Tuesday, June 14, 2011

kajang HaMBa mengkuang layu..

Lama tak menaip.. kena buat regangan otot dulu ni.. kalau tak, mau terseliuh jari-jari tangan ni.. (",)..


Andai hari ini kita tidak mahu menjadi HAMBA ALLAH SWT..

Apakah kita berkira bahawa kita akan terlepas dari menjadi HAMBA??

Percayalah!! kita tetap akan menjadi HAMBA.. 

Samada..

Kita akan jadi hamba kepada kerja (sibuk dengan kerja hingga lupa kepada agama)..

Atau....

Kita akan jadi hamba kepada nafsu (hidup hanya untuk memuaskan nafsu)

Takpun.... 

Kita akan jadi hamba kepada dunia (tertipu dengan keindahan dunia dan hidup bermatlamatkan dunia semata-mata)..

Maka...

Adalah lebih baik untuk kita jadi hamba kepada Allah swt.. Tenang dan menguntungkan...

Bijak.. Bijak... (",)

p/s: 
Hakikatnya..
Kalaupun seluruh makhluk berhimpun untuk mendurhakai Allah swt, tidaklah berkurang kekuasaan Allah swt walaupun sedikit..
Kalaupun seluruh makhluk berhimpun untuk taat kepada Allah swt, tidaklah bertambah kekuasaan Allah swt walaupun sedikit..

26 comments:

Lily said...

betul tu. Kita dilahirkan dalam keadaan fitrah, tak ada dosa. Dan tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA. "Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Al-Dzariyat:56)

Afida Anuar said...

Well said Fuad..well said;)

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Kata Dato Dr Fadhilah Kamsah: Kalau menjadi seorang hamba pun kita masih gagal, inikan pula nak menjadi khalifah.

liyana said...

niice entry..
hmm..kita tetap hamba...
sebaik-baik hamba adalah hamba Allah

nurkass said...

itulah yg sebaiknya..
cinta kpd allah adalah cinta yg hakiki..

namasayatihah said...

thanks fuad..entry ini bgs utk we all yg sememang nya seorg hamba..hamba kpd dunia kn...;)

it is good to actually mengingat kan manusia kan fuad..sbb kdg2..kita leka..leka dgn kerja smpi solat pun tunggang langgang...sy ambil cth diri sndiri sbnrnya..sbb salu melambat kan zuhur..huhu~

Unknown said...

menulis juga dapat melepaskn tekanan....

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah, berpagi2 dgn tazkirah kamu,,

terima kasih,



yang p/s itu, hadith qudsi kan?

نور توفيقة ادريس said...

Assalam.

Hurm.. Ramadhan dah dekat..
Syaitan kena "caged"..
Semoga Allah jaga kita supaya tak jadi hamba kepada nafsu sendiri.. Amin..

Anyway, fuad. Nak tanya. Dah dapat invitation? Datang tak?

Norsha said...

MasyaAllah, benar sekali Fuad, kita menyangka kita merdeka, hakikatnya kita tetap seorang hamba....

Norsha said...

MasyaAllah, benar sekali Fuad, kita menyangka kita merdeka, hakikatnya kita tetap seorang hamba....

Kamsiah yusoff said...

salam
akak baru habis baca buku Detik2 Sakaratul maut...
sungguh menginsafkan...betapa kita sbg hamba...kematian sentiasa mengekori kita...
sebanyak manakah bekal yg telah disediakan...?

s a r said...

nice entry encek. :)

hmm, ketenangan yang diperolehi acapkali diduga dan diuji untuk melihat kekuatan kita sebagai hambaNya.

kokser kokdam said...

ALLAH ALLAH ALLAH...

manusia kene bijak memeilih.. nk jd hamba yg mano satu..

folow demo boh..

=D

IBNU ARAHMAN said...

salam
Allah tlah jdikan insan adalah untuk mnghambakan diri kepada Nya.Bkan hamba kpd Dunia.

fuad ansari said...

Lily:
Yup, betul sgt tu..teorinya sgt mudah... hidup sebagai hamba Allah yg bermatlamatkan syurgaNya.. (",)

Adibah Ishak:
Hamba Allah akan menjalani kehidupan dengan tenang dan penuh dengan senyuman seperti anda.. (",)

Kak Afida:
Alangkah bahagianya jika ada orang yg berkata, well done Fuad..well done.. (kerana berkata2 lebih mudah dari mengamalkannya)(",)

Semoga yg berkata lebih dahulu dapat mengamalkannya..

fuad ansari said...

