Tuesday, June 28, 2011

CiKGu Bio PuN TaKDe JaWaPaN..

Di suatu petang, seorang guru Biologi memasuki kelas 5 Azam. Kelihatan pelajar-pelajar agak mengantuk.. Lantas Cikgu Noraini mulakan sesi pembelajaran hari itu dengan beberapa soalan..

Cikgu Noraini: Saya ada soalan... Siapa tahu maka boleh cuba jawab.. Ok.. Soalan pertama cikgu.. Kenapa manusia itu kebiasaannya tidur pada waktu malam?

Tahieyah: Untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang hari..

Taufiqah: Sebagai ujian kepada manusia supaya Allah swt dapat mengetahui hamba-hambaNya yang mana yang dapat melepasi ujian tidur yakni mampu bangun pada malam hari lantas mengerjakan solat malam..

Cikgu Noraini: Pandai betul pelajar-pelajar cikgu ni ye.. Ok, soalan kedua... Syaaban adalah bulan sebelum Ramadhan.. Mengapakah agaknya selalu kedengaran, ramai yang berpuasa pada bulan Syaaban?

Hafiz: Untuk membiasakan diri sebagai persediaan menghadapi puasa wajib pada bulan Ramadhan..

Izmer: Sebab inilah bulan terakhir sebelum datang Ramadhan.. Barangsiapa yang tidak berpuasa penuh pada bulan Ramadhan di tahun sebelumnya, makanya mereka akan mula sibuk menggantikan puasa mereka pada bulan Syaaban di tahun berikutnya.. Manusia adalah sgt menghargai saat-saat yg akhir..

Cikgu Noraini: Bijak bijak...

Liyana: Nak ingatkan kaum Hawa supaya ganti puasa lah tu...

Cikgu Noraini: Ok ok.. cikgu ada satu lagi soalan.. Kenapa kebanyakan kaum Adam akan kelihatan seperti 'mengandung 4 bulan' setelah berkahwin??

Fatihah: Haaa, saya suka soalan ni.. tapi apa jawapannya cikgu?? Tak tahu pulak saya..

Cikgu Noraini: Hehe.. Cikgu gurau-gurau je.. Cikgu pun tak tau jawapannya.. Balik nanti cuba kamu tanya ayah kamu ye.. Sampai sekarang cikgu sendiri masih tertanya-tanya.. Dah dapat jawapan jangan lupa bagitau cikgu ye..

Pelajar-pelajar: Ok.. Beres...

Cikgu Noraini: Hari ni kita belajar tajuk P.E.R.S.E.N.Y.A.W.A.A.N... 

Afida: Inilah tajuk yg saya paling minat cikgu..

Cikgu Noraini: Amboi, kalau bab ni kemain kamu ye.. Sampai hilang ngantuk..

p/s:watak2 di atas adalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena-mengena samada yg hidup ataupun yg telah tiada.. hehe..

24 comments:

Afida Anuar said...

He he, lawak pulak akak baca entry fuad ni.... mendalam maksudnya terutama sekali soalan last tu. Dah masuk 3 bulan eh..;)

fuad ansari said...

alamak, x sempat nak edit.. dah ada orang komen..

saya dah masuk 8 bulan.. mungkin baby boy la kot.. hehe.. gurau je..

aiko kato said...

wahai en fuad, i spot my name there..hehe..nice entry...

i do hav answer for soalan 3 la fuad,
in my opinion, lelaki aftr kawen dia da sng hati...xperlu la jg mkn or jg badan..cuma kna jg hati, jg mata, jg mulut, jg otak...jg perkara yg bole mendatangkan dosa..hehe..

selamat menjaga badan ya fuad.hehs~

^_^

s a r said...

assalamualaikum :)

kredit to aiko kato utk soalan last tu. ~eheh

but, suka yang bab puasa, ~ahah, itulah hakikat yang sebenar.

nice entry encek :)

nur aisya humaira said...

erk..nk thu jgak jawpn soaln last tu...:)

liyana said...

eh..my name..
hehe..nice entry......

