Tuesday, March 20, 2012

PiLiHaN: Di TaNGaN SiaPa?


Di suatu kawasan perumahan..
Amni: Ayah, kat tempat pembuangam sampah tu, diorang tulis apa kat papan tanda tu?
Ramli: Diorang tulis, Majlis Perbandaran tidak menerima sampah pukal seperti perabot dan barang elektrik yang telah rosak.
Amni: Habis tu, kalau perabot dan barang elektrik dah rosak teruk, nak lupuskan macamana?
Ramli: Entahlah.. Kadang-kadang tak semua pernyataan ada penyelesaian.. 
_________________________________

Di suatu malam, Ramli bertemu dengan tiga orang warga Bangladesh.. 
Ramli: Saya ada bawa baju-baju yang dah tak pakai, u orang mau tak? (sebenarnya, baju-baju yang jarang dipakai oleh pemilik baju yang telah meninggalkan dunia yang sementara..)
Warga Bangladesh: Boleh juga..

Ramli membuka beg dengan harapan memberi mereka peluang untuk memilih baju yang berkenan di hati..
Belum sempat Ramli menunjukkan kesemua baju, masing-masing telah mengaut baju-baju tersebut seorang sedikit..

Oh, Ramli terlupa.. 

Nampaknya, tak semua orang ingin membuat pilihan kerana tak semua orang biasa membuat pilihan..

p/s: 
-dalam pada mereka tidak mampu untuk terlalu memilih terhadap keperluan dunia, sekurang-kurangnya mereka mampu memilih masjid sebagai sahabat karib mereka.. alhamdulillah..
-saya rasa, memilih pemimpin menerusi sistem syura, banyak baiknya.. 
-sempat juga berjumpa dengan blogger tuan bijen yang hensem bergaya hari tu.. alhamdulillah.. (pertama kali jumpa rakan blogger)
- maaf, kesibukan sedikit membataskan ruang waktu bersama blog..
- akan berangkat ke Langkawi, insyaAllah.. ada apa-apa pesanan? (",) 

19 comments:

namasayatihah said...

ke langkawi??sy ade request..nk chocolate...hee~

setuju dgn fuad, xsume org mempunyai pilihan in life, so kita yg berupaya to make a choice, choose wisely. choices made who we are., choices define us.

Pok Amai-Amai said...

Salam Fuad,

Sy sbnrnya ternanti-nanti juga cerita baru Fuad. Nampaknya, blog Fuad pun dah bersawang. Harap sy tak sesat cari jalan keluar. Heheheh..

Apa saja entri Fuad, pasti menyentuh hati sy. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan.

Bercuti ke Langkawi ke? Saya nak pesan sesuatu boleh? Semoga Fuad dan keluarga selamat pergi dan selamat kembali.

=D

Kakzakie said...

Hmm... pihak majils tak bagi buang Amni sayang, dia suruh pakai sampai bila-bila. Bila rosak jadikan kayu api utk masak majlis kenduri-kendara agaknya...

Baik bagi yg mahu menerima...

Pesan ke Langkawi - selamat pergi dan balik. Kakak nak apa ye? Hmmm.... coklat!! hahaha.....

Aween Md Zahir said...

Assalamualaikum :) hye ustad ;p lama tak singgah aih,,huhu..

'one person trash is another person tresure' ^^

p/s : mai langkawi kaa ?? tudiaa,,jauh berjalan noo ~ kami da abes cuti,,baru kuaq jaa dari lgkawi hehe. tke cre !

sea_lavender said...

pesan chocolate la~~heee..
erm pilihan? dalam hidup kte berhak memilih namun sgalanya ketentuan-Nya pd kte~

Bijen M. said...

Orang bizi katakan.
Sampai tak sempat nak makang sekali.
:D

Norsha said...

bila agaknya dpt kenal lebih dekat dgn tn punya blog ni & familynya...?

ukhti,mardhiah said...

