Thursday, August 18, 2011

CeRiTa PaSaL BoLa..

Al-kisah.. Tersebutlah kisah.. Sekumpulan jemaah anak-anak muda berikhtikaf di masjid... 

Di hadapan masjid, kelihatan para belia begitu asyik bermain bola sepak di padang.. Nampak seakan-akan mereka itu bakal bergelar pemain bola sepak terkenal.. Ahli jemaah hanya mengintai dari masjid.. Dalam hati berkata, dahsyat jugak mereka ni bermain..

Keesokan harinya, ahli jemaah bermesyuarat.. Masjid dahagakan kehadiran para belia.. Bagaimana agaknya untuk mengajak para belia ini ke masjid.. Mereka sudah sampai ke padang, sikit sahaja lagi langkah yang diperlukan untuk ke masjid.. Seakan memahami jiwa anak-anak muda, ketua jemaah menyuruh kami bermain bola sepak bersama mereka.. Bermain sambil mengeratkan silaturrahim..

Petang itu, usai solat Asar, pertemuan diadakan bersama para belia yang sudah semakin ramai ke padang.. Mereka mahu perlawanan persahabatan.. Ahli jemaah bersetuju.. Ahli jemaah boleh dikenali dengan penampilan seperti berkaki ayam, berseluar panjang dan berkopiah.. Maka berlangsunglah perlawanan persahabatan antara pasukan seluar panjang dan pasukan belia..

Nampak seakan bakal kalah... Tapi tak mengapa, mahu usaha yang terbaik.. Kalau boleh biar menang.. Biar pasukan seluar panjang yang menang.. Gol pertama milik pasukan seluar panjang.. Pasukan belia masih nampak tenang.. Gol kedua dari jarak jauh kemudiannya hadir.. Jaringan dari tengah padang oleh penulis ternyata membuatkan pasukan belia tergamam.. Selepas dari gol itu, kelihatan mereka semakin bersungguh-sungguh.. Mereka tidak mahu kalah nampaknya.. Mungkin mereka takut dimalukan.. Allah punya kuasa.. Akhirnya, pasukan seluar panjang tetap menang dengan jaringan 4 berbalas 1.. Alhamdulillah, Allah kasi menang.. Bantuan Allah itu dekat..

Yang penting, hubungan semakin akrab.. Kami semakin mesra.. Ketika waktu Maghrib dan Isyak, kelihatan ada pemain-pemain pasukan belia turut sama solat jemaah di masjid... Syukur padaMu ya Allah pemilik hati-hati manusia.. Sekali lagi Engkau tunjukkan bantuanMu.. Semoga mereka terus istiqomah ke masjid..

Terfikir juga, kalaulah pemain-pemain pasukan bola sepak Malaysia berpakaian menutup aurat, mungkin bantuan Allah itu lebih dekat dalam setiap perlawanan... Kata seseorang, never give up on a miracle.. (",)... Wallahua'lam....

35 comments:

nursakinah said...

great

Afida Anuar said...

Yeap..never give up on a miracle;)

Teringat cerita kawan akak, dia duk terpikir macam mana nak tarik abang penjual burger yang duk jual burger dekat dengan masjid, supaya datang berjemaah... dia beli burger abang tu, selalu. Hidayah tu milik Allah, akhirnya abang penjual burger tu pun turut hadir berjemaah setiap waktu. Lebih kurang macam cerita Fuad ni la:)

PS: Fuad sumbat berapa gol? he he

RuMaH TuA said...

Mantap. (^-^)y

s a r said...

assalamualaikum encek fuad yang menjaringkan gol dari tengah padang :D

point* bantuan Allah itu dekat.

hanya kesabaran dan usaha yang dituntut kan. :)

Kamarol Azli Bahari said...

enta ke tukang jaring dari tengah tu fuad? hehe.. masih berbisa...

pe pn..dakwah yg mantap..Alhamdulillah..

Norsha said...

emm....tak sangka ada bakat main bola...kalau terus berlatih, boleh serap masuk dlm pasukan harimau Malaya...bgmnpun, ia satu usaha yg sangat baik......teruskan !

azharjaafar said...

tahniah..

Kakzakie Purvit said...

Tagline Fida juga yg keluar dlm N3 ini. Hehehe...

Sungguh dlm mengejar kebahagiaan dunia, jangan lupa akhirat. Berusaha yang diiringi doa tidak sama dgn berusaha tanpa diiringi doa... Samalah main bolasepak.

Tapi cara mendekatkan mereka ke rumah Allah itu yg kakak puji..:)

Adibah Ishak said...

strategi yg bagus :) moga makin ramai yg turut serta ke masjid.

Mutiara Bernilai said...

salam,

oh itu tagline kakak fida kan?

