Saturday, March 3, 2012

CuTi HaRi JuMaaT: DiMaNa BaiKNYa?

Ramli: Ko gi mana tadi Sarip?
Sarip: Aku gi surau jap..
Ramli: Solat dhuha erk?
Sarip: A'ah..
Ramli: Patut la aku tgk semakin murah dan berkat rezeki ko.. Makan pakai anak bini semua cukup.. Rumah pun dah ada.. Alhamdulillah..
Sarip: Alhamdulillah..Tapi kan, orang kata, jodoh tu pun sebahagian dari rezeki jugak.. Betul ke? 
Ramli: Berbaur ada hati nampak..
________________________________


Amni: Ayah, kenapa ye, ada negeri mula cuti hari Jumaat dan ada yang mula cuti hari Sabtu..
Ramli: Secara umumnya, hari Jumaat adalah hari kebesaran ummat Islam, hari Sabtu adalah hari kebesaran Yahudi dan hari Ahad adalah hari kebesaran orang Kristian.. Ada sebahagian negeri mengambil cuti pada hari Jumaat sebagai meraikan hari kebesaran ummat Islam..
Amni: Ooo, patutlah...
Ramli: Ayah tengok, bila cuti hari Jumaat, makmum lebih segar untuk dengar khutbah Jumaat.. Kalau tak cuti, memang tidak syak lagi bahawa khutbah Jumaat adalah majlis sakinah iaitu majlis ketenangan sehingga ramai yang mampu tidur walaupun ketika sedang dengar khutbah.. Lagi satu, jika hari Jumaat cuti, yang datang solat Jumaat pun akan berpakaian lebih baik dan mereka juga akan sempat untuk mandi sunat Jumaat. 
Amni: Mesti tidur tu berkualiti sebab tidur di majlis yang tenang.
Ramli: Yup, tidak syak lagi.. Silap-silap, lepas je habis khutbah, terus segar-bugar seolah-olah telah tidur semalaman. 
Amni: Sampai macam tu sekali ye..
Ramli: Tapi jangan diamalkan, tak baik.. Kurang pahala.. 


(",)

21 comments:

Cikgu Ma said...

moral of the stoey, jom la bercuti di hari Jumaat =)

Shadow Of Life said...

hurm..kn.kn...dulu2 da elok da cuti hari jumaat..huhu =)

~kueh~ said...

hari jumaat adalah penghulu segala hari (saiyyidul ayyam). banyak kelebihan pada hari tersebut.

kalau cuti hari jumaaat, senang bagi orang muslimin nk solat jumaat. xdelah letih2 balik keje, pastu nak kejar solat pulak..erk.

ayuh !
selak lembaran sejarah kenapa hanya negeri t'ganu, kelantan dan kedah saja yang cuti hari jumaat sabtu..
huu^^,

Noorieda said...

Assalamualaikum..

Yela..Pahang pun tak cuti hari Jumaat..

Norsha said...

bila hari jumaat je, terkejar2 ambik anak dr sekolah, nk cepat sampai rumah supaya mereka blh pegi solat jumaat, bilala agaknya nk dpt cuti hari jumaat...

Titisan Hujan said...

bl blik cuti ke kg je dpt merasa cuti hari jumaat.dh hari jumaat tu laa tunggu sume balik masjid dapat makan berjemaah pulak

^^,

lama xjenguk ustaz

delarocha said...

sokong untuk cuti hari jumaat

Ckin Kembaq said...

betul tu...pahala datang awal pun lagi betambah....

p/s : sangat beruntung org yg dpt cuti hari jumaat.tetapi sangat rugi kalu dh cuti jumaat tp tetap pi lmbat..kan?

Kakzakie said...

Johor dulu rasa kakak )sebelum sekolah) cutinya hari jumaat, tak ingatlah kenapa jadi hari sabtu dan ahad. Betul kalau jumaat banyak perkara sunat boleh dibuat sebelum pergi bersolat...

Pok Amai-Amai said...

Ape kate cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hahahha!

Anak Pendang Sekeluarga said...

kalo salafussoleh kita dulu,bila hari jumaat begitu main gumbira,kerana memikirkan banyak fadhilat yg Allah janjikan.

APAN said...

penah study kat kelantan dulu...cuti hari jumaat, sebelum pergi semayang jumaat, mesti sempat atau kena mandi dulu.skang da kerja kat negeri sendiri, pakai baju dari office je la.kalau x mungkin lebih lena mcm ko ckp tu.haha...

tehr said...