Ustaz Ishak:
Wa'alaikumussalam wbt..
benar sungguh kata2 itu...

Sbg contoh, kalau diri sendiri tidak taat perintah Allah, agak sukar utk datang kepada sifat khalifah yakni mengajak orang lain agar taat perintah Allah.. kerana dakwah bukan sekadar kata2 tetapi akhlak yg baik.. (memandai je wat contoh sendiri)(",)

liyana:
yup.. betul sgt dah tu..
dan kalaupun kita bersangka kita bukan hamba Allah, hakikatnya kita tetap hamba Allah.. setiap roh telah bersaksi dan berkata di alam roh, "qolu bala syahidna"..

kak nurkass:
cinta kepada manusia?? byk yg buta dek kerananya.. (",)

fuad ansari said...

Nurul Fatihah:
jgn jadi hamba kepada dunia.. kelak dunia akan membunuh kita.. (",)

Nabi Isa a.s berkata, sungguh malanglah bakal2 suamimu(dunia) yg tidak mengambil pengajaran dari bekas2 suamimu(dunia)..

Para pencinta@suami kepada dunia seolah2nya telahpun dibunuh oleh dunia yg dipakaikan dengan pakaian yg cantik seperti seorang pengantin walaupun hakikatnya dunia itu hodoh dan telah tua.. (",)

Tuan Fuad Akmal:
Kira macam terapi untuk merawat tekanan gak tu..

Tapi, jika tulisan yg terhasil adalah baik, maka sebar2kan..
Jika tulisan yg terhasil adalah yg tidak baik, maka simpan sahaja..

Itu adalah lebih baik.. (",)

fuad ansari said...

Mutiara bernilai:
Saya selalu dengar orang cakap macam tu.. tak perasan pulak itu adalah hadis qudsi atau tak.. (",)

Nur Taufiqah:
alhamdulillah dah dapat dah.. ingat nak datang kenduri yg kat kl (tapi kena datang sorang2 pulak).. kalau kat kedah tu(mungkin boleh datang dengan family), tapi jauh pulak rasanya.. camne erk?? (",)

Cikgu Norsha:
Sama2 azam sambut hari kemerdekaan dalam syurga Allah.. (",)

fuad ansari said...

Cikgu Kamsiah:
Wa'alaikumussalam wbt..
Kadang2 perasan diri leh hidup lama sampai bekal pun tak siapkan lagi.. (sah!! kena tipu dengan dunia) (",)

s a r:
s a r tu ape?? (",)
sekolah agama rakyat ke.. hehe..

kerana syurga itu indah.. pasti ujiannya susah.. (",)

kokser kakdam:
psst... abaikan pilihan jawapan yg lain.. sebab pilihan jawapan yg last sekali je yg betul.. (",)

Ibnu Arahman:
Wa'alaikumussalam wbt..
Nampak macam ramai yg kena tipu dengan dunia.. beghak beghak... lagu mano nak buak ni.. hurmm..

Ziarah76 said...

doakan hamba yg dhaif ini

shahirahkhairudin said...

:)

moga terbimbing menjadi hamba yang benar-benar hamba.. sedang belajar, masih dan terus belajar..

~Sal Ismail~ said...

Salam kenal. bila dah keje, byk pengaruh negative.satu cabaran utk balancekan dunia & akhirat.mohon Allah teguhkan iman~

fuad ansari said...

ziarah76:
saya juga hamba yg dhoif.. manusia sifatnya mmg begitu.. (",)

shahirah:
sama2 jadi pelajar.. terlalu byk perkara utk dipelajari.. terus dan terus belajar sehingga ke akhir hayat.. (",)

~sal ljou~:
Salam.. benar bagai dikata. mudah2an.. kebanyakan orang berkata bahawa mereka telah balancekan dunia dan akhirat walaupun jika dihitung dengan teliti, kebanyakan jam dari 24jam byk dihabiskan utk perkara dunia.. (",)

couverv said...

lama dah hehe .... berjaya di dunia dan akhiratlah...Insyaallah

fuad ansari said...

couverv:
mudah2an.. adalah sgt berbaloi bila beroleh kejayaan di akhirat yg kekal abadi selepas sedikit susah payah di dunia yg sementara..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...