Friday, July 22, 2011

LuPa PuLaK DaH..

Tiba-tiba ada macam-macam perkara yang aku nak cerita.. (",)

Cerita satu: 
Aku selalu lupa akan perkara yang sangat rutin. Antaranya:
Selepas gosok baju, aku selalu lupa samada aku dah tutup suis atau belum..
Selepas parkir kereta, aku selalu lupa samada aku dah kunci kereta atau belum..
Selepas mandi dan ambik wudhuk, aku selalu lupa samada aku dah ambik wudhuk atau belum..
Selepas kahwin, aku selalu lupa samada aku dah kahwin atau belum.. (yg ni tipu je..) (",)

Aku cuma berharap, aku tak lupa diri.. Sungguh dunia ini nampak indah dan sering menyebabkan manusia lupa diri..

Cerita dua:
Ramadhan dah dekat.. Terasa dah bahang Ramadhan.. Bulan penuh keberkatan.. Bulan yang menyebabkan sebahagian manusia semakin dekat kepada Allah..

Sama-sama azam untuk buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni.. Anggap je lah bahawa inilah Ramadhan terakhir buat diri kita..

Cerita tiga:
Tengok musabaqah Al-Quran kat PWTC.. Penuh iktibar dan pengajaran bila dengar orang lain membaca Al-Quran sambil kita juga membaca terjemahannya.. Antaranya:

Akan ada dakwa-dakwi antara syaitan dan manusia yang menemaninya ke dalam neraka.. Sehingga syaitan berkata.. "Wahai Tuhan kami! Aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” 

Ketika neraka sudah pun penuh dan dalam keadaan yang mana manusia berhimpit-himpit maka Allah swt akan bertanya..
(Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada jahannam : "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab : "Masih ada tambahan?" 

Menurut kuliah tafsir oleh Ustaz Shamsuri yang pernah aku dengar satu ketika dahulu, "Maka pada ketika itu manusia di neraka akan dipijak-pijak dan dijijak-jijak kerana ingin menampung tambahan ahli neraka WALAUPUN pada ketika itu neraka telah pun penuh.."

Sama-sama ambil iktibar dan datang kepada amal yang soleh supaya kita TIDAK SEKALI-KALI akan dicampakkan ke dalam neraka..

34 comments:

s a r said...

assalamualaikum.

alahai...bab tambah ahli neraka yang sedia padat tu yang tak sedap tu. Nauzubillah...

thanks encek fuad. menarik. :)

Kakzakie Purvit said...

Kakak selalu sebelum ramadahan ada azam nak khatam al-quran 3 kali tapi selalu dapat 2 kali... (masih ada juga syaitan menggoda dibulan ramadahan walau dah kena rantai)

Norsha said...

Salam Fuad,
tang lupa tu, kenalah cari ubat anti-penuaan nampaknya, tang ramadhan tu, memang dah terasa sgt2 bahangnya, malangnya iklan ajak sambut raya lebih rancak dr iklan utk menghayati ramadhan

Marina Ali said...

Tuan Fuad,dah terasa bahang2 ramadhan nie,kak berusaha nak habiskan Al Quran nie berlumba2 dengan abang Saleh,tapi dia memang habis dulu,....dia selalu cakap akak macam kura2....huhuhu...:),xsabar nak menyambut ramadhan yang mulia,bulan penyucian diri....

umu6point said...

err..pernah terlupa x, dah makan ke belum sedangkan baru beberapa minit lepas dah makan sampai sendawa? :p

Semoga tidak pernah terlupa hari permulaan Ramadhan..bahayaaa :D

*jangan buat2 lupa yee..

Queenie said...

halamaaak....muda2 dah lupa? macam makcik Q jer hek3...makcik pun selalu lupa dah off suis iron ker belum, dah tutup api gas ker belum, dah makan ker belum hek3..

bab nak anggap ni Ramadhan terakhir tu...ada sikit sendu lah kan? tp bagus jugak ek? boleh lebih sedarkan diri sikit..terimakasih mengingatkan...

~kueh~ said...

selamat menunaikan rukun Islam yang ke-3 ~~
moga RAmadhan kali ini lbih bermakna daripada sebelumnya^^,

em, cdgan sy, lbih elok klu ade kempen mengaji kat blogger2, baru ade smgat utk tadabbur Quran..:)

xg2??:)

Afida Anuar said...

Yang lain tak pernah lupa, tapi bab kunci kereta selalu aje akak lupa. Kadang2..dah jalan jauh ni, pi balik kat kereta sebab nak cek tengok kereta dah kunci ke blum..haihhh..

Moga2 sempat kita bertemu dengan bulan Ramadhan yang semakin menghampiri..insyaAllah..

RuMaH TuA said...

Alhamdulillah...
Lupa pun satu nikmat jugak...
If not...
besar mane la kepala kita...
Hee~~~
(^-^)

"Doa dgn Allah"

Unknown said...

alamak dunia kembali mencengkam saya...doa kan saya..

Nazihah@Jiha said...

Perkataan ‘nasia’ yg membawa makna lupa..sepertinya berkait rapat dgn 'manusia'.

