Walaupun Ramli agak sibuk mempersiapkan diri untuk program bakat bolasepak"Misi Mencari Ramli", Ramli sempat juga mencuri sedikit masa untuk berborak-borak dengan kawan lamanya, Faris..
Ramli: Faris, lama tak jumpa.. Ko dah kahwin ke?
Faris: Ishh, aku kalau kawin, mesti ajak ko punya..
Ramli: Apa yang ko tunggu lagi tu.. Hensem dah hensem dah, nak kata tak baik, lagi baik dari aku, nak kata tak bekerjaya, dah jadi pegawai kerajaan dah..
Faris: Disebabkan aku bercadang nak jadi suami, ayah, anak dan menantu yang baik, jadi aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.. Aku cepat kesian kalau isteri aku bekerja.. Jadi bila aku buat kira-kira, masih tak cukup lagi pendapatan aku sebanyak RM2800.00 sebulan sebagai pegawai kerajaan yang hidup di Kuala Lumpur untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku..
Ramli: Ko biar betul.. Takkan tak cukup kot.. Punya banyak gaji macam tu tak cukup lagi?
Faris: Kalau aku kerja kat kampung mungkin cukup, masalahnya sekarang aku kerja kat KL.. Aku dah kira-kira dah.. Memang tak cukup.. Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang..
Ramli: Haa, itulah keajaiban perkahwinan.. Oklah, cuba ko buat kira-kira.. Tang mana yang tak cukupnya tu..
Faris: Meh bagi aku kertas dan pen.. Tolak tepi cerita kos sara hidup 5-10 tahun yang lepas.. Ini cerita tahun ni untuk golongan macam aku yang duduk kat kl ni..
Faris pun mula menconteng di atas lembaran kertas... Lebih kurang beginilah contengannya:
Gaji bulanan: RM 2800.00
Bagi kat mak ayah: -RM 300.00
Bayaran bulanan kereta (Proton Persona):
-RM 700.00
Bayar bil: -RM 150.00
Perbelanjaan untuk minyak dan tol, untuk sebulan:
-RM 250.00
Perbelanjaan dapur atau makan untuk sebulan: -RM 300.00
Bayaran balik pinjaman PTPTN:
-RM 200.00
Kos sewa rumah jika hidup bujang di Kuala Lumpur: -RM 200.00
Simpanan tetap: -RM 200.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Maka, baki yang tinggal (simpanan utk kenduri kahwin):
RM 400
Bila dah kawin (ada sorang anak):
Baki bawa ke depan: RM 400.00
Tambahan duit sewa rumah jika hidup berkeluarga,
sebulan: -RM 600.00
Sebagai menantu yang baik, bagi kat makayah
mertua: -RM 300.00
Kos perjalanan ulangalik balik kampung, kurang2 sebulan sekali: -RM 300.00
Kos untuk lampin pakai buang dan susu, sebulan: -RM 400.00
Perbelanjaan pelbagai (baju anak isteri dan lain-lain):
-RM 200.00
Nafkah kepada isteri aku: -RM 200.00
Maka, baki yang tinggal:
-RM 1600.00
Faris: Jadi, sebab ni lah aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku untuk berkahwin.. Takpe kan...
Ramli: Hurmm....