Friday, March 30, 2012

CeRiTa DaRi PuLau..

Hari tu Ramli ke Langkawi.. Lama jugak sehingga terputus taraf musafir sebaik tiba di sana.. Di dalam kapal terbang, seorang isteri berborak dengan suaminya:

Isteri: Boleh tahan jugak pakaian pramugari kat sini kan..
Suami: Kalau nak tengok pakaian pramugari kat sini lebih sopan, naik kapal terbang masa pergi haji.. 
Isteri: Laa, macam tu pulak ceritanya.. Berubah-ubah pulak ikut keadaan ye..
Suami: Kata orang, jangan biarkan keadaan yang mengubah kita.. Biar kita berusaha untuk mengubah keadaan..

p/s: 
-persoalannya:
*siapa yang harus dipersalahkan, majikan atau pekerja??
*atau orang kita sudah tidak mampu untuk memilih kerja??
-harap-harap takde orang yang kempunan nak makan cokelat.. (",)

_________________________________________

Pulang bercuti dari Langkawi, Ramli bercuti pula di wad pediatrik hospital.. 

Di suatu petang, seorang ibu menemani anaknya yang dimasukkan ke dalam wad. Sedang jururawat menyediakan beberapa alatan untuk dipasang ke badan anak kecil tersebut, datang seorang lelaki mengagihkan makanan untuk pesakit hospital.

Ibu: Nurse, kalau makan kat sini, kena bayar ke?
Jururawat: (terkedu, terdiam sekejap) Erm, makanan tu memang dah pakej dengan bilik, kak. Akak makan je lah dulu.. Soal bayaran, nanti kita akan cuba bantu mana yang patut..

p/s: 
- tak sangka akan ada orang tanya soalan macam tu.. 

7 comments:

s a r said...

assalamualaikum encik :)

erm, bab kerja memang persoalan selalu bermain congkak di dalam fikiran sekarang ni. kerja berlambak sekarang ni BUT kesahihannya selalu dipandang rendah kot. asal dapat duit je, tak kira dah tu semua. erm..

xrumet selalu pesan; s a r, islam tak menghalalkan cara. :)

anak encik ramli tidak sihatkah? get well son.

erm, maybe ibu tu tak pernah duduk wad kot sebelum ni. tu yang tanya.

Bijen M. said...

Heheh!
Kejar program Maulana Tariq Jamil kat Kubang Bujuk.
Kalau ada jet peribadi, boleh dah sesuka hati turun naik KL.
InsyaAllah minggu ni turun sana.
Ada walimah 7hb.

Titisan Hujan said...

jangan biarkan keadaan yang mengubah kita

Cikgu Ma said...

baru nak suh pos cekelat....dah balik rupanya....tapi utk amani mesti ada kan?

Ckin Kembaq said...

betul tu...Islam tak menghalalkan cara....banyak sangat kerja kat luar....ada jalan.rezeki tu kan Allah punya....

APAN said...

pergi oversea rupanya...lom penah tengok lagi pramugari depan2.hehe...

Aween Md Zahir said...

untunglaa merasa nek kapal terbang ;p huhu

bpe bungkus coklat pak ramli beli ?
tak terasa nk bg sikit kt kami kaa ?
kekeke ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...