Monday, July 4, 2011

JaNGaN MeMiNTa-MiNTa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.  

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.  Airmata saja  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.  

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.  Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.   

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang.  
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"  

Dia terkejut dan wajahnya berubah.  "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." jawabnya.  

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"   

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."  

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

sumber: e-mel

p/s: 
-sharing is caring kan.. (",)
-memang benar.. jgn meminta2 pada orang.. Nabi saw lebih suka orang yg berusaha dari orang yang meminta2.. 
-meminta2 tidak akan menghapuskan kemiskinan, setuju?? 

25 comments:

s a r said...

assalamualaikum :)

alahai...
ingat dalam drama je jadi. subhanaAllah.
setiap manusia dah ditetapkan bahagiannya begitu kan.

menginsafkan pada kita yang lebih mampu dari keluarga adik tu dan sewajarnya lebih bersyukur.

~touching pulak ni. subhanaAllah..

~kueh~ said...

salam^^

tdk ada asbab sia2 yang ingin Allah berikan..
PAsti ade hikmah di sebalik ujian yang menimpa adk tu^^
moga Allah permudahkan:)


^^hidup kene slalu b'SyuKUR, barulah xjadi kuFuR^^,

Nazihah@Jiha said...

salam alaik!

tangan diatas lebih baik drpd tgn dibawah.sungguh sabar adik itu.

terasa ni..selalu minta kat ayah belikan ice cream..huhu

akh cikgukah??

kokser kokdam said...

Allah.. menyentuh sungguh..

ade sngoti ko gini ek..?

ღ Atikah Ramlan ღ said...

Tabah sungguh adik tu.. tak bsungut pun..
kesian.. :(

RuMaH TuA said...

Peringatan buat diri sendiri...
Jangan minta,
Jangan bersungut,
Bia tersalah ampun, jangan tersalah hukum,

"Banyakkan bersedekah"
(^-^)

~PENCHENTA~ said...

Sangat mendidik jiwa cerita ni. Sedihnyaaaa.

Anonymous said...

salam..

touching sungguh baca kisah di atas tu. tak sangka masih ada keluarga yg hidup mcm tu kat kl. ibu dan anak-anaknya. mungkin apa yg saya cakap takde kena mgena dgn kisah di atas, tapi kisah tersebut betul2 buat saya teringat pada kisah pada zaman Khalifah Umar Al Khattab..

):

Afida Anuar said...

Allah..tersentuh baca kisah adik ni..kalau kita kat tempat dia, entah kita mampu atau tidak nak hadapi dugaan tu kan....

insyaAllah, pasti ada hikmah di sebalik dugaan, pasti ada kesenangan dia sebalik kesusahan..

Allahualam..

nursakinah said...

jadi cikgu kena alert.. :)

Unknown said...

hmm..penah terbaca cite nie.hr ni hr pertama di sek,TH tgk ckgu pukul stdnt...rs kesian plak.

dream_catcher said...

Fuad, nak rm10 :P kidding :)

fuad ansari said...

s a r:
tak sangka jugak ada kisah mcm ni.. pernah jugak dengar zaman sahabat ra ada dikalangan sahabat yg terpaksa pulang dari masjid dengan segera supaya isterinya boleh menggunakan pakaian suaminya untuk bersolat.. mereka kekurangan pakaian dan hanya ada satu pakaian sahaja yg mampu menutup aurat mereka secara keseluruhannya..

~kueh~:
yang byk masuk syurga adalah di kalangan orang yg miskin kerana sabar dan takwa mereka..

Nabi saw bersabda, “Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita .” Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Nazihah:
lepas ni, gi blanja ayah ice cream lak ye.. (",)
xlah.. sy pelajar.. masih belajar untuk menjadi insan yg baik.. kisah tu kawan sy yg mintak supaya sy kongsikan dalam blog ni.. (",)

fuad ansari said...

ustaz fahmi:
kawe ghaso, sngoti.. (",)

atikah:
kemiskinan mengajar erti ketabahan.. (",)

ustazah a'tiqa:
na'am ya ustazah..
kena syukur syukur dan syukur..

tyah:
didiklah jiwamu dengan kesusahan agar kamu tidak lupa diri ketika beroleh kesenangan..(",)

fuad ansari said...