Lahir dan dibesarkan di kelantan, aku memang selesa dengan cuti hari jumaat

nursakinah said...

urm..... memang la hari Jumaat hari kebesaran umat Islam. Dan lagi syiok kalau hari tu diraikan dengan bekerja dengan sangat bersemangat dan paling bersungguh-sungguh seperti hari itulah hari terakhir kita bekerja. (hakikatnya hari terakhir bekerja di minggu itu). siapa tahu kan minggu depan kita dah tak wujud di muka bumi lagi.
lagipun, Allah tak suruh kita duduk cuti rehat-rehat hari Jumaat. cuma saje, bila dah masuk waktu, stop dulu, solat. dan lepas solat sambung kije balik (surah jumuah)... apepon, saye paling suke hari Jumaat sebab sekolah balik awal. hari terasa pendek tapi sangat bermanfaat. (^^,)

Egg Head said...

itu la pasal..kan lg baik kalau jumaat,sabtu n ahad cuti....bole la para daie Allah keluar 3 hari full setiap bulan(72 jam)...x ada lah yg DAFTARI,masa keluar...horhor

Pencari ALLAH said...

yang datangnya dari hari jumaat adalah baik-baik belaka. :)

fuad ansari said...

cikgu ma:
kalau bercuti hari jumaat, leh merasa solat jumaat di masjid yg pelbagai.. (",)

azie:
ye ke, pernah cuti hari jumaat.. mungkin sy hilang ingatan kot.. (",)

kueh:
tapi, kegembiraan utk wanita yg bekerja sebab ada waktu rehat yg lama ketika lelaki sedang solat jumaat.. shopping sakan pun ada..

nooreida:
wsalam..
orang pahang rupanya.. mintak ikan patin sekor.. (",)

cikgu norsha:
cikgu kena mintak transfer ke negeri lain la gamaknya... (",)

TH:
ye lah.. sama la.. dulu masa muda2 bila balik kampung, hari jumaat je, leh makan ramai2 lepas solat jumaat..

orang yg sihat, takyah jenguk selalu..

nanti2 kalau sy dah sakit, rajin2 lah jenguk ye..

(gurau2)(",)

tuan iwan:
sokongan anda sgt dihargai.. (",)

ckin:
ye lah.. kadang2 tu, time cuti pulak, semakin ramai yg tak ke masjid.. biasa ikut kawan2 kerja, bila dok umah, jadi malas pulak.. aduyai.. time ni la nak tgk, mana yg betul2 bertakwa kan.. (",)

fuad ansari said...

kak zakie:
ic...

sy pulak seakan tidak pernah tahu yg dulu2 negeri2 di malaysia bercuti hari jumaat.. hmm....

fara:
cadangan yg baik.. tapi seakan sukar untuk diluluskan oleh kerajaan.. (",)

tuan fuad akmal:
yup, byk fadhilat.. samada kita nak manfaatkan atau tak je kan.. (",)

apan:
bila lena, harap2 takde la sampai mimpi yang bukan2.. (",)

mr tehr:
untung la oghe kelate deh.. (",)

sakinah:
betul jugak tu...

tapi cuma takut tertidur waktu khutbah je lah.. kurang pulak pahala kat situ..

kalau jumaat cuti pun, still boleh buat macam2 kerja rumah..

takpun, leh pergi jalan2 sambil merasa solat di masjid yang lain2.. kalau tak, solat kat masjid yg berdekatan tempat kerja je lah kot.. (",)

tuan jabbar:
betul3...(",)

susah betul nak ambik cuti utk keluar jemaah...

tapi kalau nak ambik cuti utk pergi melancong, senang je.. (",)

kak syikin:
kata2 yg datang dari kak syikin pun, baik2 belaka.. (",)

Anonymous said...

Indeed..hrp perlis cuti hr jumaat juga^^

#miss anon.

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, yang pastinya hari jumaat sume yang tak cuti, akan begitu bersemangat nak balik kerja cepat. jalan pun makinlah jem petang2 jumaat tu. :)

kalau tidur lepas tu nak sambung kerja, bukan boleh bertambah lemaw ke? hee

fuad ansari said...

anon:
ic.. miss anon.. ingatkan miss world tadi.. (",)

moga harapan menjadi kenyataan.. (",)

sar:
wsalam wbt..

itulah.. asal jumaat je, jalan jem.. asal jumaat je, beli roti sapu jem untuk makan2 ketika jalan jem.. (",)

lepas tidur, mestilah segar sebab badan dah rehat kecuali tidur yg tidak berkualiti atau tidur yg masih belum mencukupi.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...