:)



hm. itu mmg antara pendekatan dakwah. pertama, hulurkan tangan, mulakan persahabatan,,lama2 tariklah tgn2 tu ke arah biah solehah..insyaAllah.. :)

teruskan, moga terus istiqamah menyentuh hati manusia. :)

Hafizin Jamil said...

bijak ahli jemaah tu..

CS said...

kreatif! boleh karkuzari kat hincik zauj nnt...

faraherda.razalan said...

Wow!....Tak terkata apa.

qamarguyz said...

salam ziarah..
Alhamdulillah, pendekatan yang bagus..berkongsi minat dan cerita, pasti mereka bertambah suka =)

p/s: hebat juga penulis ni yer..dah lama sy tak rembat masuk bola sebegitu..hehE

L said...

mmg mantap brooo...=)

teruskn bdkwah dgn cr annda.=)

jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

Nazihah@Jiha said...

Jaringan dari tengah padang oleh penulis ternyata membuatkan pasukan belia tergamam..tudia hee~

mabruk! moga terus terusan mereka berjemaah ^_^

~PENCHENTA~ said...

Eh. Kak Afida, mintak royalti cepatt. :P

Haa. Nak taw kenapa pemain bola ramai tak tutup aurat? Sebab bila orang buka tivi, namanya tengok bola. Bukan tengok pemain. Kah3.

*Tak faham kenapa kalau perempuan tak pakai tudung senang nya orang cakap dia tak bagus, tak tutup aurt etc. Tapi lelaki yang ramai berseluar pendek tak malu pula*

P/s: Bukan niat nak menangkan sesiapa. Memang kedua2nya salah. Tapi ramai orang tak nampak salah pada berseluar pendek tu. Allah. :(

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga kaedah begini dapat membantu dalam usaha untuk membawa pemuda mengimarahkan masjid...

Bijen M. said...

Ritu dekat Bangla time tengah azan bebudak tu dok main kriket lagi.
Terpikir gak nak main kriket dengan deme.
Kalah deme kalu kena duduk taklim semua.
Tapi berangan jelah time tu.
Ahaks!

fuad ansari said...

sakinah:
Allah is the Greatest.. (",)

kak afida:
orang kata, tawan hati dulu, baru senang masuk line.. (",)

ada la dua gol...(",) (rasa bersalah gak menang besar.. dah la bermain di tempat lawan.. penyokong2 depa ramai lak tu.. )

ustazah iqa:
Pasukan baru dibentuk, dah ada keserasian.. Allah punya kuasa.. (",)

s a r:
wsalam wbt... yup... bijak bijak.. (",).. Allah yang telah bantu ummat2 terdahulu, Allah yang sama akan bantu kita semua jika kita datang dekat kepadaNya..

nashir:
sy mmg dari kecik terbiasa main bola sepak..

masa mula2 sampai tu, ada jugak rasa nak main sama2 dengan depa.. nampak macam meriah sgt je.. dan tak sangka jugak bila ketua jemaah suruh kami p main bola dengan depa.. (",)

fuad ansari said...

cikgu norsha:
sy dulu mmg minat main bola.. tapi apakan daya, kurang sokongan dari mak ayah.. mungkin depa lebih tahu mana yg terbaik untuk anak2 depa.. maka bermain bola hanya dijadikan hobi semata..

dulu2, orang lain dah pakai boot kulit, saya simpan duit sikit2 beli boot kain.. akhirnya, nak pergi masuk pemilihan bola sepak pun jadi malu... apa2 pun, ada hikmah disebaliknya..

tuan azhar:
tahniah utk pasukan seluar panjang.. sporting kan amir sab kami.. (",)

kak zakie:
suka ayat ni.. Berusaha yang diiringi doa tidak sama dgn berusaha tanpa diiringi doa.. (",)

main bola macam pergi berperang gak kot.. untuk kejayaan yg luar biasa dalam medan perang, mahu tak mahu kena ada penghampiran dan tawajjuh kepada Allah.. (",)

senang kata, main bola jgn sampai lupa solat dah la kan...

adibah:
strategi ni mmg jarang2 berlaku.. tapi alhamdulillah, berkesan.. mungkin boleh digunakan lagi di lain kali.. (",)

fuad ansari said...

mutiara:
wsalam wbt...
tu lah tu.. marah kak fida sy guna tagline dia.. dah sy kena blanja kak fida beli makanan kat bazar Ramadhan.. (",)

sebab tu antara orang2 yg mula2 mengikuti Nabi saw adalah orang2 yg hampir dan dekat dengan Nabi saw... bila sudah ada ikatan, baru mudah mengajak ke jalan kebaikan..

