Wednesday, March 23, 2011

KeNaPa aKu MeNGHiLaNGKaN DiRi?

KeNaPa aKu MeNGHiLaNGKaN DiRi?  Kerana aku sedang membaca dan mendapatkan info mengenai persoalan-persolan yang timbul dalam kotak fikiranku buat masa ini.. Terlalu banyak pendapat dan pandangan yang kemungkinan menyebabkan ia akan mengambil masa sehingga sedekad lamanya.. (",)

Apakah masih wujud sistem perbankan yang masih menepati syariat Islam secara keseluruhannya sehingga tidak wujud langsung urusniaga riba? 

Apakah caj perkhidmatan dan lain-lain istilah adalah berlainan dengan riba?

Bukankah riba tetap riba' dan mengapa kita perlu memutarbelitkan perkara riba supaya ia tidak kelihatan riba??

Apakah hari ini kita boleh terlepas dari urusniaga riba dalam membuat pinjaman rumah mahupun kenderaan? 

Kalaulah pinjaman perumahan dan kereta adalah melibatkan aset dan diHARUSkan untuk mengambil untung (mengikut pendapat orang-orang tertentu), maka adakah tidak wujud pinjaman peribadi secara islamik??

Apakah hari ini kita boleh mengambil langkah mudah yakni dengan menerima pendapat dan kelulusan orang-orang agama dan orang-orang yang arif tentang perbankan Islam di negara ini?? 

Andaikata di kehidupan akhirat baru kita mengetahui bahawa perbankan Islam ketika ini bercanggah dengan Islam, apakah kita boleh hanya menuding jari ke arah orang-orang agama mahupun orang-orang yang arif tentang perbankan Islam yang telah memberi kelulusan kepada perbankan Islam di negara ini?

Hurm......

11 comments:

Norsha said...

emm....tak berani nak jawab, kena
tanya pakar ni...

hidayu samsudin said...

salam

x berani jgak nak comment..heheh

umu6point said...

Assalamualaikum..

emm..selaku student in actuary science.. sudah lama atau terlalu lama mungkin..huhuu..persoalan-persoalan di atas berlegar-legar di fikiran saya..

jika orang bertanya pada saya.. apakah perbezaan di antara perbankan islamik dan konvensional? jawapan saya mudah...hanya "istilah" yang di gunakan sahaja yang berbeza..

atau.... saya ke yang x faham-faham perbezaan sebenar islamik dan konvensional setelah menghadiri berpuluh seminar "secara paksa"...waaa..rasa nak nangiss.. ;(

نور توفيقة ادريس said...

Susah nak elak riba.. We've been living with this ever since. Sebab tu Rasulullah warning pasal riba dalam khutbah terakhir beliau. Betapa besar masalah ni..

Easiest but somehow a biggest riba ialah duit kertas yang kita pakai selama ni. Berkurun. Kertas yang di print je actually.. To produce a note of RM2 and RM100 guna modal yang sama tapi tengoklah betapa jauh beza value tu.. Dinar emas yang Rasulullah pesan utk kepentingan dia dah somehow "tak laku"..

Islamic or conventional banking are somewhat the same.. It's like one white box containing mud, another one is a black box containing mud either..

:(

To Allah we seek guidance and help..

mhafiz_ydin said...

Pernah dengar yang 'Islamic' bank ni menggunakan kaedah 'time value of money'..

contoh pinjaman selama 20thn, maka yg kita kena bayar bukan present value, tapi future value.. 20tahun akan datang.

Dyorang claim itu bukan riba sebab bukan interest concept.

Riba = interest charge on unpaid loan

Time Value = future value dah fixed, dibahagikan sbg annuity

Tanya orang alim, kalu was-was lebih baik sewa sampy mati drp TERmakan riba..

Taqwa = selamat :)

Wallahu alam..

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Saya berharap yang pakar itu tidak menjual agama untuk kepentingan dunia..

Hidayu:
Salam.. sometimes silence is gold.. (",)

fuad ansari said...

Puan Umu:
Kalau pelajar actuary science sudah berkata begitu, pelajar chemistry hanya mampu tunduk dan mengiyakan.. (",)

Cik Pqa:
Kadang-kadang rasa geram gak kat yahudi yang memperkenalkan sistem duit..

Ternyata sistem duit terlalu banyak kelemahan.. Tidak hairanlah di zimbaqwe, nilai duit mereka telah menjadi terlalu rendah.. Sampai peminta sedekah pun leh pegang duit berkarung-karung.. Sian depa.. Yang lemah akan tertindas dek kerana sistem ni..

Hafiz:
Betul tu..

Taqwa = selamat..

Persoalannya, kalaulah future value sesebuah aset menjadi susut, tidak pulak mereka ingin menanggung kerugian...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Senang kira jom kita belajar MLM lah. Buat dakwah nak. :)

fuad ansari said...

AA:
Salam.. Punya la flexsible dakwah ni..Dalam pada tengah belajar MLM pun leh wat dakwah.. (",)

Bijen M. said...

Orang kata, jangan simpan duit banyak-banyak.
Ada duit sikit belanja.
Ada duit sikit belanja.
Belanja jalan Allah lah tapi.
Ekeke.

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Kalau orang lain habaq lagu tu..
Ceq nak habaq lagu ni.. Selamat berbelanja di jalan2 IPB.. (",).. Doakan ceq na... Moga Allah terus pilih kita semua buat kerja yang mulia ni dan terima pengorbanan kita semua..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...