Monday, November 28, 2011

BeRHeNTi BLoGGiNG..


Alkisah, di malam minggu, Ramli memasuki bilik yang menempatkan laptop beserta kemudahan internet.. Di bilik itulah Ramli selalu berblogging..

Baru sahaja Ramli menekan suis 'on' pada laptop yang diletakkan di atas sebuah meja kecil, anaknya Amni memasuki bilik tersebut.. Tidak semena-mena, Amni mencapai tangan ayahnya lalu membawa ayahnya ke ruang tamu.. Ramli yang terpinga-pinga hanya menurutkan kehendak anaknya itu.. Mungkin ada sesuatu yang mahu ditunjukkan Amni kepada ayahnya..

Sangkaan Ramli meleset. Amni kemudiannya meninggalkan ayahnya di ruang tamu, memasuki semula bilik tersebut dan duduk dihadapan laptop.. Mungkin Amni mahu membuat blog baru kerana blog ayahnya  lebih banyak yang menolak dari yang menarik, bisik Ramli di dalam hati dengan sangkaan yang baik..

Ramli hanya meninjau di daun pintu... Kemudian, Ramli berkata, "Amni, sleep, sleep.."

Amni pun segera meninggalkan laptop.. Amni pergi mengambil bantal yang berada di ruang tamu... Kemudian, Amni menuju semula ke bilik tersebut, meletakkan bantal di hadapan laptop lalu tidur di situ.

Ramli hanya mampu memerhatikan.. Bilik yang menempatkan laptop kini di bawah jajahan takluk Amni yang baru berusia setahun setengah... Itulah sebabnya Ramli terpaksa berhenti berblogging.. Ramli harap alasan itu cukup kukuh sebagai menjawab persoalan kenapa Ramli berhenti dari berblogging..

p/s: Salam Tahun Baru Awal Muharram.. Apa azam tahun baru anda?? 

26 comments:

fathyn husna said...

salam maal hijrah 1433 akh..
azam tahun baru yerr..
ingin berhijrah dr yg x baik kpada yg baik.. yang baik kepada yg lebih baik..insyaallah..
akhi doakan yerr.. :)

s a r said...

assalamualaikum encik.

errmm.. persoalannya, siapa ramli? :D

dari yang agak baik kot, ke yang banyak lagi yang baik. :)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum dan salam maal hijrah 1433 ustad..

>Alasan yg rapuh sungguh hee~
>Azam thun baru,biarlah tentunya kearah yg lebih baik ustad..cuma nak mencapai tu..perlu ada pengorbanan skit,mgkn byk =)

Ismi Ijmi said...

cam kenal ja nama ramli...

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Azam tahun baru cuma satu..
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA...hihi

AMIN...^_*

~PENCHENTA~ said...

Hmm. Yang pergi blogging sampai macam tu tu kenapa? Haha.

Salam Muharram! ;)

Cikgu Ma said...

ramli????

Afida Anuar said...

ai amni!!..kesian kat baba nak blogging tak leh..hehe

PS: azam tahun baru nak berhenti blogging ke fuad?;)

dream_catcher said...

sacrifices some of the things ONCE you loved to do and hoping one day it will pay off,insyaAllah...Salam Maal Hijrah Fuad and family :)

MUJAHID295 said...

azam tahun baru sy nak berenti berblogging...

nurkaloi said...

ramli yang iklan Man U tu ke
huhuh
blogging...bile ade mase boleh laa blogging kann...
tp kalau dah smpai anak bini mak ayah tak layan sbb syokk blogging
memang payah laaaa

faraherda.razalan said...

Salam,

Ramli tu mewakili awak ke?

=D

fuad ansari said...

husna:
mentang2 saya letak gambar husna dalam entri ni... terus husna jadi pengomen pertama... (gurau2 je.. ) (",)

insyaAllah, mudah2an terlaksana azam tu..

s a r:
wsalam wbt..

ramli tu yang selalu buat entri kat blog ni.. fuad tu tukang balas komen je.. (",)

ramai orang kata s a r ni baik orangnya... moga dapat jadi lebih byk baik ye.. (",)

nazihah@jiha:
wsalam wbt...

ingatkan dah cukup kukuh alasan tu.. (",)

nak masuk syurga kena jadi baik..
nak jadi baik kena buat byk pengorbanan.. (",)

tuan izmer:
ramli kan kawan kita.. saudara seagama kita.. (",)

tuan tolong selamatkan ramli tu ye kalau2 kelihatan seperti dia sedang lemas dengan dunia..

noorieda:
wsalam wbt..

amiin....

jadi lebih baik pun sudah merupakan nikmat yg besar sehingga mampu melupakan azam2 yang lain.. (",)

tyah:
itulah ramli.. tyah, nasihatkan sikit ramli tu.. (",)

p/s: tu tu tu macam mana tu?? (",)

cikgu ma:
cikgu ma tak kenal ke siapa ramli?

alaaa... ramli... yg suka makan burger tu.. tp mungkin jugak dia lebih suka cikgu ma dari burger..
(gurau2 cikgu ma, jgn marah erk.)