HJ:
kebetulan pulak ahli jemaah muda2.. masing2 boleh main bola.. alhamdulillah, apa yg baik itu datang dari Allah... (",)

cikgu sue:
itu mujur cikgu tak menyaksikan perlawanan tu.. ada antara kami yang pakai kurta n baju melayu kerana tak bawak baju t-shirt.. ye lah, semauanya tidak disangka.. (",)

mommy farra:
kami pun masa mula2 terima arahan ketua jemaah, kami berfikir, betul ke tidak arahan ni.. macam tak percaya pulak..(",)

qamarquys:
seingat saya, itulah gol paling jauh yg pernah saya lakukan sepanjang hidup ni.. Alhamdulillah, bantuan Allah...

fuad ansari said...

L:
dakwah terkadang2 perlu lebih kreatif kan.. (",)

nazihah:
mudah2an...mudah2an mereka boleh melangkah sedikit lagi untuk ke masjid sebagaimana mereka boleh melangkah ke padang..

tu dia.... oghang utagha mai bagi komen.. (",)

tyah:
ini kalau kak afida mintak royalti, boleh jatuh bankrupt sy.. (",)

itu lah tu... mungkin wanita yg membuka aurat kesannya lebih menggugat jiwa dari lelaki yg memakai seluar pendek..hehe.. (",)

tuan razak:
wsalam.. mudah2an..

saya rasa...
ahli jemaah masjid kini perlu lebih mesra dengan para remaja supaya mereka tidak janggal dan berasa lebih selesa untuk berada di masjid.. jgn sesekali memandang sinis terhadap mereka dan tak salah kalau beri mereka tugas utk jadi bilal dan sebagainya.. (",)

tuan bijen:
ironinya, duduk taklim dalam masjid yang dingin boleh jadi lebih sukar dari bermain kriket di bawah terik mentari.. (",)

intanrh said...

salam fuad. kisah benar ye?
tahniah :)

fuad ansari said...

sis intan:
wsalam wbt..
a'ah, kisah benar.. (",)

selamat mencari malam lailatulqadar ye sis intan.. (",)

Aween Md Zahir said...

Assalamualaikum :)

tahniah sebab team penulis menang..huhu ! hebat hangpa naa :)

cerita yg sgt besh ! penuh dgn nilai moral & yg pasti perlu ambil pengajaran esp ntk lelaki yg ske benor pakai seluar pendek..

hopefully one day,team penulis ganti team Harimau Malaya skrg..konpem menang :)

Auni Aizie. said...

" never give up on a miracle.. (",) "

:))

s a r said...

yes! ~heee. :D

s a r said...

yes! ~heee. :D

nurkaloi said...

harus dbce pmain bola ngara kite ^__^

fuad ansari said...

tuan saiful:
pakaian perkara kedua.. yg penting matlamat bermain tercapai.. (",)

aizureen:
wsalam wbt... mungkin mereka sebenarnya bukan suka sgt pakai seluar pendek.. cuma mentaliti masyarakat kita, kalau main bola mesti pakai seluar pendek.. kalau masuk kolam renang, mesti pakai swimming trunks.. walhal mentaliti itu adalah mentaliti orang bukan Islam.. makanya, kita haruslah mengubah sedikit sesuai dengan status kita sebagai orang Islam.. tak gitu.. (",)

auny aizie:
tu kata2 keramat tu.. kalau tuannya tahu saya pinjam kata2 keramat dia, abisla saya.. (",)

s a r:
yes=year end sale.. bukan ke? (",)

nurkaloi:
yang penting, kita doakan agar apa yg baik itu sampai kepada mereka walaupun bukan dengan membaca entri ni.. (",)

umu6point said...

Assalamualaikum tuan..

wahh..bantuan Allah swt datang.
Pemain seluar panjang main betul2 kerana Allah swt. Mesti sambil main...zikir x putus2 :)
Agaknya gol dr tengah padang bukan dari penulis tu..tapi dari "pertolongan" Allah.

*misteri*

hehee :)

fuad ansari said...

Puan Umu:
wsalam wbt...

Benar benar.. gol dari tengah tu dari pertolongan Allah.. Gol macam tu tak mampu saya nak lakukan tanpa pertolongan Allah.. Dan setiap yang berlaku pun dengan izin dan kehendak Allah swt..

Hikmahnya, para belia dapat tau bahawa kaki bola juga boleh jadi kaki masjid.. (",)

Selamat hari lahir Puan Umu.. Sambut hari lahir bertiga nampaknya tahun ni..(",)

s a r said...

hihi.

'year and sale' kan lambat lagi. :D

tekaan berjaya akhirnya pada bait entry encik fuad. eheh.

fuad ansari said...

s a r:
duit dah abis kat hari raya sale.. macam mana nak pegi year end sale ni.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...