Wednesday, May 18, 2011

SeKeTiKa SeLePaS BeNCaNa..

Seketika selepas bencana, manusia mengira berapa ramai yang terputus nyawa..
Seketika selepas bencana, manusia mengkaji sains untuk melihat punca..
Seketika selepas bencana, manusia mengenalpasti kelemahan sistem yang ada..
Seketika selepas bencana, manusia berasa pelik kerana teknologi hilang upaya..
Seketika selepas bencana, manusia kembali berbuat noda dan dosa..

Alangkah baiknya jika:

Seketika selepas bencana, manusia mengira inilah azab dari Pencipta..
Seketika selepas bencana, manusia memikirkan kekuasaan Yang Esa..
Seketika selepas bencana, manusia memikirkan dosa-dosa mereka..
Seketika selepas bencana, manusia semakin dekat kepada agama..
Seketika selepas bencana, manusia memperbaiki diri agar tidak lagi alpa dan leka..

Dimana kita meletakkan akal dan minda??
Sehingga bencana masih tidak mampu mendekatkan diri kepadaNya..
Adakah kita menunggu saat ajal menjelma??
Sungguh dunia ini menipudaya...


Sins is a fire, don't play with it,
Don't go anywhere near to Jahannam's heat..

p/s: Sekadar untuk peringatan diri sendiri agar tidak lupa..

16 comments:

cik dila said...

Allah..Allah...
semoga indah dunia tidak membuatkan hati ini terus leka..

Afida Anuar said...

Alhamdulillah..masih ada yang 'kembali' padaNya...selepas bencana.

Norsha said...

seketika selepas bencana, manusia ingat akan mati tapi selepas beberapa lama, manusia kembali lupa diri...

namasayatihah said...

This is life...manusia lebih mencintai dunia...hopefully tuhan sentiasa dekatkan hati kita kepada NYA~

~PENCHENTA~ said...

Sebab manusia tak melihat sains dari pandangan Islam. Itu sahaja sebabnya.

Dan nak menilai sejauh mana manusia dari agama, lihat saja sebanyak mana ilmu sains yang menyimpang dari ajarannya.

*Tengah mood seronok membongkar teori darwin.*

Mutiara Bernilai said...

Allah..

Allah..

manusia sudah lupa adanya Yang Di Atas.. lupa, bahawa segalanya dtg dr Nya..

fuad ansari said...

Cik Dila:
Just keep in mind, sesungguhnya syurga itu jauh lebih indah.. (",)

Kak Afida:
Alhamdulillah..

Sebagai peringatan diri:
Jangan tunggu bencana tiba untuk datang kepadaNya, takut2 bencana datang memutuskan nyawa..

Cikgu Norsha:
Sekejap sungguh kesan bencana.. Pandai sungguh syaitan menjalankan kerja..

fuad ansari said...

Tihah:
"Bahkan mereka lebih menginginkan kehidupan dunia, walhal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.." (",)

Tyah:
Manusia berfikir mereka lebih bijak dan lebih hebat dari Pencipta mereka..

Mutiara Bernilai:
Bernilainya harga suatu benda yang diberi nama 'ingatan kepadaNya'..
Lupa hanya menyebabkan leka sehingga seolah2 menghampiri jurang neraka.. Na'uzubillah..

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Peringatan datang silih berganti.. Peringatan untuk sang pelupa..

couverv said...

mereka takut dengan bayang2 sendiri untuk berkata sesuatu yg benar .

liyana said...

nice entry...

jepun yg terkenal dgn teknologi yg cnggih juga hanyut sekelip mata..
dgn kuasa Yang Maha ESA..
sama2 kita renungkan

fuad ansari said...

Ustaz Ishak:
Wa'alaikumussalam wbt..
Peringatan demi peringatan sehingga sampai hari pembalasan.. (",)

Couverv:
Adalah lebih baik takutkan Allah.. (",)

Liyana:
Jepun juga merasa hairan bagaimana teknologi mampu dikalahkan walhal bencana yang datang tidaklah melebihi skala yang mereka ditetapkan.. Ternyata Allah lebih berkuasa atas tiap-tiap kejadian..

Unknown said...

peringatan kepada kita yg sering lupa

alpa dengan keasyikan dunia..
subhanallah...diri ini sentiasa tergelincir.

terima kasih atas peringatan

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Dunia mmg mengasyikkan..
Dunia juga tempat yang licin..
Sehingga ramai yang tergelincir..
Berhati-hati ketika berjalan..
Ingatlah syurga yang berkekalan..(",)

Malaysian Epic said...

hello fuad hope we can share link about Malaysian political review

http://malaysianepic.blogspot.com/

fuad ansari said...

Malaysian Epic:
InsyaAllah.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...