Jawapan teka-teki dari entri sebelum ini adalah............. J.I.H.A.D.. Alangkah baiknya mati di jalan Allah ataupun dikira sebagai orang-orang yang berjihad di jalan Allah.. Dan alangkah beruntungnya orang-orang yang menggunakan diri dan harta untuk agama Allah kerana balasannya adalah syurga yang kekal abadi..
(mengikut skema jawapan sendiri.. pembuat soalan memang ada hak untuk membuat skema jawapannya sendiri walaupun hakikatnya ramai yang tidak berpuas hati..) (",)..
“Sesungguhnya Allah swt telah beli dari kaum mukminin itu, diri dan harta mereka, dengan balasan Syurga.” (At-Taubah: 111)
Daripada Zaid bin Khalid al-Jahny r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempersiapkan orang yang berperang pada jalan Allah, maka ia dikira berperang, dan barangsiapa yang berada di belakang orang yang berperang pada jalan Allah dengan menyumbang sesuatu kebaikan, maka ia dikira berperang”. (Sahih Bukhari: 2843 dan Sahih Muslim: 5011)
Peristiwa yang dilihat Baginda saw pada malam Isra’ dan Mikraj ialah Baginda saw mendatangi satu kaum yang bercucuk tanam pada satu hari dan menuai hasil pada hari sama. Setiap kali mereka menuai hasilnya ia kembali seperti asal.
Sabda Nabi saw: “Wahai Jibril, apakah ini? Menurut Jibril: Mereka ialah orang-orang yang berjihad di jalan Allah yang dilipat gandakan pahala mereka dengan 700 gandaan. Tiada yang mereka nafkahkan akan dibiarkan tanpa dibalas”. (Al-Bazzar)
Daripada Khuraim bin Fatik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang memberi sumbangan pada jalan Allah, dituliskan untuknya 700 gandaan”. (Tirmizi)
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”. (As-Soff: 10-13)
p/s: sebagai menghargai setiap jawapan yang diberikan, maka setiap seorang yang telah cuba menjawab akan tetap diberikan hadiah tersebut.. (sila email alamat rumah anda untuk tuntutan hadiah) (",)
8 comments:
Oooo...jihad...hawat la akak tak terpikir time nak jawab tu. Duk fikir taubat..taubat..taubat..
eh Fuad, dapat hadiah jugak yer? he he;)
bagusnya pagi-pagi ni ada orang tolong peringatkan tentang jihad ni...nice sharing fuad !
alhamdulillah..
itu yg sebenarnya..
nice expalanation..thanks
hmm..(at-taubah:11)...
kt usrah slalu sbut ayat tu..
Kak Afida:
Dapat.... mesti dan pasti..
p/s:nanti bagi alamat rumah erk sebab nak poskan hadiah.. (",)
Cikgu Norsha:
Manusia semakin melupakan jihad.. mungkin kerana cinta dunia dan takut mati..
Kak Nurkass:
Mujur akak bersetuju.. ingatkan xde yg bersetuju dengan jawapan tu.. (",)
Liyana:
Memang popular ayat tu..(",)
Kadang2 memang boleh perasan beberapa ayat popular yg sering dilafazkan oleh ustaz2 dalam ceramah mereka.. kadang2 orang yg mendengar pun sampai leh hafal ayat tu...
Allah..
Membuak2 rasa mahu dalam dada,,
Mahu di tukar jasad ini dengan syurga,
mahu di ganti darah ini dengan sungai susu dalam raudhah..
ah, sedar diri, betapa jihad dalam menggadaikan kepuasan diri pun sudah payah, bagaimana pula ingin menggadai nnyawa demi agama..
Allah,,
Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.
Mutiara Bernilai:
Moga Allah beri kita kekuatan..
Petuanya.. pejam mata.. ingat syurga.. just do it.. (",)
Tuan Fuad Akmal:
Salam..
InsyaAllah.. Erm.. menarik cerita tu..(",)
Post a Comment