Gee:
salam..
Saidina Umar ra, contoh pemimpin berjiwa rakyat.. (",)

Kak Afida:
insyaAllah, sesudah kesulitan itu ada kemudahan..

sakinah siddiq:
yup, betul tu.. sbb tu agaknya wanita sesuai jadi cikgu kan.. wanita lebih alert rasanya.. (",)

titisan hujan:
saya kalau jadi cikgu, tak gamak nak pukul student.. orang kata, mmg takde bakat la klau nak jadi cikgu disiplin.. (",)

hidayah:
aku rasa kat poket ko ada 10dollar kan.. (",)

Kakzakie Purvit said...

Bersyukur dipertemukan dgn insan sebegitu. Kakak rasa Fuad bertuah kerana Allah beri peluang utk berbuat kebaikan dgn cara paling mudah dan di depan mata.

Sedikit pemberian kita amat bererti buat mereka yg susah

umu6point said...

Assalamualaikum..kisah di atas sama seperti kisah yang saya tonton di dalam filem children of heaven. Sepasang adik beradik berkongsi kasut sekolah dan selalunya yang datang lambat dan di pukul adalah si abang kerana bersekolah sesi petang.. menitis air mata melihat pengorbanan mereka dan juga bila membaca kisah di atas.. >cuba la tonton filem tu..

~ida~ said...

Perlu sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang ada..

Moga diri ini tidak kufur dengan nikmat yang telah Allah berikan..

Pengkongsian yang bagus

Norsha said...

fuad,
kemiskinan dan kesusahan akan mengajar manusia menjadi lebih kuat dan tabah....

Norsha said...

fuad,
kemiskinan dan kesusahan akan mengajar manusia menjadi lebih kuat dan tabah....

fuad ansari said...

kakzakie:
cerita yg ni sy tlg sharekan je..sy tak pernah jumpa lagi..rasa macam nak gi carik je murid dlm cerita ni.. rasa nak belikan baju sekolah yg baru utk dia..

puan umu:
wa'alaikumussalam wbt..
tak pernah lagi tgk filem tu.. walaupun kurang ada masa utk fokus tgk filem, disebabkan macam best je filem ni, nak kena tgk ni.. mana lah nak gi carik filem ni ye.. ada cadangan?? hehe..

~ida~:
moga Allah tambah nikmat bila kita bersyukur..

takut betul kalau kufur nikmat.. dlm surah arrahman pun byk sungguh ayat 'Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah, yang kamu dustakan?'..

cikgu norsha:
kemiskinan juga adalah mirip kehidupan Nabi saw.. (",)

CS said...

jgn mengharap dlm hati pd makhluq, haraplah pd Allah;
jgn meminta dgn mulut pd makhluq, mintalah pd Allah;

sdg cuba usahakan ini..InsyaAllah~~~

nurkass said...

setuju..
berusaha dan bertawakal..
melentur buluh biar dari rebungnya..

Ummu Fatimah said...

assalam,
tersentuh hati. membayangkan jika anak itu ialah anak ana ..

fuad ansari said...

Cikgu Sue:
Dalam hati pun jangan harap, apatah lagi dengan mulut kan..

Ya Allah, letakkanlah pengharapan kami hanya padaMu..

Kak Nurkass:
Betul tu.. Kadang2 selalu jugak dapat nasihat, budak2 ni jangan diajar bermewah2 sangat, apa yg nak semua dapat, kelak nanti rosak jadinya..

Puan Ummu Fatimah:
Wsalam wbt..
Kalaulah anak itu adalah anak puan, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah mengajar anak itu dengan akhlak dan sifat yang hebat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...