Bila bicara tentang 'Human Right' atau Hak Asasi Kemanusiaan..
Anita: Jom kita pergi solat jumaat, orang perempuan akan jadi imam, kita jadilah makmum..
Rosnah: Ish, pelik je.. Mana boleh perempuan jadi imam solat jumaat..
Anita: Jangan risau, inilah yang dikatakan 'human right'..
Anita: Jom kita ikut kempen tu... Perempuan mahu hak yang sama dengan lelaki.. Perempuan mahu hak untuk dibenarkan tidak berbaju ketika di tempat awam..
Rosnah: Ish, mana boleh.. Kena tangkap nanti..
Anita: Takpe, jangan risau.. Inilah 'human right' yang sedang diperjuangkan..
Cuba bayangkan kalau perkara ni berlaku di padang mahsyar: (bayangkan je.. bukan betul-betul)
Rosnah: Boleh ke kita masuk syurga.. Ke masuk neraka..
Anita: Jangan risau, mesti masuk syurga.. Kita boleh tuntut 'human right'..
Rosnah: Dah.. Dah.. Jangan nak 'human right' sangat.. Yang aku nampak, neraka adalah 'right place' untuk kita sekarang ni...
Tak ke naya namanya tu.. hmmm..... (",)
p/s:
-itu baru atas nama 'human right', kalau atas nama 'art', macam-macam lagi perkara pelik yang telah berlaku... aduyai..
-satu tugas yg berat kepada ibubapa untuk mendidik anak-anak kepada jalan agama dalam keadaan masyarakat terkesan dengan konsep 'dunia tanpa sempadan'... T_T.. seorang abang pernah bagitau, it's about quality, not quantity..
-di arab saudi, ada tuntutan agar wanita dibenarkan mengambil lesen memandu supaya akhirnya nanti bolehlah mereka memandu sendirian.. sukar sy menyokong mana-mana pihak kerana budaya di negara sana adalah berbeza sama sekali.. (orang kat sana kalau memandu, lain macam ganasnya.. diorang kalau kereta kemek2 pun, rileks je.. ) ermm... anda rasa macamana? (",)
19 comments:
nak 'human right' pun perlu ada batasan
human right perlu pada tempat tertentu dan terhad pada perkara yg relevan dan dibenarkan sahaja,.. kalau tidak diperjuangkan emansipasi wanita, anak perempuan hanya di ceruk dapur tak payah belajar tinggi2, cuma tunggu dipinang sahaja, mahukah kita anak, adik perempuan atau kakak kita diperlakukan sebegitu?
As salam Fuad,
Kalau Fuad dtg sini tgk perjuangan 'human right' mereka lg tak boleh tahan... mengucap panjang...
Tuntutan yg mengikut nafsu mcm tulah jdnya... Mcm kat Arab tu, Pak Arab ni biasanya mmg ganas...hehehe... ;):)))
Kirim salam kat pengantin baru... Honeymoon mane ye depa? :)
human right dan hak2 yg diperjuangkan oleh wanita dah jadi perkara biasa since saya ada amek course yg 100% bincang hal ni. ada sesetengah perkara mmg mcm yg en.fuad cakap kat atas tambah2 lagi yg ajar adalah lecturer bukan islam. wlaupun lecturer tersebut baik tapi ada sesetgh masa mereka akan mempertikaikan penggunaan tudung dan pastinya isu poligami yg terpaksa dihadapi wanita Islam. dan yups, definitely pernah bertanya kenapa wanita dalam Islam kena layan suami molek2 dan tak boleh jadi ketua @imam? and most of the time, saya akan dgr cousemate lelaki marah2 bila ada dlm kelas tu, ajaran sesat katanya..
sgt agresif kan lecturer saya? hehhehe.. :)
lau 'art' mmg xtau nk ckp pe lg la
serius menarik...perlu bijak bila berkata tentang human right ni...ni antara point yg boleh diambil kesempatan oleh org lain utk mempengaruhi pemikiran orang islam...
tmbah2 bab sama rata orang pompuan ngan laki tuh...ada part yg boleh diperjuangkan, dan ada part yg lebih elok tidak dijadikan isu...bila xde ilmu tp tamak utk memimpin, jagi gitu la...pandai lak aku. haha...
assalamualaikum encik.
erm.........
bab gini memang perlu human right ke?
bukan selam ni kita dijadikan dah sedia ada hak masing2 ke?
tunai tak tunai ajakan? :)
p/s- terlebih pejuangkan hak, rsanya kekadang buat kita jadi lebih tamak.
Rosnah: Boleh ke kita masuk syurga.. Ke masuk neraka..
