Tuesday, July 24, 2012

aPaBiLa MaSJiD KuRaNG MeSRa..

Di sebuah masjid, di bumi Malaysia..

Pakcik Ali yang baru berjinak-jinak ke masjid kelihatan mendatangi masjid dengan baju t-shirt biasa dan seluar slack tanpa mengenakan kopiah..

Pakcik Abu: Ali, cubalah datang masjid pakai baju melayu, pakai kain pelekat dengan kopiah, kan elok sikit..
Pakcik Ali: hmm....
(Beberapa hari kemudian, Pakcik Ali tidak lagi kelihatan datang ke masjid.. Sekarang, salah siapa??)

______________________________

Di sebuah surau, di tempat orang.. 

Ada sekumpulan belia.. Mereka selalu datang ke surau.. Tapi Ramli kesian.. Mereka tidak diberi peluang untuk menjadi bilal apatah lagi menjadi imam.. Walhal Ramli rasa, suara dan bacaan mereka lebih baik dan bertenaga.. 

Jika esok-esok, di surau pakcik, yang ada hanyalah golongan yang sebaya dengan pakcik, saya tahu mana silapnya.. 
______________________________

Johan membawa isteri dan anaknya bertarawikh di sebuah masjid, di dalam sebuah kampung.. 

Pakcik Man: Budak kecik tak boleh bawak datang masjid.. Budak-budak lelaki sekalipun, kalau tak sunat, jangan bawak datang masjid.. Nanti kalau dia kacau orang lain solat, sorang batal solat, satu saf boleh batal.. bla bla bla bla bla.....
Johan: (Senyap.. Mungkin itulah perbuatan yang paling hikmah yang Johan boleh buat.. Sebab jika Johan terus berkata-kata pada ketika itu, takut2 lain jadinya..)
Pakcik Man: Kamu dok kat lorong mana?
Johan: Kat lorong 3..
Pakcik Man: Rumah yang mana?
Johan: Saya menantu Ustaz Kassim.. 
Pakcik Man: (Terus diam..) 
Johan: (Beredar dengan sangkaan yang baik..)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. 

24 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

hmmm... kadang-kadang sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat melayu... bagi masyarakat islam, lain cara berfikir pula (^___^)

aimaniman said...

kekadang nak senang kerja, tak benarkan kanak2 ikut bersembahayang di masjid sebab nak elak bising dan mereka buat kacau, tapi di sebaliknya boleh mendidik mereka secara halus,..
pro dan kontra ni la yg harus dicari titik perbezaan agar tiada kos melepas di mana2..

Titisan Hujan said...

ni belum tengok masalah politik.dekat kampung suami sekarang yang mana lain pegangan politik mesti berlainan masjid.hmmmmmm...

liyana said...

hmm..pemikiran..keterbiasaan..
susah klau x diubah

Marya Yusof said...

As salam Fuad,

Good entry! :))

Perkara biasa jd ni kan...hehee... Harap2 bkn semua tmpt mcm ni... Tulah kdg2 manusia ni bila dia merasa diri sendiri selalu ke masjid/surau dah rs 'confirm' masuk syurga... Rumah ALLAH tu hanya milik dia seorg atau utk org2 tertentu (kroni2) shj... Sedih bila fenomena mcm ni jd terus menerus...

Di sini, lain pula... kami sgt seronok ke masjid, w/pun jauh sikit dr rumah... Nak berbual sgt pun xboleh sb masalah bahasa..hehee...jd kurang sikit dosa kan... :))

Salam Ramadhan buat Fuad & family! May this Ramadhan bring you joys, peace, happiness, wealthy & healthy...insya'ALLAH :)

the malay male said...

tapi budak2 ni buat bising kat saf belakang...camne?

Marina Ali said...

Assalamualaikum,sekadar pandangan dari akak yang serba jahil,kalau bawa anak2 yang tak pandai buat bising,oklah,tapi biasalah budak2 kadang2 bila dah jumpa "click" mereka haru biru jadinya,n akak pernah tanya dekat suami akak,kalau itu berlaku nak salahkan siapa? n suami akak jawab mudah,Salahkan ibu bapanyalah,kerana mereka bertanggungjawab terhadap anak mereka, kalau sampai anak2 mereka,membuatkan jemaah ade yang terbatal solatnya, dia sendiri jugak bertanggungjawab atas apa yang berlaku,so akak sarankan kita sebagai ibu bapa kena fahamkan dulu kepada anak2 bahawa masjid/surau bukan untuk main atau bising,cakap dekat mereka kalau mereka buat bising Allah akan marah,itulah yang akak selalu cakap dekat Nasuha,alhamdulilah dia semakin faham fungsi masjid,tapi itu semua ikut tahap kefahaman anak2 sendiri dan kebijaksanaan ibu bapa untuk memupuk diri mereka supaya cinta kepada masjid/surau.

KY said...

kalau tak lati dari awal, nanti mereka tak kenal masjid pulak, waktu tu..mulalah kita nak marah, tak ada anak2 muda yang ke masjid, silap siapa...kan?

Cikgu Ma said...

kopiah dgn kain pelikat tu bukan wajib pun...menutup aurat sudah la, kan...salam ramadhan =)

Liyana Zahim said...

Gud entryla.. Full of lessons.. N lesson learned..

N kata2 mutiara imam syafie is sooooooo interestin..

Egg Head said...

nak faham agama....korban lg n lg....makin byk korban baru allah bg faham lebih...woha

Arham Md Ali said...

Tapi rasa ada logkinya jugak apa yang pakcik tu cakap, ramai orang bila datang masjid lepaskan anak macamtu je. Kenela kawal.