Anak Pendang Sekeluarga said...

wah,macam tu pulak,,,
menunggu jawapan terakhir...

nurkass said...

hehe..pandai cikgu noraini bagi soalan..bukan main laju afida jawab soalan last tu..hehe

Norsha said...

adoiii....kawan kpd cikgu noraini tu bgtahu kenapa kaum Adam kelihatan Mengandung 4 bulan selepas berkawin ialah kerana untuk memberi sokongan moral kpd isterinya yg bakal mengandung....

p/s :ye ke nama cikgu bio tu noraini?
rasanya cikgu noraini tu ajar
subjek lain :)

hidayu samsudin said...

:)

Hidayatullah said...

ha3.. dlu time blaja bio form 3.. segan btol blaja bab nh..

Kakzakie said...

Fuad kakak nak jawab soalan Cikgu noraini yg terakhir (yg murid-murid cikgu tak dapat jawab): -

Sebab jeles melihat isteri mengandung!!

Nazihah@Jiha said...

yehh,dpt bljr subjek Bio kat sini! hek2 :)

Shadow Of Life said...

cume nk comment:

"hehe =p "

~SaL IjOu~ said...

makan minum da terjaga..tu yg otomatik mcm 'mengandung 4 bulan' tu ;p

Salsabila said...

:)

nice entry ^_^

fuad ansari said...

Fatihah:
good answer fatihah..

Badan sy alhamdulillah x susah nak jaga.. hehe..

s a r:
nak ganti puasa? hehe

aisya:
ramai dah yg bagi jawapan.. refer jawapan diorang je lah ye... sumer pun bg jawapan yg bagus2.. hehe..

liyana:
kamu kan murid kesayangan cikgu noraini.. hehe.. gurau je..

tuan fuad akmal:
tuan kena kawin cepat.. supaya untuk soalan terakhir tu tuan boleh bagi jawapan berdasarkan pengalaman sendiri.. hehe..

kak nurkass:
kalau nak tau, tu la student paling cemerlang.. hehe..

Cikgu Norsha:
lepas si isteri bersalin, dah boleh kurus balik.. yg si ayah masih cenggitu juga.. tapi ok la.. at least, si ayah dah get ready utk bagi sokongan moral for the next baby kan..hehe..

p/s:cikgu noraini tu ajar perakaunan.. ari tu mungkin dia jadi cikgu ganti utk subjek bio kot.. multi-tasking tul cikgu noraini tu kan.. hehe..

fuad ansari said...

Hidayu:
Orang bujang, senyum je..

Dalam hati kata, bila la aku nak kawin ni.. nak jugak ada suami yg bagi sokongan moral utk aku mengandung.. mesti best kan.. hehe..

Hidayatullah:
Segan satu hal.. tak mengantuk pun satu hal.. pelik betul kan.. mmg scorelah kalau exam tajuk tu..(",)

Kakzakie:
hehehe.. isteri mengandung ada jugak hasilnya.. suami mengandung, apa hasilnya ye? (",)

Nazihah@Jiha:
Kat sini mmg ramai cikgu bio..(",)

Azie:
Kalau azie dah kahwin nanti, tau lah nasib.. sy risau suami azie yg mengandung dulu dari azie.. hehe...

~SaL ljou~:
Ye lah kan.. bila dah ada assistant, boleh byk rileks.. bila byk rileks, lemak terkumpul.. hehe..

Salsabila:
saje gurau2.. jgn amik serius sgt entri ni tau.. (",)

shahirahkhairudin said...

hiks ~

kena kawan baik dengan padang bola tiap-tiap petang le cenggitu..

sea_lavender said...

entry yg menarik~~ cik epal blogger agk terkenal juga pernah post entry isu ini juga~~ sume de pndapt tersendiri =)

sea_lavender said...
This comment has been removed by the author.
Titisan Hujan said...

knp ea??

~PENCHENTA~ said...

Eh! Terlambat baca lah! Haha. Tahieyah tu siapa? Bagus betul. Cepat dia menjawab. Mesti best student kann. :P

Lelaki buncit sebab kena badi isteri yang pregnant. Keh3.

fuad ansari said...

shahirah:
mudah2an berjaya... jgn dok tepi padang bola je sudahlah.. hehe..

sea_lavender:
seronokkan bila dpt tahu macam2 pendapat.. (",)

titisan hujan:
haa tu.. tyah dah tlg jawabkan.. (",)

tyah:
a'ah best student subjek bio tu.. cuba tanya, sape menteri kewangan argentina, mesti dia tak tau.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...