Saturday, November 19, 2011

Iniii Seriuuuuuus........

Wahai diri,
Andai engkau ditimpa ujian yang berpanjangan..
Dan engkau tidak mampu untuk lari dari ujian tersebut..
Terimalah dengan hati terbuka..
Sekurang-kurangnya ia memudahkanmu untuk menangis dalam setiap doamu.. 

Wahai diri,
Kalaupun engkau terlepas dari ujian yang berpanjangan..
Dan engkau berasa sangat gembira dengan hidupmu ketika ini..
Kenangilah dosamu..
Semoga ia juga akan memudahkanmu untuk menangis dalam setiap doamu..

Wahai diri,
Andai engkau memilih untuk sibukkan dirimu dalam perkara agama..
Allah swt akan mudahkan urusan duniamu..
Andai engkau memilih untuk bersenang-lenang dari perkara agama..
Allah swt akan sibukkan urusan duniamu..
Tatkala, kesibukan agama itu kegembiraan dan kesibukan dunia itu kekusutan..

Wahai diri.
Kalaupun engkau mampu untuk bersenang-lenang dari kesibukan agama dan dunia,
Fikirkanlah akan kesibukan seksaan di akhirat sana..
Maka, aku berharap engkau membuat pilihan yang sewajarnya....

Luah rasa malam sabtu.. 
(tak kiralah malam apa sekalipun.. setiap malam sangat bermakna.. )

p/s: 
-maaf, entri ini nampak serius.. (wonderpet kata, iniiii seriuuuuus..)
 -teringat seorang peserta rancangan solehah di tv alhijrah berkata (lebih kurang), "kami yang berada di dalam program realiti dakwah pulak yang dikatakan sebagai fitnah, walhal lebih banyak program realiti lain yg jauh dari landasan agama.." 
(aku tak tau kenapa dalam perkara macam ni, aku sukar memberi komen.. cukup aku katakan, setakat hari ini, aku tidak mampu untuk menjadi orang yg menyokong mahupun orang yang membantah..)

(",)..

24 comments:

Kakzakie Purvit said...

TV menjadi medium penyampian tak kira yg positif mahupun yg negetif. Apa-apa pun bila motif yg baik dikomercialkan utk jadi tarungan akan timbul tak baiknya. Sama macam musabaqah al-quran, membaca al-quran amat baik tetapi bila utk tujuan dipertandingkan kita kenalah fikirkan apa lagi bila yg membaca itu adalah wanita...

Ismi Ijmi said...

laaa.tukar design jugak.
blog saya dalam pembikinan.
design lama rimas

Cikgu Ma said...

asslamualaikum...kaifa hal????lama tak mai singgah kat world ni...dah berubah wajah =,=

Afida Anuar said...

Manusia susah nak menangis dalam berdoa bila senang fuad....

Tapi bila ditimpa ujian... baru nak dekat, baru nak lekat,baru nak insaf. Tapi syukur, Allah masih sayang, kalau Allah tak sayang, Allah biar je kan?

Sha said...

begitu terkesan di hati sy..
menyedarkan diri..
trimas bro :))

::FAIZ:: said...

suke komen Afida....

Norsha said...

insan ni fitrahnya pelupa....bila senang selalunya kita lupa bersyukur, tapi bila ditimpa ujian kita akan segera ingat pada Allah...setiap ujian ada hikmahnya tersendiri

(p/s : kalau tak mampu nak jadi org
yg memnyokong atau membantah, jadi
pemerhati jelah....)

Bijen M. said...

Macam yang Hamdan kata.
Dunia ni bukan tempat senang-lenang.
Nak rilek-rilek, tunggu masuk syurga.

~PENCHENTA~ said...

Fiwit. Belog baru! Hee.Cantek! Tapi besarkan sikit font boleh? O.O Speial request kononnya. haha.

Eh. Post ni pun best. Tiba2 rasa penat dengan dunia. :'(

RuMaH TuA said...

kesibukan agama itu kegembiraan dan kesibukan dunia itu kekusutan...

"Suka autumn leaves tu"

Adibah Ishak said...

seriuuuuuusss betul.. seriuuuuss like.. :)

نور توفيقة ادريس said...

