Monday, December 26, 2011

BaPaK KeNCinG BeRDiRi, aNaK KeNCiNG BeRLaRi..

Malam tu, Ramli jalan2 di pasaraya. Ramli cuba meniru gaya seorang wanita bekerjaya yg baru dapat bonus, berbelanja. Tapi, kurang berjaya kerana hakikatnya Ramli seorang lelaki. Kurang bernafsu nak berbelanja.

Tiba2, Ramli terasa seperti ingin buang air kecil. Kali ini Ramli ingin meniru cara Nabi saw masuk tandas setelah meniru perempuan berbelanja menemui kegagalan.

Kebetulan Ramli pakai kopiah, elok sangat la tu. Masuk tandas memang elok tutup kepala. Baca doa dan masuk guna kaki kiri.

Bagai malang yang berbau, tandas penuh. Hanya ada tandas berdiri yang orang sebelah leh tengok2. Ramli tak biasa. Nabi saw ajar, kencing kena cangkung. Lagipun,Ramli pula pemalu orangnya. huhu.

5 minit tunggu, takde sape keluar tandas. 10 minit tunggu pun, takde sape keluar tandas. 

Takpelah, orang muda kena sabar..

Kemudian seorang warga emas pula yang datang menunggu untuk masuk tandas. Habis Ramli, habis.. Bila ada orang keluar tandas, Ramli bagi peluang kepada warga emas tu untuk masuk dulu walaupun Ramli sudah semakin sukar untuk menangkis serangan air yang mahu mengalir keluar. 

Takpelah, orang muda kena ada daya ketahanan yang tinggi..

Alhamdulillah, tidak berapa lama kemudian Ramli berjaya jugak membuang air kecil..

Ramli baru sedar, hari tu dia bukan sahaja belajar masuk tandas cara Nabi saw, tapi dia juga belajar jadi orang yang sabar, punya daya ketahanan yang tinggi dan menghormati orang tua..

Kalaulah diberi pilihan samada wang sejuta ataupun membuang air kecil, pasti Ramli sanggup menolak tawaran wang sebagai menggambarkan betapa tingginya nilai membuang air kecil pada ketika itu.

Mafhum hadis Nabi saw, "Siapa yang mencintai sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku, maka dia bersamaku di syurga.”

Untunglah!!

p/s:
-apa Ramli mengarut-ngarut ni...
-maaf, entri sebelum ini disimpan kembali sebagai draft akibat masalah teknikal..

15 comments:

Cikgu Ma said...

mana anak yang kencing berlari tu?ramli terlupa tentang anaknya kerana tersangat nak terkencing...

Sarah Syazwani said...

nasib leh tahan ye ramli..hehe

Egg Head said...

ramli juga belajar ....1 benda...iatu ikramul muslimin....kasih yang muda hormati yang tua...masyallah....ada gaya lelaki beriman di abad ke-20....

Pencari ALLAH said...

Hikmah satu kesabaran memberi banyak manfaat.

ukhti,mardhiah said...

:)
Untunglah sapa dpt Ramli.
Very the sabar.
Kimsalam!

RuMaH TuA said...

Mujahadah betul...

luahfikiran said...

SALAM,
ADA PENGAJARAN DRPD N3 INI. TKASIH

Titisan Hujan said...

sgt berisi entry ni

APAN said...

pasal kencing pun jadi, tpi menarik bro.haha...
kalau bisness, org kata...modal kecok tpi income cun...

penah guna ruang pancutan tu dulu2.skang ni dah malu nak guna :)

fuad ansari said...

cikgu ma:
iyelah.. baru ramli perasan anaknya tertinggal kat luar tandas.. (",)

kak sarah:
mujur Ramli orang muda.. (",)

tuan jabbar:
sgt jauh jika mahu dibandingkan dengan lelaki beriman zaman Nabi saw.. (",)

kak syikin:
tidak dapat dinafikan bahawa sabar merupakan elemen penting dalam kehidupan... tanpa sabar, haru biru jadinya..

mard:
nak kim salam kat sape?? (",)

ustazah iqa:
kecing pun leh sampai tahap mujahadah kan.. (",)

uncle LF:
wsalam wbt...
kasih diterima.. (",)

zia:
(",).. lega titisan hujan datang.. nyaman sikit.. (",)

apan:
dulu tak sunat lagi.. sekarang dah sunat, tu yg malu tu.. (",)

s a r said...

assalamualaikum encik ramli.

eheh. sangat seronok ni..

















bab, mencintai dan menyertainya di syurga. uuu ~_~

Syera said...

hehe...bagus ramli nih..
baru sorg org tua yg msuk..
nanti dtg lagi ramai org tua..
bagaimana agaknya ketahanan ramli tuh?? huhuu

fuad ansari said...

sar:
wsalam wbt..
moga impian menjadi kenyataan.. (",)

syera:
kalau lagi ramai orang tua yang masuk, sanggup ramli berlakon jadi orang tua jugak... biar sama2 tua.. (",)

Aween Md Zahir said...

uhuiii Ramli : buat surat mohon tandas lebih banyak :p huhu

*praktikkan apa yg baek, jadi amalan sepanjang hidup. result : pass wif flying kalers ^^

fuad ansari said...

aween:
hehe.. taknak la.. banyak lagi kerja lain Ramli kena buat.. aween ajelah yg tolong ramli buat surat tu.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...