Wednesday, July 6, 2011

SiaPa YaNG SaKiT SeBeNaRNYa??

Aku dan rakan-rakan telah berkelana untuk beriktikaf di sebuah masjid.

Kedatangan kami disambut oleh seorang pemuda bersama adiknya.. Si abang yang begitu mengambil berat dalam membantu jemaah, sering ditemani si adik yang mengidap penyakit 'syndrome down'.. Terkadang-kadang si abang dapat bersama kami terkadang-kadang tidak kerana harus memenuhi tuntutan kerja.. Namun, si adik tetap bersama kami.. Sungguh tidak kekok si adik berada bersama jemaah walaupun tanpa ditemani abangnya.. Mungkin sudah menjadi kebiasaan si adik ikut serta bersama jemaah yang beriktikaf di masjid berkenaan.

Si adik yg mengidap penyakit 'syndrome down' adalah pelat jika berkata-kata.  Namun ada satu perkataan yang sangat jelas kalau dia berkata-kata iaitu perkataan Allah.. Bila ditanya siapa yang memberi rezeki, maka lantas dijawabnya, ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Bila ditanya siapa yang menghidupkan, siapa yang mematikan, siapa yang menciptakan dunia, siapa yang menjadikan siang dan malam, semuanya dijawab dengan perkataan ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Itulah jawapan kegemarannya.. Maka kami juga hanya menanyakan soalan dengan jawapan yang sama..

Satu ketika dia meminta izin untuk pulang ke rumah sebentar.. Rupa-rupanya dia pergi mengambil serban abangnya. Mungkin dia terkesan melihat kebanyakan kami yang memakai serban. Lantas dia berikan kain serban itu kepadaku, disuruhnya aku melilitkan kain serban itu di kepalanya.. Usai dipakaikan serban, dia kelihatan tersangat-sangat gembira.. Selang beberapa jam, disuruhnya aku membetulkan serbannya kembali.. Begitulah keadaannya.. Begitu teruja dia memakai serban.. 

Semasa solat berjemaah pula, ketika imam belum menghabiskan bacaan Al-Fatihah, dia sudah meng'amiin'kan.. Bersungguh-sungguh dia meng'amiin'kan bacaan imam.. Mujur tidak terbatal solat kami ketika kali pertama mendengarnya.. Selepas solat jemaah, ketika yang lain bersolat sunat, dia juga akan bersolat sunat.. Aku yang memerhatikannya bersolat sunat, hanya tersenyum kecil.

Selepas Isyak, dia masih bersama kami untuk beriktikaf di masjid dan telah ditemani abangnya. Sebelum tidur, ada dikalangan kami yang duduk berzikir dan membaca quran. Lantas diambilnya tasbih yang berada di masjid tersebut, dan menyuruhku mengajarnya berzikir... Aku mengajarnya pelbagai kalimat zikir tetapi hanya perkataan Allah sahaja yang dia mampu tangkap dan lafazkan.. Takpelah, itu pun susah memadai.. Aku pun menyuruhnya duduk di satu penjuru dan berzikir dgn perkataan Allah sahaja. Jarinya begitu laju  menggerakkan tasbih beserta kepalanya yg juga terangguk-angguk laju.. Boleh dikatakan, kalah tok bomoh yang sedang membaca mentera.. Mencuit hati juga bila melihatnya..

Begitulah kisahnya.. Fizikal sahaja nampak sakit, tapi amalnya sihat. AKU?? Fizikal sahaja nampak sihat, tapi amalku kelihatan sakit... Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan diri ini sedikit tamparan agar tersedar dari lamunan duniawi..

p/s:
-siapa yang sakit sebenarnya?? baru aku sedar, adik itu tidak sakit.. aku yang sakit sebenarnya..

17 comments:

~PENCHENTA~ said...

Err. Saya pun sakit. Mungkin menghampiri tenat. Allah. :|

nurkass said...

allahuakbar..
kesimpulan yg sangat menginsafkan..
berapalah sangat amalan kita yg sihat fizikal ni..semoga kita semua senantiasa diberi petunjuk olehnya..

s a r said...

salam.
oh! mental sihat, tapi still tenat ni. astaghfirullahal'azim...

Ummu Fatimah said...

