_______________________________________

Di kelas yang lain.

Puan Noraini: Saya mahu bertanya kepada kamu semua, apakah itu ILMU YANG BERMANFAAT??

Muhammad Arman Ghazi: Ilmu yang dapat dimanfaatkan, maka ilmu itulah ilmu yang bermanfaat.. 

Keisha Nur Sofia: Ilmu yang boleh digunapakai dalam kehidupan sepertimana ilmu membina bangunan dan ilmu merawat pesakit..

Airis Amni Adelia: Ilmu yang menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah swt..

Nur Syazani Delisha: Segala jenis ilmu yang menyebabkan seseorang semakin dekat kepada Penciptanya yakni Allah swt...

p/s : 
-Anda rasa, apakah itu ilmu yang bermanfaat??
-Dahsyat-dahsyat nama orang-orang sekarang kan?? 

33 comments:

Mommy Fara said...

Hehehehe...sbnrnya baru nak komen psl nama-nama tu. Mmg hebat!

CS said...

tetiba xreti nk komen...mgkin sbb dh naik tergeliat baca nama2 kat ats tu~ ^_^Y

nam said...

assalamualaikum wbt..

ilmu yang bermanfaat tue ilmu yang berfaedah buat diri sendiri dan org lain jugak.. (pendapat saya la.. hehe)

nama2 mereka susah nak sebut.. nama2 para sahabiyah lagi mudah di ingat dan di sebut.. insyaAllah...

Nashir as Sunnah said...

ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg kita memiliki dapat memayungi orang yg ada disekeliling kita..

Semakin belajar,semakin kita takut pada Allah S.W.T.

Nama dasyhat xpe..asalkan ada makna yang baik...

نور توفيقة ادريس said...

Ada seorang sahabat Rasulullah ni, highly praised for his knowledge:

"Selamat bagimu, hai Abdul Mundzir, atas ilmu yang kau capai".

It's Ubay bin Ka'ab:')

Ada satu kisah Rasulullah s.a.w tertinggal satu ayat dalam bacaan solat, ada orang tegur. Rasulullah cari Ubay untuk confirm..

Ilmu yang bermanfaat generally adalah apa yang berguna kepada kita dan orang lain, LILLAHITA'ALA.

CikGu Ma said...

nak pnjam nama2 kat atas bg arnab belaan mak saya boleh?? =,=

eh, gambar kat UKM kan?hihi..wlupun saya bukan ex-UKM tapi selalu bertandang ke sana..pinjam library dorg...

erkk..x komen isi entry..tapi sangat suka entry ni (yg lebih jujur..sgt suka nama2 dalam entry ni) (",)

Ismi Ijmi said...

heh... abg fuad, hr tu ada survey cakap yang employer suka ambil perempuan beekrja atas faktor2 rajin dsbgnya.

di pihak yang lain, seorang cikgu yang bekerja di PPD cakap, lelaki lebih terpilih untuk dapat kerja..

hehe, hakikatnya laki2 tak ramai di U, tapi lebih ramai di pusat2 kemahiran.macam orang jepun, lebih utamakan kemahiran dari kelulusan.

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum abi husna,
serius, nama mardhiah tu memg sedap dan indah...(",)

jawapan yang student nama mardhiah tu bg memg best..jgn org ingat ibu-ibu yang memilih duduk di rumah ikram suami dan bby itu, jenis yang xda option lain..indeed,ada nilai tambah, siap buat usaha lg taw..taw..taw.(",)

Afida Anuar said...

eh eh..Afida ni juga belum berkahwin...woha!!

Ilmu yang bila semakin bertambah, semakin menyebabkan kita rasa takut kepada Yang Maha Esa..Allahualam..

PS: sok2,plan nak letak nama anak pendek2 je... Ilyas contohnya;)

Norsha said...

amboi fuad, hang kutuk no org pompuan belajaq tinggi2 dok kat dapur,eh,tapi dapur bukan sebarang dapur tau, orang dapur yg berilmu..hahahha....betullah kata izmer tu, lelaki lebih ramai d pusat2 kemahiran sbb tu tak ramai kat U...pepun, zaman la ni, pompuan mmg lebih kedepan dari lelaki, dunia akhir zaman...bab tu, dasyhat nama takpe, jgn dasyhat akhlak sudahlah..

~PENCHENTA~ said...

Tahulah kerja dekat UKM.
Cuba letak gambar UPM baru ada WOW. Heheh.

Kenapa belajar tinggi-tinggi?
Sebab mak suruh.
Haha. Taklah. Ilmu itu kan penyuluuh. Lebih2 lagi ilmu tentang hidup.
Bukan mudah nak dapat. :)

Ilmu yang bermanfaat?
Ilmu yang diajar kepada orang lain. :)

p/s: Dah lama tak nampak nama Tahieyah kat situ. Haha.

Titisan Hujan said...

nm moden sgt tu...cian t nk tulis nm time exm pn da mkn ms yg lma.ehehe


ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg hidup spjg zaman

s a r said...

assalamualaikum encik.

amboi! bab cari lelaki terus eh. hehe. ni the real S A R nk jawab.

