Semua orang tampak sepakat mengatakan, jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah swt.. Aku juga tidak mahu menafikan perkara ini...
Bila seorang lelaki bujang ingin mengahwini seorang wanita bujang, orang yang melihat mengatakan:
"Alhamdulillah, inilah yang dikatakan jodoh..."
Bila seorang lelaki bujang ingin mengahwini seorang janda anak lima, orang yang melihat mengatakan:
"Alhamdulillah, inilah yang dikatakan jodoh.. Baik betul lelaki tu..."
Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang wanita bujang, orang yang melihat mengatakan:
"Ini bukan jodoh, ini gatal namanya.."
Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda tiada anak, orang yang melihat mengatakan:
"Ini bukan jodoh, ini gatal namanya.."
Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda anak lima, orang yang melihat mengatakan:
"Entahlah, mungkin jugak jodoh, mungkin jugak gatal.. "
Nampak kan, tak semua jodoh akan diiktiraf sebagai jodoh... (",)
PERSOALANNYA:
Ada ke lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda anak lima??
p/s:
Aku: Awat Ramli terus berblogging, kata nak berhenti?
Ramli: Ceq kalau bab poligami ni, dandan tangan gatai nak menulis..
Aku: Ceq harap hang terselamat dari serangan Pertubuhan Wanita-wanita Bersatu (PWB)..
Ramli: Semoga depa tak baca entri ni.. Sat lagi, kepala ceq, depa putaq..
(",)
28 comments:
Amboihhh.
itu jodoh!
okelah,no komen.
ish...ish...bab jodoh dan dan rajin menaip na...ramli orang utagha ka? ^_^
Amboi, meleret cite psl jodoh ye? Tak apa. Teruskan. Seronok gak. Hiks!
assalamualaikum wbt..
lebih tertarik dgn gmbar kat atas tue.. hehe.. (",)
jodoh kan rahsia Allah.. pusing mana2 pun klu dah jodoh tak ke mana.. (bak kata mak nam bila cakap sal kawen..huhuh)
:)
Hem~~~ (^-^)y
Bila si suami dihalang isteri untuk menambah lagi pasti akan berbunyi,
orang: Kenapa hang tak jadi menikah tambah?
suami: Tu la yang kat rumah tak bagi.
orang2 : Ooo... 'Dia' tu tak jadi tambah pasai bini dia tak bagi.
Tak ada pulak dengar si suami cakap, tak jadi sebab tak ada jodoh. Isk3
" Nampak kan, tak semua tak de jodoh akan diiktiraf sebagai tak de jodoh... (",) "
tula.
mard knl seorang ustazah y janda ada dlm 4 ke 5 ank. pertengahan 30. perkahwinan ke 2 dia berkahwin dgn seorg ustaz y dh ada 1 isteri.
awal2 dulu, mard kata, gtl, miang, nama je org beragama.
tp, pikir2 balik, zalim nya mard. MasyaAllah.
mulia ustaz tu, nk membela nasib ustazah dgn ank2. Terharu sgt2.
kalau mard jd isteri ustaz y pertama, mesti mard berbangga dgn suami ni sgt2.
tp tulah, hrp sgt2 nasib isteri pertama td terbela, dan kasih syg ustaz ni td, xberkurg sikit pun, malah semakin bertambah dan melimpah ruah. Aminn.
mard single*(^.^)*
assalamualaikum encik. :)
thumbs up for rumah tua. hee.
baru kelmarin dengar ada suami yang sudah berkahwin dan ada anak 3 nak kahwin dengan janda anak 2. hee.
sebab?
wife dia yang suruh kahwin lain. ~ahah. ni memang cari jodoh namanya. macam orang mengantuk, disorongkan bantal. mak oi! bukan main lagi bahagia. :D
p/s- suka benar nampaknya ramli ni kalau bab jodoh. :D
dan dan..dari nak berhenti blogging, terus tak jadi.. he he he...
Hmmm...dah jodoh kan....nak kata gatal tu.... hmmmm....iyer kot!..heh~
kalau mampu apa salahnya.haha...
awat ni fuad, dok ckp bab2 poligami pulak, ke.....? ....hehe,....nasib baik hang dah kawin, kalau tidak nk ucap jugak Selamat mencari jodoh...hiks
ehem..^^,
sokong rumah tua..
hEhE,
jodoh iktiraf VS jodoh xdiiktiraf..ke camne??:)
nak tanye, lps ni ramli tu cmne??
poligami ke idak??huhu..
harapnya dia masih SETIA dgn apa yang ADA^^,
InsyaAllah~~
segan nak komen sebab semua kakak2 di sini.
~~
ustaz azhar baru jawab soalan pasal jodoh di FB. ada yang tanya, kalau bercerai tu, takda jodoh ka?
lebih kurang jawapannya, jodoh tu, bila bersama ja. bila dah bercerai kiranya takda jodoh la tu.
jodoh kita tak semestinya sampai bila2.
ade jugak kawen dah 30 tahun
tetibe cerai
kire takde jodoh jugak laa kannn ?
hurmm tak brani nk komen beria sgt
tak bpgalaman hahah
karang org kate over budak ni kekek
Pengerusi Pertubuhan Wanita-Wanita Bersatu (PWB), RuMaH TuA@Ustazah Iqa dan bersuara..
