Friday, October 26, 2012

KeWuJuDaN SeKoLaH TaHFiZ: Di MaNa SiLaPNYa?

Kisahnya bermula di sini...

Ramli berehat sebentar di kawasan Rehat dan Rawat ketika manusia berbondong-bondong untuk pulang beraya di kampung. Tiba-tiba, di hadapan Ramli seorang pelajar perempuan sekolah rendah mula menangis sendirian.. 

Ramli: Kenapa dik? Ada apa-apa masalah ke?
Adik: Saya kutip derma untuk sekolah tahfiz.. Tapi kebanyakan orang pun larikan diri dari saya.. Apa hina sangat ke kerja yang saya buat ni?

Taknak adik tersebut sedih-sedih sangat, Ramli pun keluarkan dompet, sambil menukar topik perbualan...

Ramli: Adik jual apa tu? Macam menarik je.. Meh bagi abang tengok.. Boleh jugak abang beli..
Adik: Ni ada minuman tenaga, madu dan surah yassin yang sesuai utk hiasan kereta.. Membeli sambil menderma..
Ramli: Kasik abang minuman tenaga tu ye... Jangan nangis-nangis lagi ye...

Selesai urusan pembelian, kelihatan anak muda tersebut sedikit ceria dan meneruskan jualannya kepada orang lain...

Jadi, dimanakah silapnya? 

Cuma bagi saya, silapnya bila kita menyuruh pelajar-pelajar tahfiz yang mencari dana unuk menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz... Biarlah kita yang dewasa yang menguruskannya.. 

Atau mungkin kita perlu meneliti terlebih dahulu segala kos perbelanjaan sebelum membina sebuah sekolah tahfiz? (secara jujurnya, saya sendiri tidak ada kekuatan untuk membina sekolah tahfiz jika tiada sumber kewangan yang kukuh)

Atau mungkin sudah tiba masanya kita perlukan bantuan dari pihak kerajaan dalam menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz sebagaimana  bantuan yang diberikan kepada sekolah kebangsaan?

Atau mungkinkah kewujudan sekolah tahfiz merupakan ujian untuk kita semua samada kita mahu membantu atau sekadar memandang sepi kehadiran mereka?

p/s: salam hari raya eiduladha... moga lebih banyak perkara yang sanggup kita korbankan untuk agama Allah swt.. Apalah ertinya agama tanpa pengorbanan kan.. (",)

26 comments:

Cikgu Ma said...

ada orang bagi zakat kat tahfiz....ada dalam senarai asnaf ke?

sepatutnya zakat atau derma/ sedekah?

salam aidiladha ^_^

the malay male said...

hantar anak ke tahfiz untuk belajar, bukan untuk kutip derma.

نور توفيقة ادريس said...

Adik ipar pqa buka sekolah tahfiz..

Indeed great.. Kalau nak masuk ada interview and "1 months trial". Kalau nampak the kid "tak boleh bawa", memang dyorang akan honest dengan parents.. One very important thing "orang kita" kena ingat, sekolah tahfiz bukan alternatif untuk anak2 yang "slow" in secular school..,,

There are differences between "buka sekolah tahfiz kerana nak tambah para pemihara Quran" dan "buka sekolah tahfiz kerana nak cari rezeki"..

Marya Yusof said...

As salam Fuad,

Isu mcm ni dulu akak selalu baca kat blog Mazidul Akmal... akak tak setuju kalau dibiar budak2 sekolah ni mengutip derma... time bila dorang nak belajar... nak komen byk2 pun xreti... kira salah kan menggunakan kanak2 utk tujuan gini... melibatkan imej agama juga... Salam aidiladha :)

RuMaH TuA said...

Join jawatankuasa sekolah tahfiz.
Insyaallah, repair mana yg mampu.
Ada sesuatu di situ.
Kerana Allah.

Moga Allah kasih.

Egg Head said...

anak yg cemerlang mak bapa antar sekolah asrama penuh....

anak yg x berapa cemerlang mak bapa antar sekolah kebangsaan....

anak yang x dapat nak kawal barulah maka bapa antar sekolah tahfiz....

Kalau mcm nie la fikir mak bapa?
What happen to this deen?

Fikir,zikir,syukur dan sabar...

umu6point said...

Assalamualaikum tuan rumah,

Pendapat saya...

Walau apa jua alasan....
Mengerah tenaga kanak-kanak untuk menampung nafkah hidup dan pembelajaran mereka adalah satu tindakan yang kejam!!

Mengerah dan mempergunakan adalah satu perkara yang berbeza ye!

Kakzakie said...

Sejujur-jujurnya kakak terasa terkilan bila melihat anak-anak tahfiz 'terpaksa' mencari dana. Sedih bila hal begini terjadi di negara yg dikatakan agama rasminya agama Islam. Mampu membina bangunanyg secanggih-manggih tapi bab sekolah agama/tahfiz terpaksa mencari dana sendiri.

Termasuk sekolah anak kakak sehingga kami ibu-bapa yg berkemampuan keluarkan duit demi tak mahu sekolah itu pupus. Tak apa kami keluar seberapa yg kita mampu janji anak belajar selesa. Tapi yg 'duduk di atas' bagaikan tak nampak. Sedih kan..

