Wednesday, April 25, 2012

MuSYKiL..

Sambungan cerita entri sebelum ni...

Ramli: Apa yang musykil sangat tu?
Amni: Musykil, betul ke perempuan ada kemahiran habiskan duit?
Ramli: Ayah gurau-gurau je la.. Tapi kan.. Kadang2 ada betulnya.. Dengan kemahiran tu lah, Amni nampak bergaya sikit gi kenduri kawin ni.. Kalau harapkan ayah, jangankan aksesori, bedak pun belum tentu ayah pakaikan..
Amni: Fuhh, lega Amni sebab ada ibu lagi.. Erm.. Tapi ada lagi yang Amni musykil..
Ramli: Apa dia?
Amni: Kalau lelaki yang kawin ramai tu, untuk keseimbangan ekosistem jugak ke??
Ramli: Apalah nilainya keseimbangan jika syurga bukan lagi tujuan.. Kadang-kadang ia boleh jadi seimbang dalam huru-hara perperangan..
Amni: Ish, takut jugak Amni kalau jadi mangsa perperangan.. Ayah... Ayah rasa.. Pekerjaan manakah yang lebih terpuji buat seorang isteri? Cikgu, doktor ataupun surirumah?
Ramli: Ataupun...
Amni: Eeee ayah ni.. Main2 pulak.. Ermm... Kalau Amni jadi penyanyi, ayah rasa bangga tak?
Ramli: Mungkin rasa hairan kot..
______________________

Melihat gambar-gambar lama..
Bersama rakan-rakan sebaya..
Seakan sukar untuk dipercaya..
Pantas betul putaran masa..

Ketika itu aku masih muda..
Saat ini aku sudahpun tua.. 
Seakan sukar untuk dipercaya..
Pantas betul putaran masa..

Pasti akan tiba..
Saat dijemput olehNya..
Moga saat itu aku percaya..
Moga saat itu aku bersedia..

21 comments:

Kakzakie said...

Amni nak jadi penyanyi? Hmm...

Semalam pergi ganti hari ini
hari ini juga menurut semalam
yang akan pergi diganti hari esok
andai tiba masa dijemput Allah
biarlah sarat bekal amalan

Egg Head said...

kalau amni jadi penyanyi...pak cik jadi org 1st vote guna sms....woha...

ingat masih sem 1...rupanya dah nak masuk sem 7 rupanya...pantas masa berlalu....

Pencari Allah said...

Eheh.. Bijak kanak-kanak bertanya soalan.

Noorieda Mohamad Ali said...

Assalamualaikum wbt..

ALLAHUAKHBAR! Rasanya baru semalam diri ini bermain2 manja dengan insan yang bergelar seorang abah..

Pantasnya masa itu berlalu..

Kunang-Kunang said...

Masa terus berlalu, cuma kita saja yang tidak sedar ditinggalkan.

Marya Yusof said...

As salam Fuad,

Pantas masa berlalu, semakin hampir ajal kita...

Menghabiskan duit mmg kepakaran perempuan, jd tugas mencari duit pula sepatutnya menjadi kepakaran lelaki... Sifat semulajadi wanita suka berbelanja, tak salah belanjakan harta suami jika nak dibandingkan pengorbanan serta kesusahan isteri melahir serta membesarkan zuriatnya... :))

tehr said...

Masa akan sentiasa meninggalkan manusia

Sampai bila2 pun tak terkejar

APAN said...

harapkan bapak, bergelimpangan la si amni kot. haha...itu la 'kepentingan' org pompuan kan...bukan semua laki boleh buat :)

Nida said...

Masa memang pantas berlalu tanpa disedari. Andai dulu kita punya ibu dan ayah untuk bergantung, kini kita pula sebagai ibu dan ayah....

Pok Amai-Amai said...

Sy terase sgt ms tu berlalu bagikan F1. Sy mmg tak terdaya nak mengejar...Mungkin hari nie sy diberi 24 jam. Tapi esok mungkin seminit dua?

=(

Liyana Zahim said...

Betapa masa tdk pernah kenal erti tunggu..

delarocha said...

musykil gak

RuMaH TuA said...

"Carilah kematian, disitu ada kehidupan"

Moga Allah kasih.

Umma-ali said...

dulu saya ada nenek, tiba2 skrg saya yg jd nenek...tumpang lalu yea cu...

ukhti,mardhiah said...

:)
Mard dulu pun mcm Amani, nk jd penyanyi.
Mcm2.

s a r said...

assalamualaikum. encik. :)

erm, mungkin pilihan sebagai surirumah lebih baik dari penyanyi. :)

diri ni pun terlalu mengharap dalam kesediaan andai dijemput kembali menemuiNya. :')

fuad ansari said...

kak zakie:
taklah.. amni gurau2 je tu.. (",)

tuan jabbar:
jgn..membazir namanya tu.. (",)

kak syikin:
tulus ikhlas dari hati.. (",)

eida:
wsalam wbt..
masa membuat pecutan..
silap2 boleh kena speedtrap.. (",)

puan kunang-kunang:
kita masih tenang walaupun ditinggalkan.. (",)

marya yusof:
wsalam wbt..

benar bagai dikata.. (",)

mr tehr:
mungkin masa boleh diiktiraf sebagai raja pecut.. (",)

apan:
tapi kalau isteri dah takde, harap2 si suami masih boleh jalankan tugas yg ditinggalkan seorang isteri.. tak sanggup nak tgk anak bergelimpangan.. (",)

fuad ansari said...

kak nida:
kalau dah ada anak, rasa macam dah tua je.. (",)

fara:
sy syak, masa tu dulu bekas pelumba F1 la.. (",)

liyana zahim:
tiada istilah tunggu dalam kamus si masa.. (",)

tuan iwan:
ingatkan amni je yang musykil.. (",)..

fuad ansari said...

iqa:
bunyi macam pelik.. tapi mmg ada kebenarannya..

moga Allah kasih dan sayang.. (",)

umma-ali:
nenek sihat? (",)

mard:
mujur tak jadi kenyataan.. (",)

sar:
wsalam wbt..
yup, semestinya pilihan yg lebih bijak...

bijak.. bijak.. (",)

cik orange jingga said...

jika kita tak ada masa utk melakukan sesuatu dengan betul maka kita juga tidak ada masa utk melakukannya kembali...

fuad ansari said...

cik oren:
harap2 tidaklah begitu.. moga di masa akan datang kita akan ada masa untuk melakukan sesuatu dengan betul..

doakan agar kita semua mampu berubah dan semakin baik hari demi hari.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...