Saturday, July 30, 2011

TRaNS-GeNDeR

Bila membincangkan isu trans-gender terutama dalam kes-kes yang berat yakni yang telah melakukan pembedahan, saya selalu bertanya..  

Perlukah kita mencaci-maki dan menghina mereka? Adakah kita langsung tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan??

Pada saya, hikmah itu adalah lebih baik.. Barang mungkin mereka akan menjadi lebih baik dari kita di suatu hari nanti.. Wallahua'lam..
_____________________________________

Terkadang-kadang kita menyangka kita telah kalah, tapi sebenarnya kita adalah pemenang.. Walaupun kita tidak mengharapkan kemenangan, tetapi Maha Suci Allah yang tetap memberikan kemenangan.. Bersangka baiklah kepada Allah dan bersabarlah dengan kekalahan..

Mudah-mudahan juga kita sentiasa beringat agar berpada-padalah dalam memenangkan diri.. Ambil kiralah perasaan, hak mahupun pandangan orang lain.. Jika tidak,  takut-takut ia akan disusuli dengan kekalahan yang akan menyebabkan kemenangan itu dilupakan..

When you got something, you might lost something..
_____________________________________

Wahai manusia, telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Mohon maaf dari saya atas segala kekhilafan serta ketelanjuran kata.. Moga kita semua beroleh kebaikan yang banyak di sepanjang bulan Ramadhan ini.. InsyaAllah..

24 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kesian pada mereka kan... bila mendengar keluh-lesah mereka itulah kakak tampilkan dlm puisi yg lalu.

Selamat menyambut ramadhan al-mubaraq juga dan ampun maaf dari kakak...

Anonymous said...

Assalamualaikum Fuad,

Sebenar kesian pada mereka ni. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik mengenai masaalah ini.

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat dalam bulan yang berkat ni.

Unknown said...

RAMADHAN....KEDATANGANMU DINANTIKAN, KEPERGIANMU DITANGISI.....

Mutiara Bernilai said...

kelu,

benar amat apa yang kamu perkatakan,
moga hidayah sentiasa menghujani kita semua..


salam ramadhan kareem,

s a r said...

assalamualaikum.

hm, kadang2 kita terlalu perasan kesalahan yang orang lain buat sampai tak nampak apa yang kita sendiri buat.

InshaAllah. semoga kita sentiasa dalam keredhaan dariNya. :)

salam ramadhan :)

~kueh~ said...

apa yang kita nampak indah pada orang lain, xsemestinya indah pada mata kita....
begitulah sebaliknya~~

^moga bulan keberkatan yg bakal menjelma ni dapat sama2 kita beramal krna-Nya...^

Insya-Allah:)

Norsha said...

Kita doakan yg baik2 kpd mereka.....dan selamat menyambut ramadhan fuad

Nazihah@Jiha said...

Ahlan wa sahlan marhaban ya Ramadhan~~

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat Akh fuad dan keluarga tercinta ^_^

Aween Md Zahir said...

Assalamualaikum :)
yg penting kita kne sentiasa berbaek sangka dgn org lain..hurm Ramadhan da dekat..moga mulut kita tak bercakap menda tak elok/hal2 yg melalaikan..
selamat berposa ~!

Aween Md Zahir said...

Assalamualaikum :)
yg penting kita kne sentiasa berbaek sangka dgn org lain..hurm Ramadhan da dekat..moga mulut kita tak bercakap menda tak elok/hal2 yg melalaikan..
selamat berposa ~!

Afida Anuar said...

Siapa kita untuk menghukum manusia lain kan fuad, sesungguhnya Allah itu Yang Maha Adil, dan Maha Pengampun.....

Selamat menyambut ramadhan al mubarak~

Aimifiqa said...

btul tu. setuju dgn kata2 anda. Selamat Myambut ramadan kareem~ :)

Mohamadazhan.com said...

salam ramadhan sahabat

setju dgn pandangan tu, setiap kita tak lepas daripada silap...sebaiknya kembali muhasabah diri sebelum menuding jauh kepada insan lain. MOga kalian semua dirahmati =)

dream_catcher said...

Salam Ramadhan :) minta maaf diatas segala salah silap. semoga beroleh keberkatanNya di bulan yang mulia ini, insyaAllah..ameen :)

Unknown said...

semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

Unknown said...

semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

Pencacai Alim said...

Amalannya spt ahli syurga tp hakikatnya adalah ahli neraka dan amalannya spt ahli neraka ttp hakikatnya adalah ahli syurga..

ahmad humairi said...