"Susah jugak nak cari lelaki yang bertanggungjawab, Prof.. Jadi backup plan saya adalah dengan mempunyai kerjaya sendiri.. Lagipun bak kata cikgu saya, lelaki baik ni limited edition, Prof.. "

~sama pula. macam tau2 aja encik fuad ni. eheh.

Kunang-Kunang said...

Semoga bila ilmu baik penuh didada hendaklah diamal dan disebarkan.

Maaf lari dari soalanlah.

azharjaafar said...

pompuan kena belajar agama tinggi² supaya dapat didik anak² dan bantu kerja² agama suami..

Ismi Ijmi said...

setuju ngan abg azhar,.. belajar agama pun kena ingat ye puan3

Husaini said...

selamat blaja kembali tuan fuad.. :)

Bijen M. said...

Saya atas kapasiti orang HR nak kata yang pompuan ni kalau letak banyak-banyak dalam satu opis, memang kerja lain yang jadi.
Maklumlah perempuan ni diciptakan Allah dengan kelebihan mulut yang banyak.
Sebab tu kena tutup dengan niqab gamaknya.

Nur Aizureen Md Zahir said...

Assalamualaikum..hye fuad ~!!

nice one..well,,saya pon kembali ke kampus semula..cuti sem suda abess..hehe ~!

tak salah perempuan nk blajo tggi2,,bukankah menuntut ilmu itu sesuatu yg baik dan sgt dituntut dlm agama kita..

*nk masuk dapur pon kne ada ilmu..
kalo tatau masak,,bukan kah kne blajo..hehe

ayuh girls ~! kita boleh :)

Nur Aizureen Md Zahir said...

Assalamualaikum..hye fuad ~!!

nice one..well,,saya pon kembali ke kampus semula..cuti sem suda abess..hehe ~!

tak salah perempuan nk blajo tggi2,,bukankah menuntut ilmu itu sesuatu yg baik dan sgt dituntut dlm agama kita..

*nk masuk dapur pon kne ada ilmu..
kalo tatau masak,,bukan kah kne blajo..hehe

ayuh girls ~! kita boleh :)

abu zarim said...

mmg nk ketawa bace name2 karakter die,,,pandai abg fuad pilih name,,:),,,

isi nye pon menerkam di jiwa,,,
kat UKM ke?,,,xpernah jmp abg fuad pon,,,sy bese dtg UKM dulu,,

moga di kurniakan ilmu yg bermanfaat,,:)

fuad ansari said...

mommy farra:
nama hebat tak kisah sgt.. harap2 akhlaknya hebat...

cikgu sue:
bukan sahaja tergeliat, tetapi
agak sukar utk diingati.. (",)

nam:
wsalam wbt... betul jugak tu.. mudah2an dapat tiru2 sifat sahabat r.a.. jarang dengar budak2 kecik sekarang diberi nama khalifah ar-rasyidin spt abu bakar dan usman.. nama umar dan ali ada jugak la dengar.. (",)

nashir:
semakin belajar semakin rasa ilmu kita sangat sedikit dibandingkan dengan ilmu Allah swt.. tak mampu manusia nak kuasai seluruh ilmu yang ada..

pqa:
Allah swt meninggikan darjat orang yg berilmu..

apa2 pun,ketakwaan akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah swt..

cikgu ma:
nama punya dahsyat2, nak bagi kat arnab je?? (",)

a'ah gambar ukm... saya yg kat ukm pulak yg jarang masuk library ukm.. aduyai...

izmer:
ironinya, bos lelaki lebih stabil emosinya dan lebih mudah utk berurusan dari bos perempuan.. (",)

ironinya jugak, perempuan mampu duduk di atas kerusi berjam2 lamanya.. naluri lelaki sering membuatkan lelaki lebih suka utk buat kerja2 luar dan kurang mampu duduk atas kerusi lama2.. (",)

mard:
wsalam wbt.... amboi, sudah mendaftar masuk di U.. terus aktif online... (",)

kalaupun ada nilai tambah, harap2 tidak bertambah nilai hantaran.. (",)

kak afida:
kebetulan.. sama pulak kisahnya..

nak wat camne kan kak... katanya pun lelaki dah kurang.. nak kawin dengan suami orang, tak berapa nak seronok pulak ye... takpelah.. mudah2an kalaupun tak kawin kat dunia, dapat kawin kat syurga... (",)

cikgu norsha:
eh.. tu bukan kutukan.. itu kata2 perangsang.. (",).. agar wanita tidak kisah utk duduk di dapur rumah walaupun belajar tinggi2.. (",)

cuma sy risau, perempuan kalau kedepan sangat, takut terabai anak2 dan rumahtangga.. orang kata, when u got something, u lost something..ke camne cikgu.. (",)

tyah:
takde yg WOW pun kat gambar UPM... satu keje pulak nak gi upm tangkap gambar semata2 nak masuk dalam blog.. (gambar UKM tersebut adalah dari koleksi sendiri tau.. )(",)

sebab tahieyah tu selalu guna nama penchenta, sampai naik terlupa nama sebenar penchenta tu..(",)

titisan hujan:
disebabkan nama panjang sgt, dah tak sempat jawab semua soalan.. nak letak nama samaran atau singkatan, tak boleh pulak ye.. (",)

fuad ansari said...

