Monday, May 21, 2012

PeReMPuaN LeBiH RaMai??

Amni: Ayah, kenapa perempuan ramai di universiti? Orang kata, lelaki ramai kat pusat serenti je, betul ke?

Ramli: Ayah rasa, perempuan memang lebih ramai dari lelaki... Dari kisah quran dan hadis, dapat diketahui bahawa lebih ramai perempuan di neraka berbanding lelaki... Dapat juga diketahui bahawa di syurga, setiap seorang lelaki akan dikahwinkan dengan 2 orang perempuan di kalangan ahli syurga... Bukankah nisbah tu menunjukkan perempuan lebih ramai dari lelaki disebabkan pada kehidupan akhirat tidaklah ada tempat lain melainkan syurga dan neraka...

Amni: A'ah la.. Amni pun ada dengar macam tu jugak.. Ayah, macam mana nak masuk syurga?

Ramli: Sejauh mana seseorang berjaya bawa agama Islam dalam kehidupan dia.. Kalaulah ukuran kejayaan pada harta kekayaan, pasti dan pasti Nabi Muhammad saw adalah orang yang paling berhak hidup dalam kekayaan.. Tidaklah dunia ini diciptakan jika tidak kerana Allah swt ingin menciptakan Muhammad saw..

Persoalannya, kalaulah iman yang ada pada kita hari ini tidak mampu membuatkan kita taat perintah Allah swt, apakah dengan iman yang sama kita mampu masuk syurga Allah?
Dan kalaulah dengan iman yang ada pada kita hari ini tidak mampu untuk kita menjauhi maksiat, apakah dengan iman yang sama kita mampu terlepas dari neraka Allah?

p/s:
Dalam entri F.A.Q..
Nur Farina Abdullah said...
suami saya kata: kenapa org yg tinggil ilmu agama spt nik aziz dan harun din tak bernikah lebih dari sorg? saya jawab: NTAH! suami kata sebab mereka betul2 memahami apa isi al quran, khatam dan dah masuk dlm kepala tafsir al quran dan mmg tahu sgt2 apa yg di maksudkan kalau mampu utk adil kawin lah 4 tp kalau tak mampu memadailah seorang... jd justru itu kebanyakan org yg benar2 mendalami agama jarang yg bernikah lebih....

Ramli said:
Apa2 pun, sesungguhnya Nabi Muhammad saw adalah orang yang paling memahami al-quran.. Pasti ada hikmah mengapa Allah swt perintahkan Nabi Muhammad saw untuk berkahwin lebih dari seorang.



24 comments:

Egg Head said...

huhuhu....sbb tu la lelaki kat yang masuk U....asyik nak cuci mata jak kan...sbb ramai sgt wanita.....

faraherda.razalan said...

Salam,

Fuad takde try audition Imam Muda? Heheheh...(err, bukan sinis ye, sy tny jujur)

Berat tanggungjawab beristeri lebih dari seorang. Sy andaikan, takutkan Allah itu yg mengatasi keinginan utk berpoligami.

Hanya Allah yang layak menilai amalan kita. Bukan manusia.

=D

aliza said...

betapa medalamnya maksud entri, terasa nak jalan2 ke sini saja akak... selain membaca banyak ilmu dan info yg x mampu akak tulis...

sea_lavender said...

benar perempuan lebih ramai daripada lelaki ;)
perempuan mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka

hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani ;
''jika seseorang perempuan mengerjakan solat yg 5 waktu, puasa d bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat kpd suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuk ke dlm syurga dari pintu mana sahaja engkau suka''

Unknown said...

fasal poligami ni jarang mencapai titik pertemuan di antara dua gender bila dibahaskan.

ewanthology said...

perempuan mmg sentiasa ramai, di mana mana....

Unknown said...

kampus TH semua perempuan.hnya lect je ada lelaki.student semua perempuan melayu.

s a r said...

assalamualaikum :)

betul la kita tak boleh meletakkan hukum pada manusia. tu antara dia dan Allah.

Rasulullah berpoligami bersebab dan sememangnya bginda berpoligami pun kerana Allah. Atas utusan Allah bginda berpoligami kan. ~betulkan kalau saya silap. :)

perempuan 'nampaknya' ramai di mana2. risau pula kurang nampak di syurga kelak. nauzubillah.

~sentiasa berusaha tidak mahu tergolong daripada mereka yg terglincir di pintu neraka. :')

tehr said...

perempuan lebih ramai berbanding wanita

Kakzakie Purvit said...

Perbandingan rasulullah dgn umatnya amatlah jauh utk dibandingkan. Rasulullah amat maksum dan pastinya mampu utk beristeri lebih dari satu. Umat baginda tidak sekuat itu - itulah tak mampu utk memperisterikan lebih dari satu.

Ada yg mampu sebab duit banyak tapi mendidik kearah yg diredhai tak dapat dipenuhi...