(",)

fuad ansari said...

kak afida:
tu lah tu.. orang suh main masak2, dia main blog pulak... (",)

azam tahun baru sy, nak kawin.. eh silap.. (itu akak).. nanti sy fikir2kan ye.. (",).. yg tu azam tahun baru ramli.. (",)

hidayah:
if one day, it wasn't pay off, i hope someone can pay for my lunch bill.. (",)

mujahid:
sama la dengan ramli.. (",)

baru sy nak tinjau blog tuan, dah tuan nak berhenti.. kenapa tuan nak berhenti??

kaloi:
ramli masih layan anak bini..

cuma sekarang, anaknya pulak yg nak berblogging.. camne??(",)

Fara:
Wsalam...

Ramli tak mewakili saya.. Ramli mewakili Manchester United (yang dalam iklan tu..) (",)

Noorieda said...
This comment has been removed by the author.
Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Azam-azam yang lain tidak akan dilupakan.....

Azam yang lama tetap diteruskan sebagai ingatan...

Azam yang baru merupakan penyambung kepada azam yang lama sebagai pencetus semangat untuk berjuang lagi hingga berjaya dan menjadi seorang yang lebih-lebih baik lagi...

Eh,ye ke? haha...ntah pape plak rase....(tunggang-terbalik da ayat!)

wat2 paham ea...hihi...^_*

APAN said...

ko bukan ramli tu kan bro?tpi rasa mcm ko je...kalau ko pun, takkan la benti terus.mungkin kurang update.jngan x update terus dah ler...:)

RuMaH TuA said...

Selamat Tahun Baru. Ayat "blog lebih banyak yang menolak dari yang menarik" sangat menarik.

"Awas!"

Hidayatullah said...

wah.. setiap entry ada cerpen.. kreatif tol.. haha..

salam maal hijrah walaupun da 5 muharram..ha3

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum abi husna..

dh besar anak kita rupanya...
kah kah kah.
Melawak ja.

Semoga husna cpt2 dpt adik. Tuan fuadnya, husna boring xdak kwn nak main la rasanya.

kirim salam kt kakak.

Mindaberbisa said...

Lepas ni Amni ambil pula tugas daie. Bapak borek anak rintik.

fuad ansari said...

noorieda:
wsalam wbt..

takpe, sy faham.. berbelit macamana pun, kalau dah namanya orang malaysia yang baca, mmg boleh faham... (",)

ironinya, semua orang azam nak jadi baik.. jarang2 orang berazam nak jadi jahat.. (",)

apan:
nasihat yang baik..
atas nasihat ni, terus ramli buat entri terbaru..

(",)

ustazah iqa:
"lebih byk yg menolak dari yg menarik" <--itulah hakikatnya..

awas!?? ce citer ce citer.. (",).. ke dalam gambar tu ada perkataan awas.. (",)

hidayatullah:
saya mengambil sedikit semangat tuan dalam bercerpen.. (",)

kalau sepanjang bulan muharram ucap salam maal hijrah, mungkin akan lebih bersemangat utk berhijrah.. (",)

mard:
wsalam wbt wahai pengembara.. (",)
husna dah besar macam ni pun, masih belum pernah jumpa auntie mard.. kurang2 leh dapat duit raya tahun baru muharram.. (",)

husna lebih suka bermain dengan anak auntie mard.. (",)

kak syikin:
bapak eh ringan jo.. takdo boghek do.. (",)

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Itulah,nasib baik orang Malaysia yang baca..

Lau tak, tak tahula camni dia paham...hehe

Mindaberbisa said...

:) harap encik fuad faham

fuad ansari said...

noorieda:
wsalam wbt..
tu lah tu.. tak jadi saya nak suruh kawan sy dari bangla baca entri ni.. takut nanti depa tak faham bila baca komen awk.... (",)

kak syikin:
alhamdulillah, dah faham.. (",)

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Alamak!
xpe la,tak payah kasi dia baca..
mesti dia tak paham..
hehe...^_*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...