Anita: Jangan risau, mesti masuk syurga.. Kita boleh tuntut 'human right'..
haha.. ini lawak
Sy sokong komen sar tu. Bukan ke kita sejak azali mmg sudah diberikan hak yg sepatutnya? Cuma yg bt dia nampak cacat tu sebab kita manusia biasa. Manusia biasa terbiasa menangkan nafsu. Kan?
Adil itu bukan bererti sama. Tetapi meletakkan sesuatu ditempatnya.
Nak dua2. Quality + quantity...
^^,
Moga Allah kasih.
Hidup kalau tidak ada panduan dan batasan maka kucar kacirlah dunia.. Siang dan malam pun ada tertibnya.. inikan pula kehidupan...
ermm Allah alwys right...kalau ikut ape yang Allah ckp....so human right laa...kalau dah trpesong 275 drjah... memang "neraka adalah right place" kann...
Apo nak dikato abi husna oii
Eden ghaso y bab lesen isu nyo bukan org sano bawak keta ganas, tapi pompuan ea t keluar bepeleseran sesorang..
Bilo pompuan kluar ghumah banyak cabaran ea, kpdo diri sndri n kek laki ea...
Nak2 kek sano x berapo solamat
Bom sano sini dll
Samo yo kat mano2 pun..
Apo2 pon, eden haa, lesen x lopeh2, asyik "L" yo...
tensen den
:)
nak tuntut human right, ada tempatnya.. ^_^
Hukum-hakam yg tertulis/tercatat/tersurat/tersirat tak boleh dipermainkan. Kalau haram tetap haram. Tak boleh jadi makruh - tak boleh di human rightkan... because as we know human not always right...
Hehehe.. Women right la tu.. Western perspective membariskan rights yg wrong smpai menyesatkan kita org islam-
ish, susah juga ye bila semua orang
asyik tuntut hak je...
tuan iwan:
mungkin mereka perlu duduk di kepala batas, pulau pinang.. (",)
kak aimaniman:
emansipasi.. tinggi jugak bahasa tu.. (",)
kak mar:
saya pun tak perasan depa honeymoon kat mana? senyap je... sy syak, mungkin dulu tengah kumpul duit dulu kot.. tu yg tak rancang lagi tu.. (",)
cik zeera azzahra:
orang yg tidak faham tidaklah boleh disamakan dengan orang yg faham.. belum sampai dek akal mereka hikmah disebalik perintah dan larangan Allah swt.. dengar dengan senyuman.. takpun, dengar dan tegur dengan hikmah.. (",)
puan TH:
sy sampai tak sanggup nak cerita.. (",)
apan:
bila xde ilmu tp tamak utk memimpin, jagi gitu la...<-- cuba bila jadi pemimpin tapi tak diberi apa2 keistimewaan dan kemewahan, tak taulah ada yg sanggup ke tak... (",)
sar:
wsalam wbt..
itulah tu...
hak yg ada tak tertunai lg..
memandai je nak ada2kan hak yg tak pernah wujud.. (",)
hidayatullah:
yg lebih lawak, kat padang mahsyar, takde pun diorang boleh borak2 macam tu.. semua sibuk dengan amalan masing2.. (",)
fara:
sebab tu, satu kali selepas perang badar, Nabi saw bagitau, kita baru sahaja melepasi perang yg sgt kecil, tapi ada perang yg jauh lebih besar...
sahabat r.anhum yg kehairanan bertanya apakah perang yg lebih besar, lantas dijawab Nabi saw, perang terhadap nafsu sendiri.. (",)
iqa:
nak dua2 kena kawin cepat.. insyaAllah, baru dapat QUANTITY + quality... kalau lambat, harapan tipis la.. (",)
kak nida:
habis semua kita nak langgar.. kereta kalau asyik berlanggar je pun boleh jahannam, inikan pulak kita nak langgar tertib kehidupan.. (",)
kaloi:
you're right!! (",)
mard:
elok bona la tu tak lopeh2 amik lesen.. kughang sikit berpeleseran soghang2.. sonang sikit laki mard nak jago.. kalau tak, nayo.. (",)
ckin:
mungkin kalau kasik makan buah2an tempatan, baru tau kat mana tempatnya.. (",)
kak zakie:
tak boleh di human rightkan <--marah cikgu bm kalau baca... (",)
liyana:
dek kerana mereka tak mampu berfikir hikmah di sebalik perintah Tuhan sekalian alam, gitulah jadinya.. (",)
cikgu norsha:
benda yg baik dan senang, disusah2kan.. (",)
Post a Comment