Salam,
masyaAllah... baru bercadang nk amik anak staff sya yg down sindrom sbg anak angkat tetiba fuad buat entry ni pulak. tp budak2 down sindrom ni pd saya come sungguh. sama aje muka diaorang..

Marina Ali said...

Alhamdulilah baca n3 Tuan Fuad ceria hati akak,apa yang Tuan Fuad cakap memang benar,kita yang sihat nie sebenarnya banyak penyakit....aduss!kena tingkatkan amal nie,seganlah pulak kat adek tukan!bersungguh2 dia :)

Lily said...

tiba-tiba saya pun rasa tak sihat sama..;(
Hope dapat naikkan balik iman dan beramal..;)

Afida Anuar said...

bukan fuad je yang rasa sakit, akak pun rasa sakit jugak...

Allah, betapa bahagianya si adik yang istimewa...hatinya penuh dengan kebaikan. moga Allah mengurniakan kebahagian hidup buat adik, dunia akhirat, insyaAllah..

Norsha said...

memang.... kadang2 kita yang sempurna fizikal ni lebih sakit dari mereka yang tak sempurna itu...

namasayatihah said...

ya..despite having a syndrome down hati dia kuat kn..berbanding kita manusia yg sering lalai..;)

Menusuk Hati said...

malu bila adik tu dapat buat lebih baik daripada kita.Moga Allah kuatkan iman kita dan kekalkan kita dalam nikmat islam..

RuMaH TuA said...

Ubat dia free je...
Tinggal kita nak makan...

Niena Muhammad said...

tersentuh baca ni, :')

hti si adik tu sgt mulia sbnrnye, dia xsakit.. hti sy ni yg bnyak sakit..dia berusaha nk belajar n mnta di ajar.

Nazihah@Jiha said...

teringin pula nak jumpa adik comel itu...nak minta dia ajar saya..

CS said...

salam,
bila baca dioalog kat ats tu, teringat dialog CS kat kelas..tu la dialog CS hari2.."siapa bagi sihat..siapa bg sakit?..siapa bg g skolah? siapa bg sarapan?"..sampaikan kalau mereka penat nk jawab soalan, mereka akan kata "semuanya Allah yg buat cikgu sue" ^_^

walau xdpt capai objektif P&P pd hari tu, ckuplah kalau mereka dpt jwb soalan CS tu...

**syukur walau hanya berdakwah pd kanak2 istimewa...

fuad ansari said...

tyah:
nak dimasukkan kat ICU tak? (",)

kak nurkass:
betul2.. amal kita macam tak selari dengan kesihatan yg diberikan je..

s a r:
wsalam wbt..
kalau masing2 tenat.. sape nak tolong rawatkan ni? hurm...

puan ummu fatimah:
sebagai semangat kepada puan.. kalau betul cara didikan, menjadi jugak kalaupun syndrome down kan..

kak marina:
ini dinamakan penyakit dalaman.. sgt merbahaya kalau tak dirawat.. (",)

fuad ansari said...

lily:
memang ramai yg tiba2 sakit nampaknya ni.. mungkin kita boleh umumkan darurat.. (",)

kak afida:
akak pun rasa sakit jugak ye..

itulah tu.. pelik gak.. macamana adik yg bakal ahli syurga tu, amalannya mengalahkan kita yg belum pasti nasib di sana.. aduyai..

cikgu norsha:
sakit depa tak berapa nak teruk.. sakit kita ni nampak macam lebih parah je..

fatihah:
mungkin sbb kita ni selalu rasa sihat, tu yg selalu lupa diri kot.. mudah2an kita selamat dari sifat pelupa yg bahaya ni..

fuad ansari said...

saiful:
mmg malu sgt2 la.. tak tau nak letak muka kat mana..

ustazah a'tiqa:
itu pun kita malas nak makan ubat kan.. pelik2..

niena:
itulah tu.. tersangat kagum dengan adik tu dan tersangat malu dengan diri sendiri..

nazihah:
a'ah, sy pun rindu kat adik tu.. rasa nak gi jumpa dia balik la..

cikgu sue:
wsalam wbt...
saya dah rasa macam nak jadi anak murid cikgu sue je.. (",)

alangkah bertuahnya anak2 murid cikgu.. hari2 dapat cakap kebesaran Allah dalam kelas bersama cikgunya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...