Allahumma Ballighna Ramadhan(ya Allah,sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan).ameen

Abu Zarim Mohamad said...

terlupa yg abg dah kawin?,,,,xleh bla,,hihi,,,

moga di bulan di berkati di bulan yg mulia itu nanti,,,insyaAllah

selamat mnyambut ramadhan Al mubarak,,

~PENCHENTA~ said...

Err. Bab gosok baju, parking kereta, tu sama lah!

Tapi, saya tak lupa kat mana parking kereta pun. Even kat tempat paling mencabar. Haha. Benda2 minor ni kadang2 kita selalu lupa pasal ia terlalu pendek dalam hidup ni.

Moga saya pun tak lupa diri. T__T

Unknown said...

tiap kali mjelma aidilfitri..rs sedih
sedih sbb merindu ramadhan

ahmad humairi said...

Jangan lupa kontest tu..

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt..
tak sedap didengar.. lagi tak sedap kalau menghadapinya...

kakzakie:
tahun ni insyaAllah boleh.. (",)

mungkin masa kita byk habis tgk tv.. kalau takde tv, barang mungkin 10kali khatam pun boleh kot.. (",)

cikgu norsha:
a'ah la cikgu.. suem excited nak raya.. walhal puasa pun belum lagi..

p/s:yg tak puasa penuh pun kadang2 lagi excited nak raya dari yg puasa penuh.. (",)

hidayah:
ko jgn ponteng posa tau.. (",)

fuad ansari said...

kak marina:
mungkin akak baca siap berlagu mcm musabaqah al-quran, tu yg lambat sikit tu kot..(",)

time bulan mengambang, boleh baca quran tak kak?? (",)

puan umu:
kalau dah sendawa tapi terlupa lagi, ada baiknya bagi makan julap je..

bila byk yg dapat dikeluarkan dari badan, maka dapatlah diketahui bahawa sebelum itu kita telah pun makan dengan banyaknya.. (",)

makcik queenie:
saya pun dah tua macam makcik jugak.. (",)

punyalah orang malaysia asyik2 makan je, sampai dah makan atau x pun boleh lupa..(",)

kueh:
betul gak tu.. mungkin kita boleh bagi tajuk kempen tu...

"Katakan YA pada mengaji" (",)

fuad ansari said...

kak afida:
syg sungguh akak kat incik hitam tu..(",)

bilalah agaknya sy dapat bertemu dengan incik hitam kesayangan akak tu ye... (",)

ustazah a'tiqa:
betul jugak tu ustazah.. (",)

kalau takde sifat lupa, mau jugak semua student2 dapat straight A's dalam peperiksaan.. sekali baca dah ingat n tak lupa2... lepas tu, sume dapat keputusan cemerlang n takde pulak yg nak kerja jadi orang bawahan..(",)

fuad ansari said...

Tuan Fuad Akmal:
Dunia mmg selalu begitu.. moga kamu berjaya menyelamatkan diri..

run!! run!! run for your life.. (",)

Nazihah:
lupa dan manusia tidak dapat dipisahkan..

moga kita lupa kepada perkara yg tidak baik..
dan tidak lupa kepada perkara yg baik..

*kamu jgn lupa bagi duit raya kat sy ye.. sy dah lama tak dapat duit raya.. (",) (gurau2 je..)

abu zarim:
(",).. taklah, gurau2 je..

penyakit lupa dah kahwin adalah sgt merbahaya.. boleh membawa kepada perkahwinan yg seterusnya.. (",)

tyah:
kalaulah manusia boleh melupakan kakayaan dunia, kerana kekayaan dunia juga terlalu pendek jika dibandingkan dengan kekayaan akhirat..

*dulu pernah juga lupa parking kat mana, tp sekarang selalu ambik berat letak parking kat mana.. ye lah kan.. ada tempat parking yg luas dan besar.. kalau lupa, boleh kurus kalau nak mencarinya.. (",)

titisan hujan:
sepatutnya begitulah... ramadhan terlalu indah.. berakhirnya bulan ramadhan bererti berakhirnya bulan yg penuh kebaikan dan keberkatan.. sama2 azam buat yg terbaik utk ramadhan kali ni ye.. (",)

cikgu humairi:
insyaAllah.. mudah2an sy tidak dilupakan.. (",)

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum...
tang dh tutup suis ke belum,elok lh tu dibuat...utk kpstian kn..sat g melotup rumah ea,tinggal lh awk seholai sepinggang...(",)

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum..

Dunia penipu, manusia pelupa..

Semalam baru kena tipu, harini dah lupa balik..

Umma-ali said...

Aslm, melayu mudah lupa... saya melayu + china, kurang skit lupa... ahaha perasan... dah tuo2 ni lagi lah salu lupa...tapi klu wajah seseorg insyaAllah saya jarang lupa...cuma lupa dia ni pakai spec ke dak, wpun baru je dia mnghilang...tak boleh jdi polisi ni...hmm umo lagi lah tak lupo...jgn nak tipu den! hmm...nice nice, byk peringatan, esp pnghuni neraka tu, dalam bilik klu anak mnyebok pon dah panas...kan? hehe cian anak umi...