Unknown said...

As salam Fuad,

Saya suka jln2 sini & baca entry yg ditulis, thank you banyak ilmu yg saya dpt... Insya'ALLAH... Kdg2 nak drop komen tp xtau nak tulis apa :))

Moga2 saya adalah dikalangan wanita ahli syurga... Doakan saya ye :)))

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum....

Datang dari sebuah keluarga yg sangat besar.

Bukan lebih satu tp ada lebih dari itu... Alhamdulillah, Dia menentu itu keputusan buat mereka yg tertentu... Bahagianya siapa yg tahu..
Setuju? Walaupun begitu...
Still tak mahu dimadu...
Kerana tahu diri ini bukan yg tertentu itu...
:-)

Kita ke syurga dengan kurniaan bukan amalan. ^^, tetapi dengan amalan keredhaan jadi imbalan...

"en Fuad lebih ramai pengkomen perempuan la... "

moga Allah kasih.

intanrh said...

..kat ofis akak pun ramai perempuan...:)

Norsha said...

kat kelas akaun yg cikgu ajar ni ada 116 org pelajar perempuan dan cuma 4 orang pel lelaki, bygkan jauhnya jurang antara mereka....

p/s: Ramli suka ye cite bab poligami?

Norsha said...

oo silap, bukan 116, cuma 16 org je..

Ckin Kembaq said...

memang ada hikmahnya...baginda terlalu maksum.. ^_^

Adibah Ishak said...

seram sejuk membayangkan wanita lebih ramai di neraka.

fuad ansari said...

tuan jabbar:
jgn lupa jugak utk selalu cuci dosa.. (",)

fara:
wsalam..
erm.. panjang sebabnya kenapa sy tak masuk audition imam muda.. (",)..

nanti lah... ada masa sy bagitau dalam entri khas.. ok? (",)

kak aimaniman:
kalau digali, memang semakin dalam jadinya.. (",)

syazwani:
benar.. tidak syak lagi... (",)

pakngah:
tapi tu lah, mmg sukar.. namun jika dibahaskan dengan telus tanpa dipengaruhi emosi, mungkin ia akan mencapai titik pertemuan.. (",)

fuad ansari said...

tuan iwan:
itulah tu... lelaki kini sudah mencadi spesis terancam.. haishh...(",)

TH:
itu kalau lecturer masih bujang, mau jadi rebutan tu.. (",)

sar:
wsalam wbt..

dan pasti jugak ada sebab di dalam quran Allah menyatakan, kahwinlah 2,3 ataupun 4, namun jika TAKUT tidak berlaku adil, kahwinlah 1..

kenapa Allah swt tidak terus menyatakan, kamu sekali2 tidak mampu berlaku adil, maka kahwinlah satu..

sama2 fikirkan.. (",)

mr tehr:
ada beza rupanya antara wanita dan perempuan.. (",)

kak zakie:
mungkin, kita juga harus melihat bahawa para sahabat r.anhum juga berpoligami dan Nabi saw tidak melarang mereka untuk berpoligami..

fuad ansari said...

kak marya:
wsalam wbt..
tak tau nak komen pun tak pe.. senyum je pun dah ok.. (",)

ameennnn... (",)

iqa:
wsalam wbt..

kalaupun diri bukan yg tertentu..
tetapi DIA yang menentu...

sy juga sama seperti iqa..

seperimana sy rasa saya tidak kuat utk hadapi sesuatu ujian..
Tapi DIA kata, saya mampu..
maka, siapa saya untuk menentu.. (",)

sis intan:
takut pulak kalau kat ofis ramai wanita, kat rumah ramai lelaki..

lelaki mogok perempuan ramai sangat kat ofis then lelaki dok umah je.. (",)

fuad ansari said...

cikgu norsha:
mungkin kerana salah faham tentang poligami...

lelaki dan wanita dok ingat poligami untuk memuaskan nafsu..

walhal, bukankah poligami itu menambah beban dan tanggungjawab lelaki..

kalau boleh elak, mmg elak la.. cuma mungkin di luar kemampuan kita utk mengelak..

hmmm... ntahla.. mungkin isu poligami harus dibincangkan secara telus tanpa melibatkan faktor emosi.. (",)

ckin:
yg terkadang-kala, boleh dikatakan, hikmah yg dipandang serong..

adibah:
ok lah tu... dapat jugak rasa seram sejuk.. kadang2 ada yg tak rasa apa2.. (",)

APAN said...

mmg boleh sentapkan pembaca jawapan ramli yg atas sekali tuh. hehe...

fuad ansari said...

apan:
mungkin ada yg lebih rela menjamu santapan dari menjamu sentapan.. (",)

Unknown said...

Mengikut Geohive.net, kat dunia ni lebih ramai lelaki berbanding perempuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...