puan kunang-kunang:
tulah tu.. yg paling berat nak amal.. kadang2 tu dah tau dah, tapi nak amal terasa jugak beratnya.. lagi2 ilmu agama..

tuan azhar:
kalau kat U belajar kesetiausahaan, dibuatnya anak lelaki dah tak sesuai nak ajar ilmu setiausaha.. ilmu agama jugak yg selamat kan.. bukan sahaja di dunia, tapi juga akan mendatangkan keselamatan akhirat.. (",)

izmer:
sambil menyelam minum air... sambil2 belajar engineering, bawak2 la gi kelas2 agama n belajar ilmu agama, ye dok.. (",)

utk lelaki, keluar jalan Allah pun, leh belajar ilmu agama.. dah dok kat masjid, macam2 ustaz leh jumpa.. dan macam2 ilmu boleh didapati dari ustaz2 yg berbeza..

husaini:
eh, saya sudah bekerja la.. (",).. tapi betul gak.. masih belajar lagi.. dari semasa ke semasa mau belajar agama.. (",)

tuan bijen:
ada baiknya, tuan ambik perempuan bisu sebagai pekerja.. selesai satu masalah.. (",)

aizuren:
wsalam wbt..
haap2 tidak adalah istilah yg mengatakan lelaki takut berkahwin dengan perempuan yg belajar tinggi2.. (",0

kalau ilmu memasak, belajar dengan emak sendiri pun dah ok.. dah tak payah pinjam ptptn.. (setiap bulan kalau setakat bayar balik rm100, dah kira macam bayar bunga je(eh silap lak, caj perkhidmatan.. bukan bunga..heh..) (",)

abu zarim:
(",)...

a'ah kat ukm... itu dulu.. saya baru masuk UKM, sekarang... (",).. dulu, sy kat uitm n uia.. (",)

fuad ansari said...

alahai, tertinggal pulak nak balas komen s a r..

s a r:
wsalam wbt...
sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betina..
sekilas melihat nama s a r, sudah ku tahu isi hatinya.. fuhh dahsyat.. gurau2 je.. (",)

sea_lavender said...

nice entry~ sudah pasti ilmu bermnfaat ilmu yg dapat jdi bekalan but kte dunia dan akhirat..nk meneruskan bahtera hidup tanpa ilmu hidup tiada haluan..namun ilmu agama mnjdi tangga no 1 ..Insya-Allah..

s a r said...

aduh. ada ilmu baca hati orang pula. bahaya betul. :D

RuMaH TuA said...

Ilmu bermanfaat ilmu yg membantu jawab soalan dlm kubur...
(^-^)
Tapi nk bantu jwb soalan dunia jgk banyaknya...
isk3

So...
En. fuad bole la ambil pndkatan hanta ank k madrasah kmudian bru sek keb bese...
Insyaallah..
Kuat bekalan husna... (^-^)y

Hidayatullah said...

peh..nama2 dorg mmg wujud ke? kalau blom wujud leh letak kat anak pmpn..br nampak modern skit..ha3..

ramai masih takleh trima..ilmu yg blaja kat uni.. tu hanya maklumat.. ilmu yg sbnr hnye yg dpt bantu kita jwb soklan kubur..

Umie Artoqiemie said...

semua komeng yang aku nak komeng depa dah komeng :(

fuad ansari said...

syazwani:
senang kata, bacalah, dengan nama Tuhannmu....

mudah2an ilmu memberi manfaat.. samada di dunia mahupun di akhirat.. (",)

ustazah a'tiqa:
inilah jawapan yang saya tunggu-tunggu... tahniah, jawapan anda menepati skema jawapan yg disediakan.. (",)..

betul jugak tu... doa2kan lah ye agar semuanya dipermudahkan.. mudah2an husna jadi insan solehah.. mengikut jejak langkah ustazah a'tiqa.. (",)

hidayatullah:
di zaman yg moden ni(moden ke?), nama pun nak kena nampak moden erk.. terpulanglah.. asal dididik dengan akhlak yg baik anak tu nanti..

nampak serasi dengan ustazah a'tiqa (jawapan tu)..

umie artoqiemie:
nama umie pun dahsyat jugak nampaknya.. (",)

nanti2, try jadi pengomen terawal..agar tidaklah susah nak bagi komen.. (",)

fuad ansari said...

laa tertingal lagi nak balas komen s a r.. awat ni.. aduyai... ilusi betul nama s a r ni...

s a r:
takde la bahaya mana... adalah lebih bahaya jika takde ilmu yg dapat bantu selamatkan kita pada kehidupan akan datang.. (",)

AkuMuzikFilem said...

akanku pilih isteri seperti mardhiah.

fuad ansari said...

akumuzikfilem:
oh, mardhiah tu pun single lagi.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...