Budget buat velodrom berjuta dlm senarai tapi bab seperti N3 en fuad nie bayang pun kakak tak nampak. Sedih... sedih...:(

s a r said...

assalamualaikum. :)

ni saya rasa, saya rasa ajala.. sebab macam pernah2 je dengar 'orang kata'

"Allah akan bantu setiap usaha murni seseorang."

admit. memang semua kuasa Dia. tapi kalau tak betul cara usahanya, mungkin apa yang dirancang semakin sukar jalannya. :)

Zee Gee said...

apa pun alasannya,

pelajar dari sekolah tak sepatutnya dikerah utk mencari dana dgn cara macam tu. nama sekolah tahfiz tu sendiri dah tercemar dgn cara yg mcm ni. good impression tu kena ada.

lainlah kalau individu tu sendiri tercicir dari sekolah dan bekerja nak cari rezeki sendiri/keluarga. itu dah jadi satu hal yg lain.

tak boleh jgk nak salahkan sekolah tu, mgkin mereka betul2 terdesak.

errr... mana kita tahu kan.. ?

faraherda.razalan said...

Mmm...sy ok. Tapi yg tak ok, waktu sekolah minta derma? Kesian mereka....

JunAina said...

Nak buka sekolah tahfiz ni bukan senang macam ABC. Ada syarat yang perlu di patuhi. Syarat2 tu pulak bukan untuk menyusahkan tetapi supaya anak2 yang belajar kat situ selesa dan tidak teraniaya.

Jujur akak cakap. Sekolah Tahfiz terbaik tak akan membiarkan anak2 ini mengutip dana untuk kelangsungan pentadbiran sekolah.

ukhti,mardhiah said...

Mereka nak tolong kita bina saham pahala bila kita derma untuk pondok tahfiz

Bagus mereka ada fikir risau ummat

APAN said...

yg x setujunya sebab gunakan budak2 kecik...apa guna yg besar2 tuh...aku mula pikir lain...nak kasi org kesian n hulur duit...
di tambah ngan segolongan org yg mengambil kesempatan. aku rasa tu pasal ramai orang jd mls membantu...

Ckin Kembaq said...

lama sudah di benak minda.
kenapa seringkali anak2 ini dijadikan utk mencari dana?..kenapa? =_=

aimaniman said...

akak x kisah dan mmg terpanggil untuk menderma jika salurannya betul.. ini kalau mengekploitasi kanak2, hati akak pun naik geram,.. lagipun pandangan org luar terhadap Islam pun jadi negatif kerana pengekploitasian terhadap tenaga kanak-kanak macam ni.. semoga mereka mampu berubah..

ank_ayah said...

kadang bila dgr ada tahfiz baru buka,tertanya juga perlu ke? dan utk apa? pdhal tahfiz kat msia ni dah lebih dari cukup. yg kita nk quality bkn quantity. sedih tgk kanak2 yg jd mangsa tu. kesian..sy yg rasa malu tgk diorg.

pernah juga berimpian nk buka tahfiz sendiri,tp fikir2 balik adalah terlebih dahulu sy hidupkan tahfiz didlm rumah,hafizkan semua anak2 dulu. insyaallah amiinnn

Pencari Allah said...

Cuba lihat bagaimana sejarah sekolah cina dan tamil diiktiraf.
Nak bangunkan sekolah pondok ke peringkat tertinggi dan diiktiraf macam mana?

Gabungan sekolah agama yang diiktiraf dengan sekolah tahfiz dan pondok dapat membantu. Penyerapan pondok-pondok kecil ke dalam sekolah agama diiktiraf dapat menjadikan pendidikan lebih menjangkaui sempadan.

Jika pelajar tidak mempunyai sijil khas, maka perlulah diadakan pengajian khas untuk permulaan.

Kerajaan kena main peranan. Kita kena sebulat suara sokong dari bawah.

Harap ada penambahan idea. Kalau salah harap tegur ye. :)

Pencari Allah said...

ank_ayah : Blog adik mana? tak ada lagi akak tengok. Nak contact adik macam mana? rindu kat adik.

ank_ayah said...

pencari Allah: assalamualaikum kak. rindu akak jgk! hehe blog da tkde,suami suruh tutup. twitter pun da buang. akak bole email sy kat sini,ladyheart_jojo@yahoo.com
sy tunggu k ;D

Pencari Allah said...

ok dik.thanks yea :)

Marya Yusof said...

As salam wbt Fuad,

Lama tak update, sihat ke? Pasal nama Iman tu kan... akak pun xingat sebab apa ejaannya ada tambahan 'ul mcm tu, yg akak tahu abg atan balik je dari mendaftar terus dah nama Iman jadi gitu...hiks... td akak tanya dia sebab ape? Die senyum2 je.. sekadar nak 'fancy2' je katanye hehehe... tapi sebutan tetap sama Imanul yaqin :)

Dkna Abza said...

salah aturan nie..

AHMAD AFIQ said...

1.org buta jual tisu
2.mak cik tua jual keropok
3.bdk tahfiz mintak derma.
mana satu pilihan if datang tiga2

Nida said...

Salam...

Sekadar perkongsian pengalaman semasa di Auckland dulu.. kalau di sana mereka akan buat jualan-jualan untuk fundraising mereka, cthnya mereka akan buka gerai jual burger atau hotdog di depan pintu pasaraya (kena minta izin dari manager pasaraya tu dulu) dan tertera di situ fundraising utk apa-apa cth untuk beli tiang gollah, untuk beli uniform sukan bg sekolah ler, untuk naiktaraf padang sekolah ler dan lain-lain. Menariknya ibubapa akan bg sambutan.. tak menang tangan mereka melayan permintaan pelanggan.

soutulmujahid.com said...

betollah. aku setuju. kenapa gunakan budak2 utk dptkan dana? bukan ke diorg selayaknya menghabiskan masa utk belajar dan bermain? jgn ekspoitasi budak2 utk dapatkan dana. fitnah akan menimpa agama kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...