"Andai engkau ditimpa ujian yang berpanjangan..
Dan engkau tidak mampu untuk lari dari ujian tersebut..
Terimalah dengan hati terbuka..
Sekurang-kurangnya ia memudahkanmu untuk menangis dalam setiap doamu.."

Sebak.

.....

Tak mampu lari, tapi mampu hadapi. Insya Allah.
Go Go Go!

s a r said...

assalamualaikum encik. :)

sangat serius apabila encik telah pun menukar appearance yg sangat cool :D

...

kesibukan dunia menuntut kita menjadi sibuk hingga lupa menyibukkan diri dengan kesibukan agama. erm.. lupa lagi. (geleng kepala :()

Mindaberbisa said...

Dunia telah sampai ke akhir zaman, yang baik tidak nampak, yang buruk disanjung tinggi dan dijadikan pemimpin hidup.

Kamarol Azli Bahari said...

xtau nak komen apa ni fuad..tp berkenaan program realiti tv yg berkonsepkan keagamaan..tidak pernah salah,selagi ia menjaga batas2 agama,menutup pintu fitnah dan memenuhi tuntutan syarak...

Wanita Bertudung Hijau said...

suka entry ni :-)

Hidayatullah said...

masalah itu datang dan pergi bak angin laut menyambar ke pipi.. ha3

fuad ansari said...

kak zakie:
betul jugak tu.. sukar untuk saya menafikan kebenaran tersebut.. ramai boleh terima kebaikan tapi tak ramai yang sanggup terima kebenaran.. (",)

tuan izmer:
sekali sekala kena tukar design.. amik mood baru utk tulis blog.. ketika mood lama sudah semakin pudar..

tak sabar nak tgk design baru tuan.. (",)

cikgu ma..
wsalam wbt.. tamam, alhamdulillah.. berubah wajah mmg mudah.. nak berubah hati, ramai yang mengalami kesukaran.. (",)

kak afida:
tu lah tu.. mujur tak kena biar.. kalau kena biar, sy ingat sy takde masa nak buat blog.. masa habis kat pusat hiburan je.. (",)

syahirah:
moga apa yang baik di hati, terluah dengan perbuatan yang baik.. (",)

fuad ansari said...

faiz farish:
nak suka komen pun boleh..
nak suka orangnya pun boleh.. (",)

p/s: maaf kak afida.. gurau2 je.. (",)

cikgu norsha:
jadi pemerhati erk.. langkah selamat tu...

cikgu sokong mana?? saya rasa macam nak ikut cikgu la.. baru rasa lebih konfiden.. (",)

tuan bijen:
itulah.. kalau bibah kawin dengan hamdan kan senang.. selesai byk masalah.. leh bibah ikut hamdam susah payah dalam agama.. (",)

fuad ansari said...

tyah:
dah besarkan saiz fon dari 13px kepada 14px... cukup tak?? (",)

bibah kalau buat request, akan cuba ditunaikan.. (",)

ustazah a'tiqa:
autumn leaves mengharapkan dosa kita gugur sepertimana daun2 berguguran..

Mengingatkan jugak agar kita juga akan gugur satu hari nanti.. Gugur dari meneruskan kehidupan dunia (",)

adibah:
orang tgh serius, dia suka pulak.. (",)

fuad ansari said...

pqa:
insyaAllah, walaupun tak mampu nak lari tapi mampu utk hadapi kerana Dia sudah mengetahui kemampuan hambaNya..

p/s: ibu mengandung jangan lari2.. bahaya.. (",)

s a r:
wsalam wbt..
ironinya, masalah ummat lebih serius dari keseriusan menukar appearance ni.. (",)

kak syikin:
sudah akhir zaman, tetapi kita masih sibuk membina bangunan dari membuat persiapan utk kehidupan yang berkekalan.. (",)

fuad ansari said...

nashir assunnah:
moga ia benar2 menutup pintu fitnah... (",)

wanita bertudung hijau:
suka tudung hijau.. (",)

hidayatullah:
humang aih, puitis nampaknya tuan..

mujur sambaran angin laut itu tidak mendatangkan kecederaan pada pipi.. (",)

Mindaberbisa said...

kita hampir melewati era kejatuhan dunia. Kebutaan mata untuk melihat kebaikan. Subhanaallah.

fuad ansari said...

kak syikin:
rupanya mata yang celik pun terkadang boleh menjadi buta kan... (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...