Habis kau Ramli, habis...
Aku lari dulu.. Kau pandai-pandai la Ramli..
(",)
..
Like Like Like komen atiqa (rumah tua).
:)
Pemikiran yang negatif terjadi apabila kepercayaan kepada ALLAH belum ditanam di dalam hati sepenuhnya.
situasi 1
"dah kawin?"
"belum lagi"
"takda jadoh la tu"
"baru 22 kot!"
situasi 2
"dah kawin?"
"dah...alhamdulillah"
"umur berapa?"
"umur baru 22"
"owh..ini bukan jodoh, ini gatal namanya"
Aishah:
nasiba baik ada orang sokong.. (",)
Cikgu ma:
a'ah, cikgu ma nak kenai dgn dia ka?? (",)
Fara:
kalau cerita pasal jodoh, mmg senang.. ramli mmg pakar bab tu.. (",)
kak linda:
wsalam wbt..
itu gambar kek sempena perkahwinan yg kedua.. (",)
ustazah iqa:
ya.... saya nampak.. saya nampak..
*sambil angkat tangan tanda mengaku kalah
p/s: awat bini dia tak bagi.. best oo berpoligami... (",)
mard:
ustaz tu telah memberi taudalan yg baik kepada para suami di malaysia..
(",)
p/s: aik, single lagi.. semoga cepat bertemu jodoh ye.. mard nak tempat yang pertama atau kedua?? (",) (gurau2 je)
s a r:
wsalam wbt..
timbalan presiden PWB dah bagi sokongan.. habis ramli, habis.. (",)
p/s: alangkah berungtungnya kalau sy dapat wife yg macam tu.. (",)
kak afida:
ntahnya.. apa lah ramli tu.. dan dan tak jadi berhenti blogging...
"Hmmm...dah jodoh kan....nak kata gatal tu.... hmmmm....iyer kot!..heh~"
nampak sama seperti kata2,
"Entahlah, mungkin jugak jodoh, mungkin jugak gatal.. "
pandai ramli memanipulasi kata2 akak.. (",)
apan:
hanya salah di mata wanita.. (",)
cikgu norsha:
sy rasa...
sy kalau nak kawin lagi, sy akan cakap pasal makanan kegemaran ke (bukan pasal poligami) supaya orang lain tak perasan saya nak berpoligami.. (",)
ok tak idea ni cikgu?? (",)
ku fasehah:
setiausaha pun dah sokong presiden.. habislah ramli.. tak ramai nak sokong..
ramli kata, dia cuba bagi galakan kat orang lain dulu..
bila yang lain dah maju kehadapan, ramli akan tambah bersemangat, mungkin memudahkan dia untuk turut serta.. (",) (gurau2)
tuan izmer:
komen2 dari pihak berkecuali sangat diperlukan pada ketika ini.. (",)
pedih jugak rasanya kalau jodoh terputus di perjalanan.. (",)
kaloi:
sadis jugak dah kawin lama macam tu, still bercerai.. kalau sy, mungkin dah malas nak pikir pasal cerai masa tu, mau pikir pasal persediaan utk mati je..
bila nak timba pengalaman?? (",)
pqa:
bendahari pun dah sokong presiden...
mujur bendahari tak kata banyak.. kalau bendahari bersuara, ramli terus tak berani nak bukak blog dah.. (",)
kak syikin:
ramli kata, komen akak adalah komen terbaik utk entri kali ni..
dia pun ada ucap terima kasih kerana memberi sokongan..(",)
kaki biskut:
(",).. itulah tu.. macam2..
agaknya, depa nak semua orang tunggu umur 25tahun baru leh kawin dan barulah tidak dikatakan gatal..
mana la boleh halang kedatangan jodoh kan.. (",)
Alhamdulillah.. :)
kesimpulanya ape??xpi pelik x ALLAH swt berifirmn bahawa DIA menciptakan setiap makhluk berpasang -pasangan.selalu kalu pasangan mesti orng akan kaitkan berduet(berdua)mcmne plak klau orng berpoligami? dah xpanggil berduet dah..
Ade je laki org kawen ngan jnda.. Jnda tu kompem ala2 rozita che wan.. Huhuhu~ :D
"alangkah beruntungnya kalau saya dapat...."
amboi encik ni. berbaur ada hati ni. ahah :D
kak syikin:
alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat.. (",)
mujahid295:
kesimpulannya, tetaplah mengiktiraf jodoh walau macamana keadaan sekalipun...
tak semua pasangan semestinya dua.. sepertimana pasangan kembar.. terkadang2 boleh jadi 2,3,4 dan lebih dari pun ada... (",)
liyana:
(",).. cuma sy je yg belum ada kesanggupan nak kawin dengan janda ala2 RCW.. byk cabarannya tu.. (",)
sar:
ish, mana ada.. gurau2 je.. (",)
bila yang nampak baik semua dikatakan jodoh...yang tak sedap didengar, jadi lain pulak..hehe
Ca Cik Duyung:
bila yang tidak sedap didengar, sukar diterima dengan hati terbuka, begitulah jadinya.. (",)
Post a Comment