Pakcik tu mesti orang lama masjid, jadi dah masak sangat dengan perangai ayah yang tak kawal anak diorang.

Kalau dekat Mesir, biasa anak2 akan ada sebelah ayah diorang, xdela kacau orang lain.

APAN said...

mmg pyh nak tegur atau betulkan golongan yg lebih berusia drpd kita...ada yg terbuka, ada yg sensitip bila dipersoalkan...org yg bnyk bersabar dan pndai menyusun kata2 manis sesuai utk berbicara dngn mereka :)

hawiz said...

entry yg sgt2 baik..

tehr said...

beurusan dengan orang yang tak faham lebih senang berbanding berurusan dengan orang yang tak mahu faham

ahmad humairi said...

Berurusan secara berhikmah....itu yang susah!

ϟ Zeera AzZahra said...

agaknya sebab tu ramai belia kurang pergi surau/masjid. selain berdepan dgn tanggapan tertentu org tua, mungkin juga dorg tidak diajar atau kurang diajar bab2 tanggungjawab melalui tugas sebagai seorang imam..

adila_alim said...

Assalam en fuad, memang betul bila anak-anak datang ke masjid memang meriah jadinya, jadi ibu bapa harus mengawal dan meletakkan mereka disebelah ketika solat adalah yg terbaik. Tapi ada juga yang marah menghalang anak-anak bercampur dengan orang dewasa siap diherdik anak -anak duduk belakang. Macam mana nak betulkan sikap orang kita ni ye.

LubLy said...

assalam bro..bile org tua menunjuk kepandaian mereka yg belum pasti btl tue..kita nak tegur pun dh xtahu mcmana..erm

Kulanz Salleh said...

tak dinafikan, kadang memang berhadapan dengan situasi seperti ni.. tapi kena kuatkan juga hati berdepan dengan hal-hal macam tu

fuad ansari said...

eeiyss:
rambut sama hitam, otak lain2.. (",)

kak aimaniman:
kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya...

budak2 kalau bising boleh ditegur, orang tua kalau bising ditegur, merajuk jadinya.. (",)

TH:
taksub kepartian buruk natijahnya.. (",)

Liyana:
itulah tu...

Kak Mar:
Wsalam wbt...
Yang lucunya, bila ahli kroni yg selalu jadi imam tak datang masjid, mulanya ahli kroni yg lain tolak menolak sebab tak nak jadi imam...

Yang lain hanya memerhati sebab tidak kena tolak, walaupun yg lain itu lebih layak jadi imam.. (",)

tuan iwan:
biasalah bising sikit2.. ditegur selalu, pandailah depa diam.. tapi insyaAllah tak membatalkan solat orang lain.. (",)

kak marina:
wsalam wbt...

yup,didikan...
maka, datangkan mereka ke masjid, dan didik sebaiknya...

ini, nak pergi masjid pun tak bagi, tang bila nak didiknya..

cuma sy kurang faham, macamanalah ada yg sampai terbatal solatnya tu... Cucu Nabi saw sendiri siap panjat belakang ketika Nabi saw sedang solat, itupun masih belum batal lagi.. (",)

KY:
masa tu depa ingat kelab malam adalah masjid.. (",)

cikgu ma:
kebanyakan orang kita lebih terpengaruh dengan budaya ketika kefahaman agama masih kurang.. (",)

fuad ansari said...

Liyana Zahim:
Anda memang cepat belajar.. (",)

tuan jabbar:
benar tuan...

cuma takutnya, taknak korban, tapi lebih suka menyebabkan kehidupan agama orang lain yg terkorban.. (",)

arham:
kita suka kawal anak dalam masjid, tapi tidak suka kawal anak yang kat luar masjid sehingga ia kelihatan lebih teruk kerana tidak terkawal.. (",)

apan:
HIKMAH... asas penting dalam berbicara.. (",)

hawiz:
syukran.. (",)

mrtehr:
(",).. kata2 yg baik.. (",)

cikgu humairi:
itulah tu.. mungkin golongan cikgu, punya lebih banyak nilai hikmah kerana tugas seharian mereka adalah mendidik.. (",)

gee:
besar kemungkinan begitulah...

bukan main bola je ada taktikal, nak tarik anak muda dtg masjid pun kena ada taktikal.. (",)

adilla lim:
itulah tu... bila dok sebelah dan senyap, dikatakan pulak memutuskan saf.. diletakkan kat belakang, mereka marah sebab bising..macamana..

agaknya, kalau bapa tunggal yg mana anak2 baru 3-4tahun, sampai ke sudah tak leh datang masjid.. kan dah rugi.. (",)

lubly:
wsalam wbt..
kadang2 kita kena tetap mendengar walauun hati tak mengiyakan.. (",)

kulanz saleh:
betul2.. hati kena kuat.. kalau tak kuat, jgnkan anak2, silap2 diri sendiri pun dah malas nak datang masjid.. (",)

s a r said...

assalamualaikum :)

erm, dulu masa adik2 kecik, dorang selalu pergi surau. lagi2 masa terawih. ramai anak2 kecil.

ada satu malam, dorang tak nak pergi. saya tanya kenapa, ada sorang pakcik macam guard dah dia kata kat surau tu sindir2 selalu.

part batal solat tu, erm.. semua terpulang pada diri sendiri jugakkan? kalau Nabi kita saw sanggup biar cucu dia panjat atas badan dia, takkan budak2 bising kat sof belakang, kita sampai tgh solat tetiba memekik marah budak2 tu. fokus ajalah kan walapun sukar. Allah kan tahu tujuan dan niat kita. :) am i right?

Pencari Allah said...

Si jahil memperlekehkan hujah ilmu yang tiada sedar dan tahu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...