Salam ramadhan al mubarak,

Selamat menjalani ibadah puasa.
Selamat menyambut lebaran bakal tiba.
Maaf zahir dan batin.

fuad ansari said...

kakzakie:
a'ah la kak.. kesian kat depa.. hanya Allah lebih mengetahui gelodak hati dalaman mereka.. kadang2 sy pun tak tau nak salahkan siapa bila benda2 camni terjadi..

makcik kunang-kunang:
Wa'alaikumussalam wbt makcik.. (",)

Mungkin jalan terbaik adalah datangkan mereka kepada agama.. pernah je kawan sy yg dulunya dah siap makan hormon, bila dapat usaha agama penampilannya berubah seratus peratus malahan lebih baik dari saya...

Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada manusia..

mas blogger:
sepatutnya begitulah..
ramadhan terlalu indah dan mendamaikan.. manusia semakin dekat kepada agama.. hidup pun terasa lebih bermakna.. (",)

mutiara bernilai:
biar kelu bicara, tapi beroleh sesuatu yang bermakna, juga iktibar dan pengajaran..

salam ramadhan jugak.. seronok kan hidup di bulan ni.. (",)

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt..
bila diri tidak mencari salah dan silap diri sendiri, maka yang terjadi adalah diri mencari salah dan silap orang lain..

selamat berpuasa.. puasa elok2 ye.. puasa yg memelihara diri dari melakukan perkara2 yg mengurangkan pahala berpuasa..

~kueh~:
hakikatnya, dunia tidaklah seindah mana..

tidak mustahil jika ada orang yg melihat rumah besar dan duit yang banyak itu sebagai sesuatu yg membebankan..

keindahan dunia yang fatamorgana juga terkadang2 menyebabkan kita lupa keindahan yg sebenar yakni di kehidupan akhirat..

cikgu norsha:
betul tu cikgu.. doakan yg terbaik buat mereka.. tidak mustahil mereka akan jadi lebih baik dari kita..

pernah duduk serumah dengan orang yg berubah menjadi lelaki kembali.. byk gak kelebihan mereka ni.. pandai masak, rajin mengemas dan bahasanya lembut.. (",)

nazihah:
selamat menyambut ramadhan gak buat nazihah n family.. (",)

moga terus bersemangat.. jangan biarkan semangat berhari raya menghilangkan semangat utk beramal ibadah di bulan ramadhan.. (",)

fuad ansari said...

aizureen:
wsalam wbt..
bulan ramadhan ni adalah bulan utk bykkan bacaan quran.. mudah2an bila byk baca quran, kurang masa utk cakap yg sia2..(",)

berbaik sangka adalah jalan yg baik dan tanda bahawa hati juga berada dalam keadaan yang baik..

kak afida:
tak usah menghukum orang lain, silap2 kita pulak yg terkena lebih hukuman nanti..

p/s:nak keropok lekor 20sen.. hehe.. gurau je.. (bila masa pulak akak jual keropok lekor kan.. ) (",)

aimifiqa:
selamat menyambut ramadhan gak ye.. jgn lupa puasa.. dan kalaupun tak boleh puasa, buat2lah macam berpuasa gak ye.. (",)

azhan:
menuding jari ke arah orang lain mmg menyeronokkan berbanding menuding jari ke arah diri sendiri..

tapi...

menuding jari ke arah diri sendiri lebih banyak manfaat berbanding menuding jari ke arah orang lain..

maka, lebih baik menuding jari ke arah diri sendiri..(",)

fuad ansari said...

hidayah:
moga beroleh hidayah Allah untuk datang kepada amal agama lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg dilipatgandakan pahala amalan..

terima kasih atas segala jasa baik anda..
dan mohon maaf atas salah silap diri ini.. (",)

Tuan Fuad Akmal:
betapa indahnya bila beroleh kemudahan dari Allah swt...

slmt berpuasa tuan.. moga iman dan amal dapat terus meningkat di bulan yg mulia ni.. (",)

pencacai alim:
rahsia Allah belaka... kerana Allah mengetahui hati2 setiap hambaNya..

moga amal kita seperti ahli syurga dan hakikatnya juga adalah ahli syurga.. (",)

cikgu humairi:
salam ramadhan buat cikgu, family dan murid-murid cikgu..
mohon maaf jugak atas salah dan silap..

p/s:cikgu ajar sekolah mana n subjek apa ye? (",)

Pujangga Sinis said...

Again, well said..

arepchepha.com

fuad ansari said...

ArepChePha:
Selamat mengharungi bulan Ramadhan, Arep.. Semoga beroleh perkataan "well done" di akhir Ramadhan nanti.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...