:)
mari bawak zaujah n Husna singgah USM
Nanti Cik Mard belanja mkn nsi kndaq na na na

menusuk hati said...

macam pernah jumpa tapi di mana ya..hoho

Ckin Kembaq said...

tak smua mmpu berbuat pilihan.....

s a r said...

assalamualaikum.

erm, brg2 tu suma lambat nak dimamah bumi, tu yang perbandaran takmo. hee

sayalah tu di antara sipenggagal buat pilihan. nama je belajar decision making. hee

APAN said...

tahniah bro...ko pun dah buat satu pilihan yg bijak...drpd terbuang baju tuh, elok la bagi ke orang yg nak pakai...
boleh la ikut cara ni lps ni...

Nida said...

Kadang2 lebih baik tidak diberi pilihan kerana kadangkala pening juga utk memilih.

Titisan Hujan said...

memilih
hmm...



moga slmt pergi dan slmt pulang

Munnafendy said...

salam fuad =)

sy paling suka komen kak zakie..ada simboliknya jugak tu..hihi

kadang2 bila almari dah penuh sgt,terasa juga nk 'kempiskan' almari, tp nk buang syg..ada baju yg baru sekali pakai..nk bg orang mcm tak patut,baju2 lama ketika zmn kabur,xjumpa jalan...

tggu kena gigit lipas, kita buat kain buruk.. =)

tehr said...

memang payah juga nak buat pilihan
tambah lagi kalau kita asyik fikirkan apa orang akan kata
tak ada kesudahannya

RuMaH TuA said...

Hakikat sebenar mereka itu pilihan Dia. Kerana itu mereka tidak perlu memilih. Mereka telah menjadi orang terpilih.

Moga Allah kasih.

fuad ansari said...

tihah:
meh ambik kat rumah.. kalau lambat, habis.. (",)

fara:
harap2 fara boleh tolong bersihkan sawang2 yang ada.. (",)

kak zakie:
itupun sekarang, kenduri kendara pihak catering dah tolong masakkan.. (",)

sume nak coklat.. sian pinggan mangkuk..takde sape nak.. (",)

aween:
wsalam wbt..

laa, orang datang langkawi, dia pulak keluar dari langkawi.. ape yg best sgt berada kat luar langkawi tu..(",)

syazwani:
ada ni coklat.. ada lagi sebijik dua.. (",)

tuan bijen:
nampaknya, tuan pun bizi jugak sebab nak makang cokelat dah tak sempat.. (",)..

moga Allah bizi kan kita atas perkara agama.. (",)

fuad ansari said...

cikgu norsha:
tu lah tu.. kena doa banyak2 utk itu.. (",)

mard:
husna tak ikut pun pi langkawi.. dia kata, dia nak dok rumah je.. husna nak tolong jaga rumah.. (",)

tuan saiful:
itulah tu.. musykil jugak.. (",)

ckin kembaq:
tak semua orang mampu memilih untuk menjadi kembaq.. (",)

s a r:
wsalam wbt..
nak tunggu hari kiamat kot.. senang semua sekali dapat dihapuskan.. (",)

membuat pilihan kadang kala memang susah.. sebab teori tak sama dengan amali.. (",)

apan:
itu kalau dapat bagi yang baru untuk depa, mesti lebih baik dari hanya memberi yang dah terpakai kan.. (",)

kak nida:
harap2 takde yang dek kerana terlalu pening nak memilih, sampai jadi gila.. (",)

titisan hujan:
semoga titisan hujan mengiringi kami kat sana.. panas jugak dok langkawi tu.. (",)

munnafendy:
suka ayat ni.. "baju2 lama ketika zmn kabur,xjumpa jalan" (",)

kenapa tak ternak lipas je dalam almari tu.. cepat sikit jadi kain buruk.. (gurau2) (",)

mr. tehr:
membuat pilihan yang lebih baik pada pandangan agama adalah lebih perlu dari mendengar apa yg orang lain akan kata.. (",)

iqa:
saya cuma nak kata, moga Allah kasih.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...