Mutiara Bernilai said...

salam , fuad

yg part Ust shamsuri tu,,agak meremang jugak lah..

terima kasih ats ingatan.

Abu Zarim Mohamad said...

ummi...:
melayu + cina,,,same with me,,,hihihi

lupa da kawen,membawa kepada perkahwinan seterusny?lagi xleh bla,,,...mmg btol abg fuad ni ek,,,

musa said...

Fuad, yang penting jangan lupa Allah. Lupa makan,tidur,kahwin atau apa-apa kerja lain, Allah tak marah, lupa solat pun allah tak marah tapi bila ingat kena buat semula,lupa mandi junub pun allah tak marah tetapi bila ingat kena mandilah. kalau lupa pada Allah memang Allah sangat marah, jadi selalu ingat Allah maka Allah akan mengingatkan kita pada perkara lain bila kita lupa

Afida Anuar said...

InsyaAllah, satu hari nanti, panjang umur..ada jodoh... jumpa la dengan Incik Hitam akak tu.. :)

fuad ansari said...

mard:
wsalam wbt..
kok tingga soholai, minjam baju mard yo lah nampak eh.. (",)

ustaz ishak:
wsalam wbt..

sohih ya ustaz..

si pelupa ni selalu kena tipu.. mujur ustaz selalu datang utk ingatkan.. syukran kathiro.. selalu2 lah datang untuk beri peringatan kepada si pelupa ni ye...

umma-ali:
wsalam wbt..
tak jadi sy nak cakap yg umur sy muda lagi.. (",)

itulah tu, berhimpit2 dalam bilik aircond sekalipun akan rasa tak selesa dan panas, apalagi kalau berhimpit2 dalam tempat yg sememangnya panas..

mutiara bernilai:
itulah tu.. tak sanggup sgt2 rasanya nak masuk tempat tu..

tapi persoalannya, mampukah sy?? hurm...

abu zarim:
melayu+cina erk.. patutla.. dari pandangan sisi pun dah nampak hensem.. (",)

lupa jenis ni mmg agak merbahaya.. tetapi baik untuk meramaikan ummat Muhammad saw dan membantu mereka2 yg memerlukan.. hehe..

fuad ansari said...

cikgu musa:
betul jugak tu.. moga2 bila kita ingat Allah, Allah akan ingatkan kita (dan beroleh hidayah) untuk datang kepada amal kebaikan..

bila ingat Allah juga, kita akan malu untuk buat kejahatan..

terima kasih cikgu....

kak afida:
mengikut firasat sy berdasarkan gaya penulisan dan personaliti akak.. incik hitam itu adalah:
1)sejenis honda..
2)bernama civic...

tul x?? memandai je sy ni kan..(",)

menusuk hati@tuan saiful(tul kan?):
wsalam wbt.. sama2 azam yg terbaik utk ramadhan kali ni ye...

p/s: ramadhan belum lagi datang, tgk kat pasaraya, dah ada jual kuih raya.. haishh.. macam2.. (",)

. Inilah aku . said...

Menjengah laman teman. Mencari sesuatu untuk dijadikan bekalan. Teruskan menulis. Kelak menjadi saham. Salam ukhwah.. :)

nur aisya humaira said...

bab amik wudhuk tu selalu je lupa, da amik ke belum..

pastu gi amik balik...

selam ramadhan almubarak...:)

liyana said...

hmm...btul2..
ps:bkn mslh cnta..tp masalah hati...=.=

shahirahkhairudin said...

Assalamualaikum Fuad

:)

selamat menyambut ibadah puasa.

Afida Anuar said...

Allahuakbar... akak ni kuli je Fuad Nak beli honda civic pun tak mampu. Ada ke dia pi teka Incik Hitam tu honda civic, mesti gelak Incik Hitam kalau tau ni.. he he. Bukan honda civic la.. Kete biasa2 je fuad. Sungguh!

oh, btw...Semoga kita diberi kesempatan utk bertemu dengan ramadhan yang bakal menjelang... Selamat menyambut bulan ramadhan...buat fuad, zaujah..dan Husna;)

fuad ansari said...

inilah aku:
salam ukhwah..best gak kan kalau dapat saham di sana.. dengar kata, saham disana untungnya berlipat kali ganda.. (",)

aisya:
tu lah tu.. mmg kena ambik balik.. actually bila kita lap air wuduk tu, tu yg selalu terlupa.. sy rasa jln penyelesaiannya adalah jgn lap air wudhuk tu.. ambik wudhuk n terus solat.. (",)

liyana:
agak berat masalah tu... hurm..

sesungguhnya hati2 itu akan berkarat sepertimana besi berkarat.. ubatnya adalah baca quran dan ingat mati.. (",)

shahirah:
wsalam wbt..
same goes to u...
happy ramadhan..
happy ibadat..
(",)

kak afida:
kuli la beli honda civic.. bos beli merc or bmw.. (",)... orang kata umur yg menghampiri 30an adalah umur yang agak stabil dari segi kewangan.. boleh sgt rasanya nak beli civic